KEMPEN MILO “RAIKAN KEBAIKAN RAMADAN” BANTU KEKAL BERTENAGA

Penuh dengan khasiat, MILO tawar rangkaian produk berkhasiat bagi membantu mereka yang berpuasa kekal bertenaga agar dapat melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

MILO Cendol

Diperbuat daripada malt, susu dan koko serta gabungan vitamin dan mineral penting yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan, MILO® sesuai dihidangkan untuk sahur, iftar mahupun moreh bagi mengekalkan dan memulihkan tenaga.

Sempena Ramadan ini juga, kempen Peraduan MILO® Raikan Kebaikan Ramadan menawarkan ganjaran kepada lebih 28,000 pemenang dengan hadiah berjumlah sehingga RM500,000, termasuk hadiah UTAMA mingguan set berupa:

Van MILO® Vintaj Jongkong Emas Tulen 999 bernilai RM11,000 setiap satu

Wah..menarik betul!

Tahukah anda?

Saban tahun, MILO® telah mengembangkan inovasi rangkaian produknya bagi memenuhi keperluan tenaga, cita rasa serta gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza.

Daripada serbuk MILO® dalam tin kegemaran ramai sepanjang zaman, sehinggalah pelbagai variasi MILO® Mixes yang didatangkan dalam format stik pek dan ‘sachet’ seperti:

  • MILO® 3-in-1
  • MILO® Less Sugar
  • MILO® with Whole Grain Cereal

Oleh itu, MILO® mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama meneroka semula dan terus menikmati kebaikan MILO® sepanjang Ramadan ini.

Enak dinikmati begitu sahaja mahupun digabungkan dengan bahan-bahan berkhasiat yang mudah didapati pada musim ini seperti buah kurma, MILO® turut menyajikan resepi istimewa seperti:

MILO Pisang and Kurma

  • MILO® Pisang dengan Kurma

MILO Kurma

  • MILO® Pisang dan Kurma Koko Buzz
  • MILO® dengan Anggur dan Kurma

Kesemuanya ideal diambil untuk sahur, iftar atau moreh. Resepi-resepi MILO® ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pengguna untuk menghasilkan hidangan ciptaan mereka yang tersendiri.

MILO Raikan Kebaikan Ramadan Campaign_Picture 2 (Ng Su Yen) (2)

“Sebagai jenama yang dekat di hati pengguna, kami percaya Ramadan tahun ini lebih mencabar di mana kehidupan seharian kini kembali padat. Memulakan hari dengan nutrisi penting yang lengkap dengan vitamin dan mineral semestinya perlu untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Selain itu, kami juga mengetahui pelbagai cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO® kesukaan mereka.

Justeru, melalui kempen MILO® Raikan Kebaikan Ramadan, kami ingin terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati kebaikan khasiat serta kelazatan MILO® mengikut cara kesukaan masing-masing, agar mereka dapat menyempurnakan Ramadan ini dengan penuh bertenaga. Bagi menyemarakkan sambutan, kami telah melancarkan satu peraduan beli-dan-menang selama sembilan minggu di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah mingguan yang lumayan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Dari 1 Mac hingga 30 April 2022, pengguna di seluruh negara layak menyertai Peraduan MILO® Raikan Kebaikan Ramadan dengan hanya pembelian minimum mana-mana produk MILO® terpilih bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantarkan penyertaan mereka secara atas talian.

MILO Raikan Kebaikan Ramadan Campaign_Picture 1 (KV)

Pemenang akan dipilih setiap minggu, di mana seramai 27,000 peserta berpeluang memenangi:

  • hadiah bonus mingguan Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM5
  • hadiah sagu hati mingguan berupa satu set Koleksi Van MILO® Vintaj Edisi Terhad bakal menjadi rebutan 1,800 peserta setiap minggu
  • 36 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama mingguan berupa set Van MILO® Vintaj Jongkong Emas Tulen 999 bernilai RM11,000. Setiap set didatangkan dalam empat reka bentuk van MILO® ikonik yang mengimbau nostalgia merentasi dekad

Bagi melipatgandakan peluang untuk menjadi pemenang, pengguna boleh membeli mana-mana produk MILO® berikut untuk meraih dua penyertaan:

  1. MILO® 3-in-1
  2. MILO® Less Sugar
  3. MILO® Stik Pek
  4. MILO® with Whole Grain Cereal
  5. MILO® Tin 1.5kg

Tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dihantar oleh pengguna.

Peraduan MILO® Raikan Kebaikan Ramadan mengalu-alukan semua pengguna MILO® berumur 18 tahun dan ke atas yang merupakan penduduk Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah.

Resit rasmi diperlukan sebagai bukti pembelian dan hanya diterima daripada peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia, serta platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk terma dan syarat penuh serta sajian resipi MILO® istimewa untuk menyempurnakan sambutan Ramadan, layari: https://www.milo.com.my/raikankebaikanramadan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s