Sempena meraikan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba tak lama, pusat beli-belah Avenue K meriah dengan paparan artistik Geometri berwarna-warni.
Pengunjung ke sini pastinya akan teruja dengan kehadiran paparan Geometri berbentuk bintang yang besar, tergantung di satu sudut di Atrium yang menghasilkan pencahayaan terang di segenap bazar berdekatan.
Diinspirasikan melalui corak-corak pada geometrik Islam, paparan artisitik yang mengambil tema ‘Radiance of Eid’ ini turut menyerlahkan gubahan-gubahan bunga tropika yang digabungkan bersama pada paparan tersebut, menjadikan ruang di Atrium berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan dan warna-warna ceria yang dihasikan oleh paparan artisitik.
Kehadiran bulan Ramadan 2019 bertambah seri apabila Avenue K meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia. Mereka dibawa membeli pakaian raya, diberikan duit raya dan juga menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama staf, media dan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum itu menghiburkan tetamu yang datang dengan lagu hit beliau ‘Bawaku Pergi’, ‘Sibuk’ dan juga lagu raya.
Avenue K menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk sambutan hari raya melalui Pasar Seloka yang mana tahun ini, kembali dengan lebih besar dan lebih banyak gerai-gerai tempatan yang menjual produk-produk berkualiti tinggi dan juga lebih moden seperti pakaian, alat solek, aksesori fesyen, kuih-kuih raya dan banyak lagi agar pengunjung yang datang membeli-belah boleh mendapatkan produk yang terbaik untuk menyambut keriangan Aidil Fitri bersama-sama keluarga.
Bagi pengunjung yang membeli-belah minimum RM250 di Avenue K (RM200 jika anda ahli kad AK Neighbours ) dalam dua resit atau kurang, membolehkan anda menebus satu set sampul kad raya yang cantik, sementara stok masih ada.
Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah percuma dengan pembelian minimum RM500 dalam maksimum 2 resit, di mana Avenue K akan memberikan baucar makanan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100. Baucar-baucar makanan itu meliputi Samba Brazilian Steakhouse, Kafe Juan Valdez, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap ‘N Roll.
Untuk memberi lebih banyak tawaran hebat sempena ‘balik kampung’, pengujung boleh memyertai pertandingan mingguan ‘Top Spender’ di mana anda berpeluang menjadi 30 pelanggan Avenue K yang memenangi Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad bernilai RM100. Bermula 10 hingga 27 Mei ini, 10 pemenang akan dipilih, maka bersedialah untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang!
Bagi mereka yang suka mengambil gambar ‘selfie’, anda boleh menyertai Pertandingan Instagram ‘Jom Selfie’ dan berpeluang membawa balik hamper Raya eksklusif bernilai RM200 daripada Pasar Seloka dan Wondermilk. Maka, apa lagi, follow @avenuekmy untuk maklumat lanjut.
Jika anda biasa mengguna aplikasi Grab pula, masukkan kod AKRAYA19 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 untuk 2 kali perjalanan pergi dan balik dari Avenue K (hanya untuk 1,000 perjalanan pertama). Penebusan diskaun ini bermula pada 10 Mei hingga 9 June sahaja.
Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan oleh Avenue K sepanjang Ramadan ini.