SYSTEMA Lancar Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte

Anda antara 94% rakyat Malaysia yang mengalami masalah gusi?

Jika tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sepanjang hayat.

IMG_20190314_121605

Laman web itu adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbetta Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, usaha sama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

IMG_20190314_120714

Kempen ini bertujuan membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal meskipun sudah berusia 60 tahun dan ke atas agar mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun “Ganbatte” yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya.’ Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gigi dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Dilancarkan oleh Dr. Norliza Mohamed, bertangungjawab sebagai menanggung tugas Penagarah Kanan Kesihatan Pergigian sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat beli-belah 1 Utama Bandar Utama.

Menurut beliau, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Tahap kesihatan oral yang rendah juga dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lain.

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang oleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”

Beliau mengakui kempen Gimbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia termasuk di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian.

Kempen ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema adalah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama 120 tahun hasil usaha sama dengan pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biar pun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan gusi di dalam poket gusi.

Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Kesihatan Gusi 1 Juta Gambatte bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan positif.

Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjsama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik.”

Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia.

“Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru itu saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini merana ia mampu memberi perubahan terutamanya kerana penyakit gusi mempunai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.”

Systema turut ,mengagihkan 10,000 ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gig dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini.

Pelakon dan usahwan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran dan kesihatan oral.

“Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.”

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr. Leong Kei Joe meyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini.

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuat yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simtom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. PAntau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan.”

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebaagi sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s