CAWANGAN ARRAHNUKITA DIBUKA BUAT PERTAMA KALI

Tahniah diucapkan kepada KOPETRO atas pembukaan cawangan ArRahnukita yang julung kalinya dibuka pada orang ramai.

IMG20221030114507 (2)

Cawangan ArRahnukita ini terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Yang menariknya, pembukaan cawangan ArRahnukita itu bertetapan dengan Ulang Tahun ke-42 KOPETRO.

IMG20221030114004 (2)

Maka, satu majlis perasmian dan sambutan ulang tahun telah diadakan pada 30 Oktober 2022 di lokasi cawanganArRahnukita. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan baharu yang diusahakan oleh KOPETRO ini adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Perasmian ArRahnukita Cawangan Pertama

Istimewa buat Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnukita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah) dan pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000.

Perkhidmatan ArRahnukita juga dibuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa mahu pun kewarganegaraan. Bahkan atas sambutan yang cukup memberansangkan sejak mula beroperasi, ArRahnukita turut menawarkan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000. Ini terutama buat peniaga-peniaga, broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan wang tunai segera dengan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

Bagi meraikan sambutan ulang tahun ini juga, satu Karnival Jualan turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan serta meraikan tetamu serta pelanggan yang hadir,

Antara aktiviti-aktiviti menarik di Karnival Jualan ini termasuklah :-

IMG20221030110150 (2)

  • Ujian dan cucian emas secara PERCUMA
  • Jualan produk-produk KOPETRO seperti LengQuas, minyak pelincir PETRONAS, pakej percutian dan pelancongan dari KOPETRO Travel

100 pengunjung PERTAMA menerima beg cenderahati manakala 20 penggadai yang membuat perkhidmatan pada hari pembukaan turut dihadiahkan dengan barangan ArRahnukita.

Majlis yang cukup meriah ini turut dihadiri oleh 200 pengunjung termasuklah peniaga-peniaga serta masyarakat setempat, wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga serta wakil-wakil Ar-Rahnu yang berada sekitar kawasan Lembah Klang.

Sambutan Ulang Tahun KOPETRO Yang ke-42

IMG20221030113256 (2)

Satu pencapaian yang cukup mengagumkan selama 42 tahun KOPETRO ditubuhkan dan kini mengorak satu tapak lagi ke hadapan dengan membuka perniagaan ArRahnukita.

ArRahnukita akan membuka 3 lagi cawangan pada tahun hadapan dengan mensasarkan kawasan perniagaan di Ampang, Bangi dan Shah Alam sebagai kawasan pilihan.

Moga dengan penubuhan ArRahnukita ini dapat menjadi contoh kepada perkhidmatan pajak gadai yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang bukan sahaja dapat membantu mereka yang mengalami masalah kewangan bahkan mesra pelanggan.

IMG20221030113009 (2)

Untuk info lanjut mengenai ArRahnukita boleh layari sosial media @ArRahnukita di Facebook ataupun Instagram atau menghubungi di talian 03-90559839 untuk sebarang pertanyaan.

VIVO 99 NIGHTS IN POTRAIT CONTEST RECEIVED OVERHELMING RESPONSE

The contest started three weeks ago and has received over 200 creative submissions. The contest is currently ongoing until 5 November 2022.
vivo 99 Nights in Portrait (2)

Interested to join?

Just follow these TWO simple steps:

  1. Capture the best creative night portrait photos
  2. Submit the photos by posting on any of these social media platforms – Instagram, Facebook and Twitter with the hashtags #vivo99NightsinPortrait and #vivoMalaysia

Image 2222(2)

The outstanding submissions stand a chance to win prizes over RM5,000, which include items such as a DJI OM6, Joyoung Soy Milk Maker, Joyoung Portable Juice Blender and the Grand Prize of vivo V25e smartphone.
Image 1111 (2)

There is no limit to the number of entries, so participants can submit as many photos as they can. With only one week left, it is time for Malaysians to get snapping and join the vivo 99 Nights in Portrait contest.

Stay tuned to vivo Malaysia’s official Facebook Page for more first-hand updates on the vivo 99 Nights Portrait contest.

Please stay informed of vivo’s news at https://www.vivo.com/en/about-vivo/news

‘AGUNGNYA CINTA’ INISIATIF KUTIPAN DANA AMAL UNTUK AKTIVITI KEBAJIKAN

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Yayasan UNITI yang terkenal dengan pelbagai gerak kerja amal bersama Afocus Media Ventures (AMV), Produser Media Islamik kontemporari. Kutipan dana amal ini adalah bertujuan menjana pelbagai aktiviti kebajikan kelolaan Yayasan UNITI.

IMG20221028162556 (2)

Antara aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijangka bakal mendapat manfaat daripada inisiatif Agungnya Cinta ini termasuklah:

  • Feet 4 Life-Pemberian kaki palsu percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia, dengan kerjasama Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd
  • 1 Keluarga 1 Graduan-Siri program pendidikan yang membantu memastikan sekurang-kurangnya seorang ahli daripada golongan keluarga B40 layak melanjutkan pelajaran ke IPT
  • Tuisyen Percuma-Program tuisyen percuma yang telah dijalankan sejak tahun 2010 untuk meringankan bebanan keluarga dengan membiayai sebahagian daripada kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik
  • Waqaf Tunai ASEAN Mall-Pusat beli-belah yang bukan saja membekalkan makanan HALAL dan keperluan penggunaan harian untuk masyarakat setempat, malah juga bertindak sebagai gerbang produk HALAL wilayah ASEAN

Sumbangan untuk inisiatif Agungnya Cinta boleh dibuat menerusi laman sesawang https://kac.amv.events/.

Penyumbang diberi pilihan sama ada untuk mengikut pakej yang telah ditawarkan atau membuat sumbangan mengikut kemampuan.

Konsert Agungnya Cinta (KAC2022)
Sebagai SATU nilai tambah kepada inisiatif ini, satu konsert makan malam dengan pengisian yang dinamakan Konsert Agungnya Cinta : Menyusuri Sirah Baginda akan dianjurkan khas untuk meraikan penyumbang.

IMG20221028160945 (2)

Satu sidang Media mengenai inisiatif  Agungnya Cinta ini telah diadakan bersama wakil media dan penulis blog di Wangsa Maju pada 28 Oktober lalu.

Dalam majlis itu juga, mereka dihiburkan dengan persembahan Kumpulan Miwarna dan Naim Daniel.

IMG20221028155328 (2)

Dalam konsert ini, riwayat hidup Rasulullah akan diceritakan semula dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid, diselang-selikan dengan alunan nasyid tentang kehidupan dan perjuangan Baginda oleh kumpulan nasyid tanah air seperti Raihan, UNIC, Mirwana serta Naim Daniel, di samping persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan dendangan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

IMG20221028162102 (2)

Butiran konsert:

  • Konsert Agungnya Cinta
  • 30 Disember 2022
  • 8.00 – 11.30 malamSime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

Sebagai memenuhi permintaan peminat-peminat hiburan Islamik, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung atas talian.

BIHZHU PERKENAL KARYA BARU ‘JIWA PERKASA’

Nama Bihzhu atau sebutannya ‘Bee Choo’, wanita kelahiran Malaysia yang menawan hati peminat-peminat muzik antara bangsa seperti India dan Korea Selatan. 

bihzhu b (2)

Credit photo:https://www.facebook.com/bihzhumusic

Meskipun namanya serta ‘Jiwa Perkasa’ asing di tanah air sendiri, namun hakikatnya bakat beliau telah ‘Mendunia’. Asing dari pendengaran di kelompok komersil, bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan.

bihzhu a (2)

Credit photo:https://www.facebook.com/bihzhumusic

Sebenarnya, Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lain di seluruh pelusuk dunia. Beliau aktif melakukan persembahan di luar negara yang mana rata-rata ramai yang sangat menghargai bakat besarnya.

Dan,

Kini tibalah masanya, kita menerima dengan tangan terbuka dan mengangkat karya baharu Bihzhu  iaitu Jiwa Perkasa.

Menurut Bihzhu, Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Disebabkan tragedi itu menjadikan beliau teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa iaitu mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.

IMG20221026145832 (2)

“Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawan dan bertemu dengan ramai orang tanpa mengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapa harmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidak saling mengenali satu sama lain. Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi. Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba-tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuat saya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasakongsi Bihzhu mengenai penghasilan karya terbaharunya.

Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu-satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single “Bright Veins” yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan didalamnya. Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.

Menerusi karya-karya yang dihasilkan, Bihzhu telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi “I Am Enough” pada tahun 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.” I Am Enough” juga pernah memenangi ‘Song of the Week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Begitu juga lagu “Alive” yang turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.

Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerima nominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka.

Let’s welcome Bihzhu..

“Wanita yang dilabelkan banyak penggemar bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita melalui karyanya”

Pautan ke muzik video dan sosial Media Bihzhu:

Sosial Media:

ABSOLUT MUSIC FESTIVAL KEMBALI LAGI

Kali ini, festival gaya yang berkonsepkan satu konsert secara terbuka akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi. Dianjur bersama antara Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan jenama ELFBAR, konsert PERCUMA ini akan diadakan pada awal November nanti selama TIGA hari bermula Jumaat 4 November sehingga Ahad 6 November 2022..

IMG20221026121958 (2)

Selain konsert, turut diadakan festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara,

IMG20221026122139 (2)

Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.

Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah:

  • kumpulan SEARCH
  • Alleycats
  • Joe Flizzow
  • Andi Bernadee
  • Akim & The Majistret
  • Aman Ra
  • Floor 88
  • Faizal Tahir
  • Bunkface
  • Elizabeth Tan
  • DOLLA
  • Janna Nick
  • Ayda Jebat
  • Kugiran Masdo
  • Kidd Santhe
  • Projector Band
  • ForceParkBois
  • Insomniacks

Dan juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.

Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Bertemakan festival terbuka ataupun “outdoor concept” , festival ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri acara di Malaysia yang tampak suram sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Kelainan yang bakal dibawakan dalam festival ini adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan pada festival musik sahaja, acara kali ini juga bakal membawa sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.

Acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara PERCUMA kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022. Tidak lupa juga, sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini. Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua.

Semua dijemput hadir!  Jumpa anda di Absolut Music Festival by ELFBAR !

“CUTI SAKAN BERSAMA KOPETRO TRAVEL” HADIAHKAN PAKEJ PERCUTIAN BERNILAI LEBIH RM15,000

Tahniah kepada 15 pembeli bertuah yang menerima hadiah pakej percutian menarik daripada Kopetro Travel!

IMG20221027153354 (2)

Mereka adalah pemenang dan wakil pemenang bagi kempen yang dijalankan pada 1 Julai hingga 30 September lalu.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis penyampaian hadiah  meraikan pemenang-pemenang bertuah tersebut sempena kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ di Flora Terrace, Hampshire Place pada 27 Oktober 2022.

 

IMG20221027151850 (2)

Pemenang-pemenang kemudiannya mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM15,000 dalam TIGA sesi cabutan.

IMG20221027152925 (2)

Antara hadiah yang berjaya dibawa pulang oleh pemenang-pemenang bertuah ini adalah percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam, tiket ke Taman Tema Sky World Genting, tiket ke Legoland Malaysia serta pelbagai lagi hadiah menarik.

IMG20221027150833 (2)

Memetik ucapan Ketua pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan  yang menarik di dalam dan luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.

“Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandamik Covid-19 melanda dunia”

IMG20221027145232 (2)

Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ mensasarkan ibu bapa, pasangan dan juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 pakej yang terdiri daripada beberapa pakej lawatan dan percutian dalam negara serta pakej pelancongan antara bangsa termasuklah pas taman tema Sunway Lagoon, Genting Skyworld, Lost World of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

Sebagai salah satu agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, KOPETRO Travel terus menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ditubuhkan antaranya adalah Anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysia Airlines. KOPETRO Travel juga berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antara bangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekali gus membolehkan pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia.

Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan Ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MAATA).

Untuk maklumat lanjut, layari:

#kopetrotravel #cutisakan #kopetro

MYANGKASA AMANAH BHD SEBARLUAS KEPENTINGAN URUS TADBIR HARTA PUSAKA

Satu majlis pengisian ilmu telah dianjurkan oleh MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat yang dinaungi sepenuhnya oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan  Malaysia Berhad (ANGKASA) bersama-sama pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Wisma Ungku A.Aziz, pada 25 Oktober lalu.

IMG20221025155826 (2)

Majlis Pengisian Ilmu Perancangan Harta Pusaka dianjurkan dengan objektif berkongsi ilmu perancangan harta pusaka kepada pelatih-pelatih ADMY 2022 agar mereka dapat menguar-uarkan serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai urus tadbir harta pusaka seterusnya mengurangkan isu harta terbeku dan tidak dituntut di kalangan umat Islam khususnya.

IMG20221025152330 (2)

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi MyAngkasa Amanah Berhad merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Ybhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM (Menanggung Tugas Yang Dipertua YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

IMG20221025153937 (2)

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, sehingga ke hari ini, MAAB telah melakar pencapaian yang amat membanggakan dengan pendaftaran wasiat melebihi 223,247 kes dengan anggaran jumlah nilai aset sebanyak RM111.6 bilion. Jika Pentadbiran Pusaka ini diselesaikan kelak, pendapatan MAAB dianggarkan sebanyak RM2.23 bilion.

MAAB juga membuka peluang kepada pelatih ADMY 2022 untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka dengan menaja Pemenang Daie Muda ADMY 2022 sebagai Rakan Niaga Premium MAAB selain menaja kursus latihan sebagai ejen kepada semua pelatih ADMY 2022.

Antara sasaran masa hadapan ANGKASA adalah untuk menjadikan MAAB sebagai penyedia utama khidmat Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia seterusnya dapat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku akibat daripada kegagalan menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka.

Selain daripada itu, ANGKASA juga membuka ruang kepada orang awam untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka MAAB bagi memperluaskan lagi kefahaman produk perancangan harta pusaka seperti Wasiat, Hibah dan Amanah kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Bagi individu atau mana-mana syarikat yang berminat menjalin kerjasama atau menjadi rakan niaga dengan MAAB, boleh menghubungi MAAB untuk penjelasan lanjut iaitu:

WARGA EMAS NIKMATI TAMBAHAN DISKAUN DI KEMPEN “HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA” GIANT

Wah lepas ini, bolehlah bawa ibu bapa terutamanya warga emas bersama-sama membeli-belah di Giant setiap hari Rabu bermula 26 Oktober untuk nikmati tambahan diskaun sebanyak 3%!

345 (2)

Tambahan diskaun ini boleh dinikmati oleh warga emas termasuk yang berstatus Permastautin Tetap berumur 60 tahun ke atas untuk  hampir semua barangan termasuk barangan promosi. Maka lebih banyak anda membeli, lebih banyak pengurangan harga.

Tambahan diskaun ini diberikan sempena meraikan ulang tahun PERTAMA kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama” yang telah bermula pada tahun lepas. Ia diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan barang keperluan pada harga mampu  milik.

Kini,

kempen diteruskan dengan memberi kemudahan kepada warga emas sehingga akhir tahun!

Mr. Lee Yik Hun (2)

“Antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi yang menawarkan rasa yang hebat pada nilai yang berpatutan. Kami di Giant sangat gembira membantu pelanggan kami mendapat lebih penjimatan dengan harga yang lebih rendah setiap hari serta diskaun tambahan 3% setiap hari Rabu untuk warga emas. Mereka boleh terus menikmati penjimatan untuk pembelian barangan harian kerana penjimatan yang kecil itulah yang membuat perbezaan yang besar!” kata Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan).

Menurut pelanggan tetap Giant yang berusia 83 tahun, Tn. Hj. Mohamed Ahmad, beliau amat menghargai usaha Giant Hypermarket kerana memberi harga yang lebih rendah untuk membeli barangan keperluan harian bagi warga emas seperti beliau.

2 (22)

“Dengan penjimatan tambahan ini, saya boleh membeli lebih banyak barangan. Terima kasih Giant”.

Seorang lagi pelanggan tetap Giant yang berusia 61 tahun, En. Muhalim Kamarudin berkata dia boleh menjimatkan lebih banyak wang dengan berbelanja pada setiap hari Rabu, walaupun dalam keadaan ekonomi semasa dan harga barangan yang semakin meningkat.

Opt 1 (2)

“Anak perempuan saya akan membawa saya membeli barangan keperluan di Giant Hypermarket pada hari Rabu ini. Saya sangat gembira kerana bukan sahaja saya dapat meluangkan masa dengan anak, malah saya juga dapat berbelanja dengan jimat”.

Ini adalah sumbangan Giant untuk membantu pelanggan mereka mendapatkan penjimatan yang berterusan memandangkan “Harga Lagi Rendah Lagi Lama” terbukti membantu pelanggan Giant berjimat sejak dari permulaan kempen. Beratus-ratus produk baharu telah dimasukkan sempena kempen ini untuk memudahkan pelanggan membeli dan memanfaatkan sepenuhnya kempen ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama’. Maka anda tidak perlu membeli dengan banyak dan menyimpan stok di rumah dengan banyak sepanjang promosi kerana harga rendah dikekalkan dengan lebih lama!

Giant berjanji memastikan harga barangan tersebut kekal rendah sepanjang tahun 2023!

Terdapat lebih 100 barangan baru yang ditambah. Antaranya:

  • Pek Jumbo MOLFIX Extra Dry Pants pada harga RM27.50
  • Beras Wangi Thailand CAP UDANG AAA 10kg pada harga RM37.95
  • Tisu Muka Mewah 3 lapis VINDA 4x120s Pek Lembut pada harga RM10.50
  • Isian Semula Cecair Pencuci Pakaian BREEZE 3.2kg pada harga RM18.50
  • Isian Semula Gel Mandian DETTOL 850ml pada harga RM11.90
  • Isian Semula Pelembut Pakaian SOFTLAN 1.5-1.6L beli 2 pek pada harga RM11

Ini mengukuhkan lagi komitmen Giant dalam membantu pelanggannya menghadapi pemulihan ekonomi yang mencabar dengan mengekalkan harga yang rendah walaupun sewaktu kadar inflasi meningkat.

Sejak permulaan kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant Malaysia menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan keperluan harian. Dengan tambahan diskaun untuk warga emas, pelanggan Giant sudah pasti akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di Giant Hypermarket dan di kedai TMC seluruh negara.

Warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 3% tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi. Pengecualian hanyalah untuk pembelian:

  • rokok
  • susu tepung bayi
  • E-Pay
  • baucar hadiah/kad hadiah
  • pembayaran bil
  • tambah nilai prabayar
  • tambah nilai ‘Touch ‘n Go’.

Warga emas akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran.

Antara pembelian yang mendapat sambutan yang tinggi daripada warga emas adalah barangan seperti biskut, oat segera, produk tenusu/susu dewasa, alat bantu memasak, beras, minyak masak dan juga lampin dewasa.

Giant Malaysia kekal komited untuk menyediakan persekitaran membeli- belah yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan mereka, terutamanya bagi pelanggan yang berkeperluan khas. Giant juga sedang berusaha untuk mewujudkan lorong pembayaran keutamaan khas, secara kekal di semua Giant Hypermarket bagi memendekkan masa menunggu, terutamanya bagi kumpulan istimewa ini.

CILI KAMPUNG HARTAMAS RAI ULANG TAHUN DENGAN ‘SET DULANG’

IMG20221025165310 (2)

Sempena meraikan ulang tahun PERTAMA ini, restoran Cili Kampung yang bertempat di pusat beli-belah Hartamas telah mengadakan satu majlis sambutan dan tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada jemputan khas, barisan media perdana dan media elektronik sera rakan-rakan selebriti dan ikon-ikon tempatan dapat merasai buat pertama kalinya set minum petang baharu  ‘Dulang’.

Set Dulang ini sesuai dinikmati oleh sekurang-kurangnya 2 orang kerana mix portion yang agak banyak. Tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang, set Dulang ini menghidangkan goreng-gorengan seperti Udang Goreng Tepung, Pisang Goreng dan Cendawan Goreng yang dihidangkan bersama sos cicah kicap pedas serta sambal cili merah.

Selain goreng-gorengan, juga disediakan kuih-muih tradisional seperti onde-onde puding bakar, karipap pandan, cucur udang dan cucur badak.

Setiap hidangan set Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung atau Teh Panas.

Lontong juga termasuk dalam hidangan set Dulang ini. Sekali rasa, pasti tidak cukup satu mangkuk! Ini kerana kuahnya yang pekat menambah kelazatan dan sambal sotong yang digandingkan bersama menjadikan ia satu hidangan yang sangat enak!

Menurut Pengarah Eksekutif Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC:

Kesavan-Purusotman.3-e1550718234666-1263x560 (2)

“Sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan, Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian ramai sejak awal pembukaannya”

Tambah KC lagi, pihak Cili Kampung bercadang untuk membuka TIGA buah cawangan lagi dalam masa yang terdekat. Selain itu, mereka juga akan membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan dan menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.

“Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak Cili Kampung mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,” kata Khairil Izwan, yang juga merupakan Pengarah Cili Kampung Hartamas.

IMG20221025170553 (2)

Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa, Cili Kampung dibuka setiap hari dengan menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30 petang, manakala menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam.

Orang ramai yang berminat untuk mengunjungi restoran Cili Kampung Hartamas boleh mmebuat pencarian mengguna kata kunci “Cili Kampung Hartamas” di aplikasi Waze atau ikuti akaun media sosial @cilikampunghartamas di Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA KETENGAHKAN BAKAT PENGKARYA OKU

Program ini bakal berlangsung pada 30 Oktober 2022 bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam di Aras 2, Gerbang Kerinchi Lestari (Bangsar South), Pusat beli-belah KL Gateway, Kuala Lumpur.

IMG20221020154119 (2)

Pelbagai acara yang menampilkan penyertaan dikalangan individu kelainan upaya bakal diadakan. Rata-rata acara yang dirangka ini menfokuskan kepada acara berbentuk seni budaya seperti persembahan dan pertandingan serta ruang pameran hasil karya seni yang dihasilkan oleh golongan istimewa ini.

IMG20221020160545 (2)

Menurut Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan juga komposer lagu “ Namun Ku Punya Hati “ yang merupakan lagu Ikonik bagi golongan insan istimewa ini:

IMG20221020153056 (2)

“Inisiatif penganjuran acara Festival Seni Insan Istimewa ini tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan satu acara seni khusus terhadap mereka, yang rata-ratanya amat berbakat dan menjadikan karier selaku Buskers bagi menampung pendapatan seharian mereka”

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan kepada insan istimewa ini adalah pertandingan Idola Istimewa, pertandingan Kugiran Istimewa, pertandingan memasak, melukis, sukan ringan dan banyak lagi. Semua aktiviti ini diadakan secara PERCUMA bagi semua golongan kelainan upaya dari semua kategori iaitu kelainan upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota dan autism

IMG20221020160721 (2)

Selain aktiviti-aktiviti, turut disediakan puluhan Booth pameran berkaitan dengan komuniti ini. Pada malam hari pula, akan diadakan satu Konsert Istimewa yang bakal menampilkan bakat-bakat seni suara istimewa dan diantara yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq, Dato/ Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.

“Terima kasih tidak terhingga di atas bantuan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2022 bagi merealisasikan acara Festival Seni Insan Istimewa. Juga rakan-rakan strategik penting seperti Yayasan Wilayah Persekutuan di mana YB Menteri WIlayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim sendiri telah bersetuju memberi sumbangan terhadap program ini melalui Yayasan WP atas keprihatinan beliau terhadap golongan ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP Bangi), SWATV, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), OCBC (yang menyumbang untuk hadiah pertandingan), OKU Sentral dan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberi sokongan penuh untuk mendapatkan peserta dan penyertaan gerai pameran dan pastinya KL Gateway Mall selaku penaja lokasi untuk menjayakan festival ini. Diharapkan semoga festival ini bakal memberikan kegembiraan dan penghargaan bagi golongan istimewa ini. Terima Kasih juga buat anda para rakan-rakan wartawan atas sokongan berterusan kepada usaha Karyawan dan aktiviti kami”ujar Freddie.

Bagi mana-mana individu atau badan bukan kerajaan yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi pihak urusetia melalui:

  • emel:okufestive@gmail.com
  • talian Tel: +6012 315 3988(Tuan Hj. Kamaluddin Mohd. Kasim)

Bagi rakan -rakan OKU dan artis yang ingin terlibat dalam acara yang disediakan, sila hubungi +6017 736 9896 (En. Syafiq Bruno).