TAT Lancar Kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”

Kempen ini adalah kolaborasi antara Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) bersama restoran-restoran di negara ini selari dengan kempen “Membuka Lembaran Baharu” dalam Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu.

CAMPAIGN ANNOUNCEMENT

Sektor tersebut termasuk; Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai.

4 - (from left to right) Mrs & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn Leong (from Mr Tuk Tuk) and Mr Ahman & Ms Sirinthara (from TAT)

Kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”, yang bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini, adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia.

 

A - New dishes at Mr. Tuk Tuk

Restoran tersebut akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sempena kempen. Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Mr Tuk Tuk mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan halal Thai yang sedap dan berkualiti. Setiap sajian telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.

Sepanjang kempen tersebut juga, pengunjung restoran yang membelanjakan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan, antaranya:

  • lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam
  • lima beg bagasi
  • 10 beg tangan
  • empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Pengarah TAT, Kuala Lumpur, Encik Ahman Mad-Adam, berkata:

“Makanan Thai bukan sekadar satu sajian, sebaliknya ia adalah satu keterujaan yang seumur hidup. Ia umpama kisah cinta yang telah berakar umbi dalam budaya negara itu dan paling penting, di dalam keluarga. Kami percaya ia sama juga di Malaysia, yang mana masyarakatnya sangat suka makan dan makanan menyatukan rakyat. Ramai pelancong Malaysia yang melawat Thailand dengan tujuan untuk merasai makanan Thai.

“Tahun ini kami mempunyai Garis Panduan MICHELIN edisi terbaharu 2019, yang menjangkau hingga ke Phuket dan Phang-nga. Ini membuktikan bahawa Thailand mempunyai kepelbagaian makanan yang begitu luas untuk setiap orang daripada restoran bertaraf MICHELIN, makanan jalanan, makanan Halal hingga ke restoran mewah (fine dining) dan banyak lagi.

“Kami menerima 4 juta pelawat dari Malaysia pada 2018, iaitu merupakan jumlah tertinggi dalam rekod TAT-KL. Kami berterima kasih terhadap semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Pada 2019 ini, kami akan terus bekerja keras untuk mempromosikan Thailand melalui apa juga cara dan berharap mampu menjangkau kumpulan audien yang lebih luas, sebagai contoh pelancong-pelancong muda atau generasi milinium, pencinta makanan, pelancong-pelancong mewah, pencinta kesihatan, pencinta sukan, pasangan bulan madu, dan sebagainya.”

Mengenai TAT:

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand atau Tourism Authority of Thailand adalah organisasi yang mempromosikan pelancongan Thailand, sebagai pemudah cara bagi pelancong, menyenggara lokasi-lokasi dan kemudahan pelancongan, serta membangunkan dan memelihara sumber-sumber pelancongan.

TAT mempunyai pejabat di Kuala Lumpur yang terletak di tengah ibu kota (Jalan Ampang) untuk membekalkan pelancong dengan maklumat dan memberi maklum balas terhadap segala bentuk pertanyaan mengenai pelancongan di Thailand.
Bagi maklumat lanjut mengenai TAT dan maklumat umum mengenai pelancongan di Thailand sila hubungi:

Ms. Chanatip Poti-on
PR Manager
Tourism Authority of Thailand, Malaysia
Suite 22.01, Level 22, Menara Citibank
165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: (603) 2162 3480
Fax: (603) 2162 3486
Email :info@tourismthailand.my

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s