Filem lakonan Superstar Rajinikanth kini di pawagam berdekatan anda!

“Rajinikanth, sebut sahaja nama beliau, terbayang-bayang aksi mengusap jambul yang telah menjadi ‘trademark’ bintang terkenal ini”

Pada 10 Januari 2019 yang lalu, filem lakonan pelakon lagenda terkenal filem tamil, Rajinikanth, telah pun ditayangkan buat pertama kalinya di Malaysia. Syarikat Malik Streams Sdn Bhd, adalah syarikat yang dipertanggung jawabkan untuk mendistribusi filem ini, bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia.

2f3a1444

Menurut ulasan dari pada peminat-peminat setia pelakon lagenda ini, filem ini adalah antara filem yang menarik yang dibintangi beliau. Ternyata superstar Rajinikanth masih berbisa apabila setiap lenggok tubuh dan ekspressi muka serta emosi yang ditonjolkan dalam setiap babak, masih mampu memukau peminat-peminat beliau. Bahkan, ramai yang memuji kehebatan beliau apabila beraksi didalam filem tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa bintang kesayangan mereka ini beraksi seolah beliau di zaman muda walaupun ketika ini, beliau telah pun mencecah usia 69 tahun.

2f3a3083

Tayangan khas filem Petta ini yang diadakan di GSC Mytown Cheras ini telah dihadiri oleh Pengarah Syarikat Malik Streams Sdn Bhd sendiri, iaitu Datuk Abdul Malik dan diserikan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti tanah air, seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Norman Hakim, Syamel, Jasmin Hamid, Zizi Kirana serta ramai lagi. Turut menghadiri, penyanyi OST bagi filem ini di Malaysia iaitu Azwan & Muadz. OST yang dinyanyikan mereka adalah lagu berjudul Ullaala. Tidak lupa juga, tanyangan khas ini turut dihadiri para peminat setia bintang lagenda Rajinikanth dan juga para media.

Kepada peminat-peminat pelakon lagenda terkenal Rajinikanth, ini adalah waktu yang terbaik sekali untuk keluar dan tonton filem ini. Sebuah filem yang penuh dengan aksi lasak yang pelbagai serta memukau.

whatsapp image 2019-01-14 at 17.21.16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s