DULUX dan PERMAI Bersama-sama Indahkan Mural di Jalan Raja Chulan

Memang cantik dan ceria dengan warna-warna di Jalan Raja Chulan sekarang ni..

AkzoNobel Image 7

Malaysia sememangnya sebuah negara yang dipenuhi warna. Daripada warna biru nasi kerabu hinggalah kepada jubah kuning tanah yang dipakai sami Hindu dan Buddha, Malaysia, sebuah negara berbilang budaya, telah menjadikan warna sebagai lambang unik identiti kita.

AkzoNobel_Photo 3

Untuk mendefinisikan identiti ini, Dulux – jenama cat dekoratif terkemuka daripada AkzoNobel dan Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) baru-baru ini telah bekerjasama untuk mengindahkan penampilan dinding di sepanjang Jalan Raja Chulan dengan mural kreatif yang meraikan cinta, rasa hormat dan perpaduan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata:

“Selain mempamerkan kehebatan bakat para pelukis tempatan, inisiatif sedemikian turut memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada masyarakat. Mural berwarna-warni ini mencerminkan inti pati Malaysia yang bersatu padu dan menjadikan kawasan ini lebih ceria dan mesra. “

Walaupun ini merupakan projek yang disokong kerajaan, namun para pelukis telah diberi kebebasan untuk melukis dinding-dinding ini mengikut kreativiti terbaik mereka. Kami harap ini akan menggalakkan lebih ramai pelukis jalanan menyertai projek kreatif yang rasmi seperti ini.”

Setiap mural yang dicat dipilih oleh orang ramai menerusi peraduan Facebook yang diadakan di laman Facebook PERMAI antara 4 hingga 14 Mac 2019. Selepas pusingan penilaian akhir oleh panel yang termasuk Indra Laban, Pengurus Besar, AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, empat mural telah dipilih untuk projek ini.

Semasa acara tersebut, Indra Laban berkata:

“Lukisan mural hari ini mencerminkan pelbagai projek kemasyarakatan yang telah dilaksanakan oleh AkzoNobel. Projek-projek ini diletakkan di bawah program ‘AkzoNobel Cares’ kami, di mana projek ‘Let’s Color’ adalah sebahagian daripadanya. Melalui pelbagai projek kemasyarakatan ‘AkzoNobel Cares’, kami berhasrat untuk memberi semula kepada masyarakat dengan memanfaatkan kepakaran jenama dan pelbagai produk kami. Kami berbesar hati kerana dapat berkongsi semangat kami dengan masyarakat di Jalan Raja Chulan dan berharap dapat memberi nilai bersama kepada semua orang. “

Projek “Let’s Color” AkzoNobel merupakan inisiatif global oleh syarikat dengan matlamat untuk mengubah masyarakat setempat dengan menggunakan warna. Setakat ini, hampir 2,300 projek telah disiapkan di seluruh dunia menggunakan lebih daripada 1.3 juta liter cat. Projek-projek ini melibatkan lebih daripada 12,000 orang sukarelawan dan dapat manfaatkan lebih dari 81 juta orang.

Indra Laban menambah:

AkzoNobel Malaysia sudah tidak asing lagi dengan projek-projek sedemikian di Malaysia. Pada tahun 2009, kami mengecat Stadhuys di Melaka, pada tahun 2012 kami bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melancarkan Festival KUL SIGN di mana dinding di sepanjang tebing Sungai Klang diberi nafas baharu. Pada 2016, kami bersama-sama dengan I & P Group dan UiTM, mencipta mural doodle yang paling panjang di Alam Impian dan kemudian pada tahun yang sama, kami bekerjasama dengan Kumpulan Low Yat dan The One Academy untuk mengubah Kampung Riverwalk di Jalan Sultan Azlan Shah. Pada tahun 2017, kami turut mengambil bahagian dalam lukisan mural di Starbucks di Jalan Ampang. Sama ada di sini atau di tempat lain, misi AkzoNobel adalah selaras dalam memanfaatkan warna untuk memberi inspirasi dan meletakkan senyuman di wajah masyarakat.”

Mural di sepanjang Jalan Raja Chulan ini dihidupkan dengan cat Dulux Weathershield Keep CoolTM, iaitu cat bahan organik mudah meruap yang rendah (VOC) yang menggunakan pigmen khas untuk memantul haba inframerah, menjadikan dinding luar lebih sejuk sehingga 5°C* dan membolehkan penjimatan tenaga sehingga 15%* setahun apabila digunakan untuk bangunan seperti banglo.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.akzonobel.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s