YOBICK Perkenal Duta Terbaharu

Pasangan Juara beregu campuran Malaysia, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon dilantik menjadi Duta minuman berperisa yogurt jenama dari Jepun.

 

IMG_20190517_183447

Pelantikan duta terbaharu itu diadakan secara rasminya oleh Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Malaysia, Encik Takeshi Suma di Eatropica Cafe, Nu Sentral,  menandakan kempen terbaharu Yobick yang menyasarkan kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Pelantikan bersejarah itu diadakan sewaktu sesi berbuka puasa Yobick bersama wakil media, pihak pengurusan dan rakan niaga Yobick.

Bak pepatah Inggeris-‘when the going gets tough, the tough gets going’, pelantikan pasangan beregu campuran itu adalah bermakna kerana mereka mewakili ini pati motto jenama Yobick-‘tidak pernah berputus asa, tekad, berorientasikan matlamat, yakin da sentiasa memburu jeyaan serta cabaran besar. Mereka juga konsisten menunjukkan prestasi cemerlang dalam memburu pinta dan kemenangan, maka mereka adalah idola rakyat Malaysia.

IMG_20190517_182233

Perlantikan sebagai duta Yobick Malaysia, Liu Ying dan Peng Soon telah menandatangani perjanjian selama satu tahun dan bakal muncul dalam kempen video digital dan semua kempen Yobick yang dipratonton sewaku sesi bersma media.

“Kami sangat gembira dan mengalu-alukan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon sebagai sebahagian keluarga DyDo. Saya yakin kedua-duanya akan membawa produk minuman yogurt kami, Yobick di Malaysia ke peringkat seterusnya. Yobick adalah jenama minuman yogurt yang melambangkan ketabahan, sikap tidak putus asa, bertenaga dan gaya hidup yang aktif. Semua ciri ini ada pada Liu Ying dan Peng Soon-berbekalkan semangat yang tinggi, mereka menjadi pemain yang disegani dalam arena sukan badminton di Malaysia. Kami amat berbangga dengan kejayaan mereka dan berharap mereka akan membawa jenama Yobick ke tahap yang lebih tinggi”. Encik Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yobick, ikuti:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s