Restoran Burger PEBBLE Kini di Buka di Bangsar Baru

Restoran yang memfokus pada menu berasaskan burger ini melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah lagi outlet terbaru di Bangsar Baru.

IMG_20190708_114715

Dibuka buat pertama kali di Taman Tun Dr Ismail tahun lepas, Pebble mengguna bahan berkualiti tinggi dalam menghasilkan burger yang enak seperti 100 peratus daging lembu Australia, ayam tempatan dan sayur-sayuran segar.

IMG_20190708_114555

Sos yang digunakan dalam hidangan burger pula adalah ‘home-made’ yang dicipta khusus agar dapat memenuhi citarasa pelanggan yang datang menikmati hidangan di restoran ini.

Kombinasi bahan berkualiti bersama sos ditambah dengan kemahiran dan kreativiti Cef menghasilkan rangkaian menu burger yang enak.

 

IMG_20190708_123249

Baru-baru ini, Pebble telah menghasilkan LIMA set burger terbaru untuk rangkaian “Pebble International Signature Burger” yang terdiri daripada:

  1. Mala Burger (China)-RM16.85
    Peha ayam digoreng garing dan digandingkan bersama sos Mala peppercorn yang pedas. Memang pedas menyengat!
  2. Falafel Burger (Timur Tengah)-RM19.60
    Burger ‘vegetarian’ ini dicipta mengguna chickpea patty, ranch sauce dan cili benggala yang digoreng garing
  3. Korean Burger (Korea)-Rm16.85
    Peha ayam digoreng garing yang mana permukaannya diletakkan sos soya bawang putih dari Korea yang istimewa, keju cedar dan sayur kobis ungu
  4. Crispy Chicken Rendang Burger (Malaysia)-RM16.85
    Menggabungkan ayam yang digoreng garing dan dilitupi kuah rendang pedas bersama telur goreng dan timun
  5. Salmon Sushi Burger (Jepun)-RM18.85
    Hirisan ikan salmon mentah digunakan dalam hidangan ini bersama sriracha aioli dan atasnya diletakkan rumpai laut

Kelima-lima hidangan Pebble International Signature Burger ini mempunyai keunikan masing-masing dengan rasa yang enak. Orang ramai digalakkan merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh restoran Pebble ini.

Selain rangkaian International Signature Burger ini, orang ramai juga boleh merasai burger Signature mereka iaitu Pebble Signature Burger yang mengguna 100 peratus daging lembu Australia dan sos BBQ pada harga RM18.95.

Pebble juga menawarkan Set Makan Tengah Hari yang terdiri daripada burger keju, kentang goreng dan air soda pada harga RM19.90 bersih. Setiap hari Jumaat pula, Pebble akan menawarkan kempen Friday Night Burger di mana orang ramai berpeluang memenangi burger secara percuma.

Enaknya Makanan Kelantan di Nasi Pak Man

Sudah banyak kedai makan dan restoran makanan Kelantan yang saya pergi di Lembah Klang namun biasanya jarang saya kunjungi buat kali kedua mahupun seterusnya. Orang kata kira first time & the last time lah datang situ. Ada sahaja yang tidak kena dengan cita rasa saya!

Namun kunjungan ke Nasi Pak Man yang terletak di Kota Damansara baru-baru ini telah mengubah cita rasa saya malah saya tidak sabar untuk kembali mengunjunginya sekali lagi.

IMG20170827111941

Hidangan signature yang terkenal iaitu Nasi Pak Man sungguh enak lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama sambal kerutuk dan sambal belacan memang “terangkat”! Hanya RM8, pelanggan dapat menikmati posyen nasi yang banyak dengan dua hingga tiga ketul ayam bersaiz sederhana memang mengenyangkan.

IMG20170827112006

Selain Nasi Pak Man, Nasi Dagang Ikan/Ayam, Nasi Berlauk Ikan/ Ayam dan Nasi Lemak juga boleh didapati di sini. Harga yang dikenakan adalah antara RM3 hingga RM8.50.

Tidak sempurna rasanya jika berkunjung ke restoran masakan Kelantan dan tidak merasai laksam. Berlainan sekali dengan apa yang saya pernah rasai sebelum ini, laksam Nasi Pak Man memang kow dengan penggunaan bahan yang segar membuatkan saya ingin menambah sepinggan lagi.

Meskipun kekenyangan tetapi apabila melihat ramai pelanggan yang rata-rata membuat pesanan Roti Tik Tak dan Roti Goldees, satu lagi hidangan yang menjadi signature di restoran Nasi Pak Man. Rasa ingin tahu membuatkan saya meminta pesanan yang sama.

IMG20170827112903

Sesudah mencuba kedua-dua hidangan itu, Roti Tik Tak menjadi pilihan favorite saya. Presentation yang menarik dengan telur separuh masak di bahagian atas roti sudah membuat saya kecur air liur. Tidak hairanlah ramai yang memilih hidangan enak ini.

Sungguh ralit makan di restoran ini disebabkan keenakan hidangan yang disajikan. Banyak hidangan yang tidak sempat saya rasa dek kekenyangan yang teramat. Namun saya akan pastikan semuanya dirasa sewaktu kunjungan kedua mahupun ketiga dan seterusnya.

Nota kaki

  • Saya beri 10/10 markah untuk restoran Nasi Pak Man
  • Memang sedap dan saya recommend untuk mencubanya sendiri
  • Berbaloi dengan harga yang dibayar

Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 malam. Untuk maklumat lanjut:

Alamat: Nasi Pak Man, 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Pusat Dagangan Seri Utama PJU5,47810 Kota Damansara, Petaling Jaya.

FB:www.facebook.com/nasipakman

IG: http://www.instagram.com/nasipakman