“Raikan 101 Hari Bersama AEON-Sama-Sama Lagi Best” Offer Savings For Raya

This new campaign are designed to offer major savings and value added experience for shoppers during Ramadhan and Hari Raya season!

dav

This integrated campaign which are a collaboration between AEON CO.(M), AEON BiG and AEON Credit Service will kick off on Friday, 20 March 2020 until 28 June 2020. It will be held across all AEON Retails stores including:

dav

  • 28 AEON Malls
  • 34 AEON Departmental stores
  • 22 AEON BiG stores
  • 9 MaxValu Prime stores
  • 74 AEON Wellness
  • 24 Daiso Specialty stores

“We are blessed to be able to share the FIRST ever joint initiative as AEON Group for our customers and community. We believe this campaign will not only benefit our customers with great savings and value added services, but also will benefit our SMEs, especially during this challenging market condition.” remarks Shafie Shamsuddin, Chief Executive Officer, AEON Retails (Malaysia).

The campaign which will be held throughout the country is also aimed at encouraging the usage of the AEON Member Plus (“AMP”) Card, the loyalty and prepaid card that can be used in both AEON CO. (M) and AEON BiG.

Yuro Kisaka, Managing Director of AEON Credit Service (M) Berhad said:

“In view of the current COVID-19, we have to be extra cautious in managing our day to day life and minimise the risks of the virus being spread through hands sucha as passing cash from one person to another. With AEON Member Plus card, we want to encourage shoppers to download and take advantage of the AEON Wallet fore ase of mind when it comes to making payment without having to make cash transactions or hold any cash in hand. As we are now in era of cashless society, AEON Member plus card and AEON Wallet provides fast payment and the convenience in any payment transactions putting our customers’s mind at ease every time they shop”.

AEON Group will spend RM1.2 million to continue to undertake major sanitisation and cleaning initiatives throughout the retail outlets and stores nationwide.

To signify the launch of the Campaign on 20 March 2020, an “All Night Sale’, a special event that will star at 6pm and end at 6 am the following day will be held at all AEON Malls, AEON Department stores, AEON Big (selected standalone stores), AEON Wellness and Daiso (franchised by AEON). The event will be streamed ‘live’ on AEON Retail Facebook with special celebrity appearances such as Diana Danilelle and Izzue Islam.

18 customers who spend the most during the ‘All Night Sale’, stand a chance to win great prizes such as:

  • 1st prize (x3): Sony 55″ 4k Android TV
  • 2nd prize (x5): Philips Vacuum Robot
  • 3rd prize (x10): Sharp Air Purifier

“We believe this campaign will be well received by the customers which formed part of our efforts to continually challenge ourselves to exceed our customers’ expectations.” concluded Shafie.

 

Pencarian Pertandingan i-SING Dunia 2020 Kini Dibuka

Berita gembira untuk mereka yang suka menyanyi dan ingin mencuba nasib dalam mencungkil bakat terpendam, bolehlah menyertai pertandingan ini.

WhatsApp Image 2020-03-07 at 2.16.13 AM

Pertandingan ini diadakan dengan matlamat untuk:

  • membangunkan dan mempromosikan para penyanyi tanahair dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dan menguji bakat mereka berbanding para penyanyi dunia yang lain
  • memberi laluan kepada penyanyi tanahair untuk belajar dan bergaul (networking) dengan para penyanyi, penerbit dan agen-agen antarabangsa
  • memertabatkan dan memperkukuhkan industri hiburan tanahair sebagai satu industri yang professional dan bertaraf antarabangsa yang mampu mengendalikan dan menganjurkan kejohanan besar antarabangsa
  • menyokong dan menarik lebih pelancong ke Malaysia sempena kempen Melawat Malaysia 2020.

WhatsApp Image 2020-03-07 at 2.15.47 AM

Untuk makluman, pertandingan i-SiNG Malaysia dan i-SiNG World disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan sekretariat Melawat Malaysia 2020.

Terdapat TIGA kategori untuk anda pilih iaitu:

  1. Junior – penyanyi solo berumur antara 6 hingga 16 tahun
  2. Dewasa Solo – penyanyi solo berumur 17 tahun keatas
  3. Kumpulan – terdiri dari 2 hingga 5 penyanyi tidak mengira umur

SYARAT-SYARAT ( Bagi Pemilihan Pasukan Malaysia)
★ Warganegara Malaysia
★ Membawa CD muzik sendiri
★ Peserta dibenarkan menyanyi dalam apa jua Bahasa. Tetapi bagi peringkat akhir, peserta perlu menyanyi 2 buah lagu dimana salah-satu mesti dalam Bahasa Malaysia.
★ Peserta mesti bebas dari mana-mana kontrak rakaman.
★ Yuran Penyertaan adalah RM100 bagi peserta solo dan RM200 bagi peserta kumpulan. Diskaun sebanyak 20% bagi pembayaran awal.

Berikut adalah tarikh dan lokasi sesi uji bakat:

  • 14-15 Mac Plaza Pelangi, Johor Bahru
  • 21-22 Mac Mahkota Parade, Melaka
  • 04-05 April Centrepoint Sabah, Kota Kinabalu
  • 11-12 April Kuching, Sarawak
  • 20-21 Jun Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • 04 Julai Peringkat Akhir

Terima kasih ducapkan kepada penaja tempat-tempat berikut:
• PNB Commercial bagi Plaza Pelangi
• Hektar Property Services Sdn. Bhd. bagi Mahkota Parade
• Sunyap Development Sdn. Bhd. bagi Centrepoint Sabah
• Berjaya Times Square Sdn. Bhd. bagi Berjaya Times Square

McDonalds’ Rai 50 Graduan diMajlis Konvokesyen Program Perantis Vokasional

Ia adalah majlis konvokesyen pertama seumpamanya yang diraikan oleh McDonalds’ di Akademi Vokasional McDonald’s baharu yang terletak di McDonald’s Pandu-Lalu Mutiara Damansara.

2

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan sebahagian daripada usaha McDonald’s Malaysia dalam meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu dalam kalangan belia, sejajar dengan agenda negara. Ini adalah komitmen kami sebagai sebuah syarikat global yang mempunyai reputasi kukuh dalam industri perkhidmatan makanan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

3

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Ia merupakan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan Kementerian. Sebaik sahaja belia-belia ini tamat latihan, mereka dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan seterusnya layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.

“Sebagai pemimpin industri, kami ingin menjadikan McDonald’s sebagai platform atau asas untuk golongan belia di Malaysia membina kerjaya yang bermakna. Ini adalah tempat untuk mereka mempelajari kemahiran-kemahiran sepanjang hayat, memenuhi potensi diri dan terus menaiki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan, bukan sahaja di peringkat tempatan, malahan di arena antarabangsa. Apa yang paling penting adalah bagaimana mereka mampu menyelami budaya McDonald’s yang sangat menitikberatkan kualiti dalam segenap aspek perniagaannya, pada masa sama membina hubungan rapat dalam keluarga besar McDonald’s,” tambah Azmir.

Program Perantis Vokasional McDonald’s mula diperkenalkan pada tahun 2018, dan sehingga kini, secara keseluruhan terdapat lebih 1,200 belia di seluruh negara telah dan sedang mengikuti program ini. McDonald’s Malaysia optimis mencapai sasaran 5,000 perantis menjelang penghujung tahun ini.

YBhg. Dato’ Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia Malaysia hadir menyempurnakan majlis konvokesyen ini.

“Pihak Kementerian sangat berterima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana tampil ke hadapan menawarkan kepakaran mereka dalam bidang perkhidmatan makanan. McDonald’s Malaysia merupakan satu-satunya restoran khidmat segera yang melaksanakan inisiatif perkongsian pengetahuan seperti ini, sekaligus menambah nilai kepada program-program latihan kemahiran sedia ada yang ditawarkan, khususnya melibatkan kerjasama industri. Hal ini juga amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mengatasi isu pengangguran belia melalui galakan terhadap penyertaan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).” kata YBhg. Dato’ Amir.

Belia-belia yang mengikuti program ini ditaja sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia, termasuklah pemberian elaun bulanan RM1,200, tempat tinggal, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia membelanjakan RM30,000 untuk seorang perantis.

McDonald’s Malaysia yang mempunyai lebih 14,000 kakitangan di seluruh negara memberi keutamaan dalam membangunkan bakat dan kecekapan tenga kerja. Selain daripada Program Perantis Vokasional McDonald’s, syarikat khidmat segera ini juga memperkenalkan inisiatif-inisiatif lain seperti Program Perantis Pengurusan McDonald’s dan Program Sarjana Pengurusan Perniagaan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kepada para belia yang ingin menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s, sila layari https://www.maukerja.my/mcd/.

 

TEALIVE dan SAFI Manfaatkan Kuasa Teh dalam Kempen “BeauTealive”

Pasti ramai tertanya-tanya apakah kaitan minuman Tealive dan produk Safi?

Photo 6

Haa ini jawapannya.

Tealive dan Beautea oleh Safi bekerjasama dalam memanfaatkan “kuasa teh” untuk menjana kecantikan ‘dalaman ke luar’ dan ‘luaran ke dalam’ sempena pelancaran kempen “BeauTealive” bagi rangkaian produk pembersih berasaskan teh premium 100% ‘Beautea’.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata kuasa teh telah menyatukan dua peneraju utama jenama tempatan untuk bekerjasama dan menampilkan manfaat teh yang melangkaui sekadar hanya dalam minuman.

“Terdapat pelbagai jenis teh yang diketahui memiliki manfaat kesihatan yang banyak serta sifat anti-radang apabila diambil sebagai minuman. Tetapi manfaat sebenarnya melangkaui sekadar minuman sahaja kerana apabila disapu pada bahagian luaran badan, ia boleh membawakan kesan positif kepada kulit kita.” 

Loo menyatakan bahawa kerjasama antara dua jenama yang memiliki pensijilan halal ini menjanjikan kejayaan cemerlang dan berharap agar ianya akan membuahkan hasil ataupun “bountea-ful” untuk kedua-dua rakan kongsi.

Beliau berkata meminum teh merupakan amalan sejak berkurun lama dan penyelidikan moden telah membuktikan bahawa pelbagai manfaat kesihatan boleh diperolehi seperti membantu menurunkan tahap kandungan kolesterol dan trigliserida dalam darah bagi mendapatkan jantung yang sihat, melindungi otak dan mengurangkan risiko diabetes.

“Sebagai contoh, walaupun teh hitam mempunyai rasa sedikit pahit dan memiliki kandungan kafein paling tinggi antara semua jenis teh, ia mampu menurunkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko serangan strok, diabetes dan arthritis. Kajian juga membuktikan bahawa ia dapat membantu melindungi gigi dari pembentukan plak, menurunkan stres dan meningkatkan tahap tenaga tanpa mengakibatkan rasa berdebar-debar,” ujar beliau.

Begitu juga, ujar beliau selanjutnya, Tealive, menggunakan teh hijau kerana ia memiliki pelbagai manfaat kesihatan dan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dikenali sebagai ECGC (epigallocatechin gallate).

“Teh hijau memiliki semua kualiti terbaik teh hitam dengan beberapa lagi manfaat tambahan. Beberapa penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa ia mampu memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, paru-paru, perut dan kolorektal disamping memiliki sifat membakar lemak dan meningkatkan metabolisma,” ujar Loo sambil menambah bahawa ia juga dikatakan boleh membantu melindungi otak dari serangan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Beliau berkata Tealive menampilkan banyak kategori menu teh yang menggunakan pelbagai jenis daun teh yang berbeza kerana ‘kami mengetahui cara untuk membangkitkan kreativiti daun teh melalui kajian yang diusahakan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan kami’.

Pengurus Produk Wipro Unza Malaysia, Kazlina Kassim, berkata kaedah penjagaan kulit berasaskan teh kini semakin meningkat dan meraih populariti di mana pengguna masa kini lebih cenderung untuk mencari kaedah penjagaan kulit secara semulajadi.

Beliau mengulas lanjut bahawa teh sering digunakan sebagai ramuan dalam penjagaan kulit kerana ia memiliki banyak manfaat yang menakjubkan untuk kulit dan turut mengandungi kepekatan antioksidan tinggi yang merupakan bentuk pertahanan semula jadi untuk kulit.

Antioksidan mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas berbahaya yang merosakkan. Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia, kulit kita menghasilkan antioksidan yang semakin kurang, oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari sumber antioksidan dari luar. Hasilnya, ekstrak teh digunakan sebagai ramuan aktif dalam pelbagai formulasi penjagaan kulit.

Selaku jenama penjagaan kulit dan penjagaan diri yang telah mendominasi pasaran di Malaysia semenjak dua dekad yang lepas, Kazlina berkata, Safi benar-benar memahami akan keperluan kepada produk penjagaan kulit khusus, yang dibangunkan untuk memerangi pemasalahan kulit masa kini.

Beautea oleh Safi merupakan Pembersih Berasaskan Teh Premium 100%, yang kaya dengan Antioksidan.

Photo 1

Empat varian Beautea oleh Safi iaitu:

  1. Revitalizing Scrub – Apricot Tea
  2. Detox Cleanser – Black Tea & Black Orchid
  3. Anti Acne Gel Cleanser – Green Tea & Neem
  4. Hydrating Gel Cleanser – White Tea & Damask Rose

Semuanya dihasilkan daripada ekstrak teh premium terpilih menyegarkan digabungkan dengan ramuan semula jadi terbaik dan diformulasikan untuk membersih dan melindungi kulit dari kesan berbahaya radikal bebas akibat dari pencemaran, stres dan memiliki manfaat komestik dengan Anti PM 2.5 bagi menjana kulit sihat. Beautea oleh Safi diuji secara dermatologi, BEBAS dari SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, paraben dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.

Rangkaian produk ini boleh diperolehi di semua rangkaian kedai Watsons, Guardian, Aeon Wellness & Mydin di seluruh negara.

Promosi secara usahasama akan bermula dari 1 Mac – 30 April 2020 di seluruh negara di mana dengan setiap pembelian minuman Tealive, dapatkan baucar diskaun RM3 bagi pembelian satu Beautea oleh Safi Cleanser (Baucar diskaun dicetak pada pembalut cawan; baucar hanya boleh ditebus di rangkaian kedai Watsons; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar), dan sebaliknya,

Dengan setiap pembelian Beautea oleh Safi Cleanser, dapatkan baucar diskaun RM3 untuk pembelian satu minuman Tealive (Baucar diskaun dicetak di atas pelekat pop-up produk; baucar boleh ditebus disemua rangkaian kedai Tealive; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar).

Untuk maklumat lanjut sila semak syarat dan terma di Facebook Safi.

Juga jangan lupa untuk berkongsi kisah kulit sihat “Beautea-ful” anda dengan memuat naik kisah tersebut di ruangan profil sosial media anda berserta #BeauteabySafi #BeauteafulSkin #BeauTealive.