Adira Suhaimi Umum Kolaborasi Bersama Hermanas

Bukan sahaja cantik, tudung bawal jenama Hermanas mudah dibentuk dan tidak cepat berkedut. Memang sesuai kalau nak bawak travel ni..

QIU_3386

Kolaborasi ini diumumkan oleh penyanyi tersebut pada majlis pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira di The Curve sempena kempen raya 2019.

Koleksi Raya Hermanas X Adira ini menampilkan tudung bawal dengan material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile.

QIU_3412

“Dengan pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira ini kami berharap Hermanas akan lebih dikenali ramai di dalam dan luar negara. Sehingga kini pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia malah negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi.

Bawal Hermanas sangat berbeza daripada bawal sedia ada di pasaran kerana material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas, iaitu  Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang dibentuk, tidak mudah kedut, ‘on point’ sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan.” ujar Syed Zulhilmi Tuan Syarif, Pengasas Hermanas.

Pemilihan penyanyi Adira disifatkan paling sesuai berikutan penyanyi itu berimej Muslimah.

“Adira adalah pilihan yang tepat sebab salah satunya beliau juga bertudung. Cara pemakaiannya juga cantik, trendy dan kemas sesuai dengan tudung bawal Hermanas. Selain itu, Adira juga mempunyai pengikutnya sendiri yang mampu meningkatkan Hermanas ke tahap yang lebih tinggi.”

Pada majlis itu, Adira telah menandatangani sehelai tudung istimewa Edisi Terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan harga RM1,000. Duit hasil lelongan akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut hari raya nanti.

Koleksi Raya Hermanas X Adira yang boleh didapati sepanjang bulan Mei dan Jun ini menawarkan 12 rekaan keseluruhan dengan 6 rekaan pertama akan dilancarkan pada Mei dan selebihnya akan dilancarkan pada awal Jun depan. Setiap rekaan mempunyai lebih 5 kombinasi warna dan dari koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna.

Koleksi itu boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Sempena dengan musim perayaan ini, peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan pada harga istimewa di mana pembelian 3 helai hanyalah RM197 beserta penghantaran percuma dan kotak eksklusif.

Koleksi ini boleh didapati di semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia atau di butik Hermanas di Kota Damansara.

Alamat:

29-1 Jalan PJU 5/20E,

The Strand Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya

010-3348784

http://www.hermanas.my

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s