P&G Lancar Kempen Penjagaan Rambut Sempena Hari Jenama Super di Shopee

P&G menerusi jenama penjagaan rambut terkemuka, Pantene, Head & Shoulders, Rejoice dan Herbal Essences, bersama-sama melancarkan “Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya” Hari Jenama Super di Shopee

7799d69952331a3ecc19d837cec8e5a9 - Copy

Mengalami hari rambut tidak bermaya bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan diri, malah turut menjejaskan mood anda dan mengurangkan keyakinan anda sepanjang hari.

Masalah rambut paling biasa berlaku di Malaysia ialah:

  1. kelemumur
  2. kulit kepala berminyak
  3. rambut gugur.

Inilah yang mendorong syarikat barangan pengguna global yang terkemuka, P&G, syarikat induk jenama penjagaan rambut dengan jualan paling laris; Pantene, Head & Shoulders, Rejoice dan Herbal Essences; bekerjasama dengan Shopee untuk melancarkan Hari Jenama Super bertemakan “Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya”.

Mulai 8 hingga 12 April, Hari Jenama Super P&G x Shopee, akan menawarkan potongan sehingga 80% serta melancarkan produk baharu, Rejoice 3-in-1 Perfect dan Head & Shoulders Subzero bagi menangani beberapa masalah rambut yang paling kerap dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Pembelian pek penjagaan rambut diberikan potongan tambahan 15%, selain tawaran serendah RM1 serta Jualan Mengejutkan setiap hari. Ambil bahagian dalam peraduan media sosial dan permainan aplikasi untuk memenangi hadiah menarik.

Rambut yang lebih kuat mengurangkan keguguran rambut

Rambut gugur bukan sahaja membimbangkan anda, malah ramai yang mengalaminya. Keguguran rambut dikatakan sebagai masalah rambut paling utama di Malaysia. Keguguran rambut dikaitkan dengan beberapa sebab seperti stres bahan kimia yang kasar daripada bahan peluntur dan pewarna, stres haba yang berlebihan daripada penggunaan penggulung rambut panas serta stres persekitaran daripada pencemaran dan pancaran UV.

Walaupun tiada sebab khusus yang diberikan, namun jika anda mula mengalami rambut gugur, anda seharusnya menggunakan produk penjagaan rambut yang dapat menangani masalah ini.

Formula Pro-Vitamin Pantene bukan sahaja membersihkan malah menguatkan rambut dari akar sehingga hujung dan mengurangkan rambut kusut semasa membasuh dan menyikat rambut. Syampu yang mengandungi pengadang kerosakan keratin ini membantu mencegah kerosakan rambut untuk mengurangkan keguguran menerusi penggunaan yang kerap.

Merawat kelemumur pada punca

Mahukan rambut 100% bebas kelemumur* merupakan cabaran yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia. Berikut ialah tanda-tanda biasa kelemumur: paling nyata ialah kepingan kelemumur yang gugur, kegatalan dan kemerahan akibat kerengsaan, serta kulit kepala yang kering sebagai satu tanda awal. Walaupun anda sepatutnya tahu bahawa kelemumur merupakan keadaan yang berlaku secara semula jadi, namun pilihan syampu anti kelemumur merupakan senjata terbaik untuk memastikan anda bebas kelemumur* dan kulit kepala anda sihat.

Sebagai syampu anti kelemumur no 1 di dunia^, Head and Shoulders Cool Menthol terbukti secara klinikal dapat mencegah kelemumur. Ia mengandungi teknologi Zinc Pyrithione (ZPT), formula** yang merawat kelemumur pada sumber dan mencegah daripada berulang. Ia mengandungi menthol untuk memberikan sensasi menyegarkan dan formulanya lembut untuk kegunaan harian.
Rambut yang berbau harum sepanjang hari

Mengekalkan rambut yang berbau harum merupakan satu cabaran di Malaysia, terutama dalam cuaca panas sepanjang tahun di negara ini. Mengharungi perjalanan ke tempat kerja, pencemaran dan peluh menghilangkan keharuman rambut sehinggakan sebaik sahaja anda meninggalkan rumah.

Ada perlu mendapatkan syampu yang berkesan seperti Rejoice Perfume Smooth dengan haruman bunga peony yang diadun oleh pakar minyak wangi antarabangsa. Ia turut mengandungi serum untuk rambut anda yang lembut dan wangi.

Mencuci rambut agar cantik bersinar

Semua orang mahukan rambut yang cantik berseri yang indah dipandang dan lembut disentuh. Namun halangan seperti cuaca panas atau alat penggaya rambut seperti pengering dan pewarna rambut serta tidak memberikan kelembapan dan nutrien yang cukup menyebabkan rambut menjadi tidak sempurna.

Anda memerlukan Syampu Pantene Pro-V Total Damage Care untuk menghadapi cuaca tropika di Malaysia. Ia direka untuk memberikan asas yang sihat untuk rambut dengan menghapuskan bahan asing secara lembut daripada rambut dan kulit kepala tanpa mengeringkan bagi melindungi rambut anda daripada kerosakan setiap hari.

Pulihkan rambut menjadi cantik semula

Hujung rambut yang berpecah, rambut kusam dan rambut yang rosak merupakan masalah yang biasa di Malaysia. Punca utama kerosakan rambut ialah persekitaran yang panas atau lembap, mewarnakan rambut secara berulang yang menghapuskan nutrien dan mengubah struktur rambut atau terlalu kerap menggunakan alat penggaya rambut yang boleh menyebabkan rambut rapuh.

Syampu Pantene Pro-V Silky Smooth Care membantu mengekalkan rambut anda pada tahap optimum dengan mengibangi kelembapan untuk mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diurus. Rambut yang kering dan rosak menyerap air yang banyak dalam keadaan cuaca lembap, tetapi Pantene Pro-V Silky Smooth Care mengekalkan kelembapan yang diperlukan dan mencegah kelembapan yang berlebihan untuk rambut yang cantik sepanjang hari dalam apa juga keadaan cuaca. Ia tidak mengandungi pewarna rambut atau parabens.

Semua produk P&G boleh didapati melalui Kedai Rasmi P&G di Shopee Mall. Produk yang dijual menerusi Shopee Mall diberikan jaminan pemulangan barang dalam masa 15 hari, penghantaran percuma dan jaminan keaslian 100%. Sertai P&G dan Shopee untuk Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya – belilah semua keperluan penjagaan rambut anda hari ini menerusi https://shopee.com.my/m/super-brand-day!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s