BAZAR RAMADAN KG BARU KINI ‘KASHLESS’

Sekarang nak beli makanan berbuka puasa kat Kg Baru tak payah bawak tunai banyak-banyak. Boleh guna Touch ‘n Go eWallet saja. Senang, scan dan terus bayar!

Photo 1 (9)

Sambutan Ramadan tahun ini mendapat satu suntikan inovasi baru apabila Touch ‘n Go eWallet (eWallet) diaktifkan di setiap sudut Bazar Ramadan Kampong Bharu.

Photo 3 (4)

Bazar ‘Kashless’ ini menerima sentuhan moden yang menggambarkan semangat #RayaSempoi daripada eWallet tersebut.

Para pengguna eWallet kini boleh membuat pembayaran pelbagai juadah iftar di kira-kira 400 pengusaha di bazar dengan mengimbas kod QR peniaga. Sebaik juadah dibeli, pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa bersama-sama orang ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.

“Kami ingin berhubung dengan komuniti melalui teknologi yang lebih inklusif, secara tidak langsung membawa manfaat kepada para pengguna dan juga peniaga. Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai sistem eWallet sekaligus menjadikan ia satu kelaziman dalam kehidupan seharian,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd.

Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik di bazar tersebut termasuklah jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 menerusi Ketupat Runtuh, ataupun pembelian barangan eksklusif menerusi Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi.

Berpaksikan amalan bersedekah di bulan Ramadan, para pengunjung yang berada di Masjid Jamek Kampong Bharu juga boleh membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas kod-kod QR yang terdapat di sekitar kawasan masjid.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini terletak di tengah-tengah Kampong Bharu, sebuah kawasan yang amat terkenal dengan sejarahnya serta dipenuhi pelbagai makanan tempatan. Sebagai sebuah perkampungan Melayu terakhir yang terletak di tengah-tengah ibu kota, pengunjung kerap memenuhi bazar ini bagi merasai sendiri suasana Ramadan serta tidak ketinggalan untuk mencuba juadah tempatan yang dijual. Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari sejarah Rumah Warisan dan Kelab Sultan Sulaiman dengan lebih mendalam.

#Zerofoodwastage & #sayno2plastic

Di bulan Ramadan, jumlah pembaziran makanan yang direkodkan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus. Mengambil kira kesederhanaan sebagai tunjang kepada bulan mulia ini, Touch ‘n Go eWallet memulakan satu program yang memastikan sebarang lebihan makanan di bazar akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lebihan makanan tersebut akan dikumpul dan dibungkus oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada gelandangan serta golongan miskin bandar.

Inisiatif ini diterajui serta disokong oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kolaborasi Kechara Soup Kitchen. Puteri Negeri Selangor ini yang juga penyokong kuat bagi amalan elakkan pembaziran makanan telah mengunjungi bazar ‘kashless’ dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek.

Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah telah mengambil peluang ini untuk berkongsi minatnya yang mendalam bagi kempen #sayno2plastic.

“Setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis makanan dan plastik dibuang dan ini menyumbang kepada jumlah sampah terkumpul yang menjadi sangat banyak. Tahun ini, saya berharap agar rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menolak penggunaan plastik. Saya amat berharap agar lebih banyak organisasi bekerjasama dengan orang ramai untuk melindungi alam sekitar untuk bebas dan bersih dari plastik,” 

Bagi mengurangkan penggunaan plastik dan mengelakkan pembaziran makanan, orang ramai digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan dan minuman, serta beg kitar semula ketika mengunjungi bazar.

Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta senarai aktiviti penuh di bazar, layari http://www.tngd.my/rayasempoi atau kunjungi http://www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini. #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

#RAYASEMPOI DENGAN TOUCH ‘N GO EWALLET

Untuk pelbagai aktiviti menarik, penuh bermakna serta detik-detik meriah #RayaSempoi, berikut merupakan senarai aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk dinikmati pengunjung bersempena bulan Ramadan (termasuk Terma & Syarat):
● ‘Ketupat Runtuh’ – Dapatkan peluang menerima pulangan wang bernilai RM1,000,000 melalui pembelian menggunakan eWallet di bazar ‘Kashless’ atau di lebih 50,000 rakan niaga.
● ‘Kucing Kashless Rekomen’ – Maklumat terkini secara mingguan menerusi aplikasi eWallet yang merangkumi 10 Makanan Pilihan serta aktiviti-aktiviti menarik di bazar.
● ‘Katch Kucing Kashless’ – Hadiah menarik menanti sesiapa yang paling pantas mencari 5 ‘kucing’ tersembunyi di bazar, berswafoto dan muat naik ke laman Facebook. Pastikan anda pautkan laman Facebook Touch ‘n Go eWallet serta meletakkan #KatchKucing #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet.
● ‘Siapa Yang Best!’ – Undi gerai bazar ‘Kashless’ kegemaran anda dengan menggunakan aplikasi eWallet. Gerai dengan undian tertinggi akan disenaraikan dalam laman Facebook Touch ‘n Go eWallet setiap minggu.
● ‘Hadiah Extra Sempoi’ – Melalui pembelian minimum RM10, kunjungi gerai Touch ‘n Go eWallet dan dapatkan tawaran menarik serta barangan eksklusif!
● Beramah mesra serta berbuka bersama selebriti tempatan kegemaran anda:
o Alif Satar: Saturday, 11 Mei
o Nabila Razali, 18 Mei
● Dalam mengekalkan amalan bersedekah, pengunjung Masjid Jamek boleh menyalurkan derma ikhlas melalui eWallet hanya dengan mengimbas kod QR yang terdapat di sekitar kawasan masjid.
● Demi memupuk semangat kebersamaan, berbukalah bersama-sama kami di Halaman Sempoi yang terletak di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman di tengah-tengah Bazar. Halaman Sempoi dibuka setiap hari bermula jam 3 petang.

Ramadan merupakan masa untuk komuniti meningkatkan amalan kebaikan dan kebajikan. Touch ‘n Go eWallet percaya bahawa tiada sesiapa pun patut menanggung kelaparan, justeru menjalin kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk memastikan sebarang lebihan makanan akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Pengunjung juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan membawa bekas makanan dan minuman sendiri serta beg kitar semula ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

Cara Ke Sana
Tempah perjalanan anda ke Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dengan EZCab dan nikmati potongan RM4* apabila anda membuat pembayaran dengan Touch ‘n Go eWallet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s