PENGERUSI FINAS LANCAR LAGU ‘KITA DISISMU’

Lagu tersebut diilhamkan melalui usaha-usaha meyelamat mangsa-mangsa banjir besar yang berlaku baru-baru ini di sekitar Lembah Klang, Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

Image 06 (2)

Lebih dari 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang bernaung di bawah Rescue Union melancarkan lagu tema serta video muzik berjudul KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后.

Menariknya, ia dijalankan dengan kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan.

Image 02 (2)

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir besar yang melanda.

”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain. Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka”.

“Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir, FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ianya menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah. Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang. Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia.”

Lagu KITA DI SISIMU diharap dapat menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa, tabah menghadapi cabaran dan mengingatkan mereka bahawa “sesudah ribut, datangnya pelangi”. Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu mangsa-mangsa banjir pulih dari bencana tersebut. Baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.

KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后 adalah sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”. Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.

Artis-artis yang terlibat ialah:

  • Jack Lim (Penyampai radio My FM)
  • Fu ying & Sam
  • Henley
  • Billy Ng
  • Juztin Lan
  • Ribbon Ooi
  • Yumi Wong
  • Puteri Lili Ayumi
  • Aki Ky Tha
  • Emely Poon
  • Joey Kong
  • Nick Ooi
  • Regine Kok
  • Cindy
  • Lenny
  • Sunshine Aileen Devi Eric
  • dan wakil Rescue Union yang lain

Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECCC) kini disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, bersama hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini. Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa. Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.

Image 07 (2)

Pengasas Rescue Union, Encik John Yap berkata,

”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini. Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir.”

Untuk menonton Musik video: https://www.youtube.com/watch?v=yR8vKTy3H04

‘PROM NIGHT’ HARQIS EMPIRE MENGHARGAI PARA STOKIS SELURUH NEGARA

Tahniah dan Well done stokis-stokis Harqis Empire!

Majlis penghargaan ini diadakan di Hotel Marriot Putrajaya dan dihadiri oleh stokis-stokis dari seluruh negara.

IMG-20220108-WA0035 (2)

Pengasas Harqis Empire Sdn Bhd, Nur Saidatul Akma Jamaruddin kini boleh berbangga dengan kejayaan beliau serta suami, Tuan Muhammad Aswadi yang juga Ketua Pegawai Operasi apabila dapat meraih jualan produk sekitar 16 juta pada tahun 2021.

Meskipun terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara dua tahun lalu, Harqis Empire masih berdiri tegak sehingga mampu mengekalkan jualan produk menerusi platform e-dagang. Kira-kira 80% jualannya diperolehi secara dalam talian.

dav

Bukan itu sahaja, stokis-stokis Harqis Empire juga banyak memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan jualan produk. Mereka menggunakan kuasa viral media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan pendekatan latihan secara maya melalui Zoom untuk mengembang dan meningkatkan jualan produk. Dalam masa sama, ia juga membolehkan Harqis Empire melantik sekitar 1,000 ejen baharu dalam tempoh dua tahun secara tak langsung memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang punca pendapatan serta suri rumah yang ingin menambah pendapatan keluarga.

Jadi, untuk menghargai usaha-usaha stokis-stokis ini, maka majlis ‘Prom Night’ diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha serta kejayaan mereka.

IMG-20220108-WA0036 (2)

Pelbagai acara disediakan untuk mereka antaranya Persembahan Band secara langsung, Penyerahan Anugerah “Award Leader”, Penyerahan Anugerah ‘Top Leader”, Penyerahan Anugerah “Top Leadership”, Anugerah Pekerja Cemerlang, “Best Partner of the Night”, Cabutan Bertuah dan persembahan daripada artis tanah air seperti Ziana Zain.

hdr

Menurut Nur Saidatul, Harqis Empire mensasarkan sekitar RM25juta jualan untuk 2022 dan beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai melalui rangka pemasaran syarikat dengan peruntukan sekitar RM1.5 juta.

Ya, Harqis Empire PASTI BOLEH!

NSK GROCER DIBUKA DENGAN SAMBUTAN MERIAH DI QUILL CITY MALL

Tahniah Quill CIty Mall dan NSK Grocer atas pembukaan secara besar-besaran kedai runcit terbesar di bandar raya ini! 

Image 1 2

Memang ramai yang datang berkunjung tanpa putus-putus dan membeli-belah sewaktu majlis pembukaannya pada 8 Januari lalu.

Image 2 2

Sempena pembukaan NSK Grocer, pelbagai promosi ditawarkan kepada pelanggan antaranya:

  • pemberian baucar bernilai RM100 bagi 100 pelanggan pertama dengan 1 baucar untuik satu keluarga
  • Satu kotak buah oren dengan berat 4kg kepada 1000 pelanggan yang pertama
  • Percuma keahlian dan menerima baucar bernilai RM10
  • Harga GEMPAK untuk barangan terpilih dalam pemberian waktu yang tertentu

Dengan membawa konsep kedai runcit moden baharu dan berinovatif, NSK Grocer menawarkan pelbagai produk premium yang mampu milik serta produk tempatan untuk warga kota.

IMG20220108094806

NSK Grocer di Quill City Mall KL kini pastinya menjadi lokasi terpilih untuk membeli keperluan harian dan barangan runcit berkualiti memandangkan kedudukannya di tengah bandar raya yang menjadi tumpuan ramai.

IMG20220108095025

Berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi yang terdiri daripada bahagian makanan segar terbesar, bahagian barangan kering, bahagian borong dan deli, NSK Grocer @ Quill City Mall KL menggayakan konsep pertama seumpamanya yang memodenkan suasana pasar tradisional yang dilengkapi dengan persekitaran yang kemas dan selesa.

IMG20220108095007

Sebagai kedai runcit terbesar dengan pilihan makanan segar yang paling luas di Kuala Lumpur, NSK Grocer bakal menjadi kedai runcit pertama oleh Kumpulan NSK yang menawarkan rangkaian produk premium berkualiti dan mampu milik dari seluruh dunia. Barangan yang ditawarkan termasuk pelbagai jenis barangan runcit, barangan isi rumah, ayam, hasil segar seperti sayur-sayuran, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam pada harga yang berpatutan untuk lebih nilai kepada wang anda. Selain itu, pemilik perniagaan kecil juga boleh membeli barangan pukal di bahagian borong dengan pelbagai pilihan produk pada harga yang menjimatkan.

Encik Justin Liew, Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd berkongsi bahawa dengan memperolehi NSK Grocer yang pertama sebagai penyewa di Quill City Mall KL, ianya bukan sahaja satu kejayaan untuk pusat beli-belah itu, tetapi juga merupakan satu usaha strategik yang dibentuk untuk memenuhi permintaan pembeli hari ini yang arif lagi moden.

“Kami berbesar hati untuk memiliki NSK Grocer yang pertama sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, dan kami berbesar hati untuk membawa pengalaman membeli-belah yang teristimewa dan menyeronokkan kepada pembeli moden masa kini. Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan memudahkan khas buat pembeli untuk mendapatkan keperluan harian mereka di satu tempat lalu menghasilkan destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua. Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang.” 

Encik Loh Teck Wah, Pengarah Eksekutif NSK Grocer (KL) Sdn Bhd pula menegaskan bahawa Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama. Ini disebabkan lokasi strategik pusat beli-belah ini yang terletak di tengah-tengah bandar, ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis pelanggan yang berkunjung setiap hari, terutamanya pekerja pejabat, keluarga muda dan pelajar kolej di kawasan sekitar.

NSK Grocer bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembekal produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan untuk orang ramai. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup, dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan menghasilkan pengalaman membeli-belah yang santai serta mendatangkan impak positif kepada orang ramai, terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa sibuk maka memerlukan kedai runcit yang bersesuaian untuk mendapatkan keperluan harian mereka.

NSK Grocer berbangga kerana kami sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Dengan penyediaan bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer memberi pelbagai pilihan kos efektif untuk setiap individu. Kami komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami dan memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami.”

Nota:

  • Anda boleh kunjungi NSK Grocer di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL
  • Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Layari https://www.quillcitymall.com.my/
  • Dihubungkan oleh Monorel. Stesen LRT tersekat adalah di Dang Wangi

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC HULUR SUMBANGAN BANTU MANGSA BANJIR

Kali ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menyumbangkan barang keperluan kepada kakitangan dan pesakit di Hospital Kuala Lumpur  yang terkesan dengan banjir besar yang telah melanda di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

HKL_2

Antaranya pada 20 Disember lalu, Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya untuk membantu 168 kakitangannya yang terkesan akibat banjir yang melanda sebahagian Negeri Selangor seperti Dengkil, Kota Warisan, Banting, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Shah Alam dan Warisan Bestari.

HPJ_7

Barangan yang disumbangkan termasuk makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang sememangnya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini.

HKL_11

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC yang telah menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur yang terdiri daripada pesakit dan kakitangan hospital itu sendiri yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh.

HPJ_16

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan. Selain dari barangan makanan dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian memandangkan Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19.

Dr. Rohana mengulas:

“Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini. Sumbangan ini tepat pada waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan yang sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.”

Bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di penghujung 2021 dan permulaan 2022 ini, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC berkata,

“Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan perubatan dan penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan. Kami sangat bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Kami percaya usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir, di mana juga mereka berada. Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan awam.”

Sepanjang tahun lalu, Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya.

SIGNATURE MARKET BUKA TIRAI 2022 DENGAN GRATITUDE JOURNAL 2.0

Mesti ada yang tertanya apakah itu Gratitude Journal?

580-2

Gratitude Journal ini dicipta untuk menangani isu kesihatan mental di kalangan rakyat. Ia juga dijadikan sebagai asas bagi rakyat supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih sedar atau “concious living”.

Signature Market, satu jenama kesihatan FMCG terkemuka di Malaysia bakal melancarkan Edisi KEDUA Gratitude Journal ini dan dalam masa menawarkan Set Hadiah Tahun Baru Cina Edisi Terhad. Gratitude Journal ini menumpukan kepada inisiatif “Saya Sedar” atau “I am Concious” bagi mendidik orang ramai mengenai cara untuk membina semula kehidupan mereka selepas dilanda pandemik.

1210-2

Direka oleh Edwin Wang, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Gratitude Journal 2.0 yang boleh didapati untuk pembelian di laman sesawang Signature Market telah dicipta ekoran daripada peningkatan kes berkaitan kesihatan mental di kalangan orang ramai, terutama sekali selepas dirundung pelbagai kesukaran akibat pandemik.

Gratitude Journal pada tahun lalu telah memperkenalkan konsep penetapan matlamat emosi dan impak kesyukuran dalam membentuk kehidupan yang lebih positif. Selepas mendengar maklum balas daripada pelanggan kami yang menggunakan jurnal ini, kami mendapati bahawa ramai di antara mereka yang telah mencapai kejayaan menakjubkan dari segi kekayaan, kerjaya, perhubungan dan kesejahteraan secara umumnya.

Tahun ini, kami menyedari bahawa ramai yang terjejas akibat pandemik dan ianya memberi idea kepada kami untuk mencipta versi Gratitude Journal yang telah dipertingkatkan, dengan penambahan segmen-segmen baru. Kami berharap semoga rakyat Malaysia boleh menggunakan jurnal ini bagi membantu mereka menempuhi kehidupan seharian dan pada masa sama meningkatkan lagi kesedaran untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Kami percaya bahawa dengan kesedaran, segala-galanya boleh dicapai.”

Specification_2 (2)

Gratitude Journal 2.0 mempunyai lebih 224 halaman, padat dengan panduan dan didatangkan dengan bahagian baru yang menerapkan elemen kesedaran agar pengguna dapat mencoretkan emosi serta pandangan mengikut keselesaan mereka.

Plant Origins Blooming Luck(RM78)

Sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, Signature Market turut melancarkan 16 bingkisan hadiah termasuk produk Plant Origins bermula dengan harga serendah RM68 untuk pelanggannya. Daripada hidangan istimewa, snek berkhasiat, hinggalah kepada diffuser minyak esensial dan krim tangan, jenama ini telah menyediakan beraneka pilihan kotak hadiah istimewa yang sangat bermakna dan mengagumkan untuk semua kategori. Selain daripada itu, para pengguna juga akan menerima kad Tahun Baru Cina yang eksklusif secara percuma, yang boleh diisikan dengan ucapan peribadi bagi menambahkan lagi seri hadiah berkenaan.

Bagi pelanggan yang berbelanja RM123 dan ke atas untuk bingkisan hadiah berkenaan, mereka boleh mendapatkan sarung kotak Signature Market dengan sentuhan reka bentuk unik yang serba mewah dan membawa tuah, ‘A Gift From The City II’ yang merupakan susulan nostalgia kepada perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu. Reka bentuk sarung kotak tersebut diinspirasikan oleh empat tema yang amat bermakna iaitu: bandar raya Kuala Lumpur, harimau, bunga badam yang melambangkan ketabahan, keteguhan cinta dan harapan berkekalan, serta simbol budaya tampalan fabrik tradisional di mana setiap tampalan itu melambangkan ucapan selamat, tuah dan semangat penyumbang fabrik berkenaan yang pastinya akan menarik perhatian setiap orang yang melihatnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang : https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/

‘KEMPEN MENCERIAKAN RUMAH’ IPC BANTU 300 KELUARGA

Hasil kutipan yang berjaya dikumpul oleh pusat beli-belah ini adalah sebanyak RM89,952. Kutipan sebanyak itu berjaya dikutip atas kerjasama dengan penyewanya iaitu HOPE Worldwide Malaysia beserta pengunjung yang datang membeli-belah di situ.

IPC Happiness to Homes_12

(Dari kiri ke kanan: Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC, Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC, Darick Wong Kai Yin, Pengarah HOPE Worldwide Malaysia, Caesar Teh, Pengurus Program HOPE Worldwide Malaysia)

Daripada inisiatif kempen Happiness to Homes (Menceriakan Rumah) itu, hasil kutipan digunakan untuk menyediakan pakej makanan, keperluan rumah, dan pakej peralatan sekolah kepada keluarga-keluarga B40 di sekitar kawasan Lembah Klang.

IPC Happiness to Homes_2 (2)

Agihan pakej makanan, keperluan rumah, dan pakej peralatan sekolah kepada keluarga-keluarga di Klinik Sentul HOPE Worldwide Malaysia.

Kempen Happiness to Homes (Menceriakan Rumah) yang bermula pada 16 September hingga 17 Oktober 2021 berjaya mengumpulkan kira-kira 20% lebih banyak daripada sasaran awalnya iaitu  RM75,000.

IPC Happiness to Homes_3 (2)

Dengan sokongan daripada para penyewa yang bermurah hati seperti Ben’s Independent Grocers, Harvey Norman, AEON Wellness dan Kedai Buku Popular, kesemua dana telah disalurkan untuk menyediakan tujuh kit keperluan asas rumah termasuklah pakej makanan, kelengkapan elektronik rumah dan pakej peralatan sekolah bernilai RM101,103 pada kos di bawah harga pasaran.

Pada 10 dan 11 Disember 2021, HOPE Worldwide Malaysia telah mengagihkan 300 pakej makanan, 150 keperluan barangan asas rumah, dan 300 kit peralatan sekolah kepada keluarga B40 bertempat di Klinik Sentul.

Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC berkata,

“Di Pusat Beli-belah IPC, kami berasa amat simpati dengan seluruh komuniti sekeliling kami yang terkesan dengan pandemik ini. Malah, bukan sahaja dari kalangan komuniti B40, akan tetapi kesemua mereka yang berada di sekeliling kami – para penyewa kami. Sambil membayangkan keadaan dunia pasca-pandemik, adalah penting bagi kami sebagai jenama dan ahli perniagaan untuk menyedari bahawa kami wujud untuk berkhidmat kepada orang ramai dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk semua. Sebagaimana besi menajamkan besi, begitulah juga mengapa kami perlu berusaha untuk mengukuhkan komuniti sekitar kami dan bekerjasama untuk memacu pertumbuhan perniagaan. Oleh sebab itu, kami gembira apabila para penyewa kami ingin turut serta untuk memberi kembali kepada komuniti dan membolehkan kami membeli kesemua barangan tersebut pada harga istimewa.

Walaupun pandemik telah memberi perubahan dalam cara pembelian daripada dalam kedai kepada atas talian, kami tetap gembira melihat ketulusan para pembeli kami untuk kekal bermasyarakat dan berjiwa rakyat. Kami juga berbangga mempunyai rakan kongsi seperti para penyewa kami yang menyumbang barangan, agensi rakan kongsi digital kami, Idotyou yang telah membina platform secara pro bono, serta HOPE Worldwide Malaysia, rakan kongsi NGO yang telah bekerjasama dengan kami sejak tahun 2017 untuk menghubungkan kami dengan keluarga yang memerlukan. Kami mengakui bahawa hanya dengan usahasama dengan para pengunjung, kami mampu melaksanakan sumbangan digital dan kempen kutipan dana pertama kami, Happiness to Homes, dengan jayanya.” 

Melalui kempen-kempen seperti ini, Pusat Beli-belah IPC berharap dapat terus membantu secara inovatif dengan bekerjasama dengan para penyewa untuk memberi kembali kepada komuniti serta impak yang positif dan berpanjangan dalam kehidupan orang ramai.

FITBIT CHARGE 5 BANTU TINGKAT KECERDASAN & KESIHATAN DIRI

Jam Fitbit Charge 5 terbaharu ini menyediakan Daily Readiness (dengan 6 bulan menjadi ahli premium) iaitu skor peribadi pemilik setiap hari yang akan membuat penilaian berdasarkan pada gaya kesihatan yang diambil, degupan jantung dan corak tidur, secara tak langsung membolehkan pemilik jam  membuat perancangan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.

IMG20211127185121 (2)

Ia juga dilengkapi dengan Pengesan Kesihatan melalui peralatan ECG yang membantu mengesan kadar kesihatan jantung pemakainya.

features-stress-management-charge5-21 (2)

Pengimbas EDA pula membantu mengenalpasti pengurusan tekanan yang ada. Hanya mengambil masa TIGA minit sahaja, Pengimbas EDA akan mengesan sebarang tekanan si pemilik. Selepas tempoh itu, pemilik perlu mencari ruang ketenangan dan kemudian memberi respon tahap tekanan dengan berkongsi emoji yang diberikan.

Ia datang dalam TIGA rona iaitu:

charge5-lunar-white-device-3qtr

Putih Lunar (Soft Gold  Stainless Steel)

charge5-black-device-3qtr
Hitam (Graphite Stainless Steel)

prod0

Biru Keluli (Platinum Stainless Steel)

IMG20211127185320 (2)

Melalui paparan skrin yang cerah dan tulisan yang terang, pemakai boleh melihat kadar tekanan oksigen, dan  jumlah langkah yang telah dilakukan setiap hari.

Yang paling penulis gemari mengenai Fitbit Charge 5 adalah Sleep Tracking dan Sleep Score memandangkan penulis memang menghadapi masalah tidur malam. Dengan Sleep Tracking ini, ia akan mengesan tahap peratusan kualiti tidur seseorang itu sama ada nyenyak atau kurang nyenyak, waktu masuk tidur dan bangun pagi.

Menariknya, meskipun mempunyai banyak aplikasi di dalamnya, bateri jam ini tahan lama, iaitu 7 hari untuk tempoh penggunaan selama 168 jam. Jika anda terlupa untuk membuat pengecasan bateri apabila kadar bateri sudah semakin menurun, Fitbit akan menghantar emel yang menyatakan anda perlu membuat pengecasan bateri.

Screenshot_2022-01-06-12-18-28

Setiap minggu, Fitbit akan menghantar emel yang memaparkan maklumat antaranya mengenai  jumlah kalori yang terbakar, jumlah perjalanan, jumlah degupan jantung, dan jumlah aktiviti senaman yang dilakukan sepanjang minggu berkenaan.

Fitbit Charge 5 ini sememangnya bagus untuk mereka yang menjaga kualiti kesihatan dan gaya hidup mereka kerana ia membantu meningkatkan kadar kesihatan melalui ciri-ciri yang disediakan dalam jam kesihatan ini.

Pictures Credit:fitbit.com

#fitbitmalaysia #fitbit #fitbitcharge #fitbitwatch #fitbitcharge5 #fitbitcharge5fitnesstracker

SARAVANAA BHAVAN TAWAR HIDANGAN SELATAN INDIA

Restoran yang menyediakan  kira-kira 130 jenis menu makanan dan minuman ini bagaimanapun lebih memfokuskan kepada hidangan Vegetarian.

IMG20211217130115

Tidak mengguna sebarang bahan berasaskan daging tetapi kepada sayur-sayuran dan rempah ratus, maka semua hidangan di Saravanaa boleh dimakan tanpa was-was.

IMG20211217125730

Mengguna rempah ratus yang dibawa khas dari India Selatan, maka tidak hairanlah hidangan Vegetarian yang ditawarkan oleh Saravanaa berlainan berbanding hidangan Vegetarian di restoran lain yang mana LEBIH berperisa dengan pelbagai sos pencicah.

IMG20211217125432

Datang dalam pelbagai warna, sos-sos pencicah ini  secara tak langsung membantu meningkatkan selera makan.

IMG20211217130813

Sejak dibuka di Food Court, Suria KLCC, restoran ini memang tidak berhenti-henti menerima kedatangan pelanggan yang ingin merasai keenakan hidangan Vegetarian serta tertarik dengan kepelbagaian  menunya.

Tidak hairanlah kerana Saravanaa Bhavan ini sudahpun beroperasi lebih daripada 30 tahun di negara asal mereka dengan 30 cawangan, 3 di utara India dan 87 cawangan yang dibuka di 27 negara antarabangsa.

Menu-menu di Saravanaa dikategorikan kepada lebih 10 bahagian. Antaranya:

  • Inspirasi Makanan Tempatan
  • Makanan Serantau
  • Sudut Tosai (Dosa)
  • Sudut Nasi
  • Juadah Pembuka
  • Sup
  • Sayur Campur
  • Hidangan Berasaskan Cendawan
  • Hidangan berasasakan Kubis Bunga
  • Kari Sayur Istimewa

Bolehlah singgah ke Saravanaan Bhavan jika anda mengunjungi Suria KLCC dan mencuba hidangan Vegetarian Selatan India yang mempunyai keenakannya yang tersendiri.

#suriaklcc #foodcourtsuriaklcc #vegetarianfood

FB & IG: saravanaa bhavan malaysia