SHOPEE Anjur Jualan Produk Pembersihan Rumah di Super Brand Day

Ibu-ibu di luar sana, jangan lupa sertai Super Brand Day anjuran Shopee bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser bermula minggu depan, iaitu 25 Februari nanti sehingga 3 Mac.

Photo 4

Photo 3 (1)

Jika dahulu, tugas membersih dan mengemas rumah satu tugas yang sangat membebankan lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa perlu memastikan kediaman rumah sentiasa bersih dan kemas.

Photo 1 (1)

Photo 2 (1)

Kini, tugas mengemas rumah disifatkan sebagai paling bergaya. Memandangkan trend ini sudah menjadi satu sensasi global, semakin ramai orang menyahut cabaran untuk mempermudah urusan mengemas rumah mereka dengan mengikuti beberapa peraturan asas.

Pakar-pakar telah berkongsi hasil penyelidikan dan kajian mereka yang menunjukkan bahawa mengemas rumah adalah satu tugas penting. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa usaha menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dengan mengemas dan membuang barang yang tidak memberi sebarang faedah tetapi juga perlu membersihkan lantai, tingkap, bilik mandi, dapur dan setiap permukaan serta ceruk dalam rumah.

Tahukah anda?

Menjaga kebersihan dan menyenggarakan rumah adalah juga satu keperluan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan mesra demi kesejahteraan keluarga, terutama sekali keluarga yang sedang membesarkan anak-anak. Rumah yang ceria membantu melenyapkan tekanan dan ketegangan yang disebabkan persekitaran yang berselerak. Dengan demikian, ibu bapa kurang terganggu dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan kreatif untuk anak-anak membesar.

Memahami betapa pentingnya kita mempunyai kediaman yang sihat, Shopee telah merancang Super Brand Day bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, yang dijadualkan dari 25 Februari hingga 3 Mac.

Jenama-jenama terkenal di bawah Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, khususnya adalah:

  • Dettol
  • Enfagrow A
  • Sustagen
  • Durex
  • Vanish
  • Air Wick

Kesemua jenama diatas akan menyertai kempen ini dengan menawarkan produk dengan harga jauh lebih rendah.

Sepanjang TUJUH hari itu, pelanggan boleh merebut pelbagai tawaran hebat, termasuk tawaran RM1 pada 28 Februari.

Shopee Super Brand Day bakal:

  1. menawarkan diskaun sehingga 85%
  2. Jualan Mengejut harian
  3. perkhidmatan penghantaran segera kepada pengguna Shopee.

Jadi,

Manfaatkan sepenuhnya nilai wang ringgit anda dan rebutlah baucar menarik sehingga RM500,000.

Selain itu, mereka yang membuat perbelanjaan harian paling tinggi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan banyak lagi.

Untuk butir-butir lanjut, sila ke laman https://shopee.com.my/m/rb-super-brand-day

PETRON Lancar Kedai Atas Talian Pertama di Shopee

Sekarang minyak enjin pun boleh beli online! Mudahnya..

Banner

Minyak enjin Petron kini boleh didapati secara atas talian melalui platform e-dagang terkemuka Shopee, yang mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di Malaysia.

Ini menandakan pelancaran kedai rasmi atas talian yang PERTAMA buat Petron Malaysia, selaras dengan komitmen Petron dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan akses yang lebih luas dan mudah kepada produknya.

Choong Kum Choy, Head of Retail and Commercial Business_1

“Kami sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka bersama kami. PelangganPetron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar – hanya semak, klik atas talian untuk membeli minyak enjin Petron, dan mendapat penghantaran produk terus kepada mereka,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia.

Minyak enjin Petron juga boleh didapati di kedai serbaneka yang terdapat di stesen minyaknya dan bengkel kenderaan yang sah.

“Pembelian atas talian semakin berkembang di kalangan pengguna. Kini, mereka boleh menyakini keaslian minyak enjin Petron yang terdapat di kedai rasmi Petron di Shopee kerana produk-produk dihantar dari pengedar kami yang sah. Kami berharap para pelanggan dapat menikmati inisiatif baharu ini daripada kami sebagai sebahagian daripada usaha kami bagi memenuhi keperluan terkini mereka dan menawarkan layanan yang lebih baik,” tambah Choong.

Shopee merupakan platform atas talian yang dicipta untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia, dengan memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah dan selamat. Ianya kini pantas menjadi tapak e-dagang terkemuka di Malaysia.

Pelanggan boleh menemui pelbagai produk minyak enjin Petron seperti Petron Blaze Racing Fully Synthetic, Petron Blaze Racing Synthetic Blend, dan Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade yang terdapat dalam portal membeli-belah tersebut. Kedai rasmi Petron di Shopee juga memberi pelanggan akses kepada panduan dan maklumat produk.

Selaras dengan kempen Tahun Baru Cina Petron dan kempen Shopee Khas Untuk Lelaki yang akan datang, Petron Malaysia menawarkan barangan premium untuk sebarang pembelian Petron Blaze Racing Engine Oil.

Setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing 4L dilengkapi dengan hadiah istimewa. ‘Speaker bluetooth’ percuma akan diberikan buat setiap pembelian Petron 4L Blaze Racing Fully Synthetic 5W-40, manakala pembelian 4L Petron Blaze Racing Synthetic Blend 10W-40 dilengkapi dengan satu set fon telinga tanpa wayar percuma.

Sementara itu, pelanggan yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium Multi-Grade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma. Promosi ini sah sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada.
Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik kepada rakyat Malaysia sambil menawarkan penyelesaian penjual dan jenama mengenai cara bagi mengoptimumkan jangkauan mereka.

Lawati kedai rasmi Petron di Shopee https://shopee.com.my/petronmalaysia.os

 

SHOPEE 11.11 Big Sale Tawar Promosi Jualan Hebat Besar-Besaran

Wah seronoknya bolehlah membeli-belah dengan adanya pesta beli-belah hujung tahun terhebat dari Shopee 11.11 Big Sale yang menawar jualan besar-besaran hebat tanpa SST serta pelbagai aktiviti dan hadiah menarik

Photo 2 (1)

Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang LEBIH BESAR dan menarik secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November!!

IMG_20181024_203017

Ia termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat.

Sebagai acara yang menampilkan LEBIH 100 jenama dan 15,000 penjual, Shopee 11.11 Big Sale kini kembali dengan tawaran lebih hebat dan menarik di mana Shopee telah berganding bahu dengan LEBIH 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk, lantas membolehkan pengguna menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran mereka pada Singles’ Day (Hari Bujang) dan musim beli-belah akhir tahun.

Untuk memeterai kerjasama ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan enam wakil jenama di majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.

“Pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka. Shopee sedia menerajui usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, yang bakal menjadi acara 11.11 terbesar yang pernah kami anjurkan.

Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale. Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini.” 

Satu sebab penting kejayaan Shopee di rantau ini ialah pendekatan khusus yang diambilnya untuk memenuhi keperluan dan pilihan pembeli dan penjual.

Shopee 11.11 Big Sale meneruskan janji ini sambil Shopee mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal Malaysia dan membawakan produk kegemaran terus kepada mereka.

Di pelancaran umum Shopee 11.11 Big Sale, Shopee bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night (Malam Pertunjukan Fesyen) untuk tetamunya.

Pertunjukan fesyen menarik ini membabitkan jenama yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat pertama kali, termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman.

Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran eksklusif selanjutnya daripada Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan jenama daripada bintang-bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish and Izara Aishah.

Memandangkan aktiviti beli-belah dalam talian semakin menjadi lumrah hidup rakyat Malaysia, jenama gaya hidup kini menjalin kerjasama eksklusif sempena Shopee 11.11 Big Sale.

Shopee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.

Untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee 11.11 Big Sale bakal menganjurkan semula hari bertema yang popular.

Mulai 25 Oktober, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kempen harian selama tiga minggu menjanjikan ciri-ciri yang ditambah baik dan pelbagai tawaran meliputi semua kategori produk. Malah apa yang lebih menarik ialah jenama seperti Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Para pembeli juga boleh membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

“Dengan pelbagai promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale,” rumus Ho.

Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale, layari:

MYDIN Laksana Pembayaran Tanpa Tunai Mengguna BOOST

Pembayaran tanpa tunai mengguna aplikasi dompet mudah alih itu sudahpun dilaksanakan pada 4 September lalu di kesemua 75 gedung borong dan peruncit MYDIN di seluruh negara termasuk kedai premium SAM’s Groceria.

IMG-20180910-WA0007

Kerjasama MYDIN dan Boost ini pastinya mencetuskan revolusi dalam pengalaman membeli-belah kelengkapan rumah di Malaysia dengan menawarkan akses mudah kepada keperluan harian melalui telefon mudah alih.

Berdasarkan matlamat untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas dan selamat kepada rakyat Malaysia, Boost menawarkan pilihan bayaran digital yang sepadan dengan gaya hidup masyarakat kini.

Jaringan peniaga kami berkembang pesat dalam tahun ini, maka komitmen MYDIN untuk melaksanakan pendigitalan akan mengukuhkan lagi usaha kami ke arah masyarakat tanpa tunai.

Kini melalui Boost, pelanggan MYDIN hanya perlu mengakses telefon mudah alih mereka untuk membuat bayaran, sekali gus memupuk gaya hidup tanpa tunai. Pada era digital ini, telefon pintar memainkan peranan penting untuk mengurus komunikasi dalam kehidupan peribadi mahu pun di tempat kerja. Malah, ia telah menjadi sumber rujukan maklumat yang sedia ada dalam poket anda. Maka, tidak hairanlah kalau ia turut memainkan peranan sebagai dompet. Peralihan tersebut akan memberikan pengalaman beli-belah yang lebih sempurna dan selamat, tanpa perlu bimbang dengan masalah tunai di tangan yang tidak mencukupi.

Tambahan pula, ia dapat membantu keluarga mengurus serta menjimat perbelanjaan bulanan secara kolektif sambil menerima bayaran  balik pada masa yang sama. Kami akan memperkenalkan kempen baru tidak lama lagi untuk menggalakkan pengguna membayar secara tanpa tunai. Dengan ini, pelanggan yang membeli-belah di MYDIN akan dapat menikmati ganjaran hebat apabila membayar dengan Boost.”-Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Sebagai aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan yang terkemuka di Malaysia, Boost mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna sehingga ke hari ini serta 35,000 lokasi di seluruh negara.

Boost telah membina kehadiran yang kukuh di tempat-tempat popular seperti pasar malam, trak makanan, kedai-kedai F7B utama, gedung runcit bahkan platform beli-belah dalam talian.

“Kami berasa amat teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan Boost. Dengan lebih 75,000 transaksi di gedung-gedung kami setiap hari, kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan yang lebih mudah dan cepat untuk pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk melancarkan inovasi serta berubah mengikut peredaran masa bersama pengguna di Malaysia. Berbekalkan lebih 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, kami ingin menerapkan penggunaan dompet mudah alih dengan Boost untuk mencipta tanggapan yang kuat terhadap jenama kami terutamanaya dalam kalangan muda. Kami yakin gadingan dengan aplikasi dompet mudah alih hasilan tempatan ini untuk memajukan perniagaan kami adalah langkah yang paling sempurna.”-Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh menimati pelbagai perkhidmatan daripada pembelian tambah nilai prabayar dan baucer digital serta memberikannya sebagai hadiah, sehinggalah kepada pemindahan tunai percuma serta bayaran secara berasingan dengan ciri pembahagian bil.

Baru-baru ini pengguna Boost dapat menikmati pembay aran bil utiliti serta pembayaran parkir di KL.  Selain itu juga mereka dapat menikmati pembayaran balik segera melalui ciri “Shake” yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

Pengguna Android da iOS boleh memuat turun aplikasi Boost di Play Store dan App Store.

Maklumat lanjut:

“Wow in a Million” Bakal Menyaksikan CJ Wow Shop Mencapai 1 Juta Pelanggan

Oleh itu, rangkaian beli-belah di rumah ini berhasrat menjelajahi negara untuk bertemu pelanggan setia mereka di samping memberi ganjaran sebagai tanda penghargaan menerusi “WOW in a Million”

Image 2

CJ WOW SHOP bakal meraih satu lagi kejayaan apabila jumlah pelanggan bakal mencecah 1 juta. Sehubungan itu, mereka telah melancarkan inisiatif “WOW in a Million” bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Kempen “WOW in a Million” yang akan disambut selama sebulan menyaksikan satu pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru akan menjelajahi seluruh negara untuk melawat 100 Pelanggan Utama yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi.

Pasti mereka gembira apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah untuk melafazkan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran.

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP yang akan memimpin barisan konvoi tersebut berkata,

“Antara faktor kejayaan kami adalah keyakinan dan kepuasan pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kami tahun demi tahun. Merekalah yang sentiasa memacu kami menuju ke puncak pencapaian yang lebih tinggi. ‘WOW in a Million’ merupakan peluang kami untuk menghargai pelanggan dan peminat utama dengan menawarkan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, serta kejutan manis yang benar-benar mengujakan.”

CJ WOW SHOP dijangka akan melepasi tanda aras 1 juta pelanggan dalam bulan September, yang merupakan satu pencapaian bermakna dalam tahun yang hebat ini.

Sehingga kini, asas pelanggan rangkaian ini telah bertumbuh sebanyak 56 peratus sejak hujung tahun 2017, sekaligus membuktikan kedudukan CJ WOW SHOP sebagai perkhidmatan beli-belah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif, dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

Selama beberapa tahun ini, CJ WOW SHOP telah berjaya mengekalkan asas pelanggan berulang yang kukuh. Pencapaian ini telah terbukti dengan golongan 100 Pelanggan Utama yang secara puratanya telah membelanjakan sebanyak RM14,600 setiap orang.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan pencapaian ini, semua pelanggan akan diberi ganjaran baucar beli-belah bernilai RM20 setiap orang untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang

Bermula 1 hingga 30 September, rangkaian ini juga akan membawakan program siaran langsung khas sepanjang hari yang memaparkan beberapa selebriti undangan, di samping menjanjikan interaksi dan tawaran yang lebih menarik bagi para pelanggan.

Pengalaman media dagang bersepadu

Bagi CJ WOW SHOP, pencapaian baru ini akan mengukuhkan lagi aspirasinya untuk memperkembang perniagaannya sebagai sebuah platform media dagang yang mampu memeriahkan lagi hidup rakyat Malaysia.

Kempen ini merupakan lanjutan komitmen CJ WOW SHOP untuk menyediakan ‘shoppertainment’ – suatu pengalaman beli-belah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga dapat digemari, diyakini, dan dipercayai oleh pelanggan.

Dengan bertumpu pada usaha ini, CJ WOW SHOP berada di kedudukan baik untuk mencecah pendapatan lebih RM200 juta menjelang hujung tahun 2018. Pencapaian ini adalah berikutan kejayaan pelbagai inisiatif yang dilancarkan sepanjang tahun ini, bermula dengan kempen ulang tahun keduanya, ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ yang mencatatkan TIGA kali lebih ramai pelanggan daripada jumlah purata seharian.

CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggannya, di samping memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, CJ WOW SHOP telah menambahkan tawaran yang bermula dengan hanya 27 pilihan kepada lebih 450 barangan pada hari ini, termasuk pelbagai produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peralatan elektronik, produk kecantikan, fesyen dan sebagainya.

Bagi meningkatkan lagi unsur hiburan bagi rancangan beli-belah televisyen, rangkaian ini telah memperkenalkan sebuah program dalam format baharu, ‘The WOW Show’ yang menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara tetamu selebriti. Rancangan ini yang turut meraikan ulangtahun pertamanya telah mengukir kejayaan tersendiri dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM12 juta sepanjang siaran 94 episod menerusi saluran TV3 dan TV9.

Pendekatan inovatif oleh CJ WOW SHOP ini turut dilaksanakan ke atas kerjasama dengan personaliti-personaliti hiburan antarabangsa.

Baru-baru ini, CJ WOW SHOP telah menjalinkan gandingan unik dengan jenama fesyen Korea, ‘Ce&’ serta kumpulan sensasi K-Pop, Wanna One untuk membawa koleksi barangan rasmi secara eksklusif bagi penonton. Selain itu, CJ WOW SHOP turut berganding bahu dengan rangkaian TV Korea Selatan, Channel A untuk mempersembahkan ‘Sales King TV’, iaitu program hiburan aneka ragam yang menggabungkan aktiviti jualan dengan program siaran televisyen secara langsung.

Program yang pertama seumpama ini menampilkan personaliti-personaliti Korea popular, termasuk bintang program aneka ragam popular ‘Running Man’, Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan, serta idola K-Pop, JeA dari ‘Brown Eyed Girls’ dan Sung-jong dari ‘INFINITE’.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan:

  • membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808
  • melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my
  • pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

Pesta Beli-Belah SHOPEE 9.9 Kembali Semula dengan Diskaun Hebat Sehingga 99%

Yessaaa!

Dan kali ini, acara beli-belah tahunan terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan oleh Shopee bakal dianjurkan selama 14 hari bermula 27 Ogos nanti hingga 9 September.

Shopee - 9.9 - Image A

Ia diadakan berikutan kejayaan acara itu pada tahun lepas yang mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak TIGA kali ganda dan pertambahan kunjungan tapak web sebanyak LIMA kali ganda!!

Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk.

Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan.

Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan.

Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami; sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran.

Manfaat hari bertema hebat, termasuk Jualan Hebat Mengejut

Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut.

Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos.

Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk:

  • Nestle
  • L’Oreal
  • Russell Taylors
  • honor
  • Mead Johnson
  • Elianware
  • Her Jewellery
  • Thunder Match
  • Watsons
  • PETPET.

Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian.

Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong.

Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular.

Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup.

Shopee Shake dengan tabung 99 juta syiling Shopee

Sejak dilancarkan tahun lepas, Shopee Shake Shake telah dimainkan sebanyak 70 juta kali oleh beribu-ribu pengguna. Untuk terus menggalakkan permainan Shopee Shake sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menambah tabung syiling kepada jumlah luar biasa 99 juta syiling sepanjang kempen.

Bukan itu sahaja, Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot; supaya pemain boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali setiap 24 jam.

Tawaran yang disediakan bukan sahaja lebih besar dan lebih baik, Shopee 9.9 Super Shopping Day juga bakal menghimpunkan peruncit dan peserta industri yang terbesar di negara ini.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menganjurkan perbincangan panel bertajuk Membina Ekosistem E-dagang Serba Maju Menerusi Pakatan Strategik, melibatkan para pemimpin daripada jenama terkenal seperti PayNet, RHB, KLFW, Digi dan XES yang berkongsi idea untuk menyuburkan ekosistem e-dagang di Malaysia.

“E-dagang di Malaysia semakin berkembang maju, dan berasaskan pakatan kukuh dengan industri, pengguna dapat menikmati kemudahan pembayaran dan logistik lebih baik, pilihan produk lebih luas, ciri lebih menyenangkan dan tawaran lebih menarik untuk membeli produk kegemaran mereka.

Kami telah membawakan rangkaian tawaran dan promosi menyeluruh yang disesuaikan mengikut selera pengguna kami untuk Shopee 9.9 Super Shopping Day dan kami yakin pembeli pasti gembira dengan pengalaman beli-belah tiada tandingan di acara beli-belah serantau terbesar kami,” rumus Ho.

Kunjungi shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

IKEA Kini Sedia di Akses Bila-Bila Masa Melalui IKEA Online Store

Wah bestnya!!! Tidak kira di mana dan pada bila-bila masa, kini anda boleh membeli barangan kelengkapan rumah IKEA melalui IKEA Online Store setelah peruncit kelengkapan dari Sweden ini turut menceburi e-dagang di Malaysia.

IKEA 02

Dengan pelancaran IKEA online store ini, ia mencerminkan komitmen penuh IKEA  dalam platform e-dagang di Malaysia dan bakal menjadi platform beli-belah dalam talian bagi kelengkapan rumah yang terbesar kepada rakyat Malaysia.

hdr

Dengan pelancaran ini juga, IKEA online store meluaskan penghantarannya ke seluruh negara. Pengguna boleh meninjau dan menempah produk IKEA tanpa mengira masa dan tempat.

Ketika mengupas tentang pelancaran perkhidmatan ini, Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara berkata,

“Menerusi pelancaran IKEA online store pada skala yang sebesar ini, kami mampu mencapai lebih ramai rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan masa, ia akan membolehkan kami memenuhi kehendak mereka untuk membeli-belah secara dalam talian, sambil merealisasikan visi kami untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai di Malaysia.”

Sebelum pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut, IKEA Malaysia telah membuat pelancaran fasa awal untuk menjalani ujian hujung ke hujung (end-to-end testing) ke atas sistem e-dagang ini. Demi memastikan usaha ini berpaksikan penggunaan, proses sistem ini telah membolehkan IKEA untuk mengumpul pelbagai pengajaran, maklum balas serta amalan terbaik yang bertujuan mempertingkatkan serta memberikan pengalaman beli-belah yang paling sempurna bagi semua saluran.

IKEA online store memberikan akses kepada lebih 9,000 produk perabot Sweden dengan harga rendah, direka dengan baik, berkualiti, dan berfungsi. Tambahan pula, laman in mempunyai kategori berdasarkan produk dan bilik bagi menjamin pencarian yang mudah. Lebih-lebih lagi, pelbagai foto turut disajikan bagi mencetus inspirasi dalam rekaan dalaman serta hiasan di rumah.

IKEA online store merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan pengalaman unik IKEA kepada lebih ramai pengguna. Ia merupakan penambahan sempurna kepada gedung-gedung fizikal kami, khasnya untuk pelanggan yang tinggal jauh dari gedung kami. Kini, mereka mampu meninjau perabot inspirasi mereka, memasukkan produk kegemaran ke dalam kart beli-belah, serta memilih pelbagai perkhidmatan tambahan seperti pemasangan produk,” tambah Gerard.

Pelanggan boleh memilih penghantaran produk melalui penghantaran parcel atau trak yang amat sesuai untuk produk-produk bersaiz besar. Yuran penghantaran adalah berbeza-beza mengikut lokasi dan pilihan penghantaran.

IKEA online store menerima semua kad debit dan kredit utama, Visa mahupun MasterCard.

Layari IKEA.my untuk meneroka dan membeli-belah di IKEA online store.

TMT oleh Thundermatch Lancar Kedai Rasmi Pasaran Sosial di SHOPEE

Dengan pelancaran kedai itu, ia bakal menggegarkan dengan Pelancaran Mega
Berbelanja di Gedung IT Dalam Talian Terbesar di Malaysia dan berpeluang memenangi wang tunai hingga RM100,000!!

Photo 3 (6)

Sempena meraikan pelancaran itu, TMT mengadakan Pertandingan Beli & Menang dari 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan SEMBILAN pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai.

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan Thunder Match menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) atas 2,400 produk dari kedai TMT di Shopee yang mempunyai 3,000 produk elektronik.

Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer, telefon pintar dan pelbagai lagi pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2,500 sepanjang tempoh kempen.

Pelancaran ini sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian.

Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT tersebut yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekaligus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall.

Jadi, jangan lupa!!

  • Check kedai rasmi TMT di Shopee untuk melihat papan tanda dalam talian yang akan dikemaskini dua kali seminggu untuk menyenaraikan SEMBILAN pembeli tertinggi yang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000
  • Layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee
  • Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.

MR. D.I.Y Kini Dalam Talian

Tak perlu lagi beratur panjang untuk membayar di MR. D.I.Y yang memang selalu penuh dengan orang ramai sebab sekarang semuanya dihantar terus ke pintu depan rumah!

35646550_2120849781468788_4897111639200890880_n-678x381

MR. D.I.Y., peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia dengan lebih daripada 550 kedai di seluruh Asia Pasifik dengan meriahnya melancarkan platfom e-dagang, mrdiy.com.my  di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Acara itu diadakan bagi menandakan satu lagi pencapaian penting bagi syarikat – pelancaran platfom e-dagang MR.D.I.Y yang akan mencapai rangkaian pelanggan yang lebih luas serta berkongsi matlamat dan visi jenama untuk masa depan.

2

Tetamu jemputan dan media yang hadir dibawa melihat laman web dan ciri-ciri untuk memberi mereka rasa dan pengalaman pertama melalui platfom e-dagang MR D.I.Y.selain berpeluang mengambil foto di gerai foto interaktif dan bermain permainan mini “Grab MR.DIY” untuk menerima baucer beli-belah yang boleh ditebus di laman web dan sekali gus berpeluang untuk memenangi iPad.

1

Acara pelancaran itu dihadiri oleh Duta Jenama MR.D.I.Y Adibah Noor yang wajahnya dapat dilihat di iklan MR.D.I.Y. sejak 2017.

  • Tahun pertama, MR.D.I.Y. melancarkan kempennya dengan slogan beraniNasib baik tak beli tadi! MR.D.I.Y. murah lagi! ‘
  • Tahun ini, Adibah mengesahkan slogan baru MR.D.I.Y. ‘Habislah … MR.D.I.Y. Boleh Beli Online!’

Tetamu diperkenalkan kepada EMPAT ciri utama melalui presentasi laman web e-dagang MR.D.I.Y., iaitu:

  1. penghantaran percuma
    -Pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke rumah mereka di Semenanjung Malaysia tanpa belanja minimum yang diperlukan untuk sebarang pesanan di bawah 5kg.
  2. MR.D.I.Y. Express
    -Dengan bayaran kecil, pelanggan di Lembah Klang juga boleh meminta perkhidmatan “MR.DIY Express” di mana pembelian mereka akan dihantar kepada mereka dalam masa 24 jam.
  3. Collect @ MR.D.I.Y. 
    -Dengan Collect @ MR.D.I.Y., pelanggan boleh membeli barangan secara dalam talian dan mengambilnya terus dari mana-mana 25 kedai terpilih di Lembah Klang.
  4. MR.D.I.Y. Guarantee
    -menjamin pelanggan yang membeli di laman e-dagang MR.D.I.Y. akan mempunyai tujuh hari kalendar untuk memulangkan berangan yang akan ditukar atau wang dikembalikan tertakluk kepada terma dan syarat.

“Kami sangat teruja dengan perkembangan terkini kami. MR.D.I.Y. telah berkembang pesat untuk menjadi jenama serantau dengan bilangan kedai yang dibuka di seluruh Malaysia dan negara-negara lain. Platfom e-dagang ini menunjukkan satu lagi perkembangan yang menjimatkan masa dan juga menjadi perintis dalam cara perniagaan dilakukan di rantau ini. 

Dengan MRDIY.COM.MY, kami akan dapat memenuhi kehendak pasaran masyarakat yang bergantung kepada teknologi, mereka yang tidak pernah mempunyai masa atau tidak mempunyai minat untuk melawat kedai fizikal. Selain itu, kami juga ingin menyediakan penyelesaian membeli-belah yang mudah untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan kami seperti mereka yang ingin membeli secara banyak, pembelian segera, mobiliti terhad serta penjimatan kos ketika melawati kedai fizikal kami – petrol dan bayaran letak kereta.

Pelanggan juga boleh menghantar hadiah kepada keluarga dan rakan mereka apabila mereka berbelanja dengan kami secara dalam talian. Di MR.D.I.Y., kami menawarkan penyelesaian untuk mengurangkan masalah anda.”

Ketua Pemasaran & E-dagang MR.D.I.Y,  Andy Chin

Setiap kedai MR.D.I.Y. mempunyai lebih daripada 20,000 jenis produk yang terdiri daripada SEMBILAN kategori – Perkakas, Barangan Rumah, Barangan Elektrik, Aksesori Kereta, Alat Tulis, Mainan, Hadiah, Sukan dan Perhiasan & Kosmetik.

Slogan , “Always Low Prices”, untuk mempromosikan nilai jenama pada harga yang berpatutan telah berjaya mencapai 128 juta pelanggan setiap tahun, yang terus meningkat dengan cepat. MR.D.I.Y., sebuah syarikat perkakas rumah yang mempunyai lebih dari 550 kedai di seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, terus berkembang pesat di Asia-Pasifik.

“2018 dijangka menjadi tahun yang baik untuk MR.D.I.Y. kerana kami mempunyai EMPAT matlamat utama untuk dicapai.

  • membuka kedai Flagship dan kini, kami adalah pemilik gedung Flagship pertama MR.D.I.Y di MidValley Megamall.
  • memperluas jangkauan ke dua negara baru: Singapura dan Filipina masing-masing pada suku 3 & 4 tahun ini.
  • merancang untuk membuka tambahan 300 kedai baru di seluruh Asia-Pasifik termasuk Thailand, Brunei dan Indonesia;
  • meraikan pelancaran platfom e-dagang MR.D.I.Y., “

Sebagai promosi pengenalan dari bulan Jun hingga Ogos 2018, pembeli yang membeli dari laman web akan menikmati penjimatan RM5 pada pembelian pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM10, tambahan dengan perkhidmatan penghantaran percuma.

Selain itu, kesemua urus niaga dalam talian yang berjaya dalam tempoh peraduan akan memasuki cabutan bertuah di mana mereka boleh memenangi hadiah bernilai lebih RM68,888.

Hadiah utama bulanan termasuk iPad, iPhone X dan MacBook Pro pada setiap bulan mulai bulan Jun, Julai dan Ogos 2018. Sementara itu, tambahan empat (4) pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi hadiah harian yang terdiri daripada baucar MR.D.I.Y. bernilai RM50 setiap satu dengan pesanan pembelian barangan terpilih.

Untuk bulan Julai 2018, MR.D.I.Y. akan bekerjasama dengan P&G untuk menawarkan produk eksklusif P&G dengan tawaran diskaun sehingga 35% di semua kedai dan dalam talian. Barangan terpilih ini adalah nilai terbaik yang boleh anda dapati di pasaran. P&G adalah syarikat pembekal produk pengguna terbesar di dunia dengan jenama pemimpin pasaran seperti Downy, Joy, Dynamo, Oral-B, Pantene, Gembira, Gillette, dan Head & Shoulders.

Tambahan lagi, MRDIY.COM.MY juga menawarkan tawaran yang hebat dalam talian dengan diskaun sehingga 40% untuk jenama seperti MR.D.I.Y. jenama rumah, serta jenama antarabangsa dan tempatan yang lain seperti WD-40, Shamood Anakku, Coido, OHOYO, Pritech, Staedler, GAP, IVON dan Eveready.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y, sila lawat :
Website: https://mrdiy.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u
Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u
Tanda pagar: #BeliOnlineMRDIY

Mengenai MR.D.I.Y.

MR. D.I.Y. Trading Sdn Bhd (MR. D.I.Y.) ialah sebuah syarikat yang diasaskan di dalam negara dengan lebih 550 gedung di seluruh Malaysia dan Asia Pasifik. Kebanyakan gedung MR. D.I.Y. menduduki ruang runcit seluas 10,000 kaki persegi, dan menawarkan pengalaman beli-belah seisi keluarga yang selesa dan menarik. MR. D.I.Y. berkhidmat kepada lebih 128 juta pelanggan setahun di semua gedung mereka di seluruh Malaysia. Semua gedung MR. D.I.Y. diuruskan setempat dan masing-masing bekerjasama dengan peruncit besar dan pemilik pusat beli-belah untuk beroperasi sebagai penyewa utama mini di lokasi-lokasi berkenaan. Dibahagikan kepada 9 bahagian – Perkakas, Isi Rumah, Barangan Elektrik, Aksesori Kereta, Alat Tulis, Mainan, Hadiah, Alatan Sukan dan Barangan Kemas & Kosmetik – dalam setiap gedung, MR. D.I.Y. menawarkan pilihan lebih 20,000 jenis produk pada harga paling rendah di pasaran. Syarikat ini mendukung wawasan untuk menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Asia Pasifik dan berusaha untuk mendahulukan pelanggan menerusi perniagaan yang inovatif dan fleksibel dengan menawarkan pilihan produk luas, kualiti yang tinggi dan harga yang memberikan nilai untuk wang; sejajar dengan cogan kata syarikat “ALWAYS LOW PRICES”.

Sertai Shopee Mencari Pasukan Bola Sepak Kegemaran

Demam Bola Sepak Kembali Melanda!

Bukan anda sahaja yang terkena tempias ini,malah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan turut dilanda demam bola – sukan terbesar sedunia!

Shopee Demam Bola [BM]

Dengan kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan Shopee Piala FA Malaysia yang amat dinanti-nantikan, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA.

Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee.

Apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka
  • memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak
  • meneka keputusan perlawanan
  • dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama.

Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini.

“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia. Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami. Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa kami. Semasa kami mengambil keputusan untuk menjalinkan usahasama dengan Malaysia Football League, hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia – dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami.”

-Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Tambah Ho lagi,

“Walau bagaimanapun, selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Sebab itu Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola. Dalam usaha tersebut, kami menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan arena bola sepak tempatan dan melancarkan Kempen Demam Bola untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan padu dan sebagai satu penghormatan kepada pasukan tempatan. Kami menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat bola sepak. Dengan ini pasti pengguna kami akan terus berasa teruja.”

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018.

Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis tontonan sendiri di rumah juga boleh mendapatkan kelengkapan rumah berkaitan seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi.

Shopee akan meneruskan promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi, babak dramatik dan kontroversi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.