KARA Holdings Umum Program Perlesenan Kedai Ayamas

Pengendali Kedai Ayamas dan juga anak syarikat Johor Corporation (JCORP) ini mengumumkan pelancaran Program Perlesenan Kedai Ayamas sebagai salah satu langkah bagi mengembangkan perniagaan Kedai Ayamas dan menyokong pembangunan usahawan Malaysia dalam industri makanan dan minuman.

Pic 1

Kedai Ayamas adalah kedai pertama di Malaysia untuk memperkenalkan jualan ayam segar HALAL dan pelbagai produk berasaskan ayam di dalam suasana kedai moden dan selesa.

Pic 2

Sebagai sebuah jenama yang telah dikenali sejak 30 tahun yang lalu, Kedai Ayamas menyediakan perkhidmatan berkonsep makan di restoran dan bawa pulang bagi membolehkan pelanggan untuk menikmati pelbagai jenis makanan enak keluaran mereka seperti ayam panggang Ayamas Roasters, produk sejuk-beku seperti nuget ayam, sosej, bebola ayam dan pelbagai lagi.

Selaras dengan slogan mereka iaitu “More than just chicken”, Kedai Ayamas juga menawarkan makanan sedia-dimakan seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai. Di samping itu, Kedai Ayamas juga turut menjual produk masakan seperti pasta, rempah-ratus dan herba, pelbagai produk rak dapur serta sos-sos, pemanis mulut dan juga minuman.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen JCORP dalam menggalakkan inisiatif keusahawanan menerusi aktiviti perniagaannya, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pemegang-pemegang lesen kami justeru menjadikan program ini satu kejayaan besar,” kata Pengerusi KARA Holdings Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Sahir Bin Rahmat.

“Kami menawarkan peluang istimewa ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia berkecimpung di dalam bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan makanan dan kedai runcit. Di bawah program perlesenan kami, pemegang lesen akan diberikan sokongan penuh ke atas semua aspek aktiviti perniagaan Kedai Ayamas seperti latihan tenaga manusia, produk dan perkembangan menu, pengurusan kewangan, pemasaran dan promosi, dan bekalan produk yang terjamin. Program ini juga akan memberi kuasa kepada Pemegang Lesen untuk menggunakan jenama dan kelebihan Kedai Ayamas untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat di Kedai Ayamas Taman Tun Dr Ismail yang telah diperbaharui dan merupakan salah satu daripada sembilan kedai di bawah Program Pelesenan Kedai Ayamas ini. Kedai-kedai lain adalah Kedai Ayamas TTDI Jaya, Kedai Ayamas Melawati, Kedai Ayamas Bukit Baru, Kedai Ayamas Medan Gopeng, Kedai Ayamas Kota Damansara, Kedai Ayamas Seksyen 18 Shah Alam, Kedai Ayamas Bukit Jelutong dan KIOSK Kedai Ayamas Beserah di Kuantan.

KARA mensasarkan untuk membangunkan 20 buah kedai pemegang lesen baru pada 2019 dan 100 buah kedai pemegang lesen menjelang 2023. Pada masa ini, terdapat 49 kedai Kedai Ayamas di Malaysia yang terdiri daripada 40 kedai milik KARA dan 9 kedai oleh pemegang lesen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s