ASICS Buka Butik Seluas 2,360 Kaki Persegi di Pavilion KL

Suka dan peminat pakaian sukan ASCIS?

Sekarang ASICS sudahpun berada di Pavilion KL.

photo 7(b)

Dirasmikan oleh Akira-san, Pengurus Strategi Korporat Serantau, ASICS Asia dan Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS Malaysia, butik seluas 2,360 kaki persegi ini menawarkan pilihan produk yang lebih luas termasuk jenama gaya hidup dan fesyen jalanan (streetwear), ASICSTIGER yang menjadi permintaan di Malaysia.

photo 6

“Kami teruja atas sokongan dan kepercayaan pelanggan serta peminat jenama ASICS di Malaysia. Misi kami adalah untuk terus berinovasi dan memberikan terbaik melalui pengalaman pelatih yang bertaraf tinggi, teknologi dan pelanggannya. ASICS sentiasa menjadi pendahulu dalam menyediakan pakaian sukan prestasi terbaik bagi pelari dan atlet, melalui ASICSTIGER, kami ingin memenuhi permintaan pemburu ‘sneaker’ pula dalam pasaran.” Kata En. Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS MALAYSIA.

photo 8

Semasa pelancaran, tetamu berpeluang merasai pengalaman konsep kedai yang mudah diteroka dengan ruangan komuniti yang selesa disamping memperkenalkan teknologi proprietari ASICS; ASICS Motion ID/Foot ID.

Teknologi ini membolehkan pelanggan menganalisis bentuk larian mereka dalam 3D dengan terperinci menggunakan laser dan kamera mikro. Secara tidak langsung, pelanggan dapat memiliki model kasut yang optimum seiring dengan prestasi mereka.

Antara kemuncak utama adalah:

  • pelancaran model ikonik GEL- NIMBUSTM yang ke-21,
  • pengenalan kepada teknologi kusyen terkini ASICS; FLYTEFOAMTM PROPEL dan FLYTEFOAMTM LYTE.

Gabungan antara sains manusia dan teknologi terkini memberikan pelari jarak jauh keselesaan tiada tandingan agar mereka mampu berlari lebih jauh.

Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar bersama Duta ASICS, Edan Syah dan Aishah Sinclair dan selebriti lain seperti Ali Satar. Atlet Paralimpik negara merangkap Duta ASICS terkini, Muhamad Ziyad Zolkefli yang memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dengan dengan jarak jauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dan Mohamad Ridzuan Puzi yang dicalonkan Atlet Para Lelaki Terbaik 2018 turut hadir memeriahkan majlis.

Butik ASICS Pavilion KL terletak di:

Lot 5.19.00 & 5.20.00, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.

#ASICSMYLaunch #ASICSMalaysia #IMoveME

 

AW LAB Kini Dibuka di KLCC

Banyak jenama rangkaian sukan ditawarkan di kedai rujukan global gaya sukan ini.

AW LAB, peneraju kedai pakaian dan kasut pelbagai jenama telah melancarkan kedai utamanya yang pertama di Kuala Lumpur, iaitu di KLCC. Sebagai kedai rujukan global bagi gaya sukan, AW LAB membawa rangkaian kasut dan pakaian terkini dari jenama-jenama terbesar dunia ke Malaysia.

AW LAB Malaysia 03

Menampilkan konsep kontemporari dan terkini, kedai ini menggalakkan anda untuk menikmati pengalaman ‘PLAY WITH STYLE’, prinsip yang dibawakan oleh AW LAB. Kedai ini adalah sebahagian daripada perluasan jenama merentasi Asia Tenggara, berikutan pelancaran yang berjaya di Singapura.

Dengan pengambilan DUA lot di KLCC, kedai AW LAB diputihkan dari lantai ke siling untuk memberikan rupa bentuk yang cerah dan menarik umpama sebuah makmal trend yang menghasilkan ‘gaya sukan urban’. Warna-warna cerah serta pencahayaan yang dinamik di tempat peragaan produk menghidupkan lagi konsep yang moden serta menyeronokkan.

AW LAB amat teruja untuk memberikan pengalaman ‘PLAY WITH STYLE’ kepada seluruh rakyat Malaysia, sebagai satu panggilan untuk membebaskan dan menghiburkan hati setiap hari dengan tenaga positif, keberanian, ketelusan dan keyakinan untuk menyahut cabaran masa hadapan, serta melawan stereotaip juga klise demi memulakan trend dan gaya mereka yang original.”

-Giuseppe Nisi, Ketua Rantau Asia AW LAB.

Caprice, Juliana Evans, Alicia Amin & Elizabeth Tan adalah 4 selebriti yang menampilkan nilai-nilai tersebut. Mereka berfikiran di luar kotak, merintis gaya baru dan tidak takut untuk mencuba.

“Kami teruja dengan apa yang akan disumbangkan oleh pasaran Malaysia terhadap gerakan dan trend pakaian ‘street’ yang semakin berkembang. Dengan pasaran yang besar dan pelbagai, AW LAB berharap untuk memenuhi segala cita rasa audiens yang berbilang budaya, membolehkan orang ramai untuk mendefinisikan gaya mereka tersendiri dengan penuh keterujaan dan keseronokan,” tambahnya lagi.

Sebagai sebuah jenama yang berlandaskan masa hadapan global, majlis pelancarannya menampilkan koleksi eksklusif terbaru AW LAB daripada Adidas, Puma, Reebok dan banyak lagi.

Label kasut pelbagai jenama ini menawarkan model-model kasut, pakaian dan aksesori edisi terhad daripada jenama-jenama peneraju pakaian sukan seperti Nike, Jordan, Asics, Onitsuka Tiger, Converse, New Balance, Vans, Superga, Diadora, Kappa, Jason Markk serta jenama pakaian AW LAB sendiri, Down UP & Two of a Kind.

Seiring dengan pelancarannya, AW LAB juga membawa labelnya sendiri – Down UP & Two of a Kind. Label peribadi ini juga menyokong gerakan ‘PLAY WITH STYLE’ dengan personality yang kuat dan menjadi alternatif bagi pakaian berkualiti. Menarik perhatian dan menggabungkan trend fesyen terkini, kedua-dua jenama baru dalam dunia ‘streetwear’ Malaysia ini menawarkan pilihan bagi lelaki dan wanita.

“Tidak perlu tunggu untuk masa hadapan, kerana ianya sudah di sini,” kata Giuseppe tentang perluasan jenama ini di rantau Asia Tenggara. “Malaysia adalah pasaran yang cantik dan unik. Kedai AW LAB yang kedua sudah mula dirancang untuk dilancarkan pada tahun yang sama. Kami berbesar hati untuk menjadi pemangkin bagi rakyat Malaysia bagi mendefinisikan masa depan ‘streetwear’ di bandar raya yang gemilang ini.”

Ditubuhkan di Itali, AW LAB atau kedai rantaian gaya sukan yang dimiliki oleh Kumpulan BATA ini mempunyai lebih 200 kedai di Itali.

AW LAB

AW LAB adalah kedai rujukan global bagi gaya sukan. Rangkaiannya terdiri daripada lebih 200 kedai di kawasan-kawasan komersial terbaik di bandar-bandar utama Itali dan Sepanyol. Pada hujung 2017, AW LAB meneruskan pengembangan jenamanya di Prague, Republik Czech dan Singapura. AW LAB adalah umpama makmal trend-trend terkini yang menghasilkan ‘gaya sukan urban’, dan menawarkan koleksi kasut yang meluas bagi jenama-jenama sukan antarabangsa terkenal serta pelbagai hasil kolaborasi edisi eksklusif antaranya. Cadangan ini dilengkapkan dengan koleksi pakaian dan aksesori jenama pakaian sukan peneraju serta label-label pakaian peribadi.

#AWLABMY #PLAYWITHSTYLE
Facebook: https://www.facebook.com/awlabmy
Instagram: @awlab_my
LAMAN WEB www.awlab.com
LOKASI KEDAI KLCC, Lot 339 & 340, Tingkat 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur