MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), pengendali rangkaian peruncitan terkemuka di Malaysia berbesar hati melancarkan Kempen Girang Syawal Tiba 2019 yang melibatkan pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa menjelang Ramadhan dan Syawal.
Pelbagai aktiviti mengisi ruang sepanjang kempen antaranya peragaan fesyen pakaian Aidil Fitri yang menampilkan koleksi jenama Mikhail dan Mikayla yang merupakan jenama MYDIN sendiri.
Kempen dengan kerjasama Sinar Harian ini turut menampilkan selebriti tempatan seperti Azad Jasmin dan Eira Syazira sebagai pengacara majlis bagi menambah keriangan kempen berkenaan. MYDIN turut mengumumkan pelakon cilik yang sedang meningkat naik, adik Qistina Raisah yang kini dilantik sebagai Duta MYDIN.
Promosi MYDIN Girang Syawal Tiba 2019 ini turut membabitkan koleksi baju raya lelaki, wanita, kanak-kanak dan sedondon selain pilihan kurma import, kuih raya dan pelbagai barangan rumah dan dapur. Turut terlibat barangan segar seperti ayam, ikan, sayuran dan pelbagai barangan lain dalam promosi ‘Hari-Hari MYDIN Murah’ yang telah bermula sejak 8 Mac yang lalu. Prihatin dengan bebanan kos sara hidup, MYDIN turut mengatur pelbagai tawaran lain bagi memastikan kepuasan pelanggan bebrelanja dengan kualiti produk yang sentiasa dijaga.
MYDIN turut melancarkan tabung program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR, “MYDIN Prihatin” dengan bertemakan ‘Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan’. Usaha murni turut mendapat kerjasama rakan eksklusif MYDIN iaitu platform e-Dagang terkemuka, Shopee.
Setiap nilai pembelian barangan jenama MYDIN sendiri di platform Shopee, sebanyak 20 sen akan disumbangkan ke tabung MYDIN Prihatin.
Syarikat pembekal terkenal seperti P&G, NONA, Sunquick, Enricos, Enaq, Coca Cola Malaysia, Gardenia, Trichy, Beras Juara, Antabax dan MAMEE turut terlibat dalam program CSR ini. Program ini menyasarkan golongan asnaf dan anak yatim berdaftar seluruh negara yang telah dikenalpasti.
Setiap belian antar 5 sen hingga 50 sen daripada jenama-jenama itu akan dikumpul dan disalurkan kepada rumah kebajikan yang dipilih mengikut negeri. MYDIN menyasarkan dana kutipan RM200 ribu dan agihan akan dilakukan sepanjang tahun ini.
MYDIN terus komited memberi kepuasan dan pengalaman kepada pelanggan setianya agr Aidil Fitri dapat disambut dengan lebih girang dan bermakna. MYDIN juga berharap promosi dan tawaran yang dirangka sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal dapat dimanfaatkan oleh pelanggan MYDIN dan berbelanja dengan bijak.
Leave a Reply