TASTY AUSTRALIA 2019 Tawar Aneka Makanan Terbaik dari Australia

Pesta Tasty Australia 2019 ini telahpun berlangsung di Isetan KLCC dari 30 Ogos hingga 11 September lalu.

IMG_20190903_105824

Tasty Australia 2019 membawa anda mengikuti kembara kulinari dengan makanan dan minuman Australia yang terbagus di Isetan KLCC bermula 30 Ogos hingga 11 September 2019 lalu.

IMG_20190903_105357

Pesta makanan ini dipersembahkan dengan bangganya oleh The Model Cook melalui kerjasama Isetan Malaysia dan ini adalah tahun KEENAM pesta makanan ini diadakan di Kuala Lumpur.

IMG_20190903_114743

Ini adalah pertunjukan utama buat kali pertama dengan menampilkan makanan Australia Selatan dan Australia Barat. Selain daripada 25 jenama terkenal sedia ada dari Australia Selatan melalui The Model Cook, sejumlah 12 jenama baru dengan 80 lebih produk telah diperkenalkan di pesta makanan ini. Kebanyakan jenama baru ini telah memilih Malaysia sebagai destinasi negara eksport pertama.

IMG_20190903_115951

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Michael Growder telah merasmikan pelancaran Tasty Australia 2019 pada 3 September  lalu, bersama Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia.

Tasty Australia 2019 terus menyerlahkan tabiat kehijauan dan pemakanan sihat dengan mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO. Sejak 30 Ogos hingga 4 September lalu, tujuh pengasas jenama baru tersebut hadir dan bertemu dengan pelanggan Isetan untuk berkongsi kisah jenama mereka.

“Hasrat kami adalah untuk mempromosikan gaya hidup makanan yang sihat dengan menawarkan makanan alternatif yang sihat, tanpa GMO dan mengandungi faedah kesihatan yang benar. Untuk mencapai matlamat ini, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan makanan alternatif yang sihat ini menawarkan nilai untuk wang sambil memberi manafaat kandungan nutrisi yang ada dalamnya,” kata Vivien Lee, Pengarah Eksekutif The Model Cook.

Antaranya adalah:

  • minyak trufel ikonik dari Australia Barat iaitu kelas superior produk Perigord hitam dan perasa
  • madu Jarrah asli yang disahkan organik dari Australia Barat;
  • kepingan epal Bravo sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung
  • madu asli mentah dari Hutan Selatan
  • popcorn bebas gluten dimasak dalam teko
  • coklat vegan gourmet
  • quinoa ditanam 100% di Australia
  • buah buahan straps dehidrasi semulajadi
  • pelbagai makanan dalam bekas yang mudah dibawa

Australia sebagai negara sumber penting untuk makanan dan minuman yang dijualkan di Isetan Malaysia, mengambil kira tentang persekitaran yang bersih, hijau dan selamat untuk pengeluaran makanan dan amalan pertanian yang sewajarnya.

Pasaran Makanan Isetan sentiasa sibuk dengan kegiatan semasa Tasty Australia, terutamanya penumpuan pada Pancutan Popcorn yang menarik. Untuk sambutan perayaan makanan ini, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan pembelian. Pembeli juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia. Mereka juga boleh menikmati juadah di restoran pop-up Australian Gourmet dari 11pagi hingga 9.30 malam.

Sejak tahun 2012, The Model Cook berdedikasi untuk menawarkan makanan alternatif tanpa GMO yang sihat dibawa dari Australia Selatan ke Asia.

“Kami bangga kerana dapat menjadi penganjur bersama untuk Tasty Australia selama enam tahun berturut-turut. Platform ini membolehkan kami untuk meneruskan semangat kami untuk membantu orangramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui makanan,” kata Vivien Lee.

“The Model Cook kini sudah mengembangkan jejaknya ke Australia Barat.”

Untuk maklumat lanjut tentang ‘best buy’ Tasty Australia, sila:

  • lawati laman Facebook TheModelCook
  • dapatkan salinan surat berita Isetan Ogos
  • e-mel healthyeating@themodelcook.com.

 

UniPin Lantik KK SUPER MART Sebagai Syarikat Peruncitan Rasmi Empayar Permainan Mudah-Alih

Tahniah KK Super Mart kerana dipilih oleh UniPin, Gerbang Pembayaran Permainan Terbesar Indonesia yang ingin memperkukuhkan empayar permainan mudah alih untuk pemain permainan mudah alih di Malaysia.

Image01

Kerjasama eksklusif terjalin di antara syarikat peruncitan tempatan ternama KK SUPER MART dan UniPin dengan  KK SUPER MART dilihat dapat memperluaskan penggunaan UniPin di kalangan pemain permainan mudah-alih di Malaysia.

Image05

Malaysia merupakan negara ketiga dalam Pasaran Permainan Asia Tenggara yang menjadi pilihan UniPin. Bersesuaian dengan usaha kerajaan dalam menyokong perkembangan sukan elektronik atau eSports di Malaysia dalam Bajet 2019, kedua-dua empayar besar ini yakin jalinan kerjasama ini adalah langkah tepat. RM10 juta diperuntukkan untuk terus meningkatkan pertumbuhan industri eSport di Malaysia. Menurut sumber The Edge Markets 2018, kini industri ini bernilai AS$180.1 bilion dan akan terus berkembang pesat.

Ashadi Ang, Ketua Pegawai Eksekutif UniPin berkata

“Di Indonesia, industri permainan atas talian sangat luas dengan anggaran pendapatan berjumlah AS$1 bilion tahun ini. Salah satu daripada kunci kejayaan ialah dengan menyediakan kemudahan pembayaran atas talian kepada pemain. Ketika kami memperkenalkan UniPin 9 tahun lalu, misi kami ialah mencari penyelesaian bagi masalah kesulitan pembayaran yang dihadapi oleh pemain Indonesia. Kini UniPin mampu melaksanakan pelbagai kaedah pembayaran termasuklah perbankan atas talian dan kad kredit, pembayaran mudah-alih dan pemindahan bank. Pengguna turut boleh membeli baucer di salah satu jaringan kedai runcit terbesar di Indonesia iaitu Indomaret yang mempunyai lebih daripada 17 ribu cawangan. Tambahan, rakan niaga UniPin juga terdiri lebih daripada 300 penerbit permainan di seluruh negara dan mempunyai sejumlah 10 ribu permainan. Kelebihan ini memberi kami kemampuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 50 juta komuniti permainan. Kami bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi sehingga membolehkan kami menjadikan UniPin sebagai gerbang pembayaran permainan terbesar dan dikenali di Indonesia”.

“Kami telah mengenalpasti Malaysia adalah antara negara yang mempunyai pasaran permainan mudah-alih yang berkembang pesat di Asia Tenggara. Maka adalah bertepatan untuk kami melebarkan empayar digital kami di sini selepas negara Indonesia dan Filipina. Harapan kami jalinan kerjasama eksklusif bersama KK SUPER MART dapat meningkatkan jumlah pemain atas talian di negara ini. Kami turut mengenalpasti beberapa negara lain untuk memperluaskan usaha ini seperti ke Mynmar, Vietnam, Kemboja dan Thailand”.

Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata

“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran UniPin di Malaysia. Kumpulan Syarikat KK yang dikenali dengan kekuatan jenama KK SUPER MART merupakan rangkaian kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, menawarkan lebih daripada 9 ribu produk keperluan harian di seluruh 400 cawangan. Sebagai syarikat yang peka dengan arus pemodenan dan gaya hidup terkini, terbaru KK CONCEPT STORE diperkenalkan di kalangan warga kota Kuala Lumpur. Konsep baru ini menjadi titik permulaan kepada perubahan KK SUPER MART dimana pelanggan boleh menikmati lebih daripada 100 pilihan makanan segar dan sedia dimakan disamping dapat menikmati suasana selesa sambil beristirehat di café 24 jam”.

“Jalinan kerjasama UniPin membolehkan KK SUPER MART berdaya saing dalam menyediakan kemudahan kepada pemain atas talian samada yang tidak mempunyai kredit atau kad debit atau kepada pelanggan yang selesa menggunakan tunai sebagai langkah lebih selamat atau mudah sebagai kaedah pembayaran untuk mendapatkan kredit permainan di semua jaringan KK SUPER MART dan KK CONCEPT STORE di seluruh Malaysia. Kerjasama ini dilihat sesuai dengan kesungguhan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan terbaik kepada setiap pelanggan yang mengunjungi outlet kami”

Pelancaran bersejarah ini dengan mengetengahkan Start.Play.UniPin, turut dihadiri oleh pemain terkenal seperti Bosskur, Geek Fam, dan RRQ Malaysia. Kerjasama ini turut menyaksikan pelancaran UniPin KK SUPER MART Cup 2019 (UKK Cup) di mana pemain permainan mudah-alih dari Malaysia akan memperlihatkan kemahiran dalam permainan.

UKK Cup akan dianjurkan di KK CONCEPT STORE terpilih bermula dari September hingga Oktober 2019. Kumpulan yang menjuarai kejohanan UKK Cup akan terpilih secara langsung untuk bertanding di Cyber Arena Asia Tenggara (SEACA) 2019, salah satu kejohanan permainan terbesar di Asia Tenggara anjuran UniPin. Kejohanan ini bakal memperlihatkan komuniti pemain profesional berentap untuk memenangi sebahagian dari hadiah keseluruhan bernilai RM 600,000. Dianjurkan untuk tahun kedua, kejuaraan akan diadakan di arena Balai Kartini, Jakarta Selatan dari 8 hingga 10 November 2019. Kejohanan ini juga bakal menyaksikan perlawanan sengit dalam permainan popular di rantau ini seperti Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile, dan Tekken 7. Sebahagian daripada pelancaran ini, promosi sebanyak 10% kredit akan diberikan semasa pelanggan top-up Unipin e-wallet di mana-mana KK SUPER MART.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kejohanan tempatan, sila layari halaman Facebook KK SUPER MART di http://www.facebook.com/kksupermart dan untuk maklumat lanjut tentang SEACA, sila layari halamam SEACA di http://www.seaca.gg.

 

ARTBOX Malaysia 2019 Levelling Up For Second Edition

Due to its success last year, Artbox Malaysia 2019 returns with a leveled up theme: Assemble.

 

IMG_20190906_163642

The most popular creative market in Southeast Asia is back in Malaysia on the 6 to 8 and 13 to 15 September at Sunway City Outdoor Open Air Carpark  with FREE admission for everyone.

Artbox Malaysia 1

Artbox Malaysia is levelling up for its second edition, with its signature containers being stacked and arranged to charm and attract guests from all over Malaysia.

IMG_20190906_164423

Artbox is recognised internationally for its captivating structures surrounding the vicinity. This year’s edition takes inspiration from nostalgic childhood games such as Tetris and Jenga.

With Artbox Malaysia: Assemble being their new theme, this creative market will once again provide creative and unique retailers from across the region such as Malaysia, Thailand, Indonesia & Singapore formed a holistic, one-of-a-kind curated experience.

Artbox Malaysia: Assemble showcased a range of over 300 booths that grab the attention of Malaysians.

Founder and Chief Executive Officer of Invade Industry Singapore, Mr Kent Teo said,

Artbox Malaysia 2019 plans to be bigger, better and more memorable than last year. This year, we are pushing ourselves out of our comfort zones and bringing amazing ideas to life for the community of Malaysia. Artbox Malaysia has a lot to offer and we hope to provide our guests with an all-inclusive extraordinary experience. We hope to see our food lovers and art enthusiasts once again have unforgettable moments with us. We’re also honoured as Artbox Malaysia is once again supported by Sunway Group, one of Malaysia’s largest conglomerates, with its flagship Sunway City Kuala Lumpur as our key venue partner.”

As Malaysia’s premier tourist destination with retail, leisure, hospitality and entertainment under one roof, Sunway City Kuala Lumpur is the venue of choice for Artbox Malaysia: Assemble which will see a large influx of visitors.

Sunway Group founder and chairman Tan Sri Dr Jeffrey Cheah said,

Sunway City Kuala Lumpur is proud to play host to Artbox Malaysia for the second consecutive year. Last year, the event garnered overwhelming responses from art enthusiasts, aspiring designers and shopping and food lovers from all over Malaysia. We trust this one-of-a-kind event will reach out to an even bigger crowd this year. In our continuous effort to boost the vibrancy of Malaysia’s tourism industry, we will continue to bring in events of a regional and global scale to Sunway City Kuala Lumpur.”

Artbox Malaysia also gave visitors the chance to indulge in gastronomic bites, from delectable food and beverage stalls each weekend. Some intriguing flavours that foodies can look out for are Dum Dum Thai Drinks, Saychiizu, IceDEA and Salmon Portion, these brands are based in Malaysia but they showcased exclusive thai fusion flavours for Artbox Malaysia.

With its mission to provide creative makers, local artists and musicians a platform to showcase their talents. Artbox Malaysia provided a stage with live music performances from Maha Jefferey, Ili Ruzanna, Rufus and more as they serenaded visitors with their sweet-sounding voices under the alluring ambience of the starry-filled night sky throughout the weekend.

[L to R] Haoming Lee Regional Head of Strategy of Invade, Kent Teo Chief Executive Officer of Invade, Sayantan Das Managing Director of foodpanda, Fabian Emanuel Head of Marketing of foodpanda, Kevin Jacob Offline

Artbox Malaysia is also proudly presented by foodpanda, Malaysia’s largest food delivery platform. All food and beverage selections are available on foodpanda’s app throughout the festival period. Visitors are able to skip long queues by using the new pick-up feature on the app. This feature enables visitors to purchase from food and beverage vendors at Artbox and a notification will appear when their food is ready allowing visitors to collect their order at the foodpanda pick up line. Alongside that, visitors also enjoyed themselves at the foodpanda zones filled with games, fun activities and surprises throughout the day.

Each weekend brings forth a different set of unique creative lifestyle and fashion vendors that presents a diversity of style from Malaysia, Thailand, Indonesia and Singapore. For instance, a collaboration between JD Sports x adidas brought a larger-than-life gaming experience with a modern twist. With towering LED screens surrounding the space, visitors challenged a friend to an epic showdown of JD King of Trainers: The Game and stood a chance to win exclusive prizes from JD Sports and adidas.

Other than that, Artblocks Tower provided an offline-to-online experience that involves interactivity on Instagram and visitors stood a chance to win exclusive giveaways and grand prizes from JD Sports and adidas when you form Tetris shapes with your photos within Instagram’s 3×3 grid.

As an all-inclusive creative market, Artbox aspires to provide the latest in retail assortments. Pestle & Mortar Clothing, who pride themselves in incorporating local flavour in all of their pieces, released an Artbox Malaysia exclusive ‘Artbox X PMC’ merchandise capsule consisting of all-new limited edition t-shirt designs, bags and accessories. Visitors also expected exclusive promotions and surprises at Pestle Mortar Clothing’s container at Artbox Malaysia.

Visitors can enjoy free admission to Artbox Malaysia which takes place from 3pm-11pm on 6 – 8 September and 13-15 September at Sunway City Outdoor Open Air Carpark.

Don’t miss out by following Artbox Malaysia’s social channels for all announcements and updates.

 
About Artbox
Artbox is recognised for its unique curation of local entrepreneurs and creative retailers presented in a creative night market! Artbox Malaysia, brought in by Invade has become one of the most highly-anticipated experiences with the first year bringing in more than 350,000 visitors. Artbox Malaysia created numerous magical moments last year and will be back again for two weekends in September.

The second Malaysian edition, themed Artbox Malaysia: Assemble, will capture stunning moments with creative art installations and interactive elements that will intrigue all your senses. Artbox Malaysia: Assemble aims to be bigger and better than everything you’ve ever imagined and creating an artistic force unlike any other. Artbox Malaysia: Assemble will feature unique retailers, tantalising meals and fascinating art installations in a space that pushes the boundaries of creativity.
Artbox Malaysia: Assemble is an event not to be missed!

About Invade
Invade is a creative retail space activation and events management company founded in 2010. Known for its innovative retail concepts, Invade manages pop-up retail stores, runs some of the largest creative markets, and also operates a real-time retail booking system that allows businesses to rent and list spaces in an efficient manner in Singapore. Invade will also host the Artbox Asia tour, bringing the best of creative markets to the region with each city’s installation infused with the local flavour. For more details, please visit http://invade.co.

About Ad-nology
Ad-nology is a boutique marketing agency who focuses on innovation and creativity. Ad-nology is build by the forever generation, for the forever generation. Working towards uncharted territory, ad-nology creates live experiences that has never been done before and to create unique and memorable events.
Discovering uncharted grounds . For more info visit us at https://ad-nology.com
ARTBOX MALAYSIA ASSEMBLE FACT SHEET

Event Details
FREE ADMISSION!
This event is open to public

Operating Hours
6 – 8 September 2019
13 – 15 September 2019
Friday – Sunday
3PM – 11PM

Location
Sunway City Kuala Lumpur
Outdoor Open Air Carpark

By Public Transport
– Take LRT Kelana Jaya Line from any station to USJ 7 station & interchange with BRT to Sunway Lagoon station.
LRT stations with parking space: USJ 21, Ara Damansara, Putra Heights, Glenmarie & Gombak
– Take KTM Komuter Port Klang Line from any station to Setia Jaya station & interchange with BRT to Sunway Lagoon station.

Drive & Park
Sunway Geo (Park & ride BRT at SunMed station or use Canopy Walk)
BRT Sunway depot (Park & ride BRT at SunU-Monash station or use Canopy Walk)
Sunway University (Park & ride BRT at SunU-Monash station or use Canopy Walk)
The Pinnacle Sunway
Menara Sunway

Find out more here: https://www.sunway.city/getting-here/

Date 06 – 08 Sept 2019
13 – 15 Sept 2019
Friday – Sunday
Time 3 – 11PM

Venue Sunway City Kuala Lumpur, Malaysia
Outdoor Open Air Carpark

Address Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Organizer INVADE x Ad-nology Labs x Artbox Thailand

Admission Free Admission

Official Instagram https://www.instagram.com/Artbox_MY/
Official Facebook https://www.facebook.com/malaysia.artbox/

Official Website https://Artbox.my
Official Email Hello@artbox.my
Official Hashtag #ARTBOXMY2019
#ARTBOXASSEMBLE

ARTBOX MALAYSIA KEY VENDORS

No Name Description Country of Origin IG / FB
1 Dum Dum Thai Drinks F&B Malaysia Instagram page
2 Saychiizu F&B Malaysia Instagram page
3 IceDEA F&B Malaysia Facebook page
4 Salmon Portion F&B Malaysia
5 Lemon Me Farm F&B Thailand Instagram page
6 Ohhoo Glass jelly F&B Thailand Instagram page
7 Barhop Barburger F&B Thailand Facebook page
8 Fox Cha Milk Tea F&B Thailand Facebook page
9 Ka-Nom-Thai F&B Thailand Facebook page
10 Singapore Laksa by PGFN F&B Singapore Facebook page
11 Moonset Retail Thailand Instagram page
12 Loma.Whale Retail Thailand Instagram page
13 The Thirty August Retail Thailand Instagram page
14 Emmi Shoes Retail Thailand Instagram page
15 Lalyl Studio Retail Thailand Instagram page
16 Lichi Official Retail Thailand Instagram page
17 Airmocks Retail Singapore Instagram page
18 ACAPFashion Retail Singapore Instagram page
19 Patti.Felli Retail Indonesia Instagram page
20 Charista Retail Indonesia Instagram page

Pelanggan GUARDIAN Kini Boleh Membuat Undian Bagi Anugerah ‘Most Voted Brands’

Jika anda pelanggan setia Guardian Malaysia, jom beramai-ramai gunakan kuasa undian anda untuk mengundi jenama kegemaran anda. Apatah lagi dengan pilihan lebih daripada 300 produk terkenal yang bersaing dalam 73 kategori. Memang satu saingan yang mencabar!!

IMG_20190905_113707

Dan menariknya, mereka yang mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka di Guardian berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000.

Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telahpun bermula pada 5 September lalu dan bakal berakhir pada 29 September 2019.

IMG_20190905_113413

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata:

“Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!

Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna.

Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.”

“Saya yakin Most Voted Brands Guardian Malaysia merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau.

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian.

Customers are encouraged to try out the MVB Hunt first before doing their online voting for more opportunities to earn product vouchers

Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka.

MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.

Langkah-langkah untuk memulakan pencarian harta karun ini adalah:

  1. Dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my
  2. Lakukan undian jenama kegemaran dan tekan “Submit”
  3. Setelah mengundi, anda akan perolehi baucar produk untuk kategori yang di pilih.
  4. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian.

Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk memenangi Hadiah Utama.

Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.

Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu:

  • berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian
  • Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019.

Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.

Hadiah Mega adalah seperti berikut:

– Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000
– Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500
– Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000
– Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.

Peraduan ini terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!

 

Permaju dan Vsolar Group Bekerjasama Bangunkan Kilang Penjanaan Tenaga Solar

Kerjasama ini juga bersesuaian dengan kedudukan Malaysia yang kini berada di tempat KETIGA dunia sebagai h tenaga hab solar atau tenaga suria. Industri solar juga bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus menjadikan tenaga alternatif itu antara sumber ekonomi negara.

Permaju Industries Bhd, pedagang kenderaan bermotor dan pemaju hartanah bakal membuat pelaburan sebanyak RM380 juta untuk membina fasiliti penjanaan tenaga di Negeri Sembilan.

58f7cbef7522ca15128b4789-960-480

Difahamkan pembinaan fasiliti solar ini akan dilakukan dengan usahama bersama antara Permaju dan Vsolar Group Bhd, syarikat yang berada dalam senarai ACE Market bagi tenaga yang boleh diperbaharui, penjanaan tenaga photovoltaic dan firma perkhidmatan kejuruteraan.

mitei-future-of-solar

Menurut Permaju, satu perjanjian telahpun ditandatangani antara anak syarikat mereka iaitu Genbayu Gemilang Sdn Bhd dengan unit dari kumpulan Vsolar iaitu Solar Interactive Sdn Bhd pada 4 September.

Tambah syarikat ini lagi, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam membangunkan fasiliti solar dengan penggunaan kapasiti sehingga 90 megawat (MW) di Seremban.

Dalam perjanjian itu juga, pembangunan fasiliti solar itu akan merangkumi  kilang solar dengan Skala Besar Solar Photovoltaic (PV) di kawasan seluas kira-kira 300 ekar yang mana tanah itu kepunyaan Genbayu di Setul.

Kilang PV memerlukan penggunaan sel PV juga dikenali sebagai sel solar yang banyak untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Jika kilang menghasilkan lebihan tenaga sebanyak 500 kW, mereka akan mengambil langkah dengan mengguna step-up transformers.

Untuk mengembangkan fasiliti solar itu, Genbayu dan Solar Interactive akan menubuhkan sebuah syarikat yang akan bergabung bersama.

“Permaju dan Vsolar buat masa ini sedang menyasarkan keuntungan tiga kali ganda yang bakal diterima hasil usahama bersama ini. Dan kerjasama ini berpotensi menigkatkan lagi keuntungan apabila ia semakin berkembang nanti.” menurut sumber terdekat Permaju.

Tambah sumber terdekat itu lagi, buat permulaan fasiliti solar itu mengguna 117MW panel PV, yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kira-kira 400Wp produk panel solar (lebih kurang 293,000 keping).

Tenaga yang dihasilkan oleh kilang PV akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd, seperti yang termaktub dalam perjanjian pembelian tenaga yang bakal dimeterai tidak lama lagi.

Sumber terdekat itu juga menyatakan bahawa fasiliti solar akan menjadi subjek untuk penyelidikan kelayakan muktamad, keupayaan untuk pembiayaan dan keupayaan untuk menghasilkan kuota oleh pihak berkuasa yang terlibat.

Solar Interactive pula akan bertanggungjawab dalam mendapatkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan dalam masa sama mendapatkan pembiayaan bagi pembinaan fasiliti solar, seperti mana yang diterangkan oleh sumber terdekat berkenaan.

“Permaju percaya Solar Interactive mempunyai kepakaran yang diperlukan dalam hal-hal berkaitan kejuruteraan memndangkan mereka mempunyai pengalaman menyiapkan fasiliti jana kuasa Tenaga Solar di Kinta, Perak, menjadikan Solar Interactive mempunyai keupayaan untuk memberi dan mendapatkan kepkaran yang diperlukan untuk membina projek solar ini.”

 

 

 

 

 

ALIF Kini Dengan Label Baharu, Penampilan Lebih Dinamik

Bukan itu sahaja, minyak masak itu tampil dengan lebih berinformatif untuk memberi lebih banyak maklumat berguna kepada orang ramai.

WhatsApp Image 2019-09-03 at 10.56.09 AM

Pelancaran rasmi label baru jenama tersebut telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok.

WhatsApp Image 2019-09-03 at 11.22.25 AM

Majlis yang dihadiri oleh wakil media dan penulis blog tempatan kemudiannya dipertontonkan dengan satu tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.

IMG_20190903_103900

Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ‘Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan ‘ALIF’.

“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik. Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali. Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’.”

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari. Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’. Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” jelas Mohd Haris.

Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ‘ALIF’, serta jaminan kualiti dan kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019. Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.

 

PU Riz Ismail Kembang Perniagaan di Food Court

Tidak sampai setahun membuka restoran Food Station di Jalan Tun Sambathan KL, kini PU Riz Ismail mengembangkan perniagaannya dengan mengurus DUA outlet di Food Court, Nu Sentral

WhatsApp Image 2019-08-30 at 6.17.52 PM

Pendakwah bebas yang juga pelakon, Riz Ismail, 24, terus mengorak langkahnya menawarkan pelbagai jenis perniagaan makanan untuk orang ramai dan membuktikan betapa optimis beliau dalam meneruskan kelangsungan hidup.

WhatsApp Image 2019-08-30 at 6.17.53 PM

Dua medan selera, Sizzling & Claypot dan Thai Cuisine yang  berada di bawah bumbung syarikat induk Desire Food Sdn Bhd telahpun beroperasi di aras tiga di pusat beli belah Nu Sentral sejak beberapa bulan lalu.

Desire Food mempunyai pelbagai jenis premis makanan dan tiga daripadanya dipantau jejaka yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat itu.

“Saya optimis dengan perniagaan makanan ini. Bisnes makanan ini jika betul caranya, memang boleh pergi jauh. Kalau makanan yang dijual itu sedap, pasti orang akan datang lagi untuk menjamahnya. Sekalipun perniagaan makanan ini sengit persaingannya, kehadiran dua premis medan selera di Nu Sentral ini saya percaya dapat terus memberi variasi kepada ramai orang.

Saya lihat juga perniagaan makanan sebegini sangat stabil dan pada masa sama kita terus menjaga kualiti dengan menawarkan mutu makanan sedap serta terbaik. Biasalah dalam mana-mana perniagaan pasti ada fasa turun naik, tapi itu bukan alasan untuk terus memeluk tubuh.

Di mana-mana saja lokasi, perniagaan makanan ini pasti akan jadi tumpuan. Dua medan selera, Sizzling & Claypot dan Thai Cuisine ini juga mahu terus memberikan aneka pilihan kepada semua penggemar makanan. Saya mahu terus memastikan ingat Desire Food, ingat segala jenis tawaran makanan di dua medan selera ini,” 

Berbanding restoran, Riz memberitahu perniagaan medan selera ini bermodalkan jumlah wang yang kecil tapi mampu mengaut keuntungan besar dengan mutu makanan yang pasti menambat hati.

“Untuk memastikan dua medan selera ini terus jadi pilihan, kita menjanjikan kualiti makanan setaraf makanan di restoran. Kalau nak makanan sizzling, di Sizzling & Claypot kita tawarkan pelbagai jenis mee sizzling. Ada yang dicampur dengan telur, ayam, udang, sotong dan semuanya dengan harga mampu milik. Semuanya pasti membuat penggemar mee sizzling kecur air liur.

“Kalau mahu kelainan makanan Thai, di Thai Cuisine ada macam-macam pilihan makanan dari negara berkenaan. Nak tom yam atau ikan tiga rasa dan macam-macam lagi, tak perlu fikir panjang segala pilihan boleh dijamah.

“Tukang masak di dua medan selera ini terlebih dulu berlatih skil dan kepakaran mereka di restoran Food Station,” katanya.

Sebenarnya dunia perniagaan tidak pernah asing dalam hidup Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail. Bapa tercinta terlebih dulu menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki. Lalu kini, Riz meneruskan legasi bapanya.

“Sesuatu yang terus menjadi faperniagaan makanankta, bapa saya menjadi mentor dalam dunia perniagaan. Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman serta selok belok dunia perniagaan daripadanya.

“Dunia artis ini juga kita tak mampu menebak sejauh mana perjalanannya pada masa mendatang. Lalu dalam mencari kelainan serta jaminan masa depan, saya meneroka dunia perniagaan makanan. Setidak-tidaknya saya ada pendapatan setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu, bulan depan, Riz akan meneruskan pengajian semester keempat sebagai pelajar undang undang (major dalam pendidikan) peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti.

“Sibuk berniaga dan mencari rezeki sebagai anak seni serta pendakwah, misi saya sebagai pelajar tetap diteruskan. Bulan depan saya akan kembali meneruskan rutin sebagai pelajar dengan 20 jam kredit.

“Ia satu semester yang panjang. Tapi saya ada kelapangan pada hari tertentu dan itu dapat saya gunakan untuk memantau perniagaan restoran Food Station dan dua medan selera,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Riz juga berdebar menanti tayangan filem sulungnya berjudul Ada Apa Dengan Dosa. Filem terbitan Pencil Pictures itu menggandingkannya dengan Wanna Ali.

Penggambaran dilakukan hujung tahun lalu dan turut mengambil latar lokasi di Scotland.

“Agak gementar… Takut bercampur teruja dapat menggalas watak utama dalam filem sulung ini.

“Insya-Allah, saya sudah cuba melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin,” katanya

Selain Pencetus Ummah, Riz juga pernah menyertai program pencarian pendakwah, Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di Jakarta yang membabitkan penyertaan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Biarpun tidak meraih kemenangan dalam program itu, Riz bersyukur apabila kehadirannya disedari beberapa produser yang menghulurkan peluang berlakon termasuk menerusi produksi Zeel Production milik Fadzil Teh.