Superstar Lagenda Rajinikanth Bakal Kembali Dengan “Petta”

Nantikan 10hb ini!!

dav

Kini tiba masanya melihat lakonan semula yang gempak oleh pelakon lagenda filem Tamil, Superstar Rajinikanth. Beliau akan kembali dengan filem terbaru “Petta” pada 10 Januari ini. Malik Streams Corporation merupakan syarikat distribusi filem bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia!

dav

Syarikat Malik Streams Corpration Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan impot dan ekspot, pengurup wang dan banyak lagi, di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik Dasthigeer.

Selain itu, ia juga adalah syarikat produksi perfileman Hindi dan Tamil yang terbesar di Malaysia dan telah berjaya membawa masuk beberapa filem Hindi dan Tamil ke Malaysia.

Antaranya Dilwale, Thangamagan, Lingaa, Kanithan, Goal, Kabali, Singam 3 dan banyak lagi.yang berjaya menjadi ‘blockbuster film’. Daripada filem-filem yang dibawa, Kabali lakonan lagenda Rajinikanth berjaya mencecah kutipan paling tinggi iaitu 13 juta.

Superstar Rajinikanth telah berlakon dalam 160 filem dan filem “Petta” adalah filemnya yang ke 161. Filem “Petta” akan ditayangkan pada 10 Januari 2019 di seluruh dunia sempena sambutan perayaan Ponggal. Filem aksi berbahasa Tamil ini ditulis dan diarahkan oleh Kalanithi Maran (Sun Pictures) dan dibintangi pelakon seperti Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram manakala lagu-lagu di dalam filem dikarang leh Anirudh Ravichander.

Dalam sejarah negara, Malik Streams menjadi syarikat Malaysia pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa di mana tayangan filem lebih di 22 negara antarabangsa yang mempunyai peminat Rajinikanth yang tinggi.

Selaku syarikat distribusi yang sah, Malik Streams Corporation bercadang dan merancang pelbagai promosi dan publisiti. Antaranya acara dan majlis promosi akan datang sempena dengan filem “Petta” adalah acara Guiness Book of Record Attempt Largest Movie Poster on a Scaffholding di Kuala Lumpur.

Dalam majlis perasmian filem itu yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malik Streams Corporation turut melancarkan lagu (cover song) bertajuk “Ulalala”. Menariknya cover song ini dinyanyikan oleh dua artis Melayu, Azwan dan Mu’adz. Sebelum ini mereka berdua pernah juga menyanyikan lagu tempatan Tamil bertajuk “Azhagu” yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Ulalala” ditulis oleh Yuwaji yang juga Pengurus Projek untuk filem ini, Pelatih Penyanyi dan Penulis Skrip terkenal di Malaysia manakala Saran Z bertindak sebagai Direktor dan Sound Engineer.

Antara promosi dan publisiti yang diusahakan oleh Malik Streams Corporation adalah:

  • mengambil bahagian sebagai penaja pelumba, Darshan Rhaj dalam “Malaysian DRIFT Challenge 2018” di Speedway Plus Circuit Subang Jaya pada 29hb 7 30hb Disember 2018 serta melakukan “Car Wrapping” poster filem “Petta” atas kereta lumba
  • kenderaan seperti lori treler, kontena, kereta sport Lamborghini, Mustang, Audi R8, BW 5 Series, SUV, MPV yang dihiasi dengan poster filem “Petta” digunakan sebagai road shows untuk “Moving Advertisement”
  • Promosi filem “Petta” tertera di 10 LED Screen sekitar KL dan Johor
  • promosi dan publisiti iklan poster filem di bas RapidKL sebanyak 25 buah bas sekitar KL dan Pulau Pinang
  • iklanan melalui label edisi khas botol air minuman
  • promosi filem menerusi media sosial menerusi selebriti tempatan
  • “Petta New Year & Pongal Celebration”, tayangan istimewa filem pada 12 Januari 2019 bersama semua bintang pelaon filem “Petta” anjuran malik Streams Corporation

Selain itu mereka yang ingin mengambil bahagian dalam promosi “Petta” boleh mengikuti laman FB Malik Streams Production & Distributuion untuk memenangi hadiah seperti:

  • T-shirt Petta
  • Gold coin
  • Tiket wayang Premier
  • Meet & Greet bersama Rajinikanth
  • Meet & Greet bersama Dato Siti Nurhaliza dan menangi tiket VVIP bagi “Siti Nurhaliza ON TOUR”
  • Kalendar Petta
  • Poster Petta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s