ASICS Buka Butik Seluas 2,360 Kaki Persegi di Pavilion KL

Suka dan peminat pakaian sukan ASCIS?

Sekarang ASICS sudahpun berada di Pavilion KL.

photo 7(b)

Dirasmikan oleh Akira-san, Pengurus Strategi Korporat Serantau, ASICS Asia dan Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS Malaysia, butik seluas 2,360 kaki persegi ini menawarkan pilihan produk yang lebih luas termasuk jenama gaya hidup dan fesyen jalanan (streetwear), ASICSTIGER yang menjadi permintaan di Malaysia.

photo 6

“Kami teruja atas sokongan dan kepercayaan pelanggan serta peminat jenama ASICS di Malaysia. Misi kami adalah untuk terus berinovasi dan memberikan terbaik melalui pengalaman pelatih yang bertaraf tinggi, teknologi dan pelanggannya. ASICS sentiasa menjadi pendahulu dalam menyediakan pakaian sukan prestasi terbaik bagi pelari dan atlet, melalui ASICSTIGER, kami ingin memenuhi permintaan pemburu ‘sneaker’ pula dalam pasaran.” Kata En. Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS MALAYSIA.

photo 8

Semasa pelancaran, tetamu berpeluang merasai pengalaman konsep kedai yang mudah diteroka dengan ruangan komuniti yang selesa disamping memperkenalkan teknologi proprietari ASICS; ASICS Motion ID/Foot ID.

Teknologi ini membolehkan pelanggan menganalisis bentuk larian mereka dalam 3D dengan terperinci menggunakan laser dan kamera mikro. Secara tidak langsung, pelanggan dapat memiliki model kasut yang optimum seiring dengan prestasi mereka.

Antara kemuncak utama adalah:

  • pelancaran model ikonik GEL- NIMBUSTM yang ke-21,
  • pengenalan kepada teknologi kusyen terkini ASICS; FLYTEFOAMTM PROPEL dan FLYTEFOAMTM LYTE.

Gabungan antara sains manusia dan teknologi terkini memberikan pelari jarak jauh keselesaan tiada tandingan agar mereka mampu berlari lebih jauh.

Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar bersama Duta ASICS, Edan Syah dan Aishah Sinclair dan selebriti lain seperti Ali Satar. Atlet Paralimpik negara merangkap Duta ASICS terkini, Muhamad Ziyad Zolkefli yang memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dengan dengan jarak jauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dan Mohamad Ridzuan Puzi yang dicalonkan Atlet Para Lelaki Terbaik 2018 turut hadir memeriahkan majlis.

Butik ASICS Pavilion KL terletak di:

Lot 5.19.00 & 5.20.00, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.

#ASICSMYLaunch #ASICSMalaysia #IMoveME

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s