Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 pada 1 & 2 Disember Oktober 2018 (Sabtu & Ahad) pada pukul 9 pagi hingga 9 malam di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.
la merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan
zakat.
Selain itu, ia juga bagi mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasan kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.
Aktiviti sokongan seperti Karnival YEZ 2018 ini amat perlu dilaksanakan agar ia dapat menarik lebih ramai golongan masyarakat Islam dalam pelbagai lapisan umur dan jantina. Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa.
Terdapat 90 booth menarik yang boleh didapati di Karnival YEZ termasuklah booth jualan dari asnaf dan lain-lain lagi adalah aktiviti memanah, pertandingan azan dan pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.
Bagi menarik minat kanak-kanak pula, antara aktivitinya adalah Didi & Friends, Maskot Omar & Hana dan pertandingan mewarna. Antara selebriti-selebriti jemputan yang akan menyerikan karnival ini adalah Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, PU Amin, PUIdris dan ramai lagi.