Kempen ‘Menunggang dan Bergerak’ Nature’s Heart Galak Pemakanan dan Minuman Sihat

IMG_20181205_105238(1) 

 Selari dengan namanya, Nature’s Heart, makak tidak hairanlah produk ini menawarkan pilihan jenis makanan dan minuman kesihatan berkualiti tinggi kepada orang ramai disamping kekal aktif melalui pergerakan ‘menunggang dan bergerak. 

Dengan pengambilan makanan dan  minuman kesihatan yang betul, maka ia membekalkan tenaga untuk menjalani kehidupan seharian lebih-lebih lagi semasa menjalani aktiviti kesihatan.

IMG_20181205_102307

Guardian Malaysia dengan itu mengadakan program bersama Nature’s Heart baru-baru ini di mana jemputan yang hadir diperkenalkan kepada cabaran ‘spinning’ iaitu kelas menunggang basikal dalam bangunan. Aktiviti ini memerukan penggunaan banyak tenaga dalam masa yang smaa, diiringi dengan pencahayaan dan sistem suara berteknologi tinggi.

Aktiviti ini diadakan susulan kepada sudah tiba masanya rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat memandangkan kajian yang dilakukan oleh The National Health and Morbidity pada tahun 2015 menunjukkan sebanyak 47.7% rakyat dewasa mempunyai kolesterol tinggi. Manakala kajian dari World Health Organisation 1998 pula mendapati 17.7% rakyat dewasa dikategorikan sebagai ‘Obese’ dan 1 daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.

Dalam kajian yang sama juga mendapati 94% rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam pemakanan mereka sedangkan sudah diketahui umum bahawa fiber adalah keperluan terpenting dalam diet pemakanan yang sihat.

Dalam program kesihatan itu, Joanna Soh, No 1 Asia Fitness Youtuber telah berkongsi cara-cara menghasilkan ‘Edible Terrarium’ mengguna produk Nature’s Heart.

“Aktiviti Spinning boleh membakar antara 400 hingga 600 kalori dalam sejam. Untuk melakukan aktiviti lasak seperti ini, tubuh badan memerlukan makanan yang baik. Edible Terrarium yang saya kongsikan ini bukan sahaja cantik di mata tetapi sedap apabila dimakan. Saya mengguna Nature’s Heart Chia Seed, Dried Cranberries, Roasted Mixed Nuts dan Oat Biscuits with Raisins sebagai kandungan Edible Terrarium kerana kesemuanya ini memberi kebaikan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Bukan itu sahaja, ia juga ideal dimakan selepas menjalani aktiviti yang lasak”

Menurut Tan Eu Jin, Pengurus Produk Healthcare Own Brand, Guardian Health and Beauty,

“Jenama Nature’s Heart ini sememangnya popular sebagai jenama snek yang baik untuk kesihatan terutamanya Chia Seed dan Milled Flax Seed. Nature’s Heart memastikan makanan snek ini penuh dengan kebaikan kesihatan dan sedap di makan pada bila-bila masa memandangkan persepsi masyarakat apabila diberitahu ia adalah makanan kesihatan, maka makanan tersebut kurang rasa dan kurang enak. Maka Nature’s Heart bekerja keras untuk mengubah persepsi ini dengan mengadakan banyak aktiviti kepada orang ramai dan memberi sampel makanan bagi meastikan bahawa rangkaian produk Nature’s Heart boleh diambil bagi mereka yang menjalani kehidupan sihat”

Produk Nature’s Heart sememangnya terkenal kerana menawarkan pelbagai kebaikan kesihatan di mana suber-sumbernya diperolehi dari pelbagai negara termasuk Australia, India, Turkey dan Amerika Syarikat.

Rangkaian Nature’s Heart yang ditawarkan meliputi:

  • Multi Grains, Fruits & Vegetables drink mix
  • Milled Flax Seeds
  • Chia Seeds
  • Roasted Cashew Nuts (Salted)
  • Roasted Mixed Nuts
  • Roasted Almonds (Salted)
  • Roasted Macadamia Nuts (Salted)
  • Dried Apricots
  • Dried Cranberries
  • Oat Biscuits with Raisin

Kesemua produk di atas boleh didapati di semua outlet Guardian Malaysia dan juga e-stor www.guardian.com.my.

‘Bas Kembali ke Sekolah’ FABER-CASTELL Perkenal Produk Inovasi Bersama Peragaan Menarik

Tengok bas sekolah Faber Castell dengan rangkaian produk inovasi barangan alat tulis yang menarik memang rasa nak kembali ke zaman sekolah balik. Bestnya kalau dapat jadi kanak-kanak semula!

Group Photo at the Official Launch of Faber-Castell Back-to-School Bus

Pelancaran ‘Bas Kembali ke Sekolah’ (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 baharu itu diadakan sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang sedang berlangsung hingga awal Januari 2019.

Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik.

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan.

Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell.

Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia.

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna.

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong.

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah:

  • Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut (rujuk kepada Lebaran Maklumat Faber-Castell untuk maklumat lanjut)
  • Stamp Markers (6 & 10 warna)
  • pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top)
  • pensel mekanikal (Shark & Bubble)
  • pemadam (Seaworld)
  • pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel)
  • isian semula marker papan putih
  • highlighter (Textliner 18)

Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas.

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan Peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang berlangsung hingga 6 Januari 2019.

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk anda!

Cara sertainya:

  1. Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dengan mana-mana peragaan Bas Kembali ke Sekolah Faber-Castell
  2. memuat naik gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #FaberCastellBacktoSchool.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara.

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, layari:

https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

SHOPEE 11.11 Big Sale Tawar Promosi Jualan Hebat Besar-Besaran

Wah seronoknya bolehlah membeli-belah dengan adanya pesta beli-belah hujung tahun terhebat dari Shopee 11.11 Big Sale yang menawar jualan besar-besaran hebat tanpa SST serta pelbagai aktiviti dan hadiah menarik

Photo 2 (1)

Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang LEBIH BESAR dan menarik secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November!!

IMG_20181024_203017

Ia termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat.

Sebagai acara yang menampilkan LEBIH 100 jenama dan 15,000 penjual, Shopee 11.11 Big Sale kini kembali dengan tawaran lebih hebat dan menarik di mana Shopee telah berganding bahu dengan LEBIH 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk, lantas membolehkan pengguna menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran mereka pada Singles’ Day (Hari Bujang) dan musim beli-belah akhir tahun.

Untuk memeterai kerjasama ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan enam wakil jenama di majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.

“Pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka. Shopee sedia menerajui usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, yang bakal menjadi acara 11.11 terbesar yang pernah kami anjurkan.

Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale. Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini.” 

Satu sebab penting kejayaan Shopee di rantau ini ialah pendekatan khusus yang diambilnya untuk memenuhi keperluan dan pilihan pembeli dan penjual.

Shopee 11.11 Big Sale meneruskan janji ini sambil Shopee mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal Malaysia dan membawakan produk kegemaran terus kepada mereka.

Di pelancaran umum Shopee 11.11 Big Sale, Shopee bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night (Malam Pertunjukan Fesyen) untuk tetamunya.

Pertunjukan fesyen menarik ini membabitkan jenama yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat pertama kali, termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman.

Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran eksklusif selanjutnya daripada Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan jenama daripada bintang-bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish and Izara Aishah.

Memandangkan aktiviti beli-belah dalam talian semakin menjadi lumrah hidup rakyat Malaysia, jenama gaya hidup kini menjalin kerjasama eksklusif sempena Shopee 11.11 Big Sale.

Shopee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.

Untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee 11.11 Big Sale bakal menganjurkan semula hari bertema yang popular.

Mulai 25 Oktober, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kempen harian selama tiga minggu menjanjikan ciri-ciri yang ditambah baik dan pelbagai tawaran meliputi semua kategori produk. Malah apa yang lebih menarik ialah jenama seperti Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Para pembeli juga boleh membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

“Dengan pelbagai promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale,” rumus Ho.

Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale, layari:

Pak Jen Jamu Golongan Kurang Kemampuan Melalui Program ‘Jom Makan’

Sungguh pun tak sampai setahun beroperasi, Pak Jen Gulai Panas Langkawi sudah pun melakukan program amal dan kebajikan 

Moga bertambah-tambah rezeki restoran ini!

Owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Tan Jen and Safwan Bahari, greeting guests from Yayasan Chow Kit and media at the launch of the Jom Makan CSR initiative

Berikutan nawaitu pengasas Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi adalah untuk menyediakan sajian makanan Melayu Utara yang enak lagi lazat pada harga mampu bayar oleh pelanggan, maka ribuan pelanggan telah singgah ke sini untuk merasai sendiri keenakan masakan gulai panas ikan bawal, daging dendeng, itek golek dan daging wagyu masak lemak.

Children and staff from Yayasan Chow Kit pose with the owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi

Sasaran Pak Jen seterusnya adalah menjamu makan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Chef Uteh of Pak Jen Gulai Panas Langkawi teaching children from Yayasan Chow Kit how to make lempeng manis

Dan, pada hujung minggu lalu, Pak Jen tampil membuat projek amal dan kebajikan atau CSR dengan melancarkan Program Jom Makan.

Dengan konsep “Pay It Forward”, pelanggan Pak Jen yang datang berkunjung digalakkan membayar untuk hidangan seterusnya atau membuat sumbangan kecil.

Semua hasil kutipan Program Jom Makan akan disalurkan kepada badan-badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) pilihan Pak Jen yang akan menikmati makanan di Pak Jen setiap akhir bulan. Bagaimanapun, sekiranya kutipan itu tidak mencukupi, pihak Pak Jen sendiri akan menampung kekurangannya.

“Sewaktu kami memulakan operasi, hasrat kami adalah untuk menyajikan makanan tradisional yang popular dari Utara tanahair di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Sajian yang dihidangkan kepada pelanggan bukan sahaja rasanya mesti sedap tetapi pada harga mampu bayar, tidak membebankan dan pelanggan mudah untuk datang ke lokasi operasi restoran,” kata Tan Jen, salah seorang pengasas Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pelanggan yang makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi boleh menikmati hidangan dengan berbelanja kurang dari RM10.

Namun menyedari adanya wujudnya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat  yang tidak mampu untuk makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi, maka:

“Sejajar dengan misi kami iaitu memberi makan, kami lancarkan Program Jom Makan supaya golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang enak dan lazat yang disediakan di Pak Jen. kata Tan Jen bersungguh-sungguh.

Sebagai permulaan Program CSR Jom Makan, 50 kanak-kanak termasuk kakitangan dan sukarelawan dari Yayasan Chow Kit dipilih menjadi golongan pertama yang diraikan. Selain daripada menjamu selera, mereka juga diajar cara-cara untuk menyediakan lempeng dan membancuh minuman istimewa Pak Jen, Cenang Ais.

Sementara itu, pengasas bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata, Yayasan Chow Kit dipilih untuk Program Jom Makan kerana Pak Jen sememangnya mensasarkan masyarakat setempat sebagai permulaan.

“Kita sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Quill City Mall dan satu lagi di Sunway Putra Mall. Kedua-dua kawasan ini berhampiran dengan kawasan Chow Kit. Jadi, menjadi satu kelaziman untuk kita memilih Yayasan Chow Kit, apatah lagi mengambil kira segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya,” kata Safwan.

Berbalik kepada Tan Jen, Program Jom Makan mungkin akan dikembangkan untuk memberi latihan untuk penyediaan makanan kepada “soup kitchen”.

“Kami suka dengan konsep memberi makan kepada golongan gelandangan atau yang kurang bernasib baik menerusi kaedah “soup kitchen”. Oleh kerana restoran kami baharu 10 bulan beroperasi, kami sedar akan kekangan kami yang mana agak mustahil untuk kami menyediakan makanan untuk satu kelompok yang ramai.

Akan tetapi, dengan kesanggupan kami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka untuk memasak secara pukal atau “soup kitchen” ini, sekurang-kurangnya inisiatif kami tidak terhenti setakat memberi makan setiap bulan.

Kami rela untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu masak memasak. Resipi kami bukan rahsia pun kerana kita semua tahu, resipi masakan tradisional adalah turun temurun iaitu dari satu generasi kepada satu generasi. Bab makanan, kami amat bersemangat dan oleh kerana itulah, di Pak Jen, kita tidak menggunakan ramuan paket atau sos yang sedia ada sebaliknya kita sediakan sendiri ramuan dari mula sampai akhir,” kata Tan Jen.

Kartunis Zunar Abadikan Karya Seni di Atas Tisu Vinda Deluxe

Karya seni itu menggambarkan kekuatan semangat rakyat Malaysia bersempena dengan Kempen “Stay Stay Strong Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita’ Sempena Hari Malaysia oleh Vinda Deluxe.

Vinda Deluxe_Stay Strong Malaysia Campaign (3)_lr

Ia kemudiannya di abadikan pelukis komik Zunar dalam Karya Seni Komik Terbesar di Malaysia yang dilukis atas tisu Vinda Deluxe.

Acara yang menampilkan karya seni komik terbesar yang julung kalinya dilukis atas tisu Vinda Deluxe oleh kartunis Malaysia Zunar memaparkan kebangkitan ‘Malaysia Baharu’ dan keutuhan semangat rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang. Cara penggunaan tisu yang inovatif ini menonjolkan ciri-ciri istimewa kekuatan tisu Vinda Deluxe.

Vinda Deluxe sememangnya sinonim dengan kekuatan dan usaha terbaharu ini memperkukuhkan lagi janji kami untuk Kekal Kuat Untuk Anda dalam menghadapi setiap cabaran dan halangan. Sebelum ini, kami meraikan kekuatan dengan gaun perkahwinan tisu pertama di Malaysia yang direka khas untuk majlis perkahwinan sebenar sepasang pengantin baharu.

Hari ini, demi perpaduan semua rakyat Malaysia, kami sungguh teruja untuk membawakan kekuatan dengan cara yang berlainan iaitu melalui kempen “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita”. Ciptaan Zunar memaparkan kekuatan tisu Vinda Deluxe sambil menyeru rakyat Malaysia agar terus kuat memperjuangkan impian mereka untuk melakukan perubahan positif. Perspektif unik beliau terhadap kempen ini juga menterjemahkan keazaman jenama kami, Vinda Deluxe yang akan kekal kuat untuk anda seperti mana rakyat Malaysia kekal bersatu teguh,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran, Kumpulan Vinda Asia Tenggara.

Kartunis yang telah melukis kartun lebih daripada 20 tahun dan juga dikenali ramai sebagai pejuang ketelusan dan keadilan, Zunar telah menghasilkan karya lukisan tangan asalnya di atas tisu Vinda Delux berukuran 16 kaki x 8 kaki, menjadikannya hasil seni komik tisu terbesar di negara ini.

“Malaysia sedang melalui suatu era yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita; kita berdiri teguh dalam perjuangan ini tapi apakah lagi cabaran yang bakal ditempuhi? Kita telah berjaya mencapai ‘Malaysia Baharu’, kini tiba masanya rakyat Malaysia meneliti dan memikirkan perkara yang masih perlu dilakukan.

Hasil seni saya menggambarkan betapa pentingnya kita menangani akar umbi masalah yang sedang kita hadapi dan jika perlu terus menghapuskannya supaya tunas baharu yang tabah dan positif dapat tumbuh. Saya harap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meninggalkan semua sifat buruk demi perpaduan dan keteguhan, serta membina negara yang lebih bersih dan terbaik untuk semua,” kata Zunar.

Menceritakan tentang pengalamannya melukis atas tisu Vinda Deluxe, Zunar berkata,

“Saya sama sekali tidak menyangka yang tisu ini sungguh kuat dan teguh. Kualiti Vinda Deluxe sememangnya menepati apa yang dijanjikan. Vinda Deluxe dan saya telah memberi sumbangan kecil dalam meraikan kekuatan dan semangat perjuangan rakyat Malaysia.

Peluang untuk dapat bekerjasama dengan Vinda Deluxe, rakan yang memperjuangkan matlamat yang sama merupakan satu penghormatan bagi saya dan ini adalah karya terbesar saya untuk pameran umum sejak kebangkitan Malaysia Baharu. Ini sememangnya cara terbaik untuk meraikan Hari Malaysia!”

Hasil seni komik tisu ini adalah tumpuan acara “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita” yang juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh masyarakat Malaysia. Ini termasuk acara kuiz, seni tisu dan mencetak potret keluarga di atas tisu Vinda Deluxe yang mempamerkan Teknologi Tenunan Fiber Vinda Deluxe yang menjadikan tisunya lebih kuat, lebih lembut dan lebih menyerap. Teknologi yang sama juga membolehkan tisu Vinda Deluxe kekal kuat walaupun dalam keadaan basah, satu ciri yang praktikal dan amat berguna untuk penjagaan peribadi dan juga untuk kebersihan.

“Acara seperti ini adalah peluang terbaik untuk menarik minat pengunjung dan hasil seni tisu ini mengabadikan keutuhan semangat cara Malaysia yang unik dan menarik. Sunway Pyramid amat gembira dapat menjadi penganjur acara yang penuh inspirasi ini bersama Vinda Deluxe untuk menyambut Hari Malaysia,” kata Loo Hoey Theen, Pengarah Pemasaran Pusat Membeli-Belah Sunway.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi acara “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita” hanya di Sunway Pyramid (Central Avenue, LG2) dari 14 – 17 September.

Tisu Vinda Deluxe terdapat di pasaran dalam bentuk Tisu Muka (kotak dan pek), Tisu Poket dan kertas tandas, dengan wangian dan tanpa wangian, dari harga RM6.00 ke RM33.80.

Untuk maklumat lanjut tentang Tisu Vinda Deluxe dan kempen ini, sila layari www.vinda.com.my atau ikuti laman Facebook Vinda Malaysia www.facebook.com/VindaTissueMalaysia.

“Wow in a Million” Bakal Menyaksikan CJ Wow Shop Mencapai 1 Juta Pelanggan

Oleh itu, rangkaian beli-belah di rumah ini berhasrat menjelajahi negara untuk bertemu pelanggan setia mereka di samping memberi ganjaran sebagai tanda penghargaan menerusi “WOW in a Million”

Image 2

CJ WOW SHOP bakal meraih satu lagi kejayaan apabila jumlah pelanggan bakal mencecah 1 juta. Sehubungan itu, mereka telah melancarkan inisiatif “WOW in a Million” bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Kempen “WOW in a Million” yang akan disambut selama sebulan menyaksikan satu pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru akan menjelajahi seluruh negara untuk melawat 100 Pelanggan Utama yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi.

Pasti mereka gembira apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah untuk melafazkan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran.

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP yang akan memimpin barisan konvoi tersebut berkata,

“Antara faktor kejayaan kami adalah keyakinan dan kepuasan pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kami tahun demi tahun. Merekalah yang sentiasa memacu kami menuju ke puncak pencapaian yang lebih tinggi. ‘WOW in a Million’ merupakan peluang kami untuk menghargai pelanggan dan peminat utama dengan menawarkan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, serta kejutan manis yang benar-benar mengujakan.”

CJ WOW SHOP dijangka akan melepasi tanda aras 1 juta pelanggan dalam bulan September, yang merupakan satu pencapaian bermakna dalam tahun yang hebat ini.

Sehingga kini, asas pelanggan rangkaian ini telah bertumbuh sebanyak 56 peratus sejak hujung tahun 2017, sekaligus membuktikan kedudukan CJ WOW SHOP sebagai perkhidmatan beli-belah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif, dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

Selama beberapa tahun ini, CJ WOW SHOP telah berjaya mengekalkan asas pelanggan berulang yang kukuh. Pencapaian ini telah terbukti dengan golongan 100 Pelanggan Utama yang secara puratanya telah membelanjakan sebanyak RM14,600 setiap orang.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan pencapaian ini, semua pelanggan akan diberi ganjaran baucar beli-belah bernilai RM20 setiap orang untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang

Bermula 1 hingga 30 September, rangkaian ini juga akan membawakan program siaran langsung khas sepanjang hari yang memaparkan beberapa selebriti undangan, di samping menjanjikan interaksi dan tawaran yang lebih menarik bagi para pelanggan.

Pengalaman media dagang bersepadu

Bagi CJ WOW SHOP, pencapaian baru ini akan mengukuhkan lagi aspirasinya untuk memperkembang perniagaannya sebagai sebuah platform media dagang yang mampu memeriahkan lagi hidup rakyat Malaysia.

Kempen ini merupakan lanjutan komitmen CJ WOW SHOP untuk menyediakan ‘shoppertainment’ – suatu pengalaman beli-belah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga dapat digemari, diyakini, dan dipercayai oleh pelanggan.

Dengan bertumpu pada usaha ini, CJ WOW SHOP berada di kedudukan baik untuk mencecah pendapatan lebih RM200 juta menjelang hujung tahun 2018. Pencapaian ini adalah berikutan kejayaan pelbagai inisiatif yang dilancarkan sepanjang tahun ini, bermula dengan kempen ulang tahun keduanya, ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ yang mencatatkan TIGA kali lebih ramai pelanggan daripada jumlah purata seharian.

CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggannya, di samping memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, CJ WOW SHOP telah menambahkan tawaran yang bermula dengan hanya 27 pilihan kepada lebih 450 barangan pada hari ini, termasuk pelbagai produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peralatan elektronik, produk kecantikan, fesyen dan sebagainya.

Bagi meningkatkan lagi unsur hiburan bagi rancangan beli-belah televisyen, rangkaian ini telah memperkenalkan sebuah program dalam format baharu, ‘The WOW Show’ yang menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara tetamu selebriti. Rancangan ini yang turut meraikan ulangtahun pertamanya telah mengukir kejayaan tersendiri dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM12 juta sepanjang siaran 94 episod menerusi saluran TV3 dan TV9.

Pendekatan inovatif oleh CJ WOW SHOP ini turut dilaksanakan ke atas kerjasama dengan personaliti-personaliti hiburan antarabangsa.

Baru-baru ini, CJ WOW SHOP telah menjalinkan gandingan unik dengan jenama fesyen Korea, ‘Ce&’ serta kumpulan sensasi K-Pop, Wanna One untuk membawa koleksi barangan rasmi secara eksklusif bagi penonton. Selain itu, CJ WOW SHOP turut berganding bahu dengan rangkaian TV Korea Selatan, Channel A untuk mempersembahkan ‘Sales King TV’, iaitu program hiburan aneka ragam yang menggabungkan aktiviti jualan dengan program siaran televisyen secara langsung.

Program yang pertama seumpama ini menampilkan personaliti-personaliti Korea popular, termasuk bintang program aneka ragam popular ‘Running Man’, Ji Suk-Jin dan Yang Se-chan, serta idola K-Pop, JeA dari ‘Brown Eyed Girls’ dan Sung-jong dari ‘INFINITE’.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan:

  • membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808
  • melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my
  • pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

JAKEL Beri 1,000 Baucar Pembelian Percuma Sempena Hari Raya

Wah memang hebat Jakel kerana bermurah hati memberi baucar sebanyak ini  dengan nilai hampir RM70,000 kepada pelanggannya.

Pemberian baucar ini diberikan sempena Kempen JAKEL BARULAH RAYA yang diadakan di Jakel Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan keesokan harinya di Jakel Shah Alam. Majlis berkonsepkan santai ini menampilkan beberapa artis terkenal seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana serta Ayda Jebat.

Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/peminat adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar serta selebriti “World’s Funniest Person” iaitu Harith Iskander.

Majlis santai ini juga dihadiri oleh Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis itu dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan ‘Happy Hour’ untuk koleksi pakaian raya di mana setiap Duta Raya Jakel akan mengadakan promosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh.

Jakel KL menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberi baucar pembelian secara PERCUMA kepada lebih kurang 1,000 pelanggannya yang mana baucar tersebut bernilai hampir RM70,000.

Koleksi Baju Melayu:

Aaron Aziz

  • Direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan
  • keistimewaannya adalah dari segi penggunaan fabrik dan warna
  • warna-warna yang bakal menjadi pilihan adalah hijau burung merak (teal green)

Nabil Ahmad

  • berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai
  • harga baju berbeza mengikut rekaan da kualiti
  • warna pilihan adalah warna merah hati (maroon)

Awal Ashaari

  • berpotongan moden kontemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memeberikan sisi segak pada penampilan
  • warna yang bakal mendapat sambutan adalah navy blue

Harith Iskander

  • koleksi baju Melayu ‘plus size’ untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang comel
  • warna hangat untuk tahun ini adalah yellow buttercup

Kesemua koleksi baju Melayu ditawarkan apda harga berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta bujang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu.

Kain Samping 

  • Tahun ini, Jakel memperkenalkan Kain Samping Benang yang dapat menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai
  • lebih berkonsepkan santai
  • mudah digayakan
  • mengekalkan ciri eksklusif
  • selesa dan boleh dipakai sepanjang masa
  • tekstur kain tidak keras
  • datang dalam variasi warna

Koleksi Kurta

  • masih mengekalkan jenama Hairul Azreen
  • berkualiti dan selesa apabila dipakai
  • mengguna fabrik cotton berkualiti
  • kemasan pada potongan leher dan bahu
  • dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan
  • mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah
  • variasi warna yang banyak dengan pelbagai rekaan

Baju Kurung

  • masih mengekalkan koleksi di bawah label Ayda Jebat
  • berkonsepkan moden, bersesuaian dengan cita rasa wanita kini
  • sasar pada peringkat remaja hingga dewasa
  • pilihan warna menarik dengan motif corak printed terkini

Koleksi Kanak-kanak

  • masih mengekalkan label Upin Ipin, Lara Alana dan Yusuf Iskandar
  • setiap pembelian koleksi Upin Ipin pula, pelanggan akan menerima kain samping dan butang baju Melayu secara percuma

Koleksi Kekeluargaan

Menariknya Jakel juga tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan keluarga di mana ia direka dengan design dan warna sedondon.

Antaranya:

a) Koleksi Scha Al-Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana

b) Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf

Pembayaran Mengguna Aplikasi Boost

Jakel menjalankan kerjasama dengan Boost, iaitu aplikasi dimuat naik dalam telefon pintar yang membolehkan pembayaran dilakukan secara online dan cashless dalam masa sama mendapat mata ganjaran setiap kali transaksi dilakukan.

Untuk lebih lanjut, layari:

IG: @jakeltextile

FB:GedungTekstilJakel

Pastikan anda #jakelbarulahraya dan #ingatrayaingatjakel