CJ Wow Shop Tawar Ganjaran Sempena Ulang Tahun Ke-3

Sempena sambutan ulang tahun ke-3 CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah serba inovatif di rumah ini telah mengumumkan pelancaran kempen ‘3 Tahun Makin WOW’, yang merangkumi satu siri promosi melalui pelbagai saluran CJ WOW SHOP, termasuk platform TV, dalam talian, dan mudah alih.

Photo 3 - CJ WOW SHOP Malay Show Hosts

Dikenali sebagai karnival beli-belah di rumah yang terbesar di Malaysia, kempen selama 3 minggu ini akan bermula dengan rancangan siaran langsung khas yang berdurasi 23 jam pada 30 dan 31 Mac di ntv7, 8tv dan TV9. Ia akan memaparkan barisan hos kegemaran warga Malaysia termasuk Zaim Helmi, Lily Liyana, Diana Rusdi, Jimmy Shanley, Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap dan lebih ramai lagi. Di samping itu, barisan hos ini juga akan menggemparkan pelanggan dengan satu video muzik khas yang dihasilkan melalui gandingan dengan kumpulan muzik popular tanah air, Back2Basixx.

Photo 1 - Mr. Kim Yang Hyun, CEO of MP CJ ENM Sdn Bhd

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd berkata,

“Ganjaran yang kami tawarkan sepanjang kempen ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan lama mahupun baru. Merekalah yang menjadi inspirasi kami untuk mencapai potensi maksimum kami serta meningkatkan tumpuan kami supaya mampu berkhidmat bagi lebih ramai rakyat Malaysia.”

Bermula dari Mac 30 hingga 21 April 2019, pelanggan boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan melalui promosi eksklusif berikut.*

30 – 31 Mac 2019
• BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

• BAUCER DISKAUN WOW RM10 untuk semua pembelian produk TV melalui pusat panggilan dan dalam talian

• 5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian

1 – 21 Apr 2019

• BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

• BAUCER DISKAUN WOW RM3 untuk pembelian dalam talian

• 5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Sedia untuk pertumbuhan lebih pesat melalui shoppertainment

Platform ini melancarkan pelbagai format rancangan bagi memberi nafas baharu kepada programnya serta menghiburkan peminatnya, dengan memfokuskan kepada inovasi untuk menyediakan pengalaman beli-belah di rumah yang terbaik. Terbaharu, CJ WOW SHOP telah memperkenalkan ‘WOW Cantik’, satu rancangan fesyen & kecantikan yang memaparkan penstriman sosial secara siaran langsung. ‘WOW Cantik’ akan diacarakan oleh Yana Samsudin dan disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi setiap Jumaat. Rancangan ini akan menyaksikan interaksi dengan penonton di rumah mahupun studio dengan masa nyata.

“Kejayaan berterusan kami dalam tiga tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbuka terhadap beli-belah di rumah. Pencapaian ini meletakkan CJ WOW SHOP pada kedudukan lebih kukuh dalam melaksanakan komitmen kami dalam menyediakan satu pengalaman ‘shoppertainment’ unik bagi pelanggan – yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermaklumat dan boleh dipercayai. Kami akan terus mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dengan meningkatkan akses mereka kepada produk dan perkhidmatan mengikut kemudahan mereka, di rumah dan mana-mana sahaja tidak kira masa,” tambah Encik Kim.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggan serta memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, ia telah memperluas tawarannya daripada 27 produk apabila ia baru dilancarkan, kepada lebih 1,000 produk pada hari ini, termasuklah produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peranti elektronik, kecantikan & fesyen dan banyak lagi.

Pada tahun ketiga operasinya, rangkaian beli-belah di rumah ini baru-baru ini telah memperluas tawaran bagi peminat Cina dengan menyediakan lebih slot Bahasa Mandarin di ntv7, sekaligus meningkatkan lagi akses mereka kepada gaya hidup inovatif serta pelbagai produk gaya hidup. Di samping itu, CJ WOW SHOP terus mengukuhkan tawarannya dalam segmen pengguna Melayu melalui pelbagai program di TV9, dan berjaya mengukuhkan kedudukan TV9 serta ntv7 sebagai saluran penting bagi kandungan beli-belah di rumah bahasa Melayu dan Cina yang bermutu tinggi.

Dengan perkembangan ini, CJ WOW SHOP menyasarkan untuk melangkaui jualan tahunan sebanyak RM300 juta pada tahun 2019. Matlamat ini ditetapkan berdasarkan prestasi hebatnya pada tahun lalu, di mana ia berjaya melangkaui sasaran pendapatan sebanyak RM200 juta pada penghujung tahun 2018.

CJ WOW SHOP merupakan usahasama antara Media Prima Berhad dengan CJ ENM Co Ltd (Bahagian Beli Belah Di Rumah) dari Korea Selatan, iaitu pengendali TV Beli-Belah di Rumah No. 1 di Asia. Dilancarkan pada April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan pelbagai jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah membolehkannya mendapat pengiktirafan serantau di The Spark Awards 2017 : Best Sales and Marketing Intelligence Solution (Emas), Marketing PR Awards 2017 Southeast Asia : Best Direct-to-Consumer PR Campaign (Gangsa), Marketing Excellence Awards 2017 : Excellence in Marketing to a Female Audience (Gangsa) dan Mobile Business Excellence Awards 2018 : Best Mobile Commerce Application.

Rangkaian beli-belah ini menampilkan demonstrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, nt7, 8TV, TV9 dan tonton. Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

Jadual Siaran Langsung 23 jam

Masa Saluran Produk
Sabtu, 30 Mac Ahad, 31 Mac
8:00AM TV9 RIINO Multifunctional Blender Wedo Zero Bike
9:00AM TV9 Riino Sewing Machine Midea 9kg Semi Auto Washer
10:00AM TV9 RIINO Rapid Air Fryer MUGEN Pressure Cooker
11:00AM TV9 Habib Flower pendant Riino Cyclone Vacuum
12:00PM TV9 Ilo Cherry Pot Set Mugen Twin Fan Set
1:00PM 8TV SINCERO 6L Pressure Cooker
2:00PM NTV7 SINCERO High Speed Processor Good Morning VGrain Health Drink
3:00PM NTV7 Chriszen-Aloe Vera & Rice Milk Collagen Set S.Stella New Pendant + Earing Set
4:00PM NTV7 TAGG Fancy Legging Anniversary Special ELIZA – Microfiber Towel Set
6:00PM TV9 Living Cabinet 16 Cubes Simply Bella Luna Tunic Blouse Anniversary Special
8:30PM NTV7 Mugen Glass Top Infrared Cooker iGOZO Marble Coating Wok
9:30PM NTV7 Gintell G-Beetle Foot Massager Akemi Essential Firm Pillow

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.cjwowshop.com.my

 

“Wow in a Million” Bakal Menyaksikan CJ Wow Shop Mencapai 1 Juta Pelanggan

Oleh itu, rangkaian beli-belah di rumah ini berhasrat menjelajahi negara untuk bertemu pelanggan setia mereka di samping memberi ganjaran sebagai tanda penghargaan menerusi “WOW in a Million”

Image 2

CJ WOW SHOP bakal meraih satu lagi kejayaan apabila jumlah pelanggan bakal mencecah 1 juta. Sehubungan itu, mereka telah melancarkan inisiatif “WOW in a Million” bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Kempen “WOW in a Million” yang akan disambut selama sebulan menyaksikan satu pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru akan menjelajahi seluruh negara untuk melawat 100 Pelanggan Utama yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi.

Pasti mereka gembira apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah untuk melafazkan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran.

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP yang akan memimpin barisan konvoi tersebut berkata,

“Antara faktor kejayaan kami adalah keyakinan dan kepuasan pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kami tahun demi tahun. Merekalah yang sentiasa memacu kami menuju ke puncak pencapaian yang lebih tinggi. ‘WOW in a Million’ merupakan peluang kami untuk menghargai pelanggan dan peminat utama dengan menawarkan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, serta kejutan manis yang benar-benar mengujakan.”

CJ WOW SHOP dijangka akan melepasi tanda aras 1 juta pelanggan dalam bulan September, yang merupakan satu pencapaian bermakna dalam tahun yang hebat ini.

Sehingga kini, asas pelanggan rangkaian ini telah bertumbuh sebanyak 56 peratus sejak hujung tahun 2017, sekaligus membuktikan kedudukan CJ WOW SHOP sebagai perkhidmatan beli-belah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif, dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

Selama beberapa tahun ini, CJ WOW SHOP telah berjaya mengekalkan asas pelanggan berulang yang kukuh. Pencapaian ini telah terbukti dengan golongan 100 Pelanggan Utama yang secara puratanya telah membelanjakan sebanyak RM14,600 setiap orang.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan pencapaian ini, semua pelanggan akan diberi ganjaran baucar beli-belah bernilai RM20 setiap orang untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang

Bermula 1 hingga 30 September, rangkaian ini juga akan membawakan program siaran langsung khas sepanjang hari yang memaparkan beberapa selebriti undangan, di samping menjanjikan interaksi dan tawaran yang lebih menarik bagi para pelanggan.

Pengalaman media dagang bersepadu

Bagi CJ WOW SHOP, pencapaian baru ini akan mengukuhkan lagi aspirasinya untuk memperkembang perniagaannya sebagai sebuah platform media dagang yang mampu memeriahkan lagi hidup rakyat Malaysia.

Kempen ini merupakan lanjutan komitmen CJ WOW SHOP untuk menyediakan ‘shoppertainment’ – suatu pengalaman beli-belah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga dapat digemari, diyakini, dan dipercayai oleh pelanggan.

Dengan bertumpu pada usaha ini, CJ WOW SHOP berada di kedudukan baik untuk mencecah pendapatan lebih RM200 juta menjelang hujung tahun 2018. Pencapaian ini adalah berikutan kejayaan pelbagai inisiatif yang dilancarkan sepanjang tahun ini, bermula dengan kempen ulang tahun keduanya, ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ yang mencatatkan TIGA kali lebih ramai pelanggan daripada jumlah purata seharian.

CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggannya, di samping memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, CJ WOW SHOP telah menambahkan tawaran yang bermula dengan hanya 27 pilihan kepada lebih 450 barangan pada hari ini, termasuk pelbagai produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peralatan elektronik, produk kecantikan, fesyen dan sebagainya.

Bagi meningkatkan lagi unsur hiburan bagi rancangan beli-belah televisyen, rangkaian ini telah memperkenalkan sebuah program dalam format baharu, ‘The WOW Show’ yang menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara tetamu selebriti. Rancangan ini yang turut meraikan ulangtahun pertamanya telah mengukir kejayaan tersendiri dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM12 juta sepanjang siaran 94 episod menerusi saluran TV3 dan TV9.

Pendekatan inovatif oleh CJ WOW SHOP ini turut dilaksanakan ke atas kerjasama dengan personaliti-personaliti hiburan antarabangsa.

Baru-baru ini, CJ WOW SHOP telah menjalinkan gandingan unik dengan jenama fesyen Korea, ‘Ce&’ serta kumpulan sensasi K-Pop, Wanna One untuk membawa koleksi barangan rasmi secara eksklusif bagi penonton. Selain itu, CJ WOW SHOP turut berganding bahu dengan rangkaian TV Korea Selatan, Channel A untuk mempersembahkan ‘Sales King TV’, iaitu program hiburan aneka ragam yang menggabungkan aktiviti jualan dengan program siaran televisyen secara langsung.

Program yang pertama seumpama ini menampilkan personaliti-personaliti Korea popular, termasuk bintang program aneka ragam popular ‘Running Man’, Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan, serta idola K-Pop, JeA dari ‘Brown Eyed Girls’ dan Sung-jong dari ‘INFINITE’.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan:

  • membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808
  • melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my
  • pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

CJ WOW SHOP Rai Ulang Tahun ke-2 Dengan Ganjaran Hebat

Apatah lagi dengan adanya kerjasama hebat bersama bintang TV, Yana Samsudin

Photo 2JPG

CJ WOW SHOP, destinasi beli belah pintar sehenti Malaysia mengumumkan pelancaran sambutan meraikan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Sempena pencapaian ini, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival beli-belah dari rumah yang terbesar menampilkan beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 1 April 2018.

Sejak dilancarkan pada 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450. Antaranya termasuklah produk isi rumah, barangan elektrik, gajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi.

Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan dan mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata,

“Pencapaian yang hebat ini memberi semangat kepada kami untuk lebih fokus dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Malaysia. Hari ini CJ WOW SHOP telah berkembang menjadi sebuah destinasi membeli belah pintar sehenti dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa pelanggan kami. Di samping meraikan kejayaan ini, sambutan ulang tahun ini juga merupakan penghargaan kami buat pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka. Ini termasuklah menyediakan produk yang lebih hebat, penjimatan dan ganjaran yang lebih tinggi bagi memeriahkan lagi hidup mereka.”

Ganjaran Eksklusif Beg WOW oleh Duta Ulang Tahun Yana Samsudin untuk Pelanggan
CJ WOW SHOP juga telah melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin, sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran ini, ‘The WOW Show’. Yana mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.

Kerjasama ini merangkumi juga “Beg WOW”, beg mesra alam edisi terhad yang direka dan dibawa khas oleh Yana Samsudin. Sepanjang bulan April, hadiah eksklusif ini akan diberikan secara percuma kepada para peminat Yana dan para pembeli yang membuat sebarang pembelian di CJ WOW SHOP.

Pelantikan ini juga selaras dengan konsep CJ WOW SHOP untuk membawa pengalaman ‘shoppertainment’ yang unik dan menarik. Yana Samsudin akan berganding bahu dengan hos tetap rancangan CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi dan Lily Liyana bagi menghiburkan penonton.

Komitmen untuk Berkembang Bersama Pelanggan dan Rakan Niaga

Pencapaian tahun 2017 telah meningkatkan lagi keyakinan CJ WOW SHOP untuk terus berkembang bersama pelanggan dan rakan niaga, terutamanya syarikat-syarikat tempatan yang menyediakan produk hebat.

Pada masa ini, 70% daripada produk yang dijual melalui saluran ini terdiri daripada jenama tempatan termasuklah Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Winds, penjual gajet, peralatan serta produk isu rumah.

En. Kim berkata:

“Kerjasama rapat dengan syarikat kecil dan sederhana tempatan sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP merupakan platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan ini mencapai potensi pasaran meluas yang sebenar. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kami juga akan meningkatkan khidmat pelanggan serta pengalaman membeli belah secara keseluruhan bagi menyokong strategi pertumbuhan kami.”

CJ WOW SHOP adalah usaha sama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan, yang pengendali rangkaian belibelah di rumah melalui TV No 1 di Asia. Dilancarkan dengan meriah pada bulan April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah menyaksikan syarikat menerima pengiktirafan serantau dari The Spark Awards 2017 untuk Penyelesaian Risikan Pemasaran dan Jualan Terbaik (Emas) dan Marketing PR Awards 2017 Asia Tenggara untuk Kempen PR Terus kepada Pelanggan Terbaik (Gangsa).

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my