AEON METRO PRIMA JADI TUAN RUMAH PAMERAN POKEMON TCG KE-25

Jom jom peminat Pokemon serbu ramai-ramai AEON Metro Prima sekarang jugak!

Pokemon TCG 1

Pameran Pokemon Trading Card Games (TCG) ini telahpun bermula pada 28 Januari lalu dan bakal berakhir pada 13 Februari ini. Tak lama lagi ja..

Pokemon TCG 5

Ia diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Pokémon TCG.

Encik Naritomo Yamazaki, Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Fantasy (M) Sdn. Bhd. yang instrumental dalam menganjurkan pameran tersebut berkata,

“Kami turut merasa teruja sebagaimana para peminat Pokémon dengan acara ini. Ia memberi peluang bagi mengimbau kembali kenangan indah berinteraksi dengan watak-watak di dalam permainan ini. Pada masa yang sama dapat mengetahui tentang evolusi terbaharunya dan mendekatkan diri dengan komuniti permainan Pokémon melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran dan menjual barangan koleksi Pokémon seperti kad dan figurin.”

Menurut Encik Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan AEON yang turut melaksanakan pelancaran majlis,

“Kami di AEON bersyukur dan berbesar hati menjadi pusat beli belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokémon TCG bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25. AEON bukan sekadar memberikan khidmat sektor peruncitan baharu. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman baharu lagi menyeronokkan kepada para pelanggan kami, bagi mereka mencipta kenangan indah semasa mereka bersama kami. Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan peminat Pokémon berkumpul di sini untuk hari yang dipenuhi dengan keriangan menerusi pelbagai aktiviti namun SOP terus dipatuhi.” 

Acara tersebut mempamerkan antaranya:

  • Pokémon TCG: Celebrations cards
  • Pokémon TCG: Sword and Shield – Evolving Skies
  • Pokémon TCG: Sword and Shield – set pengembangan Fusion Strike

Pokemon TCG 3

Peminat turut berpeluang untuk menukar kad mereka, menonton demonstrasi permainan video terbaharu, Pokémon Legend: Arceus, bermain Pokémon Ga-Olé dan membeli produk dan barangan rasmi Pokémon.

Peminat juga dapat menonton penampilan Pikachu pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 3.00 petang, 5.00 petang dan 7.00 malam yang merangkumi sesi ‘Meet & Greet’, ‘Walkabout’ dan Tarian.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Matlamat 3) yang memfokuskan kepada Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik. Ianya menggalakkan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua pada setiap peringkat umur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman Web: http://www.aeonretail.com.my
Facebook: http://www.facebook/aeonretail.com / http://www.facebook.com/MYAEONBiG/ Instagram: http://www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en Twitter: @AEON_Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s