Hari Kesihatan Mulut Sedunia Tingkat Kesedaran Penjagaan Mulut Yang Baik

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia, inilah masa paling sesuai untuk mula menjaga kesihatan mulut.

Dengan adanya  Philips Sonicare, Rakan Global untuk Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut yang baik

IMG_20190307_155627

Philips Malaysia turut menggalakkan rakyat Malaysia di semua peringkat umur agar membentuk dan mengekalkan amalan penjagaan mulut yang baik. 3.9 bilion orang di seluruh dunia menghidap penyakit mulut dan hampir separuh (44%) daripada penduduk dunia mengalami kesan akibat gigi reput yang tidak dirawat.

IMG_20190307_155559

Sementara itu di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa hanya 27.8% penduduknya mengunjungi doktor gigi di dalam tempoh setahun, manakala seramai 37% rakyat di negara ini tidak pernah menerima penjagaan kesihatan mulut .

IMG_20190307_160207

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini, kami ingin menyeru kepada semua keluarga agar menjaga kesihatan mulut mereka bagi mengelak penyakit mulut, sekaligus melindungi kesihatan diri mereka secara umum. Amalan baik seperti memberus gigi dua kali sehari selama dua minit, sangat penting di dalam penjagaan mulut, gigi serta gusi. 60 hingga 90 % daripada kanak-kanak sekolah dan hampir kesemua dewasa di seluruh dunia mengalami masalah gigi reput , maka adalah amat penting untuk kita mengamalkan rutin memberus gigi dengan baik sejak kanak-kanak masih kecil lagi.

Di Philips, kami mahu menggalakkan amalan penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit dengan menggunakan inovasi Sonicare kami, yang berupaya memastikan kesihatan mulut yang lebih baik untuk jangka panjang, dan lebih penting lagi, kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara, Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan Philips Malaysia.

Kepentingan penjagaan kesihatan mulut sejak awal usia kanak-kanak

Gula merupakan salah satu faktor utama punca gigi reput, dan 60% hingga 90% kanak-kanak sekolah di seluruh dunia mempunyai karies gigi. Gigi reput merupakan penyakit yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan memberi impak besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan. Sama seperti jangkitan bakteria yang lain, gigi reput boleh bertambah buruk jika tidak dirawat.

Bagi Dr Bala Saravanan, Pengarah Akademi Pergigian Malaysia, satu perkara yang menjadi tumpuan di dalam tempoh sembilan tahun perkhidmatannya sebagai doktor gigi ialah masalah gigi reput dalam kalangan kanak-kanak termasuk bayi, yang dikenali sebagai karies di awal usia kanak-kanak (early childhood caries) atau ECC. ECC berpunca daripada tabiat pemakanan di mana kanak-kanak berusia lima tahun atau lebih muda mengambil makanan serta minuman bergula dengan banyak, termasuklah kerap mengambil makanan bayi yang mengandungi sukrosa, terutamanya di waktu malam.

“ECC boleh dielakkan jika ibu bapa memberi penekanan terhadap amalan kebersihan mulut yang baik pada usia muda. Semakin awal isu berkenaan ditangani, semakin kurang ekstensif dan invasif rawatan kesihatan mulut yang diperlukan. Para ibu bapa sering terlupa bahawa penjagaan kesihatan mulut yang baik sepatutnya bermula sejak bayi baru lahir lagi. Sebagai contoh, ibu bapa yang menyusukan bayi mereka di waktu malam perlu memastikan bayi mereka meminum air bagi menghilangkan sisa sukrosa yang ditinggalkan ketika menyusu dan membersihkan gusi serta gigi bayi dengan menggosok menggunakan kain bersih yang lembab di bahagian gusi atas dan bawah mereka,” ujar Dr Bala.

Kesan kesihatan mulut: mengelakkan tekanan psikologi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kesihatan mulut merupakan penunjuk utama bagi kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup secara keseluruhannya. Salah satu daripada isu yang sering diabaikan ialah isu psikologi seseorang dewasa atau pembangunan kanak-kanak apabila mereka kehilangan gigi mereka – rasa rendah diri dan isolasi sosial.

“Senyuman merupakan alat paling berkuasa yang dimiliki oleh seseorang. Senyuman yang menawan mampu memberikan kesan yang berpanjangan, meningkatkan harga diri dan keyakinan serta meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan. Oleh itu, kehilangan atau kereputan gigi boleh mempengaruhi penampilan dan hubungan sosial seseorang itu, termasuklah kehilangan gigi susu secara semula jadi dalam kalangan kanak-kanak, kerana rakan-rakan mungkin mentertawakan senyuman mereka yang rongak.

Adalah sangat penting bagi ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka memahami bahawa kehilangan gigi susu adalah sebahagian daripada proses tumbesaran, dan menggalakkan anak-anak agar terus mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Begitu juga untuk mereka yang telah dewasa, belum terlewat untuk mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Mereka harus menjalani pemeriksaan gigi pada setiap enam bulan dan tidak perlu takut untuk bertanyakan soalan mengenai tahap kesihatan mulut mereka,” tambah Dr Bala lagi.

Teknologi memberikan cara baru untuk menjaga kesihatan mulut

“Philips sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman pengguna menerusi penggunaan teknologi berinovasi, dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup 3 bilion orang setahun menjelang 2025. Berus gigi, seperti Sonicare DiamondClean kami, dapat membantu anda mencapai teknik memberus yang sempurna menerusi penggunaan sensor.

Dengan adanya berus gigi serta aplikasi Sonicare For Kids, kanak-kanak boleh mempelajari sendiri cara memberus gigi yang betul. Aplikasi berkenaan disambungkan dengan berus gigi sonik anak-anak anda melalui Bluetooth bagi menunjukkan cara memberus gigi yang betul dan merekodkan prestasi. Teknologi berasaskan data serta maklumat berkenaan berupaya membantu anda dan keluarga anda membuat pilihan yang tepat bagi menjaga kesihatan mulut dan memberikan pembersihan tahap profesional di rumah anda sendiri,” jelas Ali.

Philips Sonicare menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan langkah pencegahan, seperti pemeriksaan yang kerap, demi kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam jangka panjang.

Philips Sonicare ialah Rakan Global Persekutuan Pergigian Sedunia FDI dan merupakan penaja berus gigi berkuasa Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2019.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Sonicare, sila layari:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s