PPZ-MAIWP Sedia Banyak Perkhidmatan dan Keistimewaan Kepada Pembayar Zakat

Dengan tagline ” Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan”, Pusat Pungutan Zakat -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP )menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada bakal-bakal pembayar zakat disamping berharap dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan zakat tahun ini.

Selain perkhidmatan, PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan kepada pembayar zakat.

IMG_20190503_105541

Maklumat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri pada sidang media yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga mengumumkan mengenai penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) kepada nama baru.

IMG_20190503_111115

Selepas menggunakan Skim Thohir selama 8 tahun ia bakal digantikan dengan nama baru iaitu Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB). Logo skim itu juga menerima pembaharuan.

Untuk memudahkan urusan pembayaran zakat sepanjang Ramadhan nanti, sebanyak 10 kaunter akan dibuka setiap hari termasuk cuti umum, bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang, dengan 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 kaunter di Putrajaya dan 1 kaunter di Labuan. Bayaran boleh dilakukan secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam.

Pembayar zakat juga boleh mendapatkan bantuan pada pihak PPZ-MAIWP untuk membuat penaksiran zakat, menyemak rekod bayaran terdahulu, mendapatkan borang kebenaran potongan zakat, membayar zakat fitrah dan mendapatkan salinan resit pembayaran zakat.

Bagi yang tidak sempat ke kaunter, PPZ-MAIWP menyediakan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Sebanyak 4 buah van disediakan dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi KZB.

Menariknya mereka yang membuat pembayaran zakat di kaunter PPZ-MAIWP bakal  menerima cenderahati khas iaitu:

  • Sampul Raya-edaran bermula 1 Ramadhan
  • Kit Ramadan & Syawal-terbitan eksklusif yang membicarakan persediaan dan amalan sewaktu Ramadhan dan Syawal-edaran bermula 1 Ramadhan
  • Produk penghasilan Asnaf-tahun ini, PPZ-MAIWP memilih produk serunding-edaran minggu ke 3 Ramadhan

Bagi 1,000 pembayar zakat yang pernah membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP sebelum itu, dan mengulangi pembayaran tahun inijuga akan menerima cenderahati khas.

Begitu juga bagi yang membayar melalui kaunter bergerak, mereka akan menerima cenderahati khas beserta sampul raya mulai 1 Ramadhan selagi stok masih ada.

Sepanjang bulan Ramadhan juga, PPZ-MAIWP bakal mengadakan EMPAT slot Santai@Ramadhan secara langsung melalui ‘FB Live’ PPZ-MAIWP. Setiap slot akan berlangsung selama 30 minit setiap hari Jumaat, yang akan membicarakan persoalan zakat seperti kutipan dan agihan, pengisian rohani bersama ustaz-ustaz jemputan yang membicarakan perkara berkaitan Ramadhan dan Syawal.

Tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah sebanyak RM110 juta, 15% kenaikan daripada kutipan tahun 2018 dengan jumlah pembayar zakat seramai 126,200 berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 109,739 orang.

Bayaran menerusi Portal:

  1. http://www.zakat.com.my
  2. Bila-bila masa dan di mana sahaja-24 jam
  3. semua jenis zakat
  4. resit diperolehi secara terus
  5. menyenak rekod bayaran terdahulu

Bayaran melalui Kaunter Zakat Bergerak:

  1. Hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi kaunter di no: 1 300 88 5757

Marilah bersama-sama merebut keberkatan Ramadhan dengan berzakat. Bagi mereka yang membayar zakat, akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian) yang mana PPZ-MAIWP akan menyumbang sebanyak RM3,000 kepada waris sekiranya pembayar meninggal dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s