MENTEGA PREMIUM DARI DENMARK KINI DI PASARAN MALAYSIA

Meskipun premium, namun mentega Mega Food yang mengandungi 80% lemak mentega boleh didapati pada harga berpatutan.

MegaFood_Salted Butter_250g

Mentega Mega Food ini dikeluarkan oleh Mega Food, sebahagian daripada SCC Marketing yang turut menjadi pengeluar Bundaberg, CED, Mega Fresh, Selva dan banyak lagi.

MegaFood_Unsalted Butter_250g

Dihasilkan mengguna susu lembu segar asli, mentega Mega Food dari Denmark ini sangat berkrim, tidak  terlibat dalam proses penapaian mentega laktik yang mengandungi asid laktik dan menyebabkan rasa tajam.

In-house Chef Edward Chui (2)

Sebab itu, mentega Mega Food ini tampil lain daripada mentega sedia ada kerana kandungan lemaknya yang tinggi iaitu 80% , menjadikannya lembut, licin dan mudah cair apabila dimakan. Ia juga tidak berminyak. Apabila mentega Mega Food ini dipotong, ia tidak meninggalkan sebarang kesan comot sepertimana mentega lain yang kurang lemak, ada kalanya menjadi lembik apabila dipotong.

Warnanya yang kuning keemasan juga adalah asli dan tidak mengguna sebarang pewarna, menjadikannya mentega yang bernutrisi, semula jadi dan sihat. Ia mengandungi vitamin D, antara vitamin nutrisi yang diperlukan untuk membantu pembesaran dan perkembangan tulang, serta kalsium untuk kekuatan tulang.

Satu kajian terkini yan telah dilakukan mendapati lebih 80% pengguna menyukai rasa lemak mentega Mega Food ini dan merasakan harga mentega ini lebih berpatutan berbanding dengan mentega lain.

From (L) to (R)- Mr Ong Wui Chuan, Ms Looi Hooi Chin, Ms Ann Lee Chooi Kin, Mr Brian Chan Lai Kian (2)

“Cef dan mereka yang suka memasak pasti menyukai kelembapan yang ada pada mentega ini, kerana ia meningkatkan perisa pada resipi masakan dan meningkatkan lagi rasa manis berkrim pada resipi kuih dan apabila digunakan sebagai spread. Mentega Mega Food sangat sesuai digunakan untuk apa jua masakan di dalam dapur, dari membakar hinggalah memasak, kepada spread ataupun apa jua jenis makanan yang anda ingin sediakan” -Brian Chan, Ketua Food Service, SCC Marketing.

Mentega Mega Food dikeluarkan sebagai sebahagian daripada plan perkembangan untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam pengeluaran produk tenusu sejak tahun 2019. Sebab itu mentega Mega Food adalah antara produk pertama “Own Brand” Mega Food. Dengan target perkembangan sekurang-kurangnya 25% untuk jangka masa 3 bulan, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak produk. Mega Food juga turut mengeluarkan Hirisan Keju Austalian Cheddar.

“Kami amat gembira dapat memperkenalkan mentega Mega Food pada rakyat Malaysia kerana kami percaya semua orang dapat memasak mengguna bahan terbaik tanpa memikirkan kos. Dengan mengambil kira ini, maka kami mengambil mengeluarkan sumber daripada ladang terbaik seluruh dunia yang berkongsi matlamat dan nilai perniagaan yang sama-membantu dan menjadi inspirasi pada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan lebih baik tanpa dibebani kos tinggi”-Ong Wui Chuan, Pengarah Jualan, SCCMarketing.

Bermula Jun 2022 ini, mentega Mega Food boleh didapati dalam DUA jenis iaitu salted dan unsalted pada berat 250g pada harga RM12.50 di pasar raya besar.

Maklumat lanjut,layari: www.megafooddairy.com

*internal survey conducted with 50 blind taste testers in April 2022
**www.tastetomorrow.com

 

ANTABAX & R.E.A.L KIDS BERGABUNG KURANGKAN SEBARAN HFMD

Agak bahaya  juga Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) sebab bukan sahaja kanak-kanak yang terdedah padanya, malah orang dewasa juga boleh terkena sebaran.

REALKids_PuchongJaya (2)

Apatah lagi, kes semakin meningkat dengan kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Meskipun biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga berdepan dengan risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

REALKids_SalakSouth 2

Jadi,

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

REALKids_BandarMahkotaCheras_1 2

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.

“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax.

Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata,

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”

Antabax bakal berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari:

PAMERAN HADIAH MALAYSIA KE-12 RANCAKKAN DAN TINGKATKAN EKONOMI NEGARA

Ini kerana ia adalah salah satu pameran hadiah dan cenderamata terbesar di ASEAN anjuran Persatuan Hadiah dan Cenderamata (MGPA).

mgf-2022-banner (1)

Pameran ini telahpun berlangsung pada 22 hingga 24 Jun 2022 lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

IMG20220622104631 (2)

Penganjuran pameran itu menunjukkan komitmen berterusan MGPA untuk menyerlahkan kekuatan dan keupayaan sektor hadiah dan cenderamata Malaysia, membolehkan pengusaha kecil dan sederhana yang berkebolehan dan bersedia untuk eksport mengembangkan jenama mereka dan mewujudkan kerjasama perniagaan di negara ini.

Exhibition Tour 2

Sebanyak 115 syarikat dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Bangladesh menyertai pameran 3 hari yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pameran tahun ini akan menampilkan pelbagai jenis produk baru seperti cenderahati, hadiah rekaan khas, hadiah yang mampan selain daripada hadiah malar hijau seperti pakaian, peralatan & tekstil, anugerah, trofi, lencana dan pin, beg, barangan kulit, peralatan minuman, mug, seramik, hadiah & cenderamata, IT & elektronik, jam, perkhidmatan mesin & cetakan, pembungkusan & produk kertas, portfolio & diari, alat tulis & aksesori, produk kayu, payung & pelindung matahari.

IMG20220622102220 (2)

Menurut Encik Ivan Loo, Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia ke-12, pameran kali ini membawa masuk konsep “Gerai Kickstarter”, satu lagi inisiatif untuk mengukuhkan ekosistem pameran. Syarikat-syarikat baru membantu dalam meningkatkan kepentingan industri kreatif kepada ekonomi Malaysia. Inisiatif baru ini telah menambah EMPAT segmen baru hadiah dan perkhidmatan berkaitan seperti cenderahati, pembungkusan, perkhidmatan percetakan dan logistik dalam pameran tahun ini.

Pameran Hadiah Malaysia edisi tahun 2019 telah berjaya menarik lebih daripada 14,000 pengunjung dari 17 negara dengan lebih 50% pertukaran perniagaan telah berjaya. Selain itu, banyak peluang pekerjaan dicipta, inovasi kreatif diperkenalkan dan diperluaskan ke rantau ASEAN.

Sepanjang 11 tahun yang lalu, MGPA telah membina dan membangunkan komuniti usahawan yang kukuh melalui kerja, inisiatif, Anugerah Reka Bentuk Produk Promosi (PPD) dan Pameran Hadiah Malaysia.

MGPA terus memanfaatkan kerjasama strategik dengan organisasi kerajaan dan swasta untuk membina platform yang kukuh dan menandakan inisiatif berterusan untuk mencipta lebih banyak kraf seni dan budaya tempatan Malaysia dalam pemeliharaan tradisi dan warisannya.

Anugerah Reka Bentuk Produk Promosi (PPD) pula bertujuan untuk berinovasi dan menghasilkan lebih banyak “Hadiah Malaysia”. Ia adalah platform untuk mewujudkan lebih ramai bakat kreatif di Malaysia. Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), merupakan penganjur bersama Anugerah PPD tahun 2021, membawa Anugerah ini ke tahap yang lebih tinggi.

Satu lagi kejayaan yang diraikan sewaktu Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia ke-12 adalah MGPA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia, sebagai sokongan untuk melahirkan pereka bentuk industri untuk diiktiraf sebagai profesion dalam pembangunan negara.

Encik Peh Leong Seng, Presiden Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga akan menyertai MGPA dalam memperkasakan rekabentuk perindustrian melalui Anugerah PPD. MoU dengan UiTM akan ditandatangani dalam masa terdekat.

IMG20220622103132 (2)

“Eksport produk hadiah dan cenderamata Malaysia bernilai RM1.96 bilion pada tahun 2021. Pasaran eksport utama ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China dan Jepun. Barangan eksport utama termasuk jam tangan & jam, bahan bercetak / produk bercetak, kaca & barangan kaca , mesin & peralatan mekanikal, minyak wangi & kosmetik. Dari bulan Januari hingga Mei 2022, eksport hadiah dan cenderamata bernilai RM951.0 juta, meningkat sebanyak 28.6% berbanding RM739.3 juta pada tempoh yang sama tahun 2021”, kata YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.

Menurut laporan Market Research Future, pasaran hadiah dan cenderamata global diramalkan akan mencecah USD38.66 bilion menjelang tahun 2027 pada Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (CAGR) 5.83%, menunjukkan potensi besar yanga ada pada produk dan perkhidmatan berkaitan hadiah dan cenderamata. Tingkah laku pengguna mengalami perubahan dramatik dan berpanjangan. Permintaan pengguna telah beralih kepada pilihan bernilai tinggi, premium dan mewah, berteknologi tinggi, mesra alam dan produk yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Trend dan perkembangan baru ini telah membuka potensi besar dan sudah tiba masanya bagi industri hadiah dan cenderamata Malaysia meraih peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan pengembangan pasaran eksport.

Memanfaatkan sepenuhnya era pendigitalan di bawah normal baru, MGPA telah memperkenalkan Pameran Hadiah Malaysia (MGF) edisi atas talian, dengan matlamat meningkatkan keterlihatan dan daya saing hadiah dan cenderamata Malaysia, bagi merebut perniagaan baru yang berpotensi dalam pasaran tanpa sempadan, bagi memastikan industri kekal berdaya maju, aktif dan inovatif.

MATRADE komited untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkepentingan utama yang berkaitan dalam sektor awam dan swasta, bagi menjadikan MGF sebagai pasaran hadiah dan cenderamata yang terkemuka. Pameran ini akan diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Semua pelawat perniagaan dialu-alukan untuk menyertai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.mgpa.org.my http://www.malaysiagiftsfair.com.my http://www.mfgonline.com.my

UAC KINI BERFOKUS PADA ASPIRASI, PELANGGAN & GAYA HIDUP

Strategi peralihan Kumpulan Boustead itu dilakukan sempena penjenamaan semula dan pengenalan kepada Logo baharu setelah 60 tahun cemerlang menjadi peneraju utama serta pengeluar papan simen gentian selulosa berkualiti tinggi.

UAC Berhad New Logo (2)

Pengenalan Logo baharu ini juga memperkemaskan rangkaian produknya bagi mencerminkan pertumbuhan, pembaharuan dan strategi perkembangan syarikat yang selaras dengan strategi “Reinventing Boustead” oleh Boustead Holding Berhad.

Logo baharu itu yang tampil lebih kemas dan menarik dalam warna-warna yang berimpak mencerminkan pembaharuan, pembugaran dan penjenamaan semula UAC Berhad. Logo ini merangkumkan peralihan utama UAC Berhad daripada sebuah syarikat yang berfokuskan produk kepada sebuah syarikat yang menjadikan pelanggan, gaya hidup dan aspirasi sebagai fokus utamanya.

Photo 1 2

“Berbekalkan pengalaman, rekod lampau dan keberadaan kami di lebih 60 buah negara selama hampir 60 tahun, kami kini beralih arah menjadi sebuah syarikat yang berfokuskan gaya hidup dengan pengenalan teknik-teknik pembinaan seperti Industrialised Building System (IBS) bagi mengatasi isu kekurangan pekerja di samping mengukuhkan kualiti produk-produk siap kami. Kami kini beranjak daripada produk-produk berasaskan komoditi kepada produk-produk berasaskan gaya hidup bagi memenuhi perubahan keperluan pasaran dan pengguna.” kata Pengerusi UAC Berhad, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan UAC Berhad, BT Gan berkata logo baharu ini menandakan hala tuju baharu perniagaan UAC Berhad yang akan diteroka syarikat dalam aspek komersil dan sistem produk.

Photo 2 2

“Langkah ini bagaimanapun tidak akan mengubah hubungan-hubungan komersil dengan pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi, pembekal-pembekal, pengurusan kewangan, pengeluaran atau kontrak yang sedia ada. Ia juga tidak melibatkan sebarang perubahan dalam aspek pengurusan” 

Walaupun identiti jenama baharu ini menandakan perubahan yang ketara kepada UAC Berhad, syarikat ini memberi jaminan bahawa falsafah perniagaan serta kepercayaan teras dalam nilai-nilai komitmennya yang telah teruji dan terbukti dalam kalangan rakan-rakan kongsi dan pelanggan-pelanggannya kekal sama.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melawat: www.uac.com.my

SAFEE SALI DAN PRIME SPORTS NFT PERKENAL KOLEKSI ‘SEPULUH’ NFT

Bukan itu sahaja, ‘SEPULUH’ koleksi digital ini telahpun dilelong bermula 22 Jun lalu melalui pasaran NFT Digital: OpenSea.

(1 of 10) PASSION - SEPULUH NFT Collection by Safee Sali 2

Peminat yang berjaya menjadi pemilik eksklusif 10 NFT ini turut berpeluang berkongsi padang dengan Safee, mendapat cetakan berbingkai NFT dan akses kepada komuniti peribadi untuk ahlinya.

Image_001 2

Majlis pelancaran koleksi ‘SEPULUH’ NFT diadakan oleh Prime Sports NFT: bahagian sukan NFT di bawah Prime Sports International (PSI) pada 22 Jun lalu.

Image_002 2

Melalui perkongsian visi yang sama, Safee Sali bekerjasama dengan Prime Sports NFT untuk meningkatkan penglibatan dan interaksi bersama peminat-peminatnya. Selain itu, projek NFT turut membawa kepada kerjasama dengan artis tempatan, Nicholas Chuan untuk membentuk koleksi Safee.

Anak muda berusia 20 tahun dan berasal dari Pulau Pinang ini bukan calang-calang orangnya. Beliau membawa portfolio ilustrasi untuk organisasi terkenal dunia seperti UEFA, Red Bull Racing Formula 1, Liverpool FC dan FC Bayern.

Inspirasi disebalik ‘SEPULUH’ merupakan pencapaian kegemilangan Safee Sali ketika Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dan seterusnya memperoleh “Golden Boot” bagi kejayaannya sebagai penjaring terbanyak pada tahun pertandingan tersebut.

Ilustrasi NFT tersebut menggunakan gambaran ikonik yang masih kekal sebagai salah satu pencapaian terbesarnya di pentas antarabangsa untuk Malaysia.

“Visi saya untuk ‘SEPULUH’ adalah untuk mengenang kenangan terindah saya memakai jersi Harimau Malaya melalui seni digital dan membolehkan peminat memiliki sekeping cerita saya sebagai koleksi. Peminat saya telah memberi sokongan sepanjang karier saya dan SEPULUH NFT telah membuka pintu untuk mengeratkan hubungan saya bersama mereka” kata Safee Sali.

Pelancaran ‘SEPULUH’ NFT juga merupakan projek sulung dan cetusan idea Prime Sports NFT, pelopor dalam industri yang bertujuan untuk menyilangkan dunia sukan, seni dan budaya. Bekerja secara kolaboratif dengan pelbagai atlet, artis dan rakan kongsi di rantau ini, Prime Sports NFT memainkan peranan penting dalam strategi, idea dan memupuk proses kreatif dalam pelancaran projek tersebut bersama Safee.

Selain itu, projek ‘SEPULUH’ NFT ini juga dalam perkongsian bersama ‘Professional Footballers Association of Malaysia’ (PFAM), dan sebahagian daripada hasil jualan NFT akan disalurkan kepada dana pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia.

Pengasas Prime Sports NFT, Yong-Chul Yun berkata

“Secara global, aset digital semakin membesar dan disokong tinggi dalam dunia sukan dan dengan ini kami berharap dapat mengubah cara peminat berinteraksi dengan pasukan dan atlet kegemaran mereka. Dengan pelancaran NFT ‘SEPULUH’ kami teruja kerana dapat menjadi pemboleh inovasi tersebut. Peranan kami dalam menghubungkan Safee dengan artis berbakat seperti Nicholas, benar-benar memberi ganjaran dan sekarang kami sedang bekerja dengan lebih ramai atlet, artis dan organisasi di Malaysia” 

Nicholas Chuan, merupakan artis di sebalik ‘SEPULUH NFT’ berkata

“Saya berbesar hati kerana diberi peluang bekerja rapat dengan wira negara seperti Safee dan merealisasikan visinya untuk aset digital koleksi ini. Bekerja secara kolaboratif dan kreatif dengan minda inovatif dalam bidang sukan sepertinya merupakan pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Secara keseluruhannya, saya bersyukur bahawa karya saya diiktiraf dan saya teruja untuk melihat apakah yang akan disediakan untuk peminat dan pemilik’ SEPULUH’”.

Laman Opensea Prime Sports NFT: https://opensea.io/PrimeSpoartsNFT
Laman web antarabangsa Prime Sports: https://www.primesportsi.com/

COME & JOIN SCOOBY DOO’S MYSTERY MACHINE BOOKABLE WITH AIRBNB

To celebrate the 20th anniversary of the live-action “Scooby-Doo” film, Matthew Lillard is Hosting THREE groovy stays in a recreation of the Mystery Machine in partnership with Airbnb and Warner Bros. Consumer Products.

Mystery Machine Airbnb and Matthew Lillard (2)

During this summer, guests can live out their van-life dreams along the Southern California coastline while staying overnight in ShaggyTM and ScoobyTM’s vehicle.

Isn’t that cool?

Mystery Machine Airbnb (2)

During their stay, guests can channel their inner Shaggy (but this time, he’s retired!) with ALL-YOU-CAN-EAT snacks, plenty of games fit for the mystery-solving duo and a retro TV to re-watch the film.

“I’ve been channeling Shaggy since the live-action adaptation in 2002, and he’s been a part of me ever since,. I can’t wait to welcome guests into the world of the Mystery Inc. gang as their Airbnb Host and give them a summer vacation they’ll never forget…monsters not included! said Lillard.

4006333070969new00.13053700_1597764604

Never before available to the public for overnight stays, the iconic Mystery Machine has come out of retirement (along with the spirit of Shaggy) to bring guests right back to 2002. Shaggy and Scooby embraced life on the road before it was cool, and the Mystery Machine is fully set up for TWO fans to experience all the spooky thrills for a night.

So, for those looking to discover more unique stays, Airbnb recently introduced a new way to search designed around Airbnb Categories. With 12,500 campers available around the globe, there are plenty of Scooby-approved stays for a summer adventure.

About the stay
Guests will be able to book three individual one-night stays* on June 24, June 25 and June 26 for only USD20** (RM88) a night – in celebration of the live-action film’s 20th anniversary. During their stays, guests will get to live like Shaggy and Scooby in the Mystery Machine, including:

  • A virtual greeting from Lillard upon arrival – he may even share some of his favourite memories with the meddling kids
  • Plenty of throwbacks to 2002, including listening to the latest Sugar Ray album on a portable CD player, basking in the glow of a lava lamp and donning Shaggy’s signature puka shell necklace
  • All-you-can-eat snacks and a selection to choose from for dinner, featuring all of Shaggy & Scooby’s favourite foods (like hot dogs and eggplant burgers)
  • Mystery games galore so guests can put their own whodunit-solving skills to the test
  • A late-night re-watch of Scooby-Doo, complete with popcorn, movie candy and all the Scooby Snacks guests’ hearts desire
  • An outdoor setup with enough lounge seating and hammock space for the whole gang to vibe out, free from any monsters that might be lurking about

How to book
Mystery Inc. fans can request to book this stay beginning Thursday, June 16 at 1 p.m. ET / June 17 at 1 a.m. MYT at airbnb.com/mysterymachine. Guests are responsible for their own travel to and from Southern California.

In recognition of their commitment to offer safety, well-being and permanency to children who are in foster care, Airbnb will make a one-time donation to Five Acres, a 134-year-old child and family service agency dedicated to ensuring every child has a forever, loving family solution through advocacy, prevention and community-based mental/behavioral health services in Southern California.

Those hoping to stay in the Mystery Machine should note that this stay’s rules require following applicable local, state and federal rules and guidelines for COVID-19, as well as Airbnb’s COVID-19 Safety Practices, which may include wearing a mask and practicing social distancing when required by local laws or guidelines. On-site staff will also comply with local rules and guidelines, and will abide by our five-step enhanced cleaning process.

*These three, one-night stays for up to two guests each are not a contest
**Plus taxes and fees

Airbnb is closely monitoring Southern California COVID-19 infection rates and government policies and will offer booking guests a refund of the booking fee (USD20) and USD1,000 Airbnb travel credit if Airbnb determines it is necessary to cancel the stay.

https://news.airbnb.com/ms

DANA PENDIDIKAN ELENA COOKE TAWAR BANTUAN KEWANGAN PADA LEPASAN SPM/STPM

Tahniah bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021!

Pasti ada yang sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, bukan?

Ada berita baik untuk anda!

Natasha Merissa Gomes and Ms Moey signing the scholarship agreement (2)

Dana Pendidikan Elena Cooke yang diuruskan oleh BBGS Alumni Berhad (BAB), sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS), terus bekerjasama dengan Kolej Sunway, Universiti Sunway dan Universiti HELP untuk menyediakan biasiswa kepada belia Malaysia yang layak tetapi kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan tinggi.

Receiving her first cheque (2)

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang memohon kepada institusi pendidikan tinggi tempatan yang lain juga layak untuk memohon Dana Pendidikan Elena Cooke, asalkan mereka memenuhi kriteria MINIMA, termasuk:

  • berumur kurang daripada 23 tahun pada 31hb Disember 2021
  • mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM60,000 setahun dalam tahun 2021

BBGS, adalah salah sebuah sekolah yang terkenal dan dihormati di Kuala Lumpur. Ia dahulu terletak di Jalan Bukit Bintang sehingga tahun 2000 apabila ia ditutup dan kemudian dirobohkan bagi pembinaan pusat beli-belah mega.

Dana Pendidikan Elena Cooke ditubuhkan sebagai kenangan terhadap Guru Besar BBGS yang telah berkhidmat paling lama iaitu mendiang Cik Elena Maud Cooke, menekankan kepentingan memberi bantuan kepada belia  yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Jeslina with mum and brother (2)

Menyedari akan kehadiran pelajar-pelajar miskin yang tidak bernasib baik berbanding mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pendidikan pula adalah faktor utama yang boleh membawa pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini keluar daripada kelompok kemiskinan.

Oleh itu, keperluan kewangan adalah antara senarai kriteria tinggi yang dipertimbangkan, termasuk pencapaian akademik, aktiviti ko-kurikulum dan perwatakan. Dana tersebut terutamanya berminat membantu anak-anak muda yang merupakan anak yatim piatu ataupun daripada keluarga ibu atau bapa tunggal atau bagi mereka yang tinggal di rumah kanak-kanak. TIGA penerima biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke beberapa tahun dulu adalah daripada rumah kanak-kanak.

Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke akan tutup 2 minggu selepas keputusan SPM atau STPM (yang mana lebih lewat) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman www.bbgs.com.my.

Derma dan sumbangan kepada Dana Pendidikan Elena Cooke oleh penderma korporat dan individu adalah amat dialu-alukan. Penderma disilakan menulis cek atau melakukan pemindahan antara bank ke akaun bank BBGS Alumni Berhad (Maybank Akaun No: 5141 2316 6380). Penderma harus memaklumkan transaksi kepada BAB melalui bbgs.elena@gmail.com bagi pengeluaran resit.

AYUH BERBASIKAL SPIN IKUT RENTAK FREQUENCY OF FRESH

Wah rentak senaman yang memang unik dan sangat lain dari lain ni!

Hu Hun Hui, Managing Director of HappyFresh Malaysia also joined in the event (2)

Ia adalah cara yang digunakan oleh HappyFresh di mana mereka mengguna audio untuk membantu pembeli mengenal pasti tahap kesegaran barangan segar yang dibeli dan ia telahpun dipraktikkan sewaktu acara pengalaman imersif ‘Party on a Bike’ dengan adunan semula rentak bunyi barangan segar di Publika pada 17 dan 18 Jun 2022 lalu.

The HappyFresh team providing fresh juices to help fuel the participants (2)

HappyFresh, platform barangan runcit dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara telah mencari pendekatan baharu ntuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar dengan  menganjurkan acara spin cycle di Publika yang menyaksikan lebih 50 pemenang kempen dan pempengaruh mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, yang menampilkan petikan bunyi barangan segar yang diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri yang bertenaga, sesuai untuk senaman.

MJ, the DJ for Frequency of Fresh remixed track and FLYCYCLE instructor pumping up the energy of the class (2)

Sepanjang sesi tersebut peserta perlu mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh terkini oleh HappyFresh. Acara tersebut menampilkan selebriti dan pempengaruh seperti Sazzy Falak, Siu Lim, Nadia Anuar, Linora Lim dan dengan sokongan rakan jenama HappyFresh seperti UFC, Zespri Kiwi, HOMESOY dan Ben’s Independent Grocer.

Bermula dari 23 Mei hingga 9 Jun, HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big di mana pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200.

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio untuk membantu memilih barangan yang paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan makanan yang paling segar. Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

Hu Hun Hui, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, berkata,

“Kami percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar. Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh yang diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif. Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka – yang dapat dipenuhi oleh HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami, kerana #WEKNOWFRESH!”. Di samping itu, pelanggan kami juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan promosi dan diskaun semasa kami.

Jadi adakah anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada barangan segar anda benar-benar segar?

  • Dapatkan maklumat di Spotify dan gunakan tip tersebut semasa membeli-belah
  • Atau lebih baik lagi, buat pesanan melalui HappyFresh hari ini dan anda tidak perlu risau tentang kesegaran bahan-bahan makanan anda!
  • E: happyfresh@preciouscomms.com
  • HappyFresh Malaysia: Twitter | Instagram | Facebook | Youtube

SENHENG X SAMSUNG PREMIUM EXPERIENCE STORE HASIL KERJASAMA SAMSUNG & SENHENG

Tahniah Senheng dan Samsung Malaysia Electronics atas pembukaan stor elektronik pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Senheng x Samsung Malaysia Electronics_visual2 (2)

Ia terletak di tengah-tengah lokasi strategik berdekatan dengan KLCC dan pusat beli-belah Avenue K iaitu di Shoppes, Four Seasons Place.

Senheng x Samsung Malaysia Electronics_visual4 (2)

Majlis perasmian dihadiri oleh pihak pengurusan daripada kedua-dua syarikat beserta tetamu jemputan khas dan wakil media yang mana mereka dapat melihat koleksi terkini peranti telefon Samsung, produk elektrik dan barangan rumah. Antaranya rangkaian Galaxy S, Galaxy Z, Galaxy Hearables dan Wearables, TV Pintar Neo QLED, perkakasan BESPOKE dan pelbagai produk lagi.

“Kami sangat gembira dengan jalinan kerjasama Senheng yang dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami. Di Samsung, pelanggan adalah orang yang paling penting bagi kami. Semua yang kami lakukan hari ini dibina untuk meningkatkan kehidupan orang ramai dan memberi mereka persekitaran yang terbaik” Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Menurut Lim KH, Pengerusi Senheng pula:

“Senheng dan Samsung telah bekerjsama dalam tempoh lama dalam membina dan mendapatkan hubungan strategik . Hasil jalinan dengan Samsung ini membolehkan kami membuat kolaborasi secara terbuka dan kami berharap kesinambungan hubungan ini dapat melahirkan lebih banyak pengalaman melalui peranti, aplikasi dan perkhidmatan, maka lebih ramai orang di Malaysia dapat menikmati produk Samsung yang terkini”

IMG20220616165624

Dengan keluasan lantai kira-kira 5,399 kaki persegi, pelanggan bukan sahaja dapat melihat paparan produk Samsung malah dapat merasai pengalaman berhubung dengan persekitaran yang bijak.

IMG20220616165534

Ia menyediakan ENAM zon pengalaman Mobile Experience, Visual Dispalys dan Digital Appliances yang menawarkan produk-produk terkini termasuk Galaxy S22 Ultra, BESPOKE AirDresser, TV Neo QLED 8K, The Freestyle dan banyak lagi.

IMG20220616165511

Sempena dengan peramsian itu juga, Samsung dan Senheng menawarkan pelbagai promosi untuk orang ramai yang datang dan membuat pembelian di stor dan aplikasi mobil Senheng bermula dari 17 Jun hingga 21 Jun antaranya:

  • rebat RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip 5G
  • Hadiah percuma bernilai sehingga RM2,599 untuk pembelian TV QLED 4K
  • Hadiah percuma bernilai sehingga RM3,699 untuk pembelian peti sejuk BESPOKE

Dan banyak lagi promosi yang boleh anda perolehi apabila anda mengikuti persembahan secara langsung setiap hari melalui laman Facebook Samsung dan Senheng.

Berikut adalah jadual untuk penjualan produk dan influencer yang turut serta dalam persembahan secara langsung iaitu:

  • 17th Jun 2022, 8pm QLED 4K TV, Smart Monitors: Shafiq Chulan & Shu Faye
  • 18th Jun 2022, 4pm WindFree Air Conditioners, BESPOKE Refrigerators: Dini Schatzmann & Caely See
  • 19th Jun 2022, 4pm Galaxy S Series & Galaxy Z Series: Brandon Ho & Sachie Amira
  • 20th Jun 2022, 8pm Smart Home Appliances: Caely See & Jack Lim
  • 21st Jun 2022, 8pm Washer & Dryer, BESPOKE AirDresser & BESPOKE Jet Shalma Ainaa & Wan Imar Izzat

Jadi, jangan lepaskan peluang berkunjung dan melihat sendiri Stor Senheng x Samsung Premium beserta produk-produk yang ditawarkan!

AISHAH ILIAS TERUJA DENGAN HASIL LAKONAN TERBAHARUNYA: MUSYRIK-API NERAKA MENANTIMU!

Pelakon dan model tinggi lampai, Siti Aishah Ilias atau lebih dikenali sebagai Aishah Ilias tidak kisah jika beliau digelar ‘andartu’ hanya kerana masih belum bertemu jodoh pada usia 35 tahun. Beliau menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan.

aishahillias

“Jodoh dan pertemuan urusan Tuhan, siapa kita mahu menentukannya? “Memang saya ada juga berkawan dengan lelaki, tetapi tiada teman istimewa yang sesuai dijadikan calon suami. Pada usia sekarang, saya mencari calon suami baik, bertanggungjawab dan boleh memberi komitmen terbaik apabila berumah tangga.”

Apabila diajukan soalan sama ada beliau pernah didekati suami orang, Aishah menafikannya:

“Setakat ini, hanya lelaki bujang cuba mendekati kerana saya memang mengelak berkawan suami orang. Maaflah, saya tidak suka berkongsi kasih dengan wanita lain.” 

Musyrik_WATI_PUTERI (2)

Beralih pada perkembangan kerjaya seninya, Aishah tidak sabar menanti lakonannya dalam filem genre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu!. Filem itu adalah terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

Menerusi filem arahan Arjin Uppal itu, Aishah bergandingan dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.

“Saya tidak menolak tawaran berlakon dalam projek filem kerana mahu mengembangkan bakat ke layar perak. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem seram, Paku dan Pilot Cafe. Dalam masa sama, siapa tidak mahu berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril.” 

Mengulas pengalaman berlakon dalam filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!, Aishah  melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril dalam filem berkenaan.

“Antara pengalaman sukar dilupakan apabila badan menggelembung gatal di seluruh badan ketika menjayakan satu babak. Saya terpaksa dihantar ke klinik untuk mengambil suntikan bagi merawat gatal-gatal ini hingga penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu.” 

Musyrik_Official_Poster_Horizontal (2)

Selain Ashraf, Aeril, Ruhainies dan Aishah, filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Anda bolen menonton Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies mulai 15 Jun lalu.