Koleksi Jenama WAN & MARY Untuk Mereka Yang Ingin Tampil Moden, Trendy dan Bergaya

Sweet. Cantik. Bergaya. Sopan.

IMG-20190517-WA0050

Itu yang penulis rasa apabila melihat koleksi Summer Jacket yang dihasilkan oleh jenama Wan & Mary sewaktu mengunjungi booth pereka fesyen muda, Hazzerwan Hazzlee dan Maryam Musa di satu majlis pelancaran di pusat beli-belah Quill Mall, KL.

IMG-20190517-WA0054

Koleksi Summer Jacket ini boleh didapati dalam saiz S, M dan L.

IMG-20190517-WA0052

Ia datang dengan pelbagai corak rekaan dan warna-warna menarik serta ceria.

IMG-20190517-WA0051

Material yang digunakan pula adalah Printed Duchess Plain Satin yang memberi rasa lembut, sejuk dan selesa pada pemakainya.

BeautyPlus_20190516145112299_save

Sewaktu penulis mencubanya sendiri, Summer Jacket tersebut, ia terletak kemas di bahu dan memberi impak ‘ slim’, memang ‘kena’ dengan cita rasa penulis! Memang cantik untuk digayakan Syawal nanti.

IMG_20190516_115259

Summer Jacket ini sangat sesuai digayakan sewaktu menghadiri majlis keraian yang bertemakan ‘Spring Summer’, acara santai malah cantik digayakan di pejabat.

 

BeautyPlus_20190516145034945_save
Pereka berbakat besar, Wan (paling kiri) dan Mary (paling kanan) bersama media yang membeli Summer Jacket di pusat beli-belah Quill, Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pereka muda berbakat ini pernah memenangi anugerah di rancangan fesyen realiti TV oleh ASTRO pada Mei 2018. Dan apa yang pasti, kedua-dua pereka fesyen ini bukan calang-calang orangnya, tidak sahaja berbakat besar malah mempunyai pendidikan terbaik dari sekolah fesyen berprestij serta banyak pengalaman  dalam bidang fesyen. Malah rata-rata pelanggan mereka terdiri daripada VIP, orang kenamaan, selebriti dan korporat.

IMG-20190517-WA0053

Maka tidak hairanlah, koleksi pakaian yang direka daripada jenama Wan & Mary ini tampil moden, trendy dan bergaya. Lebih menumpukan kepada golongan muda yang lebih vibrant dan chic, pakaian yang dicipta oleh mereka ini lebih memfokuskan pada ketelitian ekspremental, Digital Printing dan juga grafik. Jenama ini juga pernah memperagakan pakaian mereka di peringkat antarabangsa antaranya di London, Milan, Dubai dan Bahrain.

Alamat butik:

WAN & MARY,

42-1,JALAN PJU 5/21,THE STRAND,
KOTA DAMANSARA,PETALING JAYA,
47810, SELANGOR DARUL EHSAN.
INSTAGRAM: WAN_AND_MARY
EMAIL: wanmaryempire@gmail.com