Sweet. Cantik. Bergaya. Sopan.
Itu yang penulis rasa apabila melihat koleksi Summer Jacket yang dihasilkan oleh jenama Wan & Mary sewaktu mengunjungi booth pereka fesyen muda, Hazzerwan Hazzlee dan Maryam Musa di satu majlis pelancaran di pusat beli-belah Quill Mall, KL.
Koleksi Summer Jacket ini boleh didapati dalam saiz S, M dan L.
Ia datang dengan pelbagai corak rekaan dan warna-warna menarik serta ceria.
Material yang digunakan pula adalah Printed Duchess Plain Satin yang memberi rasa lembut, sejuk dan selesa pada pemakainya.
Sewaktu penulis mencubanya sendiri, Summer Jacket tersebut, ia terletak kemas di bahu dan memberi impak ‘ slim’, memang ‘kena’ dengan cita rasa penulis! Memang cantik untuk digayakan Syawal nanti.
Summer Jacket ini sangat sesuai digayakan sewaktu menghadiri majlis keraian yang bertemakan ‘Spring Summer’, acara santai malah cantik digayakan di pejabat.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pereka muda berbakat ini pernah memenangi anugerah di rancangan fesyen realiti TV oleh ASTRO pada Mei 2018. Dan apa yang pasti, kedua-dua pereka fesyen ini bukan calang-calang orangnya, tidak sahaja berbakat besar malah mempunyai pendidikan terbaik dari sekolah fesyen berprestij serta banyak pengalaman dalam bidang fesyen. Malah rata-rata pelanggan mereka terdiri daripada VIP, orang kenamaan, selebriti dan korporat.
Maka tidak hairanlah, koleksi pakaian yang direka daripada jenama Wan & Mary ini tampil moden, trendy dan bergaya. Lebih menumpukan kepada golongan muda yang lebih vibrant dan chic, pakaian yang dicipta oleh mereka ini lebih memfokuskan pada ketelitian ekspremental, Digital Printing dan juga grafik. Jenama ini juga pernah memperagakan pakaian mereka di peringkat antarabangsa antaranya di London, Milan, Dubai dan Bahrain.
Alamat butik:
WAN & MARY,
42-1,JALAN PJU 5/21,THE STRAND,
KOTA DAMANSARA,PETALING JAYA,
47810, SELANGOR DARUL EHSAN.
INSTAGRAM: WAN_AND_MARY
EMAIL: wanmaryempire@gmail.com