AEON Taman Maluri Perkenal Konsep ‘Aeon Style’

Konsep yang diperkenalkan oleh Aeon ini adalah pertama seumpamanya di Asean! Dan ia kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Image 4

Setelah DUA tahun menjalani proses naik taraf, kini pusat beli-belah AEON Taman Maluri tampil semula dengan penampilan wajah baharu dan segar.

Dengan kos perbelanjaan sekitar RM300 juta melibatkan pertambahan ruang komersil berkeluasan 42,460 meter persegi (450,000 kaki persegi) dengan lebih daripada 120 unit merentasi tujuh tingkat, ia dilengkapi dengan lebih daripada 1,500 ruang letak kereta yang terletak di empat tingkat untuk memudahkan pengunjung yang datang membeli-belah di situ.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri  ini menawarkan konsep “AEON Style” yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Tujuan utama AEON menawarkan konsep “AEON Style” adalah untuk memperkaya kehidupan masyarakat serta meningkatkan pengalaman pengunjung. AEON Taman Maluri yang diperbaharui ini kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Konsep AEON Style ini bertujuan untuk mewujudkan ruang khas di dalam pusat beli-belah ini yang menawarkan keselesaan dan kesenangan kepada para pengunjung yang membeli-belah serta meluangkan masa dengan yang tersayang. Pusat beli-belah ini dinaiktaraf untuk menyediakan ruang yang lapang kepada para pengunjung untuk berjalan dengan selesa, memudahkan pengendalian kerusi roda dan kereta sorong bayi sambil menikmati pengalaman membeli-belah. Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenama fesyen serta makanan tempatan dan antarabangsa yang pasti memikat selera para pengunjung.

Di AEON Style Taman Maluri, perkhidmatan baharu seperti ‘Baby Advisor’ merupakan penasihat terlatih dan disahkan oleh AEON Japan. ‘Baby Advisor’ ini menawarkan nasihat profesional mengenai penjagaan dan produk bayi kepada para wanita hamil dan kaum ibu. AEON Taman Maluri merupakan pusat beli-belah pertama dan satu-satunya yang memperkenalkan perkhidmatan ini di luar negara Jepun. Bagi mewujudkan sebuah pengalaman membeli-belah yang terbaik, tempat duduk khas juga disediakan untuk para wanita yang bakal bergelar ibu ini selepas seharian membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa berkata,

“Dengan penampilan baharu yang menggunakan konsep AEON Style ini, selaras dengan matlamat utama kami untuk terus kekal relevan bagi memenuhi keperluan trend yang giat berubah bagi setiap generasi. Konsep ini mampu menggambungkan barisan produk dari AEON dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang holistik. Para pengunjung amat dialu-alukan untuk melihat ruangan dalaman yang diilhamkan dengan konsep alam semula jadi, pilihan makanan dan minuman yang menarik dan merasai pengalaman membeli-belah yang hebat yang dapat memenuhi keperluan pelbagai spektrum daripada bayi ke generasi yang lebih berusia.”

Kewujudan pengangkutan rel sebagai satu daripada mod pengangkutan terpenting negara seperti Transit Aliran Deras (MRT) dan juga Transit Aliran Ringan (LRT) memberi akses dan kemudahan kepada para pengunjung untuk ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.”

Image 2

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah turun padang untuk merasai pengalaman perjalanan dari MRT Taman Suntex ke MRT AEON Maluri pagi ini.

Beliau turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YBhg Datuk Muez bin Abdul Aziz; Pengerusi AEON CO. (M) BHD., Datuk Iskandar bin Sarudin; Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa; Pengarah Perhubungan Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Dato’ Najmuddin Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail MRT Laluan Sg Buloh-Kajang, Azmi Md Zain dan Pengurusan Tertinggi AEON CO. (M) BHD.

Stesen MRT AEON Maluri disambungkan dengan pusat membeli-belah melalui terowong pejalan kaki bawah tanah, manakala stesen LRT Maluri terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki. Penyediaan pelbagai mod pengangkutan seperti MRT Sungai Buloh – Kajang Line; LRT Ampang & Sri Petaling Line; LRT Kelana Jaya Line; Monorel Line yang dihubungi melalui interchange station memudahkan pergerakkan para pengunjung. Ini menjadikan lokasi AEON Taman Maluri amat strategik kepada penduduk bandar.

Terowong pejalan kaki yang disambungkan dengan stesen MRT AEON Maluri dan stesen LRT Maluri ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri, menawarkan para pengunjung pengalaman berjalan selama lima (5) hingga sepuluh (10) minit sahaja untuk sampai ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.

Kanak-kanak akan teruja dengan adanya ‘Kids Republic’ di AEON Style Taman Maluri ini di mana mereka dapat bermain dengan mainan pendidikan, melihat alat tulis kreatif dan inovatif yang tersedia selain dari pelbagai pilihan pakaian. Bersempena dengan Pembukaan Rasmi AEON Taman Maluri, aplikasi mudah alih khas untuk ‘Kids Republic’ bakal diperkenalkan bagi menawarkan tip-tip mengasuh anak dan diskaun eksklusif pada AEON Mommy’s Day.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri akan terus mengekalkan nama baik AEON dengan menyediakan kemudahan baharu malah lebih baik kepada para pengunjung. Kemudahan yang menarik disediakan dengan adanya tandas mesra ibu bapa, meningkatkan perkhidmatan pengiring keselamatan, menyediakan parkir khas untuk wanita, kaunter lost-and-found, perkhidmatan pertolongan cemas dan kaunter maklumat pusat beli belah. Bukan itu sahaja, tawaran lain yang disediakan di pusat beli-belah AEON Taman Maluri termasuklah surau yang mempunyai set lengkap untuk menunaikan ibadah solat. AEON CO. (M) BHD. juga memberi keutamaan kepada kebersihan dengan menukar set telekung pada setiap hari.

Untuk mengekalkan jangkaan para pengunjung, pusat beli-belah AEON Taman Maluri yang telah dinaiktaraf ini juga menawarkan ruang Customer Relaxing kepada para pengunjung untuk berehat seketika. Ia terletak di tingkat pertama dan ia dilengkapi dengan pengecas mudah alih percuma dan akses WiFi kepada para pengunjung sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa turut berkata,

“Gaya hidup dan nilai pelanggan berubah secara drastik seiring dengan transformasi dalam peruncitan. Oleh hal yang demikian, kami perlu terus menaiktaraf dan menambahbaik pusat-pusat beli belah AEON yang sedia ada serta menubuhkan beberapa ‘General Merchandise Store’ dan ‘MaxValu Prime Supermarket’ untuk menjana pertumbuhan dan memantapkan komuniti kejiranan tempatan.”

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri ini terletak di kawasan pusat Cheras. Pusat membeli-belah ini mula beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada hari Ahad hingga Khamis, dan 10 pagi hingga 11 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s