Keunikan Produk HKTDC DG Studio Tarik Pengunjung Tempatan

Sebut je Hong Kong, mesti teringat drama-drama dan pelakon-pelakon Hong Kong yang pernah jadi kegemaran dulu-dulu.

Tapi tahukah anda?

Selain daripada menjadi hab membeli-belah dan pembikinan drama TV yang popular, Hong Kong juga merupakan salah satu tempat kelahiran bagi banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif.

HKTDC_6766

Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dari Hong Kong ini di arena antarabangsa.

HKTDC_3134

Kini, DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia.

Sebanyak 12 jenama terkenal ditampilkan kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama (Sayap Baru Tingkat LG Highstreet) dari 20 hingga 24 Februari ini dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG ) dari 20 hingga 26 Februari ini.

Jenama-jenama dari DG Studio adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab and Team Green. Kesemuanya mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, yang biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk harian pengguna.

“Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia, kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk yang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda,” kata Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC.

Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.

Konstar pula mengutamakan kepada peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah RedDot Design.

Continue reading “Keunikan Produk HKTDC DG Studio Tarik Pengunjung Tempatan”