NESTLE dan SHOPEE Bergabung Lancar Kempen Hari Jenama Hebat

Buat pertama kali, Nestle Malaysia berganding bahu dengan platform e-dagang Shopeee untuk menjayakan kempen Nestle Super Brand Day (Hari Jenama Hebat) Nestle.

IMG_20190320_152551

Nestle adalah syarikat F&B yang pertama seumpamanya di Malaysia melancarkan Kempen Nestle Super Brand Day.

IMG_20190320_153145

Berlangsung hari ini sehingga 31 Mac 2019, pengguna boleh memanfaatkan promosi menarik yang membabitkan pelbagai produk Nestle.

Tarikan utama kempen adalah pelancaran beberapa produk inovasi popular yang ditawarkan buat pertama kali dalam talian, eksklusif di Shopee.

Produk itu termasuk NESCAFE Cold Brew stik yang terbaharu yang juga produk Nestle pertama yang dilancarkan secara eksklusif menerusi e-dagang.

Selain itu, MAGGI Pedas Giler dalam TIGA perisa -Ayam Bakar yang menyelerakan, Tom Yummz masam pedas dan Seafood Berapi yang menambat selera, bijirin Granola Protein MILO (kandungan protein, kalsium dan juga zat besi yang tinggi), MILO dengan bijirin penuh dan susu Nestle JUSTMILK Strawberi.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia mengulas:

“E-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara yang baharu dan menarik. Neslt bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya menigkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Kami sangat gembira menganjurkan Nestle Super Brand Day sulung bersama Shopee dan menjanjikan “pengalaman beli-belah pertama kali” yang serba menarik kepada semua pembeli dalam talian Malaysia. 

Menerusi usaha sama dengan Shopee, kami bercadang untuk terus meluaskan asas pelanggan kami dan menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik yang memberikan nilai lebih tinggi kepada rakyat Malaysia.”

Ian Ho, Pengarah Urusan Shopee berkata:

Nestle Super Brand Day di Shopee membuka lembaran baru penting bagi kedua-dua pemipin industri. Usaha pemasaran bersama antara Nestle dan Shopee akan terus meningkatkan pendedahan dan mengukuhkan kedudkan dalam talian Nestle. Tambahan  lagi, memandangkan Nestle Super Brand Day diadakan serentak dengan 27.3 Shopee Mega Sale , Nestle boleh mendapatkan pendedahan dan kunjungan maksimum menerusi kempen mereka.”

Di majlis pelancaran itu, tetamu berpeluang mencuba sendiri inovasi produk terkini dan menyaksikan demonstrasi secara langsung yang mengetengahkan produk Nestle yang boleh secara eksklusif di Shopee.

Antara jenama Nestle yag terdapat di Shopee adalah:

  • Omega Plus
  • Nescafe
  • Dolce Gusto
  • Nespray
  • Cerelac
  • Coffee Mate
  • Purina
  • Koko Krunch
  • Honey Stars
  • Cheerios
  • Cookie Crisp

Layari https://shopee.com.my/nestlesbd untuk merebut pelbagai tawaran menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s