SUNSILK #Siscuba Kolaborasi SUNSILK Hijab & Media Prima

Drama pendek LIMA siri ini menampilkan tiga kawan baik yang berusaha merealisasikan impian mereka sewaktu zaman sekolah menengah.

Photo 028

Mawar, Nora dan Yasmin, meskipun sudah mempunyai kerjaya masing-masing, namun berkerjasama untuk merealisasikan impian zaman sekolah mereka dalam menghasilkan tudung jenama mereka sendiri dalam Drama Sunsilk #Siscuba, kolaborasi antara Sunsilk Hijab Recharge dengan Rangkaian TV Media Prima.

Namun, bolehkah impian untuk memiliki empayar perniagaan sendiri sejak dari zaman sekolah masih dicapai walaupun terdapat perselisihan faham antara sahabat-sahabat yang dulunya rapat?

 

Drama Sunsilk #Siscuba, yang dibawa khas oleh Sunsilk Hijab Recharge di TV3, mengisahkan perjalanan tiga sahabat yang berusaha untuk mencapai impian mereka, sepadan dengan matlamat utama rangkaian syampu Sunsilk untuk memupuk gadis muda mengejar impian dengan penuh keyakinan.

Mawar, seorang yang kreatif dan mempunyai bakat ciptaan reka tudung yang cantik, terkenang memori zaman persekolahannya dengan dua sahabat baiknya, Nora dan Yasmin apabila terlihat jenama syampu kegemarannya, Sunsilk memuat naik satu kempen dengan #siscuba di laman sosial Instagram. Impian untuk memulakan perniagaan dengan menjual tudung rekaan sendirinya dihidupkan kembali dan Mawar mendapat inspirasi untuk memperbaiki hubungan sahabat-sahabatnya supaya mereka bertiga boleh bercuba untuk merealisasikan impian mereka sejak zaman sekolah lagi.

Nabila Razali yang memainkan watak Mawar dalam drama Sunsilk #Siscuba kata,

“Saya amat teruja kerana diberi peluang bekerjasama dengan Sunsilk Hijab Recharge. Mesej persahabatan dan semangat memupuk gadis muda untuk mencapai impian dengan penuh keyakinan yang terkandung dalam kempen Sunsilk #Siscuba ini memang mengharukan dan saya berharap ia akan memberi motivasi kepada para penonton dan pengguna Sunsilk Hijab Recharge untuk berusaha dalam mengejar impian mereka tanpa berputus asa.”

“Kami memahami bahawa rambut merupakan mahkota seorang wanita dan rambut yang sihat dan cantik, walaupun memakai hijab, memainkan peranan yang penting dalam tahap keyakinan diri seseorang. Objektif utama kempen Sunsilk #Siscuba ini adalah untuk memperkasa gadis muda untuk mengejar impian mereka dengan penuh keyakinan sama ada bertudung atau tidak, dengan mementingkan penjagaan kesihatan rambut untuk memiliki rambut segar dan sihat, dan kami tetap komited dalam matlamat ini,” kata Natalie Goh, Pengurus Kategori Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Goh juga berkata,

“Kami sedar bahawa masalah rambut dan kulit kepala akan mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang individu, tidak kira sama ada mereka memakai hijab atau tidak. Jarangkali terdapat syampu atau perapi rambut yang berkesesuaian dengan gaya hidup pemakai hijab. Oleh itu, kami telah mengeluarkan siri Sunsilk Hijab Recharge bagi mengatasi masalah rambut dan kulit kepala disebabkan cuaca negara yang panas dan lembap seperti masalah kulit kepala berminyak, berkelumumur, rambut mudah gugur dan berbau kepam yang biasanya dialami oleh para pemakai hijab.”

Siri Sunsilk Hijab Recharge ini menggunakan keistimewaan bahan-bahan semula jadi seperti buah tin, ginseng dan sitrus dan mengeluarkan tiga varian:

  • Segar Berhijab
  • Anti Rambut Gugur
  • Anti Kelumumur.

Formula baharu, iaitu Anti Rambut Leper, yang diperkenalkan tahun ini, menggunakan pati strawberi dan daun pudina untuk memberi kesegaran kepada pemakai hijab sehingga 48 jam selepas pembasuhan. Rambut tidak dibebankan kerana kelantangan rambut ditahan sepanjang hari walaupun selepas memakai hijab.

Pertandingan pantun dengan Sunsilk #Siscuba dan HotFM

Di samping penerbitan drama, kempen Sunsilk #Siscuba ini dilengkapi dengan pertandingan pantun dua kerat dianjurkan oleh saluran radio HotFM. Pertandingan ini melihat lebih daripada 1,600 buah pantun dimuatkan naik, dan populariti #Siscuba semakin menaik berikutan siaran drama Sunsik #Siscuba juga.

Daripada 1,600 lebih penyertaan pantun yang diterima, 10 telah dipilih sebagai pemenang. Pada 20 Disember 2018, para pemenang pertandingan ini diberi peluang untuk menonton tayangan eksklusif episod terakhir drama Sunsilk #Siscuba sebelum ia disiarkan di TV3. Di samping itu, mereka juga dapat mengambil bahagian dalam sesi beramah mesra bersama barisan pelakon drama ini dan berinteraksi dengan pelakon kegemaran mereka.

Episod terakhir drama Sunsilk #Siscuba

Bolehkah tiga sahabat ini menyelesaikan perselisihan faham sesama sendiri supaya impian zaman sekolah mereka untuk menghasilkan tudung jenama dan memiliki empayar perniagaan sendiri dapat direalisasikan?

Adakah anda inginkan tudung rekaan Mawar yang hangat dipuji rakan-rakannya di dalam siri Sunsilk #Siscuba? Dapatlah tudung Sunsilk #Siscuba ini dengan setiap pembelian 2 produk dalam siri Sunsilk Hijab Recharge dalam talian di Lazada selepas 26 Disember 2018 dengan melayari:

https://www.lazada.com.my/shop/unilever-malaysia//SunsilkHIjabRecharge.htm?wh_weex=true.

Saksikan episod terakhir drama terbitan Lumatic Films yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha ini pada 25 Disember, 9.50pm di TV3 atau mengikuti episod-episod drama ini di laman sosial Youtube @TV3Malaysia.

Janganlah lupa menggunakan #SisCuba dengan #OOTD semasa memakai tudung tersebut di laman sosial.