Program KidZ & Tech 3.0 Beri Peluang Kanak-Kanak Terokai Inovasi AI & Robotik

Memandangkan kanak-kanak masa kini banyak berinteraksi dan terdedah dengan dunia teknologi, maka KidZania Kuala Lumpur menganjurkan program bertemakan teknologi untuk mereka mengenali lebih dekat lagi akan manfaat Artificial Intelligent (AI) atau Kecerdasan Buatan dan Robotik.

IMAGE 6 - Match emoji with real objects using Artificial Intelligence (AI) technology at KidZania Kuala Lumpur 'KidZ & Tech 3.0' Programme

IMAGE 4 - Create your own Agumented Reality Greeting Card at KidZania Kuala Lumpur 'KidZ & Tech 3.0' Programme

Program KidZ & Tech 3.0 ini sudah pun bermula pada 18 Ogos lalu dan bakal berakhir 16 September nanti.

“Kita sedang beralih ke zaman teknologi dan tidak mustahil suatu hari nanti, akan wujud bidang kerjaya yang menjurus ke arah Kecerdasan Buatan dan Rrobotik.

Sebagai bapa, saya pastikan anak-anak saya diajar dan bersedia untuk menghadapi dunia teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat ini. Teknologi seperti pembantu maya dan robot, rumah pintar dan kenderaan pandu sudah wujud dan saya percaya terdapat banyak lagi inovasi yang unik pada masa hadapan.

Teknologi akan sentiasa berkembang pesat dan saya berharap program KidZ & Tech 3.0 akan memberikan inspirasi kepada peserta untuk menerokai dunia teknologi yang luas ini,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Melalui KidZ & Tech 3.0, kanak- kanak diberi peluang untuk ‘Learn Life Today’ dan salah satu bidang yang sedang pesat berkembang ialah AI.

Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan. Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai oleh seluruh keluarga! Menggunakan rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka selain perlu melengkapkan pencarian dengan menangkap gambar yang sepadan dengan emoji yang diberikan. Permainan itu akan mengesahkan keserasian objek sebelem memberi petunjuk seterusnya.

“Bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus kami di Google dan kami memperkasakannya melalui pembelajaran mesin. Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu.

Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran. Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan.”kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia.

Selain itu peserta juga boleh mencipta sendiri robot menggunakan Makeblock mBots, melalui langkah-langkah pengekodan mudah. Mereka juga boleh menguji kemahiran pemanduan dalam Drone Obstacle Challenge. Mereka akan mengendalikan Airblocks, sebuah robot terbang yang diperbuat daripada magnet yang boleh diprogramkan untuk melalui halangan di trek udara.

Secara keseluruhannya, KidZ & Tech 3.0 menawarkan LIMA program khusus:

  1. Aktiviti AI-inspired Emoji Scavenger Hunt
  2. Virtual & Augmented Reality (permainan VR, Be Internet Awesome, DIY AR Greeting Cards)
  3. Coding & Robotics
  4. Forensic Science (penyiasatan di lokasi jenayah menggunakan Debu Ibu Jari dan Eksperimen Cahaya UV oleh Forensik UKM)
  5. Creative Photography (Canon Light Tail Photography, U Mobile Clone Photography).

Jadi, jom sertai acara-acara menarik tersebut dan pelbagai lagi program pembelajaran interaktif di KidZ & Tech 3.0 !!

Tempah tiket secara dalam talian sekarang dan dapatkan potongan 20% dengan menggunakan kod promo <KZTECH>!

KidZ & Tech 3.0 dibawakan oleh Canon Malaysia, Google Malaysia, MSP Systems (Makeblock), UKM Forensics dan U Mobile.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur:

the Curve dan eCurve Tawar Aktiviti Menarik Sempena Piala Dunia FIFA

Semakin rancak dan hangat ‘demam bola sepak’ yang hampir ke penghujungnya ini!

Photo 3 (1)

Oleh itu, the Curve dan eCurve telah berkolaborasi untuk membawa kemeriahan kepada peminat bola sepak dengan kempen terbaru mereka, Road to Glory!

 

Photo 2 (2)

Mengambil tempat di Fashion Court the Curve dan Centre Atrium eCurve, peminat bola sepak dijemput untuk menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang disediakan.

Dari 6 hingga 15 Julai 2018, Fashion Court di the Curve diubah menjadi arena yang menampilkan pelbagai booth permainan bertemakan bola sepak. Pengunjung berpeluang bermain Nintendo Switch, atau mencuba permainan Realiti-Maya PlayStation 4.

Selain itu, penggemar sukan bola sepak boleh menunjukkan kemahiran mereka di tapak Foot-Pool dan Bola Sepak Velcro Dart.

Ingin beristirahat sambil menikmati suasana bola sepak? Jangan bimbang, Fashion Court juga dilengkapi dengan ruang tempat duduk dengan skrin TV yang menyiarkan perlawanan terbaru dan sorotan perlawanan terkini.

Melalui kempen ini juga, the Curve turut berkerjasama bersama Birkenstock menyediakan hadiah-hadiah hebat bernilai RM4,000 untuk pengunjung!

Sertailah dan menangi permainan Foot-Pool atau Bola Sepak Velcro Dart untuk berpeluang memutarkan Wheel of Fortune, yang menawarkan pelbagai barangan dan baucar tunai kepada pemenangnya! Peluang untuk memutar Wheel of Fortune berlangsung dari 6-8 Julai dan 13-15 Julai.

Di samping itu, pengunjung yang berbelanja RM150 dalam maksimum DUA resit di the Curve boleh menebus Kool Kicks Shoe Bag. Semua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Sementara itu, bagi menyemarakkan lagi kehangatan musim Piala Dunia ini, eCurve akan menganjurkan kejohanan FIFA 18 Football bagi penggemar permainan video dan peminat bola sepak. Pusingan kelayakan akan diadakan pada 7-8 Julai 2018, dan pemain-pemain yang berjaya akan ke peringkat akhir pada 14-15 Julai.

Lebih daripada 250 orang peserta bakal bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM1,500 dan RM1,000.

Di samping kejohanan FIFA 18 Football, eCurve juga akan menjadi tuan rumah kepada cabaran permainan mudah alih Dragon Nest M. Terbuka kepada lebih daripada 100 peserta untuk mempamerkan kemahiran pertempuran mereka dalam permainan, RM1,500 menanti Juara cabaran tersebut manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve, berkata,

“Piala Dunia kembali lagi melanda rakyat Malaysia pada tahun ini! Kita semua tahu bahawa sukan bola sepak sangat popular dan the Curve amat berbesar hati kerana dapat menawarkan pengunjung pusat membeli-belah kami dengan cara yang unik untuk menikmati musim Piala Dunia FIFA 2018. Sebagai pusat membeli-belah yang mesra keluarga, kami yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan pasti menarik minat semua peringkat umur.”

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve menambah,

“Ini adalah salah satu acara sukan paling digemari di seluruh dunia dan kini, para pelanggan kami juga akan berpeluang untuk turut bermain di Piala Dunia – secara maya! Kami sangat teruja untuk menambah keseronokan ini dengan tawaran wang tunai berjumlah RM8,000 yang bakal dibawa pulang oleh pemenang kedua-dua cabaran permainan kami. Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan kegilaan bola sepak yang kini membanjiri seantero dunia!”

Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua aktiviti yang diadakan sepanjang kempen Road to Glory the Curve dan eCurve.

Ingin ketahui lebih lanjut?

 

KidZania KL Anjur Aktiviti Sukan Selama Sebulan Sempena Sukan Sea 2017

Jom, alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik di KidZania KL

Sempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017!

Menerusi KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ/ program), pelbagai acara diadakan setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif.

Bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren.

Image 3_KidZania SportZ 2017 Launch

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang.

Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak.

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today. 

Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga.”

-Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton.

“Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam-seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,”

-Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad.

KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu.

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif.

Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka!

 

Jadi apa lagi, jangan lepas peluang sihat bersama KidZania…