HAQQI Impi Lebih Banyak Pembaharuan dan Kejayaan

Ia dinyatakan oleh Pengurus baru Haqqi, Dr Fitri Haris sewaktu meraikan majlis pelancaran butik itu di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

dav

Dr Fitri Haris adalah Duta Haqqi selama setahun dan kini menerajui pengurusan baru.

hdr

Butik pakaian yang menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian berfesyen Islamik bagi lekali dan wanita ini bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dalam melakar langkah dari semasa untuk mencipta pembaharuan dan kejayaan Haqqi yang berjaya menapak di Shah Alam, TTDI dan Terengganu.

dav

Tahun 2020 adalah tahun ke-empat Haqqi bekerjsama dengan Koperasi Tabung Haji dan bersama-sama merangka dan meneruskan beberapa caturan perangan bagi memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah untuk masyarakat sekaligus daapt melebarkan sayap menjual kelengkapan lengkap Haji dan Umrah bukan sahaja di davMalaysia malah di luar negara.

 

 

Dalam majlis pelancaran itu juga, turut diwarkan mengenai pertandingan yang diadakan oleh Haqqi di mana mereka yang bebrbelanja RM250 di butik itu berpeluang memenangi percutian ke Langkawi dan pelbagai hadiah yang menarik.

Bazar Sajian Muhibah Tawar Harga Berbuka Puasa Berpatutan

Tak lama lagi Ramadhan bakal tiba. Bagi yang masih mencari-ari lokasi berbuka puasa, bolehlah mencuba juadah bufet Bazar Sajian Muhibah di Bukit Jalil Golf & Coutry Resort yang menawarkan harga berpatutan pada pengunjung untuk lebih daripada 40 pilihan menu pencuci mulut, sup, aneka jenis mi, goreng-goreng, buah-buahan dan banyak lagi.

IMG20200219141757

Selain makanan tradisional, juadah bufet ini turut menyediakan makanan Barat, Jepun dan Arab seperti pasta spageti, Nasi Arab, roti Shawarma dan aneka jenis sushi.

hdr

Juadah bufet ini disediakan oleh cef-cef Bukit Jalil Golf & Country Resort yang berpengalaman dalam penyediaan makanan tradisonal dan moden.

hdr

Sepanjang juadah bufet ini disediakan, sebanyak ENAM menu makanan utama akan ditawarkan pada pengujung dan ia akan berganti-ganti setiap hari mengikut rotation.

 

dav

 

IMG20200212122545

Menu 1

  • Nasi putih
  • Nasi beriyani
  • Ayam tandoori
  • Gulai ikan tongkol
  • Terung berlado
  • Braised Japanese Beancurd
  • Siput sedut @Lala masak lemak

Menu 2

  • Nasi Putih
  • Nasi minyak sayuran
  • Ayam goreng berempah
  • Sotong goreng tepung dengan cili & bawang
  • Daging kari dengan ubi kentang
  • Nangka masak lemak
  • Tauhu + ubi kentang + tempe + kacang panjang dengan hati ayam berlada

Menu 3

  • Nasi putih
  • Nasi minyak
  • Ayam masak biryani
  • Ketam goreng cili manis
  • Kari kepala ikan bersama terung dan bendi
  • Sayur campur
  • Peria goreng dengan telur

IMG20200212122502

Menu 4

  • Nasi putih
  • Nasi mahsuri
  • Ayam kaswari
  • Siakap 3 rasa
  • Udang sambal petai
  • Rebung + perut + masak lemak pajeri nenas

 

Menu 5

  • Nasi putih
  • Nasi Tomato
  • Ayam percik Kelantan
  • Daging masak hitam
  • Lala bercili
  • Taukang dengan brokoli dan cendawan
  • Sayur masak lodeh

Menu 6

  • Nasi putih
  • Nasi hujan panas
  • Ayam masak lengkuas
  • Telur itik masak lemak belimbing buluh
  • Sambal paru
  • Pucuk paku goreng udang kering
  • Loh Hon Chai

Maklumat juadah bufet:

Bermula: 27 April hingga 21 Mei 2020

Harga:

  • Promosi awal (RM55)-Tempoh jualan bermula 1 Feb hingga 26 April sahaja)
  • Tetamu (RM69)
  • Ahli (RM63)
  • Kanak-kanak (RM40)

Kemudahan disediakan:

  • Tempat parkir yang luas
  • Surau

Hubungi:

FONTERRA Perkenal Mentega Achor Dalam Tin

Dalam masa yang sama, Fonterra Brands Malaysia bersama Chef Florence Tan memperkenalkan tiga resipi istimewa mengguna mentega Anchor dalam tin  yang dihasilkan daripada 100% tenusu asli dari New Zealand.

Photo 01

Chef Florence Tan yang mengetuai demonstrasi masakan ini menyediakan tiga resipi unik iaitu:

Photo 07

  1. kek coklat supermoist bersadur coklat
  2. tat labu berkeju
  3. biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin.

Mentega ini diperbuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.

“Para pengguna hari ini inginkan makanan yang enak daripada sumber serta hasil yang semula jadi. Saya berasa amat bangga bahawa mentega Anchor dalam tin dapat memenuhi kedua-dua keperluan serta permintaan ini. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian,” kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia.

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma.

“Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anchor Food Professionals untuk berkongsi kebaikan menggunakan mentega berkualiti tinggi demi menghasilkan makanan yang lazat. Resepi yang kami kongsikan pada hari ini menonjolkan rasa dan tekstur mentega bermutu tinggi yang terdapat pada mentega Anchor dalam tin dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang gemar membuat kek dan memasak untuk turut mencuba di rumah,” kata Florence Tan.

Wakil media dan influencer media sosial turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin.

Resepi-resepi istimewa ini boleh didapati di: https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY.

Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia. Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun serta usaha gigih dan ketekunan dari 10,000 peladang pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat.

“Rumput yang baik menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Mentega dari lembu-lembu ladang rumput mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien seperti beta carotene, yang memberikan hasil mentega dari New Zealand warna kekuningan semula jadi,” Jack Tan menambah.

Setiap tin mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, dan boleh didapati di Tesco dan kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. Pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat hari ini!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resepi dari Chef Florence, sila layari laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di http://www.facebook.com/pg/AnchorFoodProfessionalsMY/.

NESTLE Tawar Gaji Seumur Hidup

Siapa tak nak gaji seumur hidup? RM3,000 pulak tu untuk sebulan!

PHOTO 4 (1)

Apa lagi, cepat-cepat rebut peluang untuk memenangi peraduan Nestle yang terbesar diadakan buat pertama kalinya!

Peraduan terbesar yang diadakan oleh Nestle ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada:

  • DUA pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan
  • 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan
  • Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu.
  • Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.

Masih sempat lgi untuk menyertainya kerana Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.

PHOTO 2 (13)

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp.

Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari: