MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam

Tahukah anda bumi semakin tenat setiap hari?

Pencemaran udara, pencemaran alam sekitar misalnya antara yang menyumbang pada ketenatan bumi.

Sebab itulah, MILO® mengorak langkah PERTAMA ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen mereka dalam menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi.

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 4

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

MILO Sayang Bumi Launch Photo 5

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO® kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar. Semoga MILO® menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,”

-Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 1

MILO® membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas TIGA matlamat impak iaitu:

  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Sehubungan itu, MILO® telah melancarkan ENAM inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan

  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO® UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.

  3. Program-program Penebusan MILO®: Usaha berterusan MILO® untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO® terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO® Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO® yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.

  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO® Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO® Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.

  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.

  6. Van MILO® dengan Panel Solar: Transformasi van MILO® ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar.

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Untuk sama-sama melestarikan usaha ke arah kebaikan bumi bersama MILO® Sayang Bumi, layari: https://www.milo.com.my/

Lembaran Fakta: MILO® Sayang Bumi

MILO® Sayang Bumi:
Komitmen MILO® untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. MILO® mendorong rakyat Malaysia untuk sama-sama mengorak langkah menerusi MILO® Sayang Bumi ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan lestari.

Matlamat-matlamat Impak MILO® Sayang Bumi

Matlamat Impak Inisiatif
1 Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan serta saluran air Projek CAREton
Program Penebusan MILO®, termasuk MILO® Stik Pek X-Change
2 Mengurangkan pengeluaran plastik 100% Straw Kertas
Bungkusan Kertas untuk Produk MILO® Mixes
100% Cawan Kertas
3 Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui Van MILO® dengan Panel Solar

Projek CAREton

Projek CAREton merupakan kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan rakan pembekal, Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ untuk komuniti yang memerlukan.
Langkah-langkah untuk mengitar semula pek minuman terpakai: Setelah minum, tolakkan straw sepenuhnya ke dalam pek minuman untuk dikitar semula bersama pek minuman. Kemudian, lipat bahagian tepi, bahagian bawah dan kempiskannya! Semudah Flip, Flap, Flat!
Setelah dimasukkan ke dalam tong kitar semula, pek minuman kemudian akan dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses menjadi kertas, papan panel dan jubin bumbung polyAl. Papan panel PolyAl ini kemudian akan disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan untuk pembinaan rumah.
Fakta menarik: Untuk membuat satu jubin bumbung atau papan panel polyAl (4 kaki x 8 kaki), sebanyak 7,247 pek minuman diperlukan!
Kini terdapat hampir 500 pusat pengumpulan Projek CAREton di seluruh negara. Pek minuman terpakai daripada apa jua jenama dan saiz diterima.
Pada tahun lalu, Projek CAREton telah mengumpulkan 40 juta pek minuman terpakai daripada rakyat Malaysia. Sasaran tahun ini adalah untuk mengumpulkan 50 juta pek minuman terpakai.

Program Penebusan MILO®, termasuk MILO® Stik Pek X-Change

MILO® mula mengumpulkan kembali bungkusan terpakai daripada para pengguna menerusi pelbagai kempen penebusan sejak tahun 2016.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MILO® untuk mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan dan saluran air, kedua-duanya tapak utama pencemaran plastik.
Menerusi kerjasama dengan rakan kitar semula, MILO® juga memastikan bungkusan plastik dilupuskan secara bertanggungjawab.
Selain program-program penebusan yang terdahulu, MILO® Stik Pek X-Change dilancarkan baru-baru ini dengan tujuan untuk mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai daripada pengguna bagi menggalakkan amalan pengurusan sisa yang mudah lagi berkesan dalam kehidupan seharian.
Sebahagian daripada bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® yang dikembalikan akan diguna semula untuk menghasilkan kraftangan MILO® edisi terhad yang unik menerusi kerjasama dengan empat komuniti setempat – Upcycle Shack, Inspirasi Kreatif, Nerine Ong dan Helping Hands Penan.
Penggunaan semula (‘upcycling’) merupakan satu kaedah kreatif untuk mengurangkan sisa plastik. Dengan memberikan nafas baharu kepada bungkusan stik pek terpakai, MILO® menawarkan alternatif bagi mengurangkan lagi impak sisa plastik.
MILO® Stik Pek X-Change bukan sahaja memberikan impak positif kepada alam sekitar, malahan kerjasama dengan komuniti setempat ini menyokong golongan yang memerlukan dengan aktiviti-akiviti yang menjana pendapatan.
Seramai 500 peserta MILO® Stik Pek X-Change yang bertuah berpeluang memiliki salah satu kraftangan MILO® edisi terhad yang dihasilkan.
Sertailah MILO® Stik Pek X-Change, dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://milo.com.my/stikpekxchange.

100% Straw Kertas

100% straw kertas diperkenalkan bagi keseluruhan rangkaian MILO® UHT bermula 2020 sebagai satu inisiatif yang dapat menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.
Memenuhi syarat kualiti yang sangat ketat, straw kertas yang digunakan diperbuat daripada sumber yang terkawal dan selamat untuk digunakan.
Ramai pengguna telah biasa dengan straw plastik, dan peralihan kepada straw kertas akan membawa pengalaman yang berbeza. Walau bagaimanapun, MILO® menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyambut perubahan ini ke arah masa depan yang lebih lestari.

Bungkusan Kertas untuk Produk MILO® Mixes

MILO® akan menggantikan bungkusan luaran plastik produknya kepada bungkusan kertas.
Inisiatif ini akan dimulakan dengan MILO® Less Sugar, varian 25% kurang gula berbanding MILO® biasa.
Ini merupakan inisiatif transformasi bungkusan luaran kertas pertama seumpamanya di bawah Nestlé Malaysia.
Ia juga memberi peluang kepada MILO® untuk menerajui dan berkongsi amalan terbaik dengan jenama-jenama Nestlé lain dalam memperkenalkan inovasi bungkusan yang berupaya mengurangkan penghasilan plastik.
Bungkusan luaran kertas boleh dibuang ke dalam tong kertas untuk dikitar semula, sekaligus mengurangkan pembuangan sisa plastik.
Dapatkan MILO® Less Sugar dengan bungkusan luaran kertas yang baharu tidak lama lagi!

100% Cawan Kertas

Tahun ini, MILO® akan mengubah cawan sampel untuk van MILO® kepada bahan baharu yang lebih lestari. Cawan baharu ini diperbuat daripada 100% kertas sekaligus menjadikannya 100% bebas plastik!
Usaha menaik taraf kepada cawan 100% kertas ini akan disertakan dengan penyediaan tong pengumpulan cawan kertas yang baharu.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha mendidik baik murid-murid sekolah mahupun pengguna tentang kepentingan pengasingan sisa dengan mengasingkan sisa cecair daripada cawan kertas dengan hanya 2 langkah mudah.
Mula-mula, tuangkan sisa cecair MILO® ke dalam bekas cecair yang disediakan. Kemudian, buangkan cawan kertas ke dalam tong pengumpulan.
Nantikan kemunculan Abang MILO® yang akan menghidangkan air MILO® dari van MILO® dalam 100% cawan kertas baharu ini!

Van MILO® dengan Panel Solar

Mulai tahun 2021, dua van MILO® di Lembah Klang telah dilengkapkan dengan panel solar untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.
Panel solar menukarkan tenaga solar daripada cahaya matahari – sumber tenaga yang paling mudah didapati – kepada tenaga elektrik.
Panel solar pada van MILO® mampu menjana 3,000 VA (volt-amp) elektrik, lebih daripada jumlah tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan peralatan elektrik di dalam van.
Namun, berbeza dengan penjana yang menggunakan bahan api petrol, panel solar tidak menghasilkan karbon monoksida dan asap, malah juga senyap.
Dalam erti kata lain, MILO® berazam untuk mengurangkan pelepasan karbon, pencemaran udara dan bunyi, di samping menggalakkan penggunaan tenaga solar yang merupakan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui.
Van MILO® dengan panel solar masih dalam fasa percubaan bermula dengan dua van MILO® di Lembah Klang untuk tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s