Spageti Segera Master Pasto Hanya Tiga Minit Sahaja Untuk Disediakan

Mesti penggemar pasta akan menggemari produk Spageti Segera dari Master Pasto ini lebih-lebih lagi mereka yang gemar berkelana ke luar negara kerana ia cepat dan mudah disediakan. Malah pasta segera ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan tidak sempat meluangkan masa untuk menyediakan hidangan.

Variety24-700x700

Dihasilkan oleh Lioco Food Industries Sdn Bhd yang berpusat di Pulau Pinang dan dirasmikan pada Oktober tahun lalu, pasta segera ini telah menerima sijil Halal.. Tanpa bahan pengawet, tanpa perasa tiruan dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk, pasta segera yang enak dan sihat ini datang dalam TIGA jenis iaitu:

  • Spageti Aglio Olio Chicken
  • Spageti Bolognese Chicken
  • Spageti Mushroom Cream Sauce

Sudah dimasak sepenuhnya, ia hanya perlu dipanaskan selama TIGA minit sahaja apabila ingin memakannya.

Pantas bukan?

Jadi pasta segera ini sangat sesuai di makan bila-bila masa dalam apa jua keadaan pun. Memandangkan bulan puasa pun bakal datang tak lama lagi, pasti produk ini boleh menjadi pilihan sama ada dimakan sewaktu berbuka puasa mahupun waktu sahur kerana ia mudah disediakan.

Secara peribadi, penulis lebih gemarkan Spageti Bolognese dan Spageti Mushroom kerana ia memang kena dengan cita rasa. Apa yang pasti, Spageti Segera ini akan dimasukkan dalam senarai makanan yang wajib dibawa untuk trip ke Korea Oktober nanti!

Penyediaannya yang mudah dan tidak leceh memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menikmatinya pada kadar cepat.

Ads1

Untuk maklumat lanjut mengenai produk hebat ini, layari:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s