“Jom Makan” Kenduri-Kendara di Vasco, Hilton KL

Mendengar perkataan Kenduri-Kendara yang menjadi tema bufet Ramadhan Hotel Hilton KL sudah dapat membayangkan banyaknya juadah-juadah enak dengan pelbagai pilihan yang disediakan  oleh hotel bertaraf Lima Bintang ini.

KendurikendaraVascos 01 JPG

Lebih daripada 200 juadah nostalgia kegemaran ramai disediakan oleh Team Kulinari kepada pengunjung yang datang ke Vasco Hilton KL sepanjang bulan Ramadhan ini..

Vasco Hilton KL ini terkenal dengan reka binaan taman urban “al fresco” menyediakan hidangan utama yang terkenal di negeri-negeri di Malaysia bermula dari Utara hinggalah ke Selatan tanah air.

KenduriKendaraVascos 08JPG

KendurikendaraVascos 05JPG

Menariknya, juadah-juadah yang disediakan diletakkan di atas dulang-dulang klasik yang sering digunakan sewaktu kenduri-kendara di kampung.

hdr
Kambing Panggang Rempah Bermadu

Kesemua hidangan yang disediakan memang enak dan antara yang menjadi perhatian adalah kuah Asam Pedas Dondang Sayang Dengan Burasak dari Melaka, Ayam Masak Lemak Rebung Joget dari Selangor, Sambal Tumis Udang Harimau Dengan Petai Berangkai dari Perak, Nasi Dagang Ulek Mayang dan Nasi Kerabu Watimang Landok dari Terengganu, Sup Merah Temasik Bengkulu dan ikan Bakar Wak Safri Si Kuda Kepang dari Johor, Gulai Daging dari Perlis, Ikan Patin Sungai Tempoyak dari Pahang dan banyak lagi.

Bagi yang meminati menu Pulau Pinang, Vasco Hilton KL menyediakan Murtabak Raja, Pasemboq Boria Padang Kota yang sememangnya terkenal di negeri itu.

hdr
Fish Tikka

dav

Turut disediakan aneka jenis makanan India, makanan antarabangsa seperti Jepun dan Barat seperti piza serta pasta.

Tidak ketinggalan aneka jenis kerabu, aneka jenis acar, rojak buah, ulam-ulaman kampung, aneka jenis sambal pencicah, ikan masin, ikan pekasam, serunding ayam, serunding daging, serunding ikan yang sedap dimakan bersama ketupat palas, ketupat daun kelapa, lemang pulut dan lemang pulut hitam. Juga sedap dimakan bersama Bubur Lambuk Haji Bakhil.

hdr

Yang sukakan makanan masam, aneka jeruk juga tapai disediakan untuk anda membuat pilihan.

Sambil makan, cuci mata dengan demo live penyediaan Kuih Loyang oleh Cef Deen.

Harga bufet:

  • 17 Mei-17 June 2018-RM188 nett (Dewasa) & RM100 nett (kanak-kanak 6-11 tahun)
  • 13 Jun-17 Jun 2018-RM100 nett (secara online via TABLEAPP.com dengan bayaan penuh)

 

Selera Malaysia di Kafe Mill

Orang ramai yang rindukan juadah tradisional Malaysia, bolehlah merasainya di Hotel Grand Millennium yang sudahpun bermula pada 16 Mei lalu dan bakal berakhir pada 14 Jun nanti.

hdr

hdr

Lebih daripada 300 hidangan tradisional yang menyelerakan seperti Gulai Daging Salai, Kawah Kari Kepala Ikan, Ayam Golek, Nasi Hujan Panas, Rendang Daging, Sotong Masak Hitam, Daging Kambing Panggang, Ikan Siakap Sambal, Bubur Lambuk dan banyak lagi disediakan oleh Team Kulinari di bawah penguasaan Cef Eksekutif, Laurent Lherisson.

hdr

Namun hidangan lain dari lain yang ada di sini adalah Oven Roasted Beef Bone Marrow yang bukan sahaja tampil unik penyediaannya malah keenakannya tidak dapat digambarkan!

dav

Bukan itu sahaja, jika hotel lain menyediakan kambing panggang dewasa, berlainan dengan Grand Millennium yang menawarkan Oven Roasted Whole Baby Lamb. Dagingnya yang lembut memang tak cukup sepinggan!

Selain Cef Eksekutif, turut terlibat dalam penyediaan juadah berbuka puasa di Grand Millennium ini adalah Cef Ali berasal dari Melaka, pakar dalam Masakan Melayu, pakar masakan India datang dari New Delhi iaitu Cef Makhan Singh, pakar masakan Barat dari Sabah, Ekesekutif Cef Sous Unaver Unabia dan pakar dalam pastri, Cef Joas Kam yang berasal dari Melaka.

“Tahun ini, Team kami sungguh gembira dapat menyediakan juadah masakan Malaysia mengguna resipi asal dari Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kelantan, Pahang dan banyak lagi. Pengunjung yang datang berbuka di sini boleh menikmati kesemua juadah ini bersama-sama insan tersayang dalam suasana tenang.”

-Eksekutif Cef, Laurent Lherisson

Selain juadah-juadah utama, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan pemanis mulut yang disediakan seperti aneka kek, aneka kuih-muih, aneka puding, aneka bubur, aneka kerabu, tapai pulut dan banyak lagi.

Antara pemanis mulut yang menambat perhatian adalah kek Coklat Rasberri, Kek Teh Hijau Kacang Merah,  Kek Mangga Keju yang memang enak rasanya.

IMG_20180409_183457

Bagi yang inginkan suasana eksekutif sewaktu berbuka puasa, boleh berbuat demikian di Semi Private Dining Area. Menariknya, di setiap meja di sini, set Dome diletakkan di atasnya dengan didalamnya tersedia hidangan istimewa yang tiada pada hidangan bufet. Biasanya ia lebih sesuai kepada mereka yang datang dalam kumpulan besar antara lapan hingga 10 orang.

Gulai daging salai, kawah kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging & sotong masak hitam (2)

Hanya dengan bayaran sebanyak RM168 nett, mereka tidak perlu berbaris panjang untuk mengambi hidangan bufet apabila tiba waktu berbuka.

Ballroom Millennium pula boleh digunakan oleh mereka yang datang dalam kumpulan besar melebihi 10 orang dan ingin merasai pengalaman menikmati juadah yang berlainan yang disediakan oleh cef-cef yang mahir dalam penyediaan makan malam istimewa, majlis rumah terbuka dan program korporat. Pakej bermula pada harga RM128 seorang manakala korporat bermula paa RM180 seorang.

Harga bufet:

  • RM158 bersih
  • Bermula pukul 7 malam hingga 10 malam

Untuk menempah, hubungi:

-03-2117 4163 atau emel: mill@millenniumhotels.com

-03-2117 4306 atau emel:sales.gmkl@millenniumhotels.com (untuk korporat)

VE DI HATI Imbas Semula Memori Lama

Diilhamkan oleh VE Hotel & Residence, Bangsar South City sempena kehadiran Ramadhan beberapa hari lagi, VE DI HATI mengembalikan kenangan juadah-juadah kampung yang sering dihidangkan setiap kali berbuka puasa.

IMG_20180329_185709

Mereka yang rindukan juadah-juadah tersebut bolehlah berkunjung ke The Straits Estate yang terletak di aras M3. Dikelilingi oleh dinding kaca, sambil berbuka puasa, pengunjung boleh menikmati panorama waktu senja dan malam.

dav

VE DI HATI yang bakal diadakan sepanjang bulan Ramadhan bermula 17 Mei hingga 14 June adalah program yang merangkumi TIGA bahagian iaitu:

  • VE Straits Festival: menawarkan hidangan-hidangan enak yang mewakili negeri-negeri di Malaysia
  • VE Share The Care: platfom untuk memberi semula kepada komuniti yang mana setiap jualan dari VE Strait Festival, sebanyak RM1 akan diserahkan kepada rumah-rumah anak yatim dibawah naungan VE Hotel
  • VE In Your Heart: dengan tema ‘Hospitality From The Heart’, VE Hotel berharap adanya ikatan persahabatan yang berkekalan di antara pelanggan hotel dan staf

“Berkumpul bersama-sama dengan yang tersayang untuk berbuka puasa memberi satu kepuasan dan ketenangan. Di The Straits Estate, VE Hotel & Residence, kami menawarkan persekitaran dan suasana yang tenang untuk anda nikmati sewaktu makan dan cipta kenangan bersama keluarga, kenalan dan rakan sekerja.”

-Tony Ho, Pengurus Besar VE Hotel & Residence

“The Straits festival menyediakan juadah-juadah yang biasanya diraikan untuk acara-acara yang besar seperti majlis perkahwinan dan juga Karnival Jalanan. Kami menyediakan makanan di sekeliling The Straits Estate, iaitu di ruang dalam dan juga di gerai-gerai kecil yang disusun di bahagian luar, iaitu di kawasan kolam renang. Team kulinari kami akan sentiasa memastikan makanan yang dihidangkan mencukupi untk semua orang merasainya, bermula dari Sup Gearbox, Laksa, Roti John, Popia Basah, Rojak hinggalah gerai Ais Batu Kacang.

Berbuka puasa tidak lengkap jika tidak menjamu mata melihat dan merasai semua juadah yang dihidangkan lebih-lebih lagi Kambing Panggang dan Shawarma yang mengguna rempah-ratus berlainan setiap hari. Pasti semua teruja melihat asap berkepul-kepul yang keluar sewaktu membakar Sate dan haruman yang dibawa oleh asap berkenaan.”

-Sidi Fikri, Pengarah Operasi VE Hotel 7 Residence

VE HOtel _ Residence 2018 Straits Festival (10)

 

 

IMG_20180329_185618(1)

Lebih daripada 100 juadah bakal dihidangkan di gerai-gerai kecil dan di dalam The Straits Estate yang pastinya buat anda tidak sabar untuk merasainya!

Antara juadah yang perlu dicuba di sini adalah Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutub dan banyak lagi hidangan yang membuatkan anda kecur air liur!

VE HOtel _ Residence 2018 Straits Festival (9)

Selain juadah utama di atas, anda juga boleh menikmati Ulama-Ulam Kampung, Salad, Keropok Ikan, Papadom dan juga aneka jenis kek, biskut, kiuh-muih tradisional Melayu, aneka pastri, Pulut Panggang, Tapai, Sagu Gula Melaka dan yang sering menjadi pencuci mulut terbaik sama ada bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa adalah Ais Krim dengan pelbagai Topping dan sos.

Harga bufet Ramadhan yang bermula pada 17 Mei ini hingga 14 June nanti adalah:

  • Dewasa-RM128
  • Warga Emas-RM64
  • Kanak-kanak bawah umur 12 tahun-RM64

Untuk menempah, hubungi:
03-22462888

KLCC Tawar 11 Masakan Asli Kampung Yang Mewakili Negeri-Negeri di Malaysia

Aneka juadah berbuka puasa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk syarikat korporat dan orang ramai kembali lagi tahun ini.

IMG_20180419_121832
Tulang Rusuk Kerutup Bakar
IMG_20180419_121029
Daging Kambing Panggang

IMG_20180419_121302

hdr
Udang Goreng Keriuk-Keriuk Minyak

Menu ramadhan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri di Semenanjung, Sabah serta Sarawak kerana keenakannya namun kurang dikenali oleh warga kota adalah Sup Urat Kaki dan Tetel (Perlis), Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar (Terengganu), Udang Goreng Keriuk-keriuk Minyak (Kelantan) dan Ayam Olek-Olek Bumbu Cekur (Sabah).

IMG_20180419_140901

Menurut Cef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar:

“Untuk benar-benar mencerminkan perjalanan nostalgia ke seluruh Malaysia dalam tawaran berbuka puasa Ramadan tahun ini, pasukan kulinari kami yang kreatif telah merantau ke seluruh pelusuk negeri untuk mencari 11 masakan asli kampung yang betul-betul dapat mewakili negeri-negeri di Malaysia.

Selain sajian bufet yang disediakan,orang ramai boleh menikmati makanan kegemaran tempatan dari ‘Chef Action Stations’ yng disediakan atas permintaan, seperti kuetiau goreng ala Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan. Pelanggan juga boleh menikmati sate ayam, sate daging, bubur lambuk dan semua sajian istimewa untuk hari raya termasuk Rendang Tok lengkap dengan Nasi Impit, Ketupat serta Lemang.”

Menjelaskan lebih lanjut tentang kenyataan Cef Hisham, Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor berkata:

“Dengan matlamat untuk memberikan kesenangan, keselesaan dan kelazatan, bufet Ramadan kami yang pasti membuka selera telah disesuaikan oleh pasukan kulinari kami seramai 52 orang yang pernah memenangi banyak anugerah, bagi membolehkan pelanggan merantau dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan untuk menikmati sajian berbuka puasa tradisional berbilang budaya yang dihidangkan di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).”

Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas yang selesa, lengkap dengan sejadah, selipar, tempat wuduk dan seorang Imam untuk mengetuai jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Tidak perlu rasa was-was mahupun risau dengan status makanan Halal di sini kerana semua dapur masakan Cina, Jepun, Barat, Sejuk dan Pastri kerana telahpun menerima pengesahan Halal daripada JAKIM.

Dengan jaminan kualiti dan keaslian sajian makanan, pelanggan akan mendapat layanan bertaraf dunia dan makanan bertaraf 5 bintang apabila berbuka puasa di Pusat Konvensyen.

hdr

Selain pelbagai sajian kegemaran dan tradisional, menu berbuka puasa krporat dan orang raami menawarkan pilihan kontemporri dan antarabangsa untuk pelanggan yang mencari kelainan. Sajian istimewa untuk mereka termasuk Pita Kebab Arab Daging Cincang, Teriyaki Jepun, Ikan Panggang Tikka, makanan laut BBQ gaya Thai dan Kambing Panggang Harissa Pusat Konvensyen yang terkenal dihidangkan dengan sos dan rempah perasa.

“Berbuka puasa di bulan Ramadhan tidak lengkap tanpa stesen ‘goreng=gorengan’ yang menyediakan pisang, cempedak, keladi dan sukun goreng, keropok lekor dan kudapan goreng yang lain. Mereka yang gemarkan manisan boleh menikmati Ais Batu Campur (ABC) dihidangkan dengan pelbagai tambahan dan ais krim, Bandung Cremeux, Agar-Agar Cendol, Bubur Jagung Manis, Tapai Pulut, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi.”

Harga bufet:

  • RM145 bersih seorang untuk tempahan antara 25 Mei hingga 5 Jun
  • RM125 bersih seorang untuk tempahan berbuka puasa korporat bagi 100 orang dan lebih

Hubungi:

03-2333 2888 & email: info@klccconventioncentre.com

The Pearl KL Tawar Bufet Ramadhan dan Menu Sahur

The Pearl Kuala Lumpur antara hotel yang menawarkan bufet Ramadan tahun ini.

IMG_20180425_144153

Bertemakan “Sajian Warisan Nusantara”, pengujung boleh menikmati lebih daripada 200 aneka juadah berbuka puasa yang terdiri daripada makanan Melayu tradisional hinggalah makanan Jepun, Cina dan makanan Barat di Cafe 5 yang terletak di aras 5.

dav

dav

Antara yang boleh dicuba adalah aneka jenis lauk-pauk tempatan seperti Pajeri Epal hijau, Sayur Lodeh, Sambal Sotong, Kari Ikan Bawal, Rendang Daging

dav

Selain itu, The Pearl juga menyediakan aneka jenis buah, aneka jenis keju, aneka jenis kacang, aneka jenis kurma, aneka jenis ikan masin, aneka kuih-muih tempatan dan aneka pastri.

IMG_20180425_123154

IMG_20180425_124323

IMG_20180425_124258

Namun hidangan Kaki Lembu Panggang dan Seafood Shell Out Malaysia Style adalah makanan yang menjadi tumpuan utama dan harus dirasai. Mengguna ramuan rempah tempatan, daging lembu panggang ini sungguh lembut dan boleh dimakan begitu sahaja. Mereka yang sudah merasainya, pasti akan menambah hidangan berkali-kali!

Goreng-gorengan seperti Samosa Goreng, Popia, Sotong, French Fries dan Potato Wedges serta menu seperti Roti Jala, Otak-Otak, Sate Ayam, Sate Daging, Murtabak turut disediakan untuk pengunjung hotel.

Harga bufet The Pearl adalah seperti berikut:

  • Dewasa-RM98 nett
  • Warga emas-RM65 nett
  • Kanak-kanak-RM30 nett

Bufet ramadan bakal bermula 17 Mei hingga 13 Jun dari pukul 6.30pm hingga 10.30 pm.

Selain menyediakan bufet Ramadan, The Pearl turut menyediakan menu untuk sahur bermula pada pukul 11 malam hingga 5pagi. Harga yang dikenakan adalah RM33 nett untuk seorang.

Hubungi:

  • Tel/Wassup-016-331 8729, 03-7983 1111 ext 3205

 

PWTC Tawar Bufet ‘Selera Ramadan’ Berkonsepkan Pasar Malam

Menyediakan 24 buah gerai makanan yang berkonsepkan pasar malam, bufet Ramadan PWTC in menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan ringkas. 

Peka dengan selera umat Islam yang lebih gemar makanan ringkas namun kepelbagaian seperti yang ditawarkan di bazar-bazar dan pasar malam, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar di dalam keselesaan ruang berhawa dingin. Dengan itu, pengunjung yang datang ke ‘Selera Ramadan’ PWTC ini tidak perlu bersesak dan berpanas untuk mendapatkan juadah-juadah tersebut.

dav

Bukan itu sahaja, elemen-elemen pasar malam turut diketengahkan pada hiasan gerai, pakaian pelayan dan cef selain cara makanan dihidangkan. Pengujung juga dihiburkan dengan alunan irama dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Evan sepanjang bulan Ramadan nanti.

IMG_20180416_145856

IMG_20180416_150846
Sotong Sambal Petai (kiri) & Udang Masak Lemak Nenas (kanan)
dav
Kambing Goreng Berempah (kiri) & Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak (kanan)

dav

 

IMG_20180416_150311

Antara juadah yang ditawarkan adalah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti John, aneka kuih-muih Melayu, roti canai, murtabak, pisang goreng, cemepedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak buah dan air minuman seperti air tebu serta mata kucing.

hdr

Selain juadah pasar malam itu, pasukan cef yang diketuai oleh Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari.

Pengunjung boleh menikmati bufet dengan tenang kerana mereka boleh menunaikan solat berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3. Segala kelengkapan seperti telekung dan sejadah disediakan.

Baucar bufet Ramadan ini akan ditawarkan pada 17 Mei nanti pada harga:

  • Dewasa RM88
  • Kanak-kanak RM45
  • Warga emas RM75
  • Pembelian baucar early bird RM75 bagi mereka yag membeli sebelum 16 Mei

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa untuk:

  • Persendirian-RM115 bersih untuk tempahan minima 50 orang & RM98 bersih untuk tempahan 100 orang ke atas
  • Korporat

Pakej ini diadakan di Dewan Bankuasi dengan persediaan hidangan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan kadar bayaran parkir tetap RM5 untuk sekali masuk bermula jam 6 petang.

Untuk tempahan atau pembelian baucar:

-Kaunter tempahan di aras 2 PWTC (9am-5pm)

-Restoran Riverside di 03-2614 6701/6702 atau 03-2614 6262

Reviu: Masakan ala kampung yang ada di sini sangat enak memang menyelerakan. Menu kambingnya terbaik. Pemanis mulutnya juga banyak dengan kepelbagaian warna dan bentuk.

 

40 Cef Bergabung Untuk Bufet Ramadan “Colours of Malaysia” FELDA D’Saji

Berpengalaman selama 20 tahun dalam penyediaan juadah Ramadan, Felda D’Saji menjanjikan kepelbagaian menu yang lebih relevan dan memenuhi cita rasa ramai.

Kali ini, juadah berbuka puasa Felda D’Saji bertemakan “Colours of Malaysia”.

Ini bakal meletakkan D’Saji sebagai lokasi UTAMA bufet Ramadan untuk tahun ini.

dav

dav

Dengan tenaga 40 cef, pengunjung yang datang berbuka puasa bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah enak seperti Nasi Dalam Perut Kambing, Nasi Goreng Nenas, Kambing Bakar dengan 9 rempah dan Steambot.

dav

dav

Juga aneka jenis lauk-pauk seperti Asam Pedas Tetel, Itik Salai Masak Cili Api, Pais Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Lemak Mata Biru, Mee Kolok, Mee Udang, Kacang Pool, aneka jenis salad, Roti John dan banyak lagi hidangan yang pastinya membuatkan anda ingin merasa kesemuanya!

dav

dav

Pemanis mulut yang ditawarkan pula adalah Kek Lapis Sarawak, aneka kuih-muih seperti Nyonya Manis, Keria dan aneka pastri Perancis.

IMG_20180418_112643

Selain juadah tempatan, Felda D’Saji turut menyediakan hidangan antarabangsa seperti Sushi dari Jepun dan makanan Barat seperti piza, potato wedges dan banyak lagi.

Selain di Felda D’Saji, pengunjung juga boleh menikmati bufet Ramadan di cawangan-cawangan D’Saji yang mana setiap cawangan ini mempunyai temanya tersendiri iaitu:

  • “Taste of Asean” di Restoran D’Saji KL Titiwangsa
  • “Malay Authentic and Grills” di Orchard Villa Gombak & Cempaka Villa Bangi
  • “Citarasa Ramadan” di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara

Menariknya, tahun ini buat kali pertama, Feld D’Saji memperkenalkan D’Saji Delivery, satu perkhidmatan penghantaran makanan di sepanjang bulan Ramadan di sekitar Lembah Klang dalam radius 15km iaitu Ampang, Gombak, Pandan, Cheras, Bangsar, Sentul, Brickfields, Mont Kiara dan Kuala Lumpur.

Dengan pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 hingga 15 orang, pelanggan boleh menikmati juadah bufet Ramadan di rumah.

Untuk tempahan di Felda D’Saji, hubungi:

  • Emel: salesdsaji@felda.net.my
  • Tel:03-2698 8302

Untuk menempah D’Saji Delivery, hubungi:

  • 019-6622525
  • Isnin-Ahad
  • bermula dari 8.30 pagi hingga 8 malam

Harga bufet Ramadan:

Tempahan awal sudahpun dibuka dan bakal berakhir pada 15 Mei ini. Harga adalah seperti berikut:

  • Dewan Perdana Felda, KL : Harga asal (RM88), RM69 bagi tempahan awal
  • Orchard Villa Gombak: Harga asal (RM58), RM48 bagi tempahan awal
  • Red Carpet Avenue Kota Damansara: Harga asal (RM48), RM40 bagi tempahan awal

Reviu: Colours of Malaysia ini menawarkan kepelbagaian juadah yang enak dari negeri-negeri di Malaysia yang agak sukar dicari di KL seperti Kacang Pool dan Mee Kolok. Tidak perlu lagi travel ke Johor ataupun Sarawak untuk menikmatinya.