KidZ vs Food 3.0 Pupuk Minat Memasak Kanak-Kanak

Bertemakan “Serve Up Kindness”, selain bertujuan memupuk  minat memasak, KidZ vs Food 3.0 ini juga mampu meningkatkan skil sosial, kreativiti anak-anak dan banyak lagi faedah untuk mereka. 

IMAGE 2

IMAGE 4

Program cuti sekolah ini bakal berlangsung mulai dari 24 November hingga 31 Disember 2018 dengan menawarkan pelbagai aktiviti harian serta hujung minggu yang menarik bagi memupuk kreativiti anak-anak dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan.

Pada penganjuran kali KETIGA  ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh Cef ‘Abang’ Brian dari Young Chef Academy (YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang oleh kanak-kanak daripada Hilla Community Centre.

“Kita akan berpuas hati dan lebih berkeyakinan apabila berjaya menyediakan hidangan untuk diri sendiri apatah lagi kita menjamu orang lain. Ini adalah nilai yang penting dan boleh dijadikan pengajaran untuk pelbagai situasi dalam kehidupan harian kanak-kanak. Kerjasama yang dipamerkan oleh ahli CongreZZ ketika menyediakan hidangan harini, sangat selari dengan kepercayaan KidZania Kuala Lumpur ‘Learn Life Today’, dan melalui ini mereka juga dapat mempelajari satu nilai yang sangat penting iaitu membantu golongan yang memerlukan.” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Usaha mereka adalah contoh yang baik dan melalui program KidZ vs Food 3.0 tahun ini kanak-kanak berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti memasak serta mempelajari skil penyediaan makanan.” katanya lagi.

Antara aktiviti yang dijadualkan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah:

  • Pop Up Kitchen dan Drink Station yang akan membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah
  • Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan seperti Ice Fishing
  • Food Art pula dapat menyerlahkan kreativiti kanak -kanak untuk menghiasi hidangan
  • Parent & Kid Cooking Workshops yang akan menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu seperti Cinnamon Rolls dan Roti Bayam & Keju.

Penganjuran KidZ vs Food 3.0 ini disokong oleh Emborg, F&N, Kewpie Malaysia, MAMEE, Mission Foods, Malaysia Palm Oil Council, SHARP, Spritzer dan Young Chefs Academy.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari:

* Hilla Community Center ditubuhkan sejak tahun 2007 dan merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan yang bertujuan untuk membantu komuniti pelarian melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Kelas-kelas khas untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 19 tahun disediakan termasuklah kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, matematik, sains, seni dan kraftangan, piano, vokal dan komputer. Golongan dewasa pula diajar kemahiran kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s