#InilahSayaRightNow vivo Malaysia Bawa Tema “Joy of Humanity”

Okay guys, siapa nak menang Pembersih Udara Kereta Philips GoPure dan Kad Hadiah Lazada?

Senang je.

#InilahSayaRightNow short video Contest

Caranya:

  • Sertai Pertandingan Video Pendek  #InilahSayaRightNow
  • Ambil video pendek mengenai anda bila-bila masa dan di mana jua anda berada
  • Hasilkan kapsyen yang bermula dengan “Inilah Saya…”
  • Muatnaik di FB/IG anda dengan hashtag #vivoV235G
  • Jangan lupa setkan pos anda kepada “Public”

Pertandingan ini dijalankan oleh vivo Malaysia untuk mereka di luar sana yang berminat menghasilkan vlog tentang diri mereka sendiri tidak kira di mana jua persekitaran anda berada dengan pelbagai aksi dan mood yang ingin diketengahkan sambil menonjolkan cerita berispirasikan kemanusiaan.

Dengan tema “Joy of Humanity”, pertandingan yang sudahpun bermula pada 17 Februari lalu dan bakal berakhir 6 Mac nanti ini diharapkan dapat menjadikan inspirasi kemanusiaan pada semua insan seluruh dunia dan bagaimana teknologi yang semakin membangun ini membawa kebahagiaan pada semua kehidupan.

“Be Authentic, Be You” pula menggalakkan agar semua orang dapat meluahkan apa yang mereka rasa sambil menghasilkan persembahan yang menarik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #InilahSayaRightNow, layari FB atau IG vivo Malaysia

“THE SUMMIT-97” PAPAR PAHIT GETIR PENDAKI MALAYSIA DALAM MENAWAN PUNCAK EVEREST

mde
Francais Media yang dilancarkan oleh Fullmoon Pictures (M)Sdn Bhd, syarikat penerbitan filem tempatan ini bernilai RM150 juta!

Image 09 (2)

Ia dilancarkan serentak dengan sambutan ulang tahun ke-25 kejayaan 10 pendaki Malaysia yang berjaya menawan puncak Gunung Everest pada tahun 1997.

Image 06 (6)

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ybrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid beserta beberapa kenamaan yang lain termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari beberapa buah negara.

Beroperasi sejak empat tahun yang lalu, Fullmoon Pictures yang tersentuh dengan kisah-kisah suka dan duka pendaki-pendaki ini berhasrat untuk memaparkan kisah perjalanan mereka yang penuh cabaran mengharungi cuaca dan bentuk muka bumi yang mengancam nyawa, demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Di sebalik kejayaan mereka ini, masih ramai yang belum sedar dengan peristiwa bersejarah ini, termasuk laman web Wikipedia. Dengan itu, Fullmoon Pictures telah memulakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peristiwa bersejarah ini dan memberi makna agar rakyat berbangga dengan negara kita.

Image 03 (1)

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim berkata,

“Ekpedisi Gunung Everest pada tahun 1997 amat merbahaya dan mencabar. Kami hanya memahami pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk temubual, artikel dan dokumentari. Ianya telah benar-benar membuka mata kami. Konsep mendaki gunung tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari peristiwa ini. Tidak ramai yang mengetahui keseluruhan proses latihan, kos di sebaliknya, persedian mental dan tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan.”

Dengan itu, kempen “The SUMMIT-97” telah ditubuhkan untuk membolehkan penonton merasai pahit getir dan cabaran yang ditempuh melalui penerbitan – filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku, muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan.

Kos RM100 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan filem yang berjudul “PEAK OF HEAVEN”, yang menglibatkan selebriti-selebriti antarabangsa seperti A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa sesuai untuk tayangan global.

Bermula empat tahun yang lalu, satu kajian yang menyeluruh telah dijalankan untuk memahami kehendak pengguna dalam sesebuah subjek. Menurut kajian tersebut, francais media “The SUMMIT-97” mampu menarik minat 98 juta penonton di seluruh dunia. Tambahan pula, Fullmoon Pictures juga akan menggabungkan teknologi StageCraft untuk menghasilkan suasana Gunung Everest yang hiper realistik dalam waktu nyata. Dengan itu, mereka menjangkakan untuk menghasilkan sebuah filem yang berimpak tinggi, dan akan menetapkan tahap yang baharu dalam industri hiburan Asia Tenggara.

“PEAK OF HEAVEN” juga dijangka akan menetapkan LIMA rekod Guinness World Records setelah siap sepenuhnya.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata,

Fullmoon Pictures membawa mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan kekal fokus kepada matlamat asal. Seperti mana mereka menetapkan rekod Guinness World Records melalui filem mereka – PEAK OF HEAVEN, Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata,

“Saya ingin menegaskan kepentingan kempen ”The SUMMIT-97” ini. Ianya kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Saya percaya, ramai rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat dunia.”

Majlis ini dijayakan dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), penaja rasmi lokasi majlis ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.fullmoonpic.com/

ALAMANDA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA TAHUN BARU CINA

Memang seronok lihat anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sayang KL dan Selangor ini bergembira apabila diraikan oleh pusat beli-belah Alamanda.

IMG20220126142133

Seramai 15 kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun disantuni oleh pihak pengurusan sebaik tiba di perkarangan Alamanda dan disajikan dengan makan tengahari CNY yang istimewa di Secret Recipe.

IMG20220126120948

Kemudian mereka dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat beli-belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan tarian singa.

IMG20220126133012

DSC03912

Kanak-kanak ini turut menerima Ang Pow dan limau mandarin daripada Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda, sebagai sebahagian dari tradisi sambutan Tahun Baharu Cina. Lebih bermakna lagi apabila beberapa rakan niaga turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata,

“Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan. Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan untuk mereka.”

DSC03978

Puan Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor, berkata,

“Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

http://www.alamanda.com.my and http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

PROSES SERTU MUDAH DAN PANTAS DENGAN SAFI SKRUB MANDIAN SERTU ANTIBAKTERIA

Memang dah lama mencari-cari produk sertu ni sebab selalu on-the-go dan sering travel ke luar negara.

Terbaiklah Safi, jenama penjagaan diri Halal nombor 1 di Malaysia sebab perkenalkan produk sebegini untuk umat Islam! 

TT-MM-Safi-Sertu.png-2

Adanya Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini, maka proses menyucikan najis mughallazah dapat dijalani dengan mudah dan pantas. Kini pencucian sertu juga boleh dilakukan #WashwashTanpaWasWas

safi-skrub-mandian-sertu-antibakteria

Mendapat persijilan Halal oleh JAKIM, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini dirumus menguuna 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi dan diperkaya dengan Habbatus Sauda serta Ekstrak Bidara. Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang membantu membasmi kuman.

“Menyedari keperluan segelintir umat Islam di Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan sumber tanah yang sesuai, Safi telah berjaya memformulasikan Skrub Mandian Sertu Antibakteria. Sebagai peneraju jenama Halal yang dipercayai di Malaysia, Safi sentiasa komited untuk mempelbagaikan rangkaian produk yang komprehensif bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam masa kini. Isu sertu seringkali menjadi permasalahan terutamanya bagi umat Islam yang sering terdedah kepada najis mughallazah dan sukar mendapatkan tanah liat yang bersih dan suci. Ini menjadi dorongan bagi Safi untuk memenuhi keperluan bersuci, sebagaimana yang diwajibkan dalam agama Islam dan Safi berasa bangga untuk berada di sisi mereka kala diperlukan.

Safi Skrub Mandia Sertu Antibakteria amat mudah digunakan tanpa was-was. Kandungannya terdiri daripada bahan-bahan terpilih berkualiti yang 100% mematuhi keperluan syarak untuk bersuci daripada najis mughalaazah” kata Muhammad Ammar Al-Husaini Rahimin, Ketua Pegawai Halal Safi.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini dapat memudahkan umat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba.

Kaedah mudah sertu mengguna Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara panel penasihat Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dari IFFAh dketuai oleh Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan dianggotai oleh Ketua Program, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Mahyeddin Mohd Salleh dan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Nasir Abd Majid.

Berikut adalah langkah-langkah mudah mengguna Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria:-

  1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut
  2. Basuhan PERTAMA adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh
  3. Diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali

Semua produk Safi dibangunkan melalui  kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik berdedikasi di Safi Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan prosuk Halal berkualiti tinggi serta mengikut piawaian kualiti global.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300gram di pasar raya, pasar raya besar atau secara dalam talian melalui plaform Shopee pada harga RM15.90.

#SafiSkrubMandianSertuAntibakteria

#SafiWashwashTanpaWasWas

#WashwashTanpaWasWas