LEGOLAND MALAYSIA DIPENUHI PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA ULANG TAHUN KE-10

Maka tidak hairanlah LEGOLAND® Malaysia Resort dipenuhi dengan ramai pengunjung sepanjang sambutan ulang tahun ke-10 memandangkan terdapat banyak aktiviti dan tawaran yang disediakan untuk mereka.

IMG20220826174820 (2)

Dan, di bahagian tengah ruang utama Taman Tema pula,  diletakkan Kek Ulang Tahun LEGO® setinggi 12 kaki yang dibina dengan lebih daripada 90,000 LEGO DUPLO® bricks. Kek ini mengambil masa kira-kira 320 jam untuk menyiapkannya dan mempunyai sentuhan tempatan dalam rekaannya di mana ia memaparkan bentuk burung enggang, wau dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Ia akan diletakkan di ruang tersebut selama sebulan.

PRywMfGA (2)

“Satu dekad adalah penanda aras yang penting bagi kami di LEGOLAND Malaysia Resort dengan mengambil kira sejauh mana kami berkembang dan mencipta memori bersama. Kami telah banyak mencipta kenangan-kenangan yang indah dan unik bersama LEGOLAND selama 10 tahun ini dan kami akan terus mencipta lebih banyak kenangan pada masa-masa akan datang. Sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan yang berterusan pada LEGOLAND, maka kami telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik selama sebulan kepada pengunjung yang datang pada tempoh tersebut”-CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

IMG20220826212414 (2)

Antara aktiviti dan program yang disediakan adalah:

  • Kek Gergasi Ulang Tahun Ke-10:
    -Bersiap sedia dengan kamera anda. Abadikan kenangan di kek gergasi setinggi 12 kaki yang dibina mengguna LEGO DUPLO® bricks.
  • Cabutan Bertuah
    -Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000. Untuk mendapat peluang memusingkan Lucky Wheel, anda perlu berbelanja minima sebanyak RM99 di mana-mana kedai dalam LEGOLAND Malaysia Resort. Bagi yang bertuah, anda bakal memenangi penginapan di LEGOLAND Hotel, tiket satu hari LEGOLAND, Pas Tahunan LEGOLAND, set LEGO dan barangan eksklusif LEGOLAND. Cabutan bertuah akan dilakukan setiap hari Jumaat hingga Ahad dan cuti umum manakala pada 15 September nanti, akan diadakan cabutan bertuah istimewa.

    dwn1 (2)

  • Bina sendiri LEGO DOTS Mosaic:
    -Anda boleh serlahkan kreativiti anda mencipta mozek berwarna-warni mengguna kemahiran dan kreativiti anda. Hasil rekaan anda akan dipaparkan di booth LEGO DOTS untuk tatapan pengunjung.

    IMG20220826165735

  • Persembahan Hari Jadi Yang Terbaik
    -Fikirkan persembahan apa yang anda inginkan sewaktu sambutan hari jadi anda nanti misalnya Persembahan Buih, Silap Mata, Pertunjukan Rekaan Belon Profesional, Persembahan Tarian dan banyak lagi, kesemuanya akan direalisasikan di LEGOLAND Malaysia.

    IMG20220826163157

  • Berjumpa dengan karakter LEGO kegemaran anda
    -Di sinilah anda boleh berjumpa karakter-karakter LEGO yang anda sukai seperti Emmet, Ollie The Dragon, Bricky dan juga karakter LEGO terbaharu.
  • Berjumpa Selebriti-Selebriti Terkenal pada 15 hingga 18 September
    -Pengunjung boleh berjumpa dengan selebriti-selebriti selama satu jam seperti Jack & Emily, menonton silap mata, menari bersama dan memenangi cabutan bertuah serta banyak lagi

Banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh LEGOLAND. Nak tau lagi?

Berkunjunglah ke LEGOLAND Malaysia Resort sepanjang sambutan ulang tahun ke-10 ini dan rasai sendiri keseronokannya.

Untuk maklumat lanjut, layari:

https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/10th-anniversary/

– LEGOLAND sosial media di Facebook dan Instagram.

VIT’S PERKASA VETERAN TUDM SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Veteran TUDM yang diraikan adalah Mohd Tazri Yang, anggota dari Squad Handau yang kebetulan turut meraikan hari jadinya memandangkan tarikh lahir beliau jatuh pada 31 Ogos ini.

DSC09301 (2)

Meskipun sudah lebih 30 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Skuad Handau, segala kenangan yang ditempuhi sepanjang tempoh berkhidmat masih diingati meskipun beliau kini telah menjengah ke usia 70 tahun. Selain pernah menjadi jurulatih menembak serta penerjun udara, Mohd Tazri juga pernah menjadi salah seorang Ketua Penyelamat Anggota Pasukan Payung Terjun dalam bahagian Pasukan Penyelamat TUDM.

Namun, bagi Mohd Tazri, misi menyelamat mayat mangsa pesawat Cessna 402B yang terhempas pada 3 Februari 1986 akibat cuaca buruk di Lawas sempadan Sabah Sarawak, ternyata sukar dilupakan. Lebih menyayat hati, keseluruhan lapan anggota yang terbunuh itu merupakan teman sepasukannya. Beliau yang mengetuai misi itu menjalankan tugas mencari anggota tentera yang terkorban di pergunungan Borneo. Mohd Tazri dan pasukannya menaiki pesawat dan turun di pertengahan hutan Borneo untuk mencari cebisan-cebisan mayat. Meskipun sedih, namun menjadi tanggungjawabnya sebagai anggota Pasukan Penyelamat TUDM untuk sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan misi yang dijalankan.

Pada era 1978, Mohd Tazri yang ketika itu berusia 24 tahun juga pernah menjalani latihan komando.

“Saya mengikuti latihan selama tiga bulan dalam keadaan teruk dan lasak hingga mengganggu kesihatan mental saya. Keadaan itu menyebabkan saya lupa nama anak-anak” ceritanya dengan nada sebak.

Dek kerana itu, bapa kepada lapan orang cahaya mata ini mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. Namun katanya, itulah pengalaman yang tidak akan mampu dibelinya dengan wang ringgit. Beliau yang kini bergantung kepada bantuan saraan pencen berharap sekiranya ada pihak yang sudi mengambil tahu perihal kadar pencen para veteran yang masih sama seperti 20 tahun lalu.

“Kadar ini perlu dinaikkan memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat. Saya berterima kasih kepada pihak VIT’S kerana mengambil berat dan mengenang jasa veteran sempena merdeka ini. Tanpa jasa wira negara seperti kami, generasi kini tidak akan rasai segala kesenangan yang ada di bumi Malaysia ini” 

IMG_4332 (2)

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd, Yaeh Tat berkata, sebagai sebuah syarikat pengeluar mi segera yang beroperasi sejak 1975, VIT’S telah menjalankan pelbagai aktiviti menerusi tanggung jawab sosial korporat (CSR) mereka. Wira negara yang banyak berkorban dibantu dengan mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada Persatuan Veteran Tentera Udara.

IMG_4540 (2)

“Ini merupakan tahun kedua pembabitan VIT’S dalam program bantuan kepada Persatuan Veteran Malaysia. Ia sebagai tanda terima kasih buat bekas wira negara dan rakyat Malaysia yang telah menyokong VIT’S sejak tahun 1975 hingga kini,” jelasnya yang merupakan generasi kedua VIT’S.

Untuk makluman lanjut tentang VIT’S, anda boleh lawati di laman sesawang www.vitsnoodles.com.

PROGRAM “SUDAH MAKAN?” BANTU KELUARGA MALAYSIA

Sudah Makan Media KV (2)

Program CSR ini adalah hasil kerjasama Giant Malaysia dengan The Lost Food Project (TLFP) yang menyediakan 500,000 sumbangan kepada keluarga Malaysia dan NGO menjelang akhir tahun depan.

Kempen “Have You Eaten?” atau ‘Sudah Makan?’ ini di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan.

Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant kepada The Lost Food Project, sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan antara mereka.

Pelancaran itu disaksikan oleh Encik Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pasaraya Giant Setapak.

Kempen yang dinamakan “Have You Eaten?”, sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

IMG20220824101558 (2)

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata:

“Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini. Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka. Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.”

‘Sudah Makan?’

IMG20220824104845

Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, di mana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos. Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan, di mana ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP.

Kempen “Sudah Makan?” ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling banyak ketika pemberian sumbangan, kerana ia merupakan makanan ruji yang penting.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP.

Sumbangan Makanan Giant x TLFP

IMG20220824103621 (2)

Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.

IMG20220824102425 (2)

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.

Beliau berkata,

“Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)” ulas En. Quek Kia Ann ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir.

Giant Food Rescue x TLFP
Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan Kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata:

“Penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami. Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.”

Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia. Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan.

Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 34% daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.

IMG20220824102234 (2)

“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim. Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan” jelas Tuan Haji Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.

IMG20220824104640 (2)

Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan.

Encik Lee menyimpulkan bahawa,

“Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “It’s The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC TAWAR AKTIVITI MENARIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2022

Pelbagai aktiviti dan tawaran eksklusif disediakan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak yang datang ke pusat beli-belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu. Aktiviti dan tawaran yang ditawarkan ini adalah sebagai tanda menzahirkan semangat patriotik serta persekutuan sempena kempen Hari Merdeka. Kempen ini bermula pada 26 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 16 September nanti.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA
Berikutan dengan kejayaan kolaborasi pada tahun 2020, Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen ini dengan hasil kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang mana keluaran T-Shirt Merdeka Edisi Terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.

DSC04640-27 (2)

Rekaan T-Shirt Merdeka lain daripada yang lain ini dihasilkan menggunakan lebihan fabrik batik dan yang lebih istimewa, T-Shirt Merdeka eksklusif ini boleh ditebus oleh pembeli yang berbelanja RM500 dalam DUA resit di mana- mana kedai terpilih.

DSC04591-16

Perusahaan sosial KTJ ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari kumpulan B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah. Hasil kerjasama ini adalah selaras dengan pemampatan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat yang mempromosikan kesedaran 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan.

Tidak kurang dari tebusan T-Shirt Merdeka eksklusif, pembeli yang berbelanja RM1,500 dalam DUA resit di mana-mana kedai yang terpilih juga akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai RM50. Namun, tebusan ini akan di berikan kepada 300 pembeli pertama sahaja!

Sebagai tanda kekal komited dalam pengibaran Jalur Gemilang, Jalur Gemilang istimewa akan diedarkan kepada 1,000 pengunjung utama pada Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan Malaysia.

Sejajar dengan musim cuti sekolah tidak lama lagi, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga.

Aktiviti khusus yang akan dijalankan adalah untuk:

  • kumpulan VIKids yang berumur 7 hingga 12 tahun

Aktiviti ini akan diadakan di perkarangan aras bawah di hadapan Aeon Big bermula dari 31 Ogos sehingga 11 September 2022. Kanak-kanak yang bukan terdiri daripada kumpulan VIKids digalakkan untuk mendaftar keahlian terlebih dahulu jika ingin menyertai aktiviti khusus. Jumlah peserta untuk pertandingan ini adalah terhad dan terbuka kepada mana-mana pendaftaran yang terawal.

Ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai pelbagai program menarik yang bertemakan kemerdekaan dengan percuma antaranya:

  • Hiasan Biskut Jalur Gemilang
  • Dekorasi Merdeka Seni Arca Pasir
  • Kertas Pusingan Jalur Gemilang
  • Program Rantai Kunci Merdeka dan Penanda Buku Batik.
  • 500 Jalur Gemilang mini juga akan diedarkan kepada peserta VIKids yang menyertai aktiviti-aktiviti yang tersenarai.

Berikut adalah senarai hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi:

  • Pertandingan Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda)
  • Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Malaysia dengan Hadiah Utama: RM300, Hadiah Kedua: RM200 dan Hadiah Ketiga: RM100
  • Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dengan Hadiah Utama: RM300, Hadiah Kedua: RM200 dan Hadiah Ketiga: RM100
  • Pertandingan Mewarna Kategori Junior (7 – 9 Tahun) dengan Hadiah Utama : RM150 + sijil Hadiah,  Kedua : RM 100 + sijil dan Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil manakala Kategori Senior (10 – 12 Tahun) HadiahUtama : RM150 + sijil Hadiah Kedua : RM 100 + sijil Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil

MESRA MALL
Mesra Mall turut serta menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos sehingga 16 September 2022.

IMG_20220823_110745_198 (2)

T-Shirt Merdeka yang beredisi terhad hasil usaha sama KTJ juga akan disediakan untuk tebusan oleh pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 keatas dalam DUA resit di mana-mana kedai terpilih.

Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids. Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos sehingga 10 September di perkarangan tengah “West Wing”.

Jalur Gemilang mini akan diedarkan kepada ahli VIKids pada 31 Ogos dan 16 September 2022. Jumlah Jalur Gemilang adalah terhad kepada 150 helai setiap hari dan para ahli dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk memenangi sesi “giveaway” yang akan di adakan pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang untuk kedua-dua hari tersebut.

Pngunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mercu kemerdekaan apabila dekorasi hiasan yang bertemakan semangat Hari Merdeka akan ditonjolkan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan jitu yang cinta akan tanah air. Sebuah ‘Photo booth’ eksklusif akan di sediakan untuk para pengunjung memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,

“Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara ini hasil perpad uan dalam kemasyarakatan. Kesinambungan tema kemerdekaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan mampu membentuk nilai kesepaduan bersama dan boleh menjadi titik peluang bagi kanak-kanak untuk mengenali kepelbagaian asimilasi budaya dan warisan negara Malaysia. Sekali lagi, kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi yang bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia, kami juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan kami sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar”.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMal⦁ l
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

GARIS MASA KEMBALIKAN NOSTALGIA MUZIK NASYID RAIHAN

Garis Masa Concert-Raihan ini akan diadakan pada 26 November nanti di Stadium Malawati, Shah Alam.

IMG20220829142001 (3)

Meskipun Raihan kini hanya dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr, mereka yakin dapat memberi persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat mereka.

IMG20220825155348 (2)

Garis Masa Concert-Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia. Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert-Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan. Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman. Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan kepada kebaikan. Dan Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an merentas 6 benua dari dulu hingga kini. Mereka malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malah lagu-lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai, Afrika, Rusia dan banyak negara lagi.”-Jim Liew, Penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd.

Menurut Jim lagi, judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan ‘timeline’ untuk mereka yang sudah mendengar lagu-lagu Raihan dari kecil hingga sekarang. Malah muzik Raihan juga didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama.

“Kawan-kawan Melayu kalau mahu berpuasa akan dengar lagu niat puasa dari Raihan. Saya teruja bila rekod Raihan mampu terjual hingga 800,000 unit dan masih belum dipecahkan. Walaupun artis sekarang dapat berjuta-juta view, belum tentu dapat mengatasi perjalanan garis masa Raihan.

Persembahan Garis Masa Concert-Raihan akan memakan masa sekitar 90 minit, bermula pada pukul 8.45 malam dengan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah dan Senyum.

Pastinya mendengar seleksi judul lagu sahaja memberi nostalgia lama kepada peminat-peminat Raihan!

IMG20220825155221 (2)

Che Amran yang mewakili Raihan melahirkan rasa syukur kerana disebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan dapat menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka.

“Kami sangat bersyukur kerana ikut berpeluang melakukan Garis Masa Concert-Raihan dalam pada masa kini kebanyakan peminat mungkin sudah kurang mendengar lagu-lagu nasyid seperti sekitar akhir tahun 90-an. Terima kasih kepada penaja kerana percaya dan mahu Garis Masa Concert-Raihan dilaksanakan pada 26 November nanti. Terima kasih kepada pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana sudi menjadi penaja untuk sesi sidang media kami. Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan peminat baharu mengenali gaya muzik Raihan yang kali ini akan muncul dengan pelbagai instrumen dan akan menjadikan sesebuah seni iyu kedengaran indah disamping membina kenangan baru antara Raihan dan peminat semua”

Tiket untuk Garis Masa Concert-Raihan boleh dibeli melalui http://www.ticket2u.com.my pada harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500 mulai 25 Ogos.

MERDEKA MEAT FIESTA SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK

Fiesta ini dianjurkan hasil kerjasama Tourism Malaysia dan Me’nate Steak Hub sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Image 11 (2)

Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022 Me’nate Steak Hub ini dilancarkan oleh YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan – Domestik & Acara Tourism Malaysia sebagai usaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotik mereka kepada negara menjelang Hari Kemerdekaan.

Image 1 (2)

YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata,

“Sungguh teruja melihat jenama tempatan seperti Me’nate membawa budaya tempatan kita dengan bangga dan secara kreatif menggabungkan hidangan tempatan dalam menu mereka sempena musim Merdeka ini. Saya berpendapat, ini merupakan cara terbaik untuk menzahirkan semangat patriotik seseorang, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melaksanakan inisiatif ini sebagai peneraju industri terkemuka dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia demi melahirkan semangat patriotisme, dengan cara mereka sendiri. Inisiatif ini bukan hanya untuk meningkatkan semangat semasa Merdeka sahaja, tetapi dasarnya memacu penyediaan dan makan makanan yang baik untuk segmen pelancongan dengan menggambarkan keindahan Kemerdekaan Malaysia kepada dunia melalui media sosial dan sebagainya”.

Yang menariknya, majlis pelancaran itu juga diadakan serentak dengan Pembukaan Besar-Besaran cawangan ke-10 Me’nate Steak Hub di The Curve, Mutiara Damansara, cawangan PERTAMA Menate dalam pusat beli-belah.

Pelancaran ini telah dihoskan oleh pengacara selebriti – Keanu Azman dari Hitz FM dan Aki Chan dari MY FM, Pembukaan Besar-Besaran Me’nate Steak Hub cawangan ke-10 menggambarkan dedikasi Me’nate untuk menggalakkan penggiat industri dan orang ramai untuk mempamerkan budaya dan tradisi mereka secara terbuka sempena sambutan gemilang kemerdekaan tahun ini. Keadaan ini sangat penting bagi rakyat Malaysia, memandangkan tahun 2022 menandakan tahun pertama peralihan ke fasa endemik. Oleh itu, Me’nate telah melancarkan Merdeka Meat Fiesta 2022 bagi memperingati perjalanan luar biasa ini yang telah menyatukan Malaysia dengan melalui cabaran paling getir.

Sebagai sebahagian daripada kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, Me’nate mempamerkan semangat patriotisme dengan memperkenalkan hidangan tempatan istimewa seperti:

IMG20220820115956 (2)

  • Malaysian Daging Bakar
  • Merdeka Fried Quail
  • Lamb Jalur Gemilang
  • Kopi Tarik
  • Teh Tarik
  • Bandung Bunga Raya
  • Soda Kebangsaan

Hidangan bertemakan Merdeka ini boleh didapati di semua cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara sehingga 16 September 2022.

Menurut Encik Syed Ashraf bin Syed Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Me’nate Steak Hub,

IMG20220820114105 (2)

“Di Me’nate, kami amat berbangga dapat mengekalkan tradisi tempatan walaupun kami merupakan restoran stik barat, kerana kami berpandangan adalah amat penting untuk kita berpegang dan berbalik kepada adat resam dan asal usul terutamanya pada masa kini dalam dunia yang sentiasa berkembang pesat ini. Makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat daripada budaya, latar belakang dan etnik yang berbeza sejak dari dahulu lagi. Justeru itu, semasa kami melancarkan kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, kami berharap dapat menjadi penghubung dalam menggalakkan perpaduan, kepelbagaian budaya dan kebersamaan sepanjang Merdeka ini”.

Sebagai bonus tambahan kepada Merdeka Meat Fiesta 2022, Me’nate menawarkan pengguna peluang untuk meraikan sambutan Merdeka yang gemuruh bersama rakan dan keluarga pada harga berpatutan dengan diskaun 20 peratus untuk semua hidangan daging – bermula dari sekarang hingga 31 Ogos 2022.

Sila layari:

HYPE GLOBAL VENTURES ANJUR DUA KONSERT SEMPENA HARI MERDEKA

Bukan satu ya, tetapi DUA konsert sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

IMG20220819150239 (4)

HYPE GLOBAL VENTURES yang sememangnya terkenal sebagai penganjur bagi acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun 2022 menjadi langkah permulaan untuk mereka mengembangkan empayar perniagaan menerusi projek bersifat hiburan antaranya mengadakan persembahan konsert.

Maka, buat julung kalinya, dengan berbekalkan semangat nasionalisme yang tinggi, HYPE GLOBAL VENTURES bakal menganjurkan DUA acara hiburan konsert di:

  • Kompleks Sukan Tawau, Sabah
  • Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan, Selangor

DIberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert di Tawau akan diadakan pada 30 Ogos 2022 bermula pada pukul 6 petang manakala karnival yang melibatkan jualan makanan, pelbagai barangan dan pakaian, pertandingan karaoke, battle of the band pula akan berlangsung dari 28 sehingga 30 Ogos.

Tiket untuk konsert ini boleh didapati pada harga RM65, RM80 dan RM120.

Barisan penghibur yang disediakan oleh pihak penganjur sudah mempunyai pengikut sendiri dan satu BONUS apabila HYPE GLOBAL VENTURES turut membawa penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun.

IMG20220819162516 (2)

Antara penyanyi yang akan menghiburkan adalah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrelaa, Zidan, Angga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

IMG20220819152735 (2)

“Semua barisan penyanyi yang kami bawa pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kemompok peminat pada masa kini, Malah ada antara kalangan artis Indonesia ini mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di You Tube. Sengaja kami gandingkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagi lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti. Kami sangat mengalu-alukan kedatang pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, malah juga Indonesia memandangkan lokasi konsert mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan”-Pengarah Pengurusan HYPE GLOBAL VENTURES, Johari Mohd Yusof.

Pengunjung yang bertuah pula bakal membawa pulang hadiah Lucky Draw berupa sebuah motorsikal 250cc selepas detik malam 30 Ogos nanti.

Sebagai sambungan semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES akan mengadakan konsert kedua iaitu Malam Santai Musical di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September. Persembahan daripada Zidan, Anga Chandra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk akan bermula pada pukul 8.30 malam dengan harga tiket RM65 dan RM165.

“Pemilihan lokasi Uptown The Mines adalah kerana disini merupakan tapak permulaan HYPE. Kami mempunyai lebih daripada 400 kedai dan secara tak langsung penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi +6012-6748347 (Farizal) dan +6019-5607948 (Tado).

ARTIS-ARTIS HEBAT BAKAL ‘KASI PECAH’ DI HAVOC FESTIVAL KALI KE-6

Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 dan ZynNakal bakal beraksi di Havoc Midnight Concert pada 3 dan 4 September nanti!

IMG20220818145349

Dianjurkan oleh Havoc Event Management Sdn Bhd (HAVOC), festival ini yang lebih popular sebagai Havoc Food Festival, diadakan untuk meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya ‘pecah’ dan ‘gila’ apabila beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai beraksi dalam SATU panggung.

IMG20220818154429 (2)

Baru-baru ini, pada 18 Ogos 2022, satu majlis pelancaran Havoc Midnight Concert telah dilancarkan oleh Tun Syed Yahya Syed Othman, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia di Panggung Asia, Gombak. Ia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Firdaus Nadxaman. Beberapa artis yang terlibat dalam konsert itu turut hadir dalam majlis pelancaran itu yang turut dihadiri oleh wakil media dan penulis blog.

IMG20220818160200 (2)

Menurut Firdaus, lokasi pertama yang akan dihavockan adalah Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut-turut mulai 3 hingga 4 September. Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka bermula pukul 10 hingga 12 malam.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini boleh dibeli melalui lama sesawang www.ticket2u.com. Bagi 1,000 peminat awal yang ingi membeli tiket, mereka diberi pilihan untuk membeli tiket-tiket berikut:

  • Early Bird di Normal Zone-RM69
  • Early Bird di Rock Zone-RM109
  • Early Bird di Combo Rock Zone-RM199
  • Early Bird di Combo Normal Zone-RM120

Sekiranya anda terlepas konsert PERTAMA ini di Shah Alam, anda masih boleh menonton Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur sama di MITC Melaka pada 4, 5 dan November nanti. Karnival ini akan meneruskan menghiburkan peminat di Johor Baharu, yang mana Padang B Plaza Angsana akan menjadi lokasi penutup karnival Havoc.Ia akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum tahun baharu 2023 menyapa dunia iaitu pada 30 dan 31 Disember nanti.

IMG20220818153638 (2)

“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan. Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip-hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan semuanya akan anda perolehi pada satu malam. Jadi jangan sampai terlepas kerana ada TIGA venue yang menanti anda untuk dihiburkan”-Firdaus Nadxaman.

Jadi jangan terlupa untuk memilih sama ada hadir ke Shah Alam, Melaka ataupun Johor Bharu ataupun ketiga-tiga venue tersebut! Bukan sahaja anda dihiburkan dengan lebih daripada 20 lagu yang bakal didendangkan malah anda boleh menikmati festival makanan dan jualan yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti-Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak ditubuhkan apda tahun 2019.

ROCHE CHILDREN’S WALK BANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

Niat baik yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan pengumpulan dana warga kerja Roche berjaya mengumpul sebanyak RM63,200!

1

Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan masing-masing untuk SATU tujuan yang mulia iaitu demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

Di Malaysia, senario ini tidak berbeza, namun, ia menjadi lebih bermakna apabila berjaya mengecapi satu ‘pencapaian’ tambahan. Selepas dua tahun mengumpul dana secara maya disebabkan oleh COVID-19, warga kerja divisyen Farmaseutikal, Diagnostik serta Perkhidmatan dan Penyelesaian Roche berganding tenaga dengan semangat baharu dan berjaya mengumpul dana bernilai RM63,200. Ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini dan dilihat dapat memberikan perubahan kepada kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

2

Roche Children’s Walk adalah acara mengumpul dana kendalian warga kerja yang terbesar di Roche. Ia bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat dengan memberikan sokongan kepada pelbagai projek berkaitan Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), sebuah badan amanah dan kebajikan global yang bebas dan sah, serta projek-projek tempatan di lebih 60 negara yang mempunyai kehadiran Roche.

“Saya amat teruja menyaksikan tenaga, semangat dan keghairahan yang ditunjukkan oleh warga kerja Roche yang tidak putus mengajak rakan-rakan sekerja mereka untuk menyokong usaha membantu kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia. Sebagai sebuah komuniti, kami dapat merasai semangat dalam memainkan peranan mereka demi membawa perbezaan dan disokong oleh kesedaran bahawa kami merupakan sebahagian daripada pergerakan global mampu untuk menyentuh perasaan demi memacu kesejahteraan dan memperkasakan perubahan kepada masyarakat. Inisiatif ini juga menjadikan kami sebagai satu pasukan,” kata Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche Malaysia.

Selama dua bulan warga kerja Roche Malaysia melancarkan pelbagai inisiatif mengumpul dana, daripada majlis pembidaan yang memaparkan bakat-bakat barisan kepimpinannya kepada penganjuran acara jualan yang turut melibatkan penjualan baju-t rekaan, topi dan payung yang direka sendiri oleh warga kerja Roche. Kemuncak usaha ini adalah penganjuran acara berjalan kaki dari Sunway Pinnacle sehingga Universiti Sunway yang melibatkan 400 warga kerja Roche. Acara fizikal itu diadakan semula selepas terhenti selama dua tahun. Namun demikian, pelbagai inisiatif mengumpul dana terus diadakan semasa pandemik.

Setiap tahun dapat dilihat peningkatan penglibatan warga kerja Roche di seluruh dunia dalam inisiatif mengumpul dana ini.

  • Tahun 2021: mengatasi rekod tahun sebelum dengan melibatkan 26,000 warga kerja daripada 138 lokasi di 60 negara
  • Tahun 2020: seramai 18,000 kakitangan mengambil bahagian

Bersempena Ulang Tahun ke-125 Roche tahun ini, dijangka akan terdapat peningkatan signifikan dalam penglibatan warga kerja sebagai tanda keraian yang bersejarah dan penting ini.

Dana tersebut akan dibahagikan sama rata dan disalurkan ke Rumah Kanak-Kanak Triniti dan Shelter Home for Children bagi membantu rumah-rumah amal itu meneruskan usaha murni mereka untuk menyediakan perlindungan, makanan, pakaian, panduan dan kasih-sayang kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Mewakili Rumah Kanak-Kanak Trinity, Pentadbirnya, Mary Moses, berkata,

“Semasa pandemik COVID-19, perbelanjaan kami telah memberi kesan pada dana yang ada dan kami berhadapan dengan masalah kewangan. Dana daripada Roche Children’s Walk 2021 adalah penyelamat. Kami amat menghargai sumbangan Roche kerana rumah ini bukanlah penerima tetap sumbangan awam. Perbelanjaan bulanan kami agak besar dan dimanfaatkan untuk pembayaran sewa, bekalan makanan dan keperluan lain, khasnya dengan pembukaan semula sekolah. Dana yang disumbangkan Roche membolehkan kami untuk meneruskan usaha dalam menyediakan kediaman yang selesa dan selamat kepada kanak-kanak. Impian terbesar kami adalah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap dan tidak perlu lagi membayar kos sewa yang tinggi, seterusnya menyediakan kediaman yang kekal untuk didiami kanak-kanak.”

Jerry Choo, Eksekutif Hubungan Awam Shelter Home for Children, berkata,

“Shelter telah ditubuhkan pada tahun 1981 untuk melindungi kanak-kanak yang telah didera, ditinggalkan, terabai atau dalam risiko. Ia juga membantu perkembangan mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang matang dan bertanggungjawab. Inisiatif Roche Children’s Walk memberikan kami motivasi untuk terus berusaha keras bagi mencapai misi dalam memastikan kanak-kanak ini diberi peluang kehidupan melalui bimbingan dan perlindungan yang betul. Ini membenarkan mereka menjadi ahli masyarakat yang efektif dan produktif pada masa hadapan.”

Choo menambah, rumah kebajikan itu juga amat berbesar hati kerana dipilih sebagai penerima dana Roche bagi tahun kedua. Pada tahun lalu dana yang disumbangkan telah membantu membayar yuran tuisyen kepada kanak-kanak di rumah ini untuk membantu mereka mengatasi subjek-subjek yang lemah. Kami juga telah menyediakan sokongan kepada dua penghuni untuk melanjutkan pengajian peringkat vokasional dalam bidang seni kulinari dan kursus matrikulasi”

Sejak penganjuran Roche Children’s Walk pada tahun 2003, lebih 274,000 warga kerja Roche telah berjaya mengumpul CHF 21 million (RM 98 juta) bagi manfaat projek-projek kanak-kanak berkaitan pendidikan, khasiat, penjagaan kesihatan utama dan pembangunan sosial di seluruh dunia. Kesemua dana yang dikumpul kemudiannya dipadankan oleh syarikat ini.

Mengenai Roche Children’s Walk: Sehari yang dikuasai warga kerja Roche
Roche Children’s Walk adalah projek utama kakitangan syarikat di peringkat global. Sejak penganjuran sulung acara berjalan kaki sulungnya pada tahun 2003, seramai lebih 274,000 warga kerja Roche telah mengambil bahagian dan mengumpul lebih CHF 21 juta. Kesemua dana yang terkumpul oleh kakitangan akan dipadankan oleh Roche dan digunakan untuk menyokong usaha kanak-kanak di komuniti di mana Roche beroperasi serta negara-negara membangun seperti Malawi, Ethiopia dan Filipina. Dana-dana disalurkan kepada NGO tempatan atau menerusi Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), sebuah badan amal bebas yang sah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.react.roche.com.

Semua tanda dagang yang digunakan dan disebut dalam Kenyataan Akhbar ini dilindungi undang-undang.

 

 

KONSERT FAZTIVAL FAZURA 2022 HIMPUN ARTIS MALAYSIA & INDONESIA TERKENAL

Ia diumumkan oleh Pelakon, Penyanyi dan Usahawan, Nur Fazura Sharifuddin pada sidang media “FAZTIVAL FAZURA 2022” yang diadakan pada 12 Ogos lalu di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

IMG20220812162230 (2)

Konsert yang menghimpunkan beberapa artis terkenal tempatan dan Indonesia ini diadakan khas untuk meraikan peminat dan penyokong Fazura sepanjang kerjaya dan rangkaian produk jenama Fazura termasuk hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty, rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous.

IMG20220812160128 (2)

“Alhamdulillah Faz bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang-gemilang. Konsert ini bakal ditunjangi oleh DUA penyanyi luar negara yang tidak asing lagi dari Indonesia, Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani beserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura 2022 ini”

Selain untuk peminat, konsert ini diadakan untuk stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menghasilkan pencapaian  yang terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura. Mereka adalah nadi penggerak program Fazura Rewards di mana pelbagai rangkaian produk eksklusif dapat ditebus mengguna mata ganjaran yang terkumpul.

IMG20220812163521 (2)

Konsert Faztival Fazura 2022 ini juga mengetengahkan nama-nama terkenal tempatan seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Awie, Ratu Rock Malaysia, Ella, Kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

“Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu milik kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura. Selain dari persembahan hebat daripada artis-artis yang Faz kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert kelak, In shaa Allah. Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya dan dapat dijadikan sebagai konsert tahunan”

Konsert Faztival Fazura 2022 diuruskan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos nanti dengan harga tiket bermula dari RM147 melalui laman sesawang http://www.ticket2u.com,my atau talian hotline Whatsapp di +6019 9919 055.