PrestoPay Adakan Bazar Raya Tanpa Tunai Buat Kali Pertama di Quill City Mall

Mudah gunakan PrestoPay ni. Tak payah pening kepala atau tercari-cari ATM yang berdekatan bila duit tunai kat tangan tak cukup.

Image 3 (2)

Pada 16 Mei lalu, PrestoPay telah melancarkan Bazar Raya Tanpa Tunai sulung sebagai persediaan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Image 2 (3)

Bazar berkenaan dianjurkan selama tiga hari di Quill City Mall KL sehingga 18 Mei 2019, menawarkan pelanggan dengan pilihan produk yang meluas merentasi pelbagai kategori dengan diskaun menawan sehingga 70% yang disediakan oleh lebih 30 peniaga.

IMG_20190516_115317

Di Bazar Raya Tanpa Tunai PrestoPay, para pelanggan berpeluang melihat pelbagai reruai pop-up yang dipilih khas seperti Kluang RailCoffee, Mon Cheri Essentials, SunQuick Juice dan Deka Electrical.

Reruai tersebut meliputi lebih lapan kategori berbeza yang merangkumi makanan dan minuman, peranti, pengembaraan dan hiburan, kesihatan dan kecantikan, barangan runcit, fesyen, sukan serta barangan elektronik kediaman bagi melengkapkan keperluan Raya pelanggan. Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati tawaran-tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 70% terhadap produk-produk terpilih.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Menjalani kehidupan tanpa tunai membolehkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar bagi kedua-dua peniaga mahupun pelanggan. Berbeza daripada penggunaan tunai secara fizikal, pembayaran tanpa tunai adalah mudah, selamat, terjamin, pantas serta menawarkan pelbagai diskaun dan pulangan tunai. Sehingga kini, 67% rakyat Malaysia menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti dompet mudah alih, kad debit dan kredit serta perbankan dalam talian. Malah, kami di Presto sentiasa berusaha untuk mendidik pengguna melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan acara yang mendekati mereka, seperti Bazar Raya Tanpa Tunai ini, bagi meningkatkan pendedahan dan memaparkan kemudahan yang disediakan melalui pembayaran tanpa tunai khususnya menerusi kaedah dompet mudah alih.”

PrestoPay menyasarkan jualan sehingga RM1 juta dan menjangka sejumlah 10,000 pelanggan akan menghadiri Bazar Raya Tanpa Tunai selama tiga hari di Quill City Mall KL. Bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah serta menggalakkan pelanggan untuk menyempurnakan pembayaran tanpa melibatkan tunai, bazar berkenaan juga bersifat terbuka untuk menerima kaedah pembayaran dompet mudah alih lain, khususnya Boost, WeChat Pay dan banyak lagi.

Rakan tuan rumah rasmi Bazar Raya Tanpa Tunai PrestoPay, Pengurus Pusat Quill City Mall KL, Alan Cheong berkata,

“Kami sentiasa mencari cara untuk menarik dan memberi manfaat kepada para pelanggan kami. Sehubungan itu, melalui perkongsian dengan PrestoPay untuk menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai ini, kami yakin dapat menyediakan para pelanggan dengan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar. Kami juga teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Presto dalam menggalakkan para pelanggan menggunakan peranti elektronik mereka dan memudahkan serta mempertingkat pengalaman membeli-belah di pusat beli-belah kami.”

Sepanjang acara tiga hari tersebut, pengguna yang kali pertama memuat turun dan mendaftar dengan Presto layak untuk memutarkan roda dan berpeluang memenangi sehingga 2,000 hadiah misteri harian setiap hari.

Di samping itu, PrestoPay juga akan menganjurkan peraduan Belanja dan Menang dengan menyediakan hadiah misteri kepada sembilan (9) individu yang paling banyak berbelanja sepanjang tempoh bazar. Ini bermakna, tiga (3) hadiah misteri akan diberikan kepada tiga (3) pengguna PrestoPay yang paling banyak berbelanja pada setiap hari.

PrestoPay telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan merupakan sebuah dompet mudah alih unik yang boleh diakses menerusi aplikasi Presto, sebuah aplikasi pemasaran sosial tempatan berevolusi yang dikendalikan oleh PUC Berhad.

PrestoPay menawarkan pembayaran tanpa tunai yang mudah bagi transaksi peruncitan dalam dan luar talian, perkhidmatan nilai-tambah telekomunikasi prabayar, pembayaran bil, pemindahan tunai serta perkhidmatan nilai-tambah dan pengeluaran nilai bagi para pelanggan sebagai solusi pembayaran alternatif.

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi aplikasi App Store dan Google Play.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Presto dan dompet mudah alihnya, PrestoPay, sila layari laman web https://www.prestouniverse.com/presto.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s