JAKEL Beri 1,000 Baucar Pembelian Percuma Sempena Hari Raya

Wah memang hebat Jakel kerana bermurah hati memberi baucar sebanyak ini  dengan nilai hampir RM70,000 kepada pelanggannya.

Pemberian baucar ini diberikan sempena Kempen JAKEL BARULAH RAYA yang diadakan di Jakel Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan keesokan harinya di Jakel Shah Alam. Majlis berkonsepkan santai ini menampilkan beberapa artis terkenal seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana serta Ayda Jebat.

Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/peminat adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar serta selebriti “World’s Funniest Person” iaitu Harith Iskander.

Majlis santai ini juga dihadiri oleh Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis itu dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan ‘Happy Hour’ untuk koleksi pakaian raya di mana setiap Duta Raya Jakel akan mengadakan promosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh.

Jakel KL menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberi baucar pembelian secara PERCUMA kepada lebih kurang 1,000 pelanggannya yang mana baucar tersebut bernilai hampir RM70,000.

Koleksi Baju Melayu:

Aaron Aziz

  • Direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan
  • keistimewaannya adalah dari segi penggunaan fabrik dan warna
  • warna-warna yang bakal menjadi pilihan adalah hijau burung merak (teal green)

Nabil Ahmad

  • berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai
  • harga baju berbeza mengikut rekaan da kualiti
  • warna pilihan adalah warna merah hati (maroon)

Awal Ashaari

  • berpotongan moden kontemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memeberikan sisi segak pada penampilan
  • warna yang bakal mendapat sambutan adalah navy blue

Harith Iskander

  • koleksi baju Melayu ‘plus size’ untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang comel
  • warna hangat untuk tahun ini adalah yellow buttercup

Kesemua koleksi baju Melayu ditawarkan apda harga berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta bujang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu.

Kain Samping 

  • Tahun ini, Jakel memperkenalkan Kain Samping Benang yang dapat menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai
  • lebih berkonsepkan santai
  • mudah digayakan
  • mengekalkan ciri eksklusif
  • selesa dan boleh dipakai sepanjang masa
  • tekstur kain tidak keras
  • datang dalam variasi warna

Koleksi Kurta

  • masih mengekalkan jenama Hairul Azreen
  • berkualiti dan selesa apabila dipakai
  • mengguna fabrik cotton berkualiti
  • kemasan pada potongan leher dan bahu
  • dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan
  • mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah
  • variasi warna yang banyak dengan pelbagai rekaan

Baju Kurung

  • masih mengekalkan koleksi di bawah label Ayda Jebat
  • berkonsepkan moden, bersesuaian dengan cita rasa wanita kini
  • sasar pada peringkat remaja hingga dewasa
  • pilihan warna menarik dengan motif corak printed terkini

Koleksi Kanak-kanak

  • masih mengekalkan label Upin Ipin, Lara Alana dan Yusuf Iskandar
  • setiap pembelian koleksi Upin Ipin pula, pelanggan akan menerima kain samping dan butang baju Melayu secara percuma

Koleksi Kekeluargaan

Menariknya Jakel juga tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan keluarga di mana ia direka dengan design dan warna sedondon.

Antaranya:

a) Koleksi Scha Al-Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana

b) Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf

Pembayaran Mengguna Aplikasi Boost

Jakel menjalankan kerjasama dengan Boost, iaitu aplikasi dimuat naik dalam telefon pintar yang membolehkan pembayaran dilakukan secara online dan cashless dalam masa sama mendapat mata ganjaran setiap kali transaksi dilakukan.

Untuk lebih lanjut, layari:

IG: @jakeltextile

FB:GedungTekstilJakel

Pastikan anda #jakelbarulahraya dan #ingatrayaingatjakel

 

 

 

CARRISA Boutique Perkenal Koleksi Raya di “A Night With Carrisa X Bienda”

Dah beli baju raya?

Kalau belum, bolehlah usha koleksi baju raya dari Carrisa Boutique. Cantik-cantik semuanya lebih-lebih lagi

Selain baju, Carrisa Boutique juga menjual tudung, beg, blause, skirt dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik.

 

IMG-20180422-WA0013

Baru-baru ini, bertempat di The Glass Suite, Bora Ombak Putrajaya, Carrisa Boutique telah mengadakan pertunjukan fesyen ‘A Night With Carrisa X Bienda’ yang mempamerkan koleksi terkini pakaian dan tudung sempena hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

IMG-20180422-WA0027

Majlis yang mendapat usahasama dengan SDM, Blonde Foundation, Red Velvet Cookies, Narabelle, Jedan, Erin Popiah, CHB Builders, Scha Fadly dan Bora Ombak Putaraja ini dihadiri oleh ramai VVIP dan selebriti terkenal tanah air antaranya penyanyi Zur Eda, Sheeda Dangdut, Maria Tunku Sabri, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Pertunjukan fesyen yang dihoskan oleh Embun, dimulakan dengan nyanyian daripada Basil, anak kepada pemilik Carrisa Boutique, Zurin Zakaria. Seterusnya, pertunjukan fesyen diteruskan dengan koleksi ‘Carrisa Ready to Wear’ (RTW) dan ‘Carrisa X Bienda‘.

Antara koleksi baju kurung moden yang diperagakan daripada rangkaian Carrisa RTW adalah Kurung Pleat Silang, Kurung Adelle, Kurung Pleat Tepi, Kurung Moden Riben, Kurung Flare, Kurung Peplum Pleat dan juga rangkaian selendang serta bawal.

Kesemua koleksi baju kurung ini mengguna fabrik Satin Crepe, Scuba dan Bubble Crepe yang menampilkan gaya elegen dan mewah pada si pemakai. Bukan itu sahaja, ia juga selesa dipakai. Penggunaan warna-warna lembut dan ceria seperti coklat, nude, royal blue, soft blue, kelabu, gold, maroon, purple, green turquiose, army green mustard dan peach menyerikan penampilan.

IMG-20180422-WA0009

Dalam majlis itu juga, Carrisa Boutique turut memperkenalkan artis serba boleh yang terkenal dengan muzik bernuansa Timur Tengah, Bienda sebagai ‘Wajah Carrisa‘. Bienda dan Carrisa Boutique akan bekerjasama selama setahun dalam menghasilkan koleksi Hari Raya Carrisa X Bienda.

Tahun ini, Bienda kembali mewarnai industri muzik dengan menampilkan single terbaru berjudul “Lagu Jaga Hati”. Lagu tersebut ditulis oleh DJ Fuzz selaku komposer dan Alabbas selaku penulis lirik.

Lagu “Jaga Hati” merupakan percubaan pertama Bienda untuk lagu berirama rentak moden beat yang diselitkan dengan meodi yang berbaur elemen tradisional setelah empat tahun tidak memasarkan mahupun menerbitkan album baru.

Ia adalah kesinambungan kembalinya Bienda ke persada nyanyian selepas muncul dalam program “Gema Gegar Vaganza” tahun lalu.

“Jaga Hati ternyata berbeza dengan genre yang biasa dibawa. Kerjasama dengan  DJ Fuzz  untuk lagu Jaga Hati adalah yang kali pertama bagi mengubah konsep muzik yang biasa dinyanyikan dan kini beralih kepada muzik yang rancak. DJ Fuzz  memang terkenal dengan lagu-lagunya yang catchy.”

Penggambaran muzik video “Jaga Hati” telah dirakamkan di Lombok, Indonesia dengan berlatar belakangkan pemandangan tepi laut yang indah dengan kerjasama Carrisa selaku Penerbit Eksekutif.

Muzik video “Jaga Hati” boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia manakala lagu “Jaga Hati” pula boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan Carrisa Collection?

Kunjungi:

  1. Boutique : Carrisa Collection,
    55-G, Jalan PJU 5/20E,
    The Strand Kota Damansara, Selangor.
    (Berhadapan Giant Kota Damansara)
    Selasa-Khamis (10am-7pm)
    Ahad/Cuti awam (10am-6pm)
     
  2.  Booth : Level 3 & 2, SACC Mall Shah Alam, Selangor
    Isnin-Khamis (10am-9.30pm)
    Jumaat-Ahad (10am-10pm)
     
  3. Online Order : PM / Whatsapp 016.6665330