SAFI RAYA KAU HIJAU WARNAI AIDIL FITRI

Jenama penjagaan kulit SAFI tambah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan pelancaran video Youtube Safi Raya Kau Hijau 2.0 yang mencuit hati dengan gelagat Anggun seisi keluarga.

Screenshot_20220506-151106_YouTube (2)

Menurut Pengurus Kanan Produk SAFI, Kazlina Mohd Kassim, video yang dibarisi beberapa pelakon popular tanah air memaparkan pelbagai kisah menghiburkan dalam kemeriahan suasana sambutan Aidilfitri di kampung halaman.

Lebih menambah keceriaan apabila Syawal keluarga ini diserikan dengan aksi lucu Skuad SOP serta majlis menyunting si pujaan hati berlatarkan suasana kehijauan penuh berseri.

Untuk mengetahui kisah lucu tiga generasi ini, video singkat berdurasi lima minit berkenaan boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=D3KdF2LIM2s&t=1s

00081_Safi Raya 2022_KV_1920x1080px (2)

“Di musim perayaan ini juga, pengguna produk Safi bakal menerima hadiah-hadiah percuma yang menarik sebagai persiapan tampil menawan sepanjang sambutan Aidil Fitri. Bagi pembelian produk Safi bernilai RM20 dan ke atas, pembeli boleh mendapatkan Safi Youth Gold Lifting 24K Gold Essence 15ml atau Syampu Safi Shayla (Assorted) 160g secara percuma di pasa raya berhampiran anda.

Pembelian produk Safi bernilai RM40 dan ke atas pula membolehkan pengguna membawa pulang Safi Pinggan Khat Raya eksklusif secara percuma. Pinggan khat berhias cantik yang boleh dijadikan koleksi menawan ini didatangkan dalam tiga corak berbeza” 

Tidak ketinggalan, Safi turut menyediakan pelbagai peraduan menarik menerusi pembelian produk Safi di cawangan farmasi di seluruh negara seperti Guardian dan Watsons.

Rangkaian produk Safi boleh didapati di pasar raya utama berhampiran, cawangan Watsons atau laman e-dagang http://www.watsons.com.my, cawangan Guardian atau laman e-dagang http://www.guardian.com.my dan juga laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s