Siti Khadijah dan dahsedekad.com

“Lambang Cinta Abadi”

Siti Khadijah, peneraju telekung berinovasi di Malaysia, kini mengorak selangkah lagi apabila tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Bersempena dengan itu, pelbagai program dan aktiviti bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah, yang bergelar #FamilySK. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah “Kesetiaan”, sejajar dengan  sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.

dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK, istimewa bersempena  ulangtahun Siti Khadijah. Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yag telah pun meluaskan empayar perniagaan sekama 10 tahun. Segala cerita dalam membangunkan produk Siti Khadijah dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.

sitikhadijah1.1

Laman sesawang mini ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung Siti Khadijah secara teknikal yang juga tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini. Ia juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah. Bermula Januari 2019, selama empat (4) bulan, #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event Siti Khadijah di laman sesawang mini ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 Siti Khadijah, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan Siti Khadijah yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang sepuluh (10) tahun Siti Khadijah.

Selain itu, Siti Khadijah juga melancarkan logo baru sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah. Logo baru itu simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan Siti Khadijah sehingga kini.

Ikuti coretan perjalan Siti Khadijah yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan dan menerusi laman sesawang mini ini dapatlah peminat Siti Khadijah mengenali pengasas Siti Khadijah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini dahsedekad.com.

1000 telekung Siti Khadijah diberikan secara PERCUMA sepanjang tahun 2019

Sempena sambutan ulngtahun ke-10 #TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda pengharaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang sepuluh (10) tahun ini. Terima kasih kepada #FamilySK.

Menariknya, dalam meraikan ulangtahun ke-10 Siti Khadijah ini, #TeamSK juga mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri Siti Khadijah yang mengandungi lima belas (15) episod. Setelah berjaya menarik perhatian orang ramai dengan Iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri Siti Khadijah iniakan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV. Jalan cerita drama ini di inspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut yang berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga kini.

Sehubungan itu, #TeamSK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP di Malam Sedekad Siti Khadijah (MSSK) sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah di Hotel Marriot, Putrajaya pada 5 April 2019. Bagi anda yang ingin menjadi VVIP pada MSSK, anda hanya perlu menonton drama bersiri Siti Khadijah dan memenangi tiket VVIP tersebut. Selain itu, kepada anda yang memenangi tiket tersebut juga akan mendapat telekung Siti Khadijah secara percuma.

Berikut adalah langkah mudah untuk memenangi tiket VVIP MSSK:

  1. Tonton drama bersiri Siti Khadijah di dahsedekad.com
  2. Dapatkan KATA KUNCI di setiap episod drama tersebut
  3. Hantarkan KATA KUNCI tersebut di dahsedekad.com, contoh jawapan: EPISOD 1 SLSedekadDah

*tertakluk pada terma & syarat.

unnamed

Pertunjukan Fesyen & Malam Penghargaan di Majlis Malam Sedekad Siti Khadijah

Pada Malam Sedekad Siti Khadijah, akan berlangsungnya sebuah pertunjukan fesyen istimewa. Pelbagai koleksi produk Siti Khadijah yang terbaru akan diperagakan. Selain itu, #Team SK juga akan memperkenalkan Rekaan Bentuk Muka Terbaru bagi telekung Siti Khadijah pada malam tersebut. Malam yang julung kalinya diadakan juga adalah salah satu tanda penghargaan kepada semua pihak seperti rakan media & blogger, pembekal, vendor, kakitangan Siti Khadijah dan yang paling penting, meraikan para pelanggan tetap Siti Khadijah yang begitu setia dengan setiap produk keluaran Siti Khadijah sejak tahun 2009. Majlis ini juga dijadikan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Jualan Mega Sedekad Siti Khadijah

Bersempena dengan ulangtahun ini juga, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019 bertempat di Dewan Ballroom 2, Hotel Marriot Putrajaya. Jualan ini hanya berlangsung selama satu (1) hari sahaja bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Jualan ini juga bakal menjual pelbagai produk baru dari Siti Khadijah serta pelbagai diskaun menanti anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s