BOOST Pacu Evolusi Digital Pengangkutan Awam

Usahasama antara Boost, KLIA Ekspress, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark mengembangkan evolusi digital pengangkutan awam tanpa tunai di Malaysia.

dav

Boost, aplikasi e-dompet tempatan menjadikan pengangkutan awam lebih mudah, tanpa tunai dan senang diuruskan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-dompet sahaja.

Kerjasama tersebut dijalin bagi menggalakkan pengembangan, transformasi dan pendigitalan industri pengangkutan awam serta tempat letak kenderaan bagi memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di Malaysia. Pengintegrasian antara rakan kongsi berkenaan membolehkan Boost menjadi aplikasi tunggal untuk pelanggan merancang perjalanan domestik dan meletakkan kenderaan mereka dengan mudah, cepat dan selamat menerusi e-dompet mereka.

“Kami bersama-sama dengan rakan kongsi berharap untuk memacu evolusi pengangkutan awam di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Sebelum ini, kebanyakan transaksi dilakukan berasaskan tunai dan merupakan sesuatu yang agak menyukarkan. Kini, menerusi kerjasama ini, perjalanan pengguna akan menjadi bertambah lancar. Mereka boleh meletakkan kenderaan dan menggunakan perkhidmatan e-hailing, dan kemudiannya menaiki tren antara bandar KTM atau menaiki KLIA Ekspres ke lapangan terbang, semuanya dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin.

“Dengan Boost, rakyat Malaysia kini dapat membuat perjalanan tanpa tunai dengan hanya beberapa langkah mudah. Tawaran ini tiba tepat pada masanya kerana pada kebiasaannya kaunter tiket akan menjadi sesak akibat pertambahan pelancong menjelang musim cuti,” tambah Tiffin.

Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Noormah Mohd Nor berkata,

“Pelanggan kami hari ini mahukan pilihan produk yang lebih banyak dan penyelesaian pembayaran yang inovatif. Kerjasama kami dengan Boost sejajar dengan misi kami untuk menyediakan system pembayaran yang lancar dan selamat, dan berupaya memperbaiki pengalaman pelanggan. Dengan penyertaan Boost, pelanggan kini boleh menggunakan Boost untuk membeli tiket KLIA Ekspres di kaunter tiket, di dalam talian dan juga menerusi aplikasi Boost.”

Kerjasama ini akan memudahkan pengguna Boost untuk:

  • Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka
  • Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM
  • Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka

Di dalam usaha Boost untuk memperluaskan lagi rangkaian peniaga serta rakan kongsinya, langkah untuk memasuki industri pengangkutan awam bakal mewujudkan pengalaman digital yang lebih menyeluruh kepada pelanggannya di samping memudahkan perjalanan jutaan pengguna pengangkutan awam.

Dengan lebih 3.2 juta pengguna setakat ini dan hampir 50,000 peniaga di dalam dan di luar talian di seluruh negara, Boost telah merevolusikan cara orang ramai menjalankan urus niaga di dalam dunia digital hari ini, menjadikan pembayaran tanpa tunai e-dompet lebih diterima ramai.

Tiffin menegaskan,

“Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa mencari rakan kongsi dalam kalangan organisasi serta perniagaan yang mempunyai aspirasi yang sama seperti kami untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat digital. Itulah yang menjadikan kerjasama ini sangat signifikan – kami bersama-sama dengan rakan kongsi kami akan mendigitalkan perkhidmatan berasaskan tunai yang kerap digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia agar mereka mendapat manfaat daripada kemudahan penggunaan, kelancaran dan keselamatan yang kami tawarkan.”

Sebagai sebuah aplikasi gaya hidup, pengguna Boost boleh menjalankan pelbagai perkhidmatan, daripada membeli tambah nilai dan baucar digital serta menghadiahkannya, hinggalah kepada melakukan pemindahan wang secara percuma dan juga perkongsian pembayaran bil dengan ciri pembahagian bil yang unik.

Pengguna Boost boleh membayar bil utiliti serta tempat letak kenderaan di dalam Kuala Lumpur dan menikmati ganjaran kembalian tunai segera melalui ciri “Shake” yang pastinya akan mewujudkan pengalaman menggembirakan dan mengasyikkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi:

MYDIN Laksana Pembayaran Tanpa Tunai Mengguna BOOST

Pembayaran tanpa tunai mengguna aplikasi dompet mudah alih itu sudahpun dilaksanakan pada 4 September lalu di kesemua 75 gedung borong dan peruncit MYDIN di seluruh negara termasuk kedai premium SAM’s Groceria.

IMG-20180910-WA0007

Kerjasama MYDIN dan Boost ini pastinya mencetuskan revolusi dalam pengalaman membeli-belah kelengkapan rumah di Malaysia dengan menawarkan akses mudah kepada keperluan harian melalui telefon mudah alih.

Berdasarkan matlamat untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas dan selamat kepada rakyat Malaysia, Boost menawarkan pilihan bayaran digital yang sepadan dengan gaya hidup masyarakat kini.

Jaringan peniaga kami berkembang pesat dalam tahun ini, maka komitmen MYDIN untuk melaksanakan pendigitalan akan mengukuhkan lagi usaha kami ke arah masyarakat tanpa tunai.

Kini melalui Boost, pelanggan MYDIN hanya perlu mengakses telefon mudah alih mereka untuk membuat bayaran, sekali gus memupuk gaya hidup tanpa tunai. Pada era digital ini, telefon pintar memainkan peranan penting untuk mengurus komunikasi dalam kehidupan peribadi mahu pun di tempat kerja. Malah, ia telah menjadi sumber rujukan maklumat yang sedia ada dalam poket anda. Maka, tidak hairanlah kalau ia turut memainkan peranan sebagai dompet. Peralihan tersebut akan memberikan pengalaman beli-belah yang lebih sempurna dan selamat, tanpa perlu bimbang dengan masalah tunai di tangan yang tidak mencukupi.

Tambahan pula, ia dapat membantu keluarga mengurus serta menjimat perbelanjaan bulanan secara kolektif sambil menerima bayaran  balik pada masa yang sama. Kami akan memperkenalkan kempen baru tidak lama lagi untuk menggalakkan pengguna membayar secara tanpa tunai. Dengan ini, pelanggan yang membeli-belah di MYDIN akan dapat menikmati ganjaran hebat apabila membayar dengan Boost.”-Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Sebagai aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan yang terkemuka di Malaysia, Boost mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna sehingga ke hari ini serta 35,000 lokasi di seluruh negara.

Boost telah membina kehadiran yang kukuh di tempat-tempat popular seperti pasar malam, trak makanan, kedai-kedai F7B utama, gedung runcit bahkan platform beli-belah dalam talian.

“Kami berasa amat teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan Boost. Dengan lebih 75,000 transaksi di gedung-gedung kami setiap hari, kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan yang lebih mudah dan cepat untuk pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk melancarkan inovasi serta berubah mengikut peredaran masa bersama pengguna di Malaysia. Berbekalkan lebih 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, kami ingin menerapkan penggunaan dompet mudah alih dengan Boost untuk mencipta tanggapan yang kuat terhadap jenama kami terutamanaya dalam kalangan muda. Kami yakin gadingan dengan aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan ini untuk memajukan perniagaan kami adalah langkah yang paling sempurna.”-Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh menimati pelbagai perkhidmatan daripada pembelian tambah nilai prabayar dan baucer digital serta memberikannya sebagai hadiah, sehinggalah kepada pemindahan tunai percuma serta bayaran secara berasingan dengan ciri pembahagian bil.

Baru-baru ini pengguna Boost dapat menikmati pembay aran bil utiliti serta pembayaran parkir di KL.  Selain itu juga mereka dapat menikmati pembayaran balik segera melalui ciri “Shake” yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

Pengguna Android da iOS boleh memuat turun aplikasi Boost di Play Store dan App Store.

Maklumat lanjut: