Rasai Pengalaman Seperti di Afrika Bersama Smoky PERI-PERI

Berasap, PEDAS tapi SEDAP!

Itu yang boleh dikatakan mengenai menu baru ayam panggang Smoky PERI-PERI Nando’s. 

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik  dengan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, Smoky PERI-PERI yang ”super-natural’ terhasil. Dengan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik bersama sentuhan cili api PERI-PERI tersendiri Nando’s. Semuanya memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbekue yang hebat.

Mengikut PERI-ometer Nando’s. Smoky PERI-PERI ini lebih pedas daripada Lemon & Herba tetapi kurang pedas daripada rasa sederhanaya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia menperkenalkan satu dimensi baru ke rangkaian ayam panggang Nando’s.

“Kami mahu memberi peminat kami satu rasa yang ajaib di musim ini dengan ayam panggang PERI-PERI kami. Selama bertahun-tahun kami telah cuba menghasilkan pelbagai resipi yang berlainan untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERI-PERI. Ia memberi gabungan rasa hebat yang menarik dan unik tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama.” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s.

Sempena musim perayaan yang bakal diraikan tidak lama lagi, hidangan Smoky PERI_PERI boleh didpati pada harga RM99 untuk 4 orang.

Apa lagi, jom kunjungi Nando’s untuk merasai keenakan rasa Afrika ini.

Chicken Cheesy Bites Tambah Keseronokan Dengan “Siapa Kena the Spicy Bites”

Seronok mengunyah Chicken Cheesy Bites, tarikan terbaru ari Pizza Hut namun rupanya ada “Letupan rasa tersembunyi” yang tidak terduga!

Chicken Cheesy Bites

Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia sekali lagi kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.

Namun, tahukah anda?

Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah DUA gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya!

Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut siap menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial.

Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan DUA letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan!

Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata,

“Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.

Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”
GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan TIGA artisiaitu Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama.

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.

Perkara Akhir: Mari pastikan semua kena!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan.

Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.

Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.

Pak Jen Jamu Golongan Kurang Kemampuan Melalui Program ‘Jom Makan’

Sungguh pun tak sampai setahun beroperasi, Pak Jen Gulai Panas Langkawi sudah pun melakukan program amal dan kebajikan 

Moga bertambah-tambah rezeki restoran ini!

Owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Tan Jen and Safwan Bahari, greeting guests from Yayasan Chow Kit and media at the launch of the Jom Makan CSR initiative

Berikutan nawaitu pengasas Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi adalah untuk menyediakan sajian makanan Melayu Utara yang enak lagi lazat pada harga mampu bayar oleh pelanggan, maka ribuan pelanggan telah singgah ke sini untuk merasai sendiri keenakan masakan gulai panas ikan bawal, daging dendeng, itek golek dan daging wagyu masak lemak.

Children and staff from Yayasan Chow Kit pose with the owners of Pak Jen Gulai Panas Langkawi

Sasaran Pak Jen seterusnya adalah menjamu makan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Chef Uteh of Pak Jen Gulai Panas Langkawi teaching children from Yayasan Chow Kit how to make lempeng manis

Dan, pada hujung minggu lalu, Pak Jen tampil membuat projek amal dan kebajikan atau CSR dengan melancarkan Program Jom Makan.

Dengan konsep “Pay It Forward”, pelanggan Pak Jen yang datang berkunjung digalakkan membayar untuk hidangan seterusnya atau membuat sumbangan kecil.

Semua hasil kutipan Program Jom Makan akan disalurkan kepada badan-badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) pilihan Pak Jen yang akan menikmati makanan di Pak Jen setiap akhir bulan. Bagaimanapun, sekiranya kutipan itu tidak mencukupi, pihak Pak Jen sendiri akan menampung kekurangannya.

“Sewaktu kami memulakan operasi, hasrat kami adalah untuk menyajikan makanan tradisional yang popular dari Utara tanahair di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Sajian yang dihidangkan kepada pelanggan bukan sahaja rasanya mesti sedap tetapi pada harga mampu bayar, tidak membebankan dan pelanggan mudah untuk datang ke lokasi operasi restoran,” kata Tan Jen, salah seorang pengasas Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pelanggan yang makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi boleh menikmati hidangan dengan berbelanja kurang dari RM10.

Namun menyedari adanya wujudnya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat  yang tidak mampu untuk makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi, maka:

“Sejajar dengan misi kami iaitu memberi makan, kami lancarkan Program Jom Makan supaya golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang enak dan lazat yang disediakan di Pak Jen. kata Tan Jen bersungguh-sungguh.

Sebagai permulaan Program CSR Jom Makan, 50 kanak-kanak termasuk kakitangan dan sukarelawan dari Yayasan Chow Kit dipilih menjadi golongan pertama yang diraikan. Selain daripada menjamu selera, mereka juga diajar cara-cara untuk menyediakan lempeng dan membancuh minuman istimewa Pak Jen, Cenang Ais.

Sementara itu, pengasas bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata, Yayasan Chow Kit dipilih untuk Program Jom Makan kerana Pak Jen sememangnya mensasarkan masyarakat setempat sebagai permulaan.

“Kita sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Quill City Mall dan satu lagi di Sunway Putra Mall. Kedua-dua kawasan ini berhampiran dengan kawasan Chow Kit. Jadi, menjadi satu kelaziman untuk kita memilih Yayasan Chow Kit, apatah lagi mengambil kira segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya,” kata Safwan.

Berbalik kepada Tan Jen, Program Jom Makan mungkin akan dikembangkan untuk memberi latihan untuk penyediaan makanan kepada “soup kitchen”.

“Kami suka dengan konsep memberi makan kepada golongan gelandangan atau yang kurang bernasib baik menerusi kaedah “soup kitchen”. Oleh kerana restoran kami baharu 10 bulan beroperasi, kami sedar akan kekangan kami yang mana agak mustahil untuk kami menyediakan makanan untuk satu kelompok yang ramai.

Akan tetapi, dengan kesanggupan kami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka untuk memasak secara pukal atau “soup kitchen” ini, sekurang-kurangnya inisiatif kami tidak terhenti setakat memberi makan setiap bulan.

Kami rela untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu masak memasak. Resipi kami bukan rahsia pun kerana kita semua tahu, resipi masakan tradisional adalah turun temurun iaitu dari satu generasi kepada satu generasi. Bab makanan, kami amat bersemangat dan oleh kerana itulah, di Pak Jen, kita tidak menggunakan ramuan paket atau sos yang sedia ada sebaliknya kita sediakan sendiri ramuan dari mula sampai akhir,” kata Tan Jen.

YOUthReka Pamer 40 Karya Seni Anak Muda

YOUthReka adalah Inisiatif Seni Nando dan tahun ini ia kembali lagi dengan Pertandingan Seni 2018.

Fine art Grand Prize Winner, Choo Ai Xin with her art work, Old Town Ipoh

Digital art Grand Prize Winner, Chew Song Kee with his artwork, Crow Guest.

Selama 11 tahun, inisiatif ini telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai.

“Selama lebih satu dekad sekarang, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setelah sekian lama, dan sebenarnya sehingga hari ini, masih terdapat persepsi bahawa seni hanya boleh diakses oleh sekumpulan orang yang sangat nic, tetapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja”, kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia.

Tahun ini ia menerima sebanyak 468 penyertaan merangkumi kategori Seni Halus dan Seni Digital.

Pameran yang berlangsung dari 14 Ogos 2018 hingga 24 Ogos 2018 ini mempamerkan lebih daripada 40 karya agung oleh peserta dari seluruh Malaysia. Pameran itu juga menggabungkan penambahan khas yang bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif muda ini di samping berhubung dengan mereka yang berminat untuk menceburi dunia seni.

Selain daripada persaingan utama yang disenarai pendek, terdapat juga lapan karya seni tambahan yang dicipta oleh seniman Autistik tempatan dan sesi ‘Pop-Art’ istimewa dengan kolektif seni Titikmerah.

Inisiatif Seni Nando yang selalu bertujuan untuk mengubah kehidupan remaja tanpa mengira siapa mereka atau asau-usul mereka, telah memasukkan artis-artis tambahan ini ke dalam pameran bagi menggambarkan bahawa bakat kreatif tidak terbatas dan seni itu boleh dihasilkan dan dihargai oleh sesiapa sahaja dan semua orang.

Senarai Pemenang

  • Hadiah Utama:
    Choo Ai Xin dengan karya “Old Town Ipoh” (kategori Seni Halus)-menerima wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja:
  • Naib Johan: Ong Cai Bin, meraih tempat dengan karya seninya “Peep’s World II” – menerima wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500
  • Tempat Ketiga: Lau Pik Yoke dengan karya seninya “A View of the Past” (kategori Seni Halus)-wang tunai RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500

Hadiah Sagu hati (x3) – RM 1,000 tunai dan baucar Nando’s bernilai RM500
• Pemenang: Wong Joo Yee
• Pemenang: Muhammad Syafiq bin Kholid
• Pemenang: Afiqah binti Abd Mutalib

Bagi Kategori Seni Digital

  • Hadiah Utama:
    Chew Song Kee dengan karya seninya “Crow Guest” -wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja
  • Naib Johan:
    Nur Ain Shariffuddin dengan ilustrasi beliau bertajuk “The Spirit of Adventure”-wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500
  • Tempat Ketiga:
    Chew Yi Kai dengan karya “Maternal”-wang RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500

Hadiah Sagu hati (x3) – RM 1,000 Tunai dan baucar Nandos bernilai RM500
• Pemenang: Choong Shih Yeng
• Pemenang: Hoo Wei Xing
• Pemenang: Tan Kai Ying

Nando percaya bahawa seni bukan hanya untuk orang yang berbakat, tetapi untuk orang ramai juga. Menghidupkan sentimen itu, bersama dengan Titikmerah, sebuah kolektif seni yang diterajui oleh Ajim Juxta, Nando menyelenggara bahagian ‘Pop-Art’ khusus, di mana orang-orang dari pelbagai lapisan kehidupan diberikan peluang untuk menghasilkan karya mereka sendiri.

Pop Art, sebuah gaya seni yang dipopularkan oleh seniman seperti Andy Warhol dan Roy Lichtenstein, dikenali kerana kesederhanaan dan ekspresi budaya massa. Ia adalah bentuk seni yang mudah untuk difahami dan tetap relevan walaupun pada zaman moden.

Acara tersebut juga memberi penghormatan kepada Allahyarham Syed Nabil Syed Nahar, Ketua Penasihat dan seorang tokoh penting dalam penubuhan inisiatif seni tersebut. Beliau adalah seorang perunding seni dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam merancang dan menganjurkan pameran seni, pengumpulan karya seni, memberi nasihat dan membina koleksi seni dan korporat, penulisan seni untuk katalog dan pameran.

Menurut Chung Lynn, beliau menyebut bahawa pertandingan tahun ini

“adalah satu kenangan yang sangat bermakna bagi kebanyakan daripada kami di Nando. Walaupun kami telah kehilangan seorang individu yang tidak ternilai, iaitu Ketua Penasihat kami, Allahyarham Syed Nabil, saya percaya bahawa legasi beliau terus hidup dengan Program Inisiatif Seni Nando’s. Kami berharap agar platform ini akan terus menggalakkan belia kita untuk meneroka dan mempamerkan kreativiti mereka yang luar biasa, sambil kekal sebagai saluran untuk menyokong penghayatan seni. “

Inisiatif Seni Nando telah berfungsi sebagai platform untuk ekspresi dan perkembangan kreatif. Ini telah mengetengahkan satu barisan seniman muda di Malaysia yang kini mempunyai saluran yang menarik untuk mempromosikan kebolehan serta karya kreatif mereka.

Semua karya seni yang dipamerkan telah dinilai berdasarkan keaslian dan kreativiti, kisah (konsep & idea), kualiti reka bentuk dan komposisi, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando, sila log masuk ke www.nandos.com.my/artinitiative.

Warong Rasa Rasa Johor Buka Cawangan di Taman Kobena

 

Dikategorikan sebagai “tempat makan Best di Johor Bahru”, Rasa Rasa Johor yang terletak di Jalan Abdul Samad, Johor ini menyediakan juadah asli Johor mulai daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang enak dengan harga berpatutan.

Ia antara tempat makan yang menjadi tumpuan warga Johor yang ingin menikmati Lontong, Laksa Johor, Mi Goreng, Mi Hun Goreng, Nasi Beriyani dan bermacam-macam lagi.

Bagi yang sudah biasa dengan masakan di Rasa Rasa Johor, kini ada berita gembira untuk mereka.

“tempat makan Best di Johor Bahru” sudah pun membuka cawangannya di Kuala Lumpur. Terletak di Taman Kobena, mereka yang “rindu” dengan masakan asli Johor bolehlah berkunjung ke Kedai Makanan dan Minuman Western & Local Food ini. Admin sendiri pun rasa seronok sebab bukan mudah mencari juadah Johor yang enak dan ‘kena dengan cita rasa’.

Dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam, ia menyajikan menu yang sama seperti di Johor. Juadah waktu pagi yang digemari ramai sudah pastinya Laksa Johor yang pekat dan “padu, Lontong kering, Lontong basah, Mee Rebus manakala menu tengah hari yang menjadi bualan adalah Nasi Beriani. Malam pula, hidangan Barat menjadi pilihan ramai.

Admin sudah pun mencuba Nasi Beriani dan Laksa Johor. Memang ‘POWER’ dan ‘BEST’. Tak pernah Admin merasai kuah Laksa Johor yang begitu pekat dan enak! Portion juga banyak. Yang best sekali tiada rasa muak. Selalu Admin makan sekali sahaja Laksa Johor, tak pernah lebih daripada itu. Namun di kedai ini, memang tak cukup satu pinggan!

Satu lagi yang menarik, kedai makan di tepi jalan ini menyediakan tempat meletak kenderaan yang banyak dan luas. Ruang makan yang luas juga membolehkan pengunjung menikmati juadah dengan selesa.

Admin pasti sesiapa sahaja yang datang ke sini, pasti akan kembali lagi dan lagi untuk menikmati masakan asli Johor yang enak, yang sukar dijumpai di mana-mana tempat lain.

Kesimpulan: Sangat disarankan bagi mereka yang tidak pernah mencuba masakan asli Johor. Bagi yang ingin menikmati sarapan pagi dan makan engah hari yang sedap dan murah, bolehlah juga ke sini

Alamat:Kedai Makanan dan Minuman Western & Local Food, Gerai Makanan, Jalan Pudu Hulu, Taman Kobena,56100 KL.

Untuk melihat juadah asli Johor yang disediakan, layari: http://www.facebook.com/Warong-Rasa-Rasa-Johor

 

 

DOMINO’S Perkenal Pencuci Mulut Terbaharu

Wah Domino’s tambah lagi satu menu terbaharu dalam kategori pencuci mulut!

d-1

Dibakar dengan sempurna, dihidangkan panas-panas dan segar dari ketuhar,  dengan leburan keju pekat sert perisa beri biru yang masam manis, pasti anda tidak sabar ingin merasai Blueberry Cheescake Lava Cake ini. 

Photo 2 (3)

“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi.

Tawaran manisan terbaharu kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk merangkumlan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake.

Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya terutama sekali pada musim raya. Menyusuli kejayaan manisan kami khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, kami mempersembahkan satu lagi manisan yang enak untuk pilihan pelanggan kami.”

-Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree

“Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Kmi komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang enak dari New Zealand dan beri biru dari Perancis.  Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah keenakan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyedakan kek lava ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya. Oleh itu, kawalan suhu yang tepat sangat penting untuk memastikan kek lava dibakar dengan sempurna untuk menghasilkan leburan inti di tengahnya. Manisan enak ini sesuai untuk melengkapkan sesi menjamu selera dengan piza bersama keluarga dan kawan-kawan!

Blueberry Cheesecake Lava Cake memperlihatkan komitmen kami untuk menambah bai pengalaman pelanggan kami yang bakal menjadi kenangan indah. Kami melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa menjadi ingatan pelanggan kami.”

-Pengurus Besar Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan

Bermula dari 1 Julai hingga tempoh yang terhad, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheescake Lava Cake terbaharu pada harga pengenalan RM7.10 (harga tanpa GST) sahaja. Sempena pelancaran ini juga,  Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake juga ditawarkan pada harga yang sama.

d-2

Mereka  yang ingin memeriahkan musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan bolehlah memilih Buddy Combo (RM42.90) yang terdiri daripada:

  • 1 piza saiz biasa
  • 1 Garlic Twisty Bread
  • 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake
  • 1 Stuffed Cheddar Bites
  • 2 tin minuman ringan

Untuk kumpulan lebih besar, anda boleh memilih Super Combo (RM59.90) yang terdiri daripada:

  • 2 piza saiz biasa
  • 1 Garlic Twisty Bread
  • 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake
  • 1 Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava Cake
  • 1 botol minuman ringan

Untuk membuat tempahan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Blueberry Cheesecake Lava Cake, layari dan hubungi:

  1. http://www.dominos.com.my
  2. 1300-888-3333

“Jom Makan” Kenduri-Kendara di Vasco, Hilton KL

Mendengar perkataan Kenduri-Kendara yang menjadi tema bufet Ramadhan Hotel Hilton KL sudah dapat membayangkan banyaknya juadah-juadah enak dengan pelbagai pilihan yang disediakan  oleh hotel bertaraf Lima Bintang ini.

KendurikendaraVascos 01 JPG

Lebih daripada 200 juadah nostalgia kegemaran ramai disediakan oleh Team Kulinari kepada pengunjung yang datang ke Vasco Hilton KL sepanjang bulan Ramadhan ini..

Vasco Hilton KL ini terkenal dengan reka binaan taman urban “al fresco” menyediakan hidangan utama yang terkenal di negeri-negeri di Malaysia bermula dari Utara hinggalah ke Selatan tanah air.

KenduriKendaraVascos 08JPG

KendurikendaraVascos 05JPG

Menariknya, juadah-juadah yang disediakan diletakkan di atas dulang-dulang klasik yang sering digunakan sewaktu kenduri-kendara di kampung.

hdr
Kambing Panggang Rempah Bermadu

Kesemua hidangan yang disediakan memang enak dan antara yang menjadi perhatian adalah kuah Asam Pedas Dondang Sayang Dengan Burasak dari Melaka, Ayam Masak Lemak Rebung Joget dari Selangor, Sambal Tumis Udang Harimau Dengan Petai Berangkai dari Perak, Nasi Dagang Ulek Mayang dan Nasi Kerabu Watimang Landok dari Terengganu, Sup Merah Temasik Bengkulu dan ikan Bakar Wak Safri Si Kuda Kepang dari Johor, Gulai Daging dari Perlis, Ikan Patin Sungai Tempoyak dari Pahang dan banyak lagi.

Bagi yang meminati menu Pulau Pinang, Vasco Hilton KL menyediakan Murtabak Raja, Pasemboq Boria Padang Kota yang sememangnya terkenal di negeri itu.

hdr
Fish Tikka

dav

Turut disediakan aneka jenis makanan India, makanan antarabangsa seperti Jepun dan Barat seperti piza serta pasta.

Tidak ketinggalan aneka jenis kerabu, aneka jenis acar, rojak buah, ulam-ulaman kampung, aneka jenis sambal pencicah, ikan masin, ikan pekasam, serunding ayam, serunding daging, serunding ikan yang sedap dimakan bersama ketupat palas, ketupat daun kelapa, lemang pulut dan lemang pulut hitam. Juga sedap dimakan bersama Bubur Lambuk Haji Bakhil.

hdr

Yang sukakan makanan masam, aneka jeruk juga tapai disediakan untuk anda membuat pilihan.

Sambil makan, cuci mata dengan demo live penyediaan Kuih Loyang oleh Cef Deen.

Harga bufet:

  • 17 Mei-17 June 2018-RM188 nett (Dewasa) & RM100 nett (kanak-kanak 6-11 tahun)
  • 13 Jun-17 Jun 2018-RM100 nett (secara online via TABLEAPP.com dengan bayaan penuh)

 

Empat Burger Antarabangsa di Perkenalkan Dalam Menu Baru Kafe Hard Rock

World Burger Tour 2018 datang lagi tahun ini.

Untuk meraikannya, Team kulinari Kafe Hard Rock telah membuat penilaian terhadap lebih empat burger tempatan yang mendapat sambutan ramai dan dimasukkan dalam senarai World Burger Tour 2018.

Sepanjang bulan Mei ini sehingga Jun, menu tambahan di Kafe Hard Rock akan mengandungi EMPAT burger dengan cita rasa antarabangsa iaitu:

 

  1. Burger Andean, Santa Cruz, Bolivia
    -burger enak ini dihiasi atasnya dengan kepingan buah avokado egar, telur goreng, lelehan keju cheddar, mayo bawang, salad rangup dan tomato. Ia dihidangkan beserta jejari kentang goreng.
    dav
    dav
  2. Burger Aussie, Sydney, Australia
    -burger ditindan tinggi menyerupai jambatan Syney Harbour, dihiasi atasnya dengan bawang goreng, daging turki rangup, keju cheddar, telur goreng bersama beetroot, salad dan tomato serta hidangan jejari kentang goreng.
    dav
  3. Burger Banh Mi, Ho Chi Minh, Vietnam
    -burger diselaputi dengan sos Vietnam, dihiasi dengan hirisan timun, jeruk sayur-sayuran, ketumbar dan daun bawang serta jejari kentang goreng.

    dav

  4.  Burger Ole, Barcelona, Spain
    -dihidangkan dengan sos Romesco, sayur-sayuran yang dipanggang, serpihan keju
  5. feta, arugula dan juga jejari kentang goreng.

Bagaimanapun keempat-empat burger itu hanya ditawarkan dalam masa yang terhad sahaja iaitu bermula pada 2 Mei sehingga 29 Jun nanti.

“Memang kami teruja untuk memperkenalkan koleksi burger Hard Rock Local Legendary buat kali kempat berturut-turut. Burger yang dihasilkan ini mengguna bahan-bahan yang terbaik, daging berkualiti tinggi, bahan-bahan segar, sos enak, lelehan keju dan semuanya datang bersama jejari kentang goreng Savoury Artisan.

Pengunjung yang datang antara tempoh yang disebutkan berpeluang merasai burger yang dihasikan mengikut cita rasa antarabangsa seperti Syney dan Barcelona.”

-Nor Esah Abdul Ghani, Pengurus Pemasaran, Kafe Hard Rock Kuala Lumpur

dav

Sebagai sebahagian World Burger Tour itu juga, Kafe Hard Rock akan memperkenalkan menu minuman yang terdiri daripada koktel dan juga minuman tanpa alkohol seperti:

  • Passion Fruit Mai Tai-klasik Tiki yang dicipta pada 1940an di California
  • Southern Style Lemonade-air lemon yang dihidangkan bersama pudina dan buah tembikai
  • Passion Fruit Punch-gabungan jus oren, buah markisa dan ginger ale

Untuk maklumat lanjut mengenai World Burger Tour, layari:

www.hardrock.com/cafes/kuala-lumpur

Selera Malaysia di Kafe Mill

Orang ramai yang rindukan juadah tradisional Malaysia, bolehlah merasainya di Hotel Grand Millennium yang sudahpun bermula pada 16 Mei lalu dan bakal berakhir pada 14 Jun nanti.

hdr

hdr

Lebih daripada 300 hidangan tradisional yang menyelerakan seperti Gulai Daging Salai, Kawah Kari Kepala Ikan, Ayam Golek, Nasi Hujan Panas, Rendang Daging, Sotong Masak Hitam, Daging Kambing Panggang, Ikan Siakap Sambal, Bubur Lambuk dan banyak lagi disediakan oleh Team Kulinari di bawah penguasaan Cef Eksekutif, Laurent Lherisson.

hdr

Namun hidangan lain dari lain yang ada di sini adalah Oven Roasted Beef Bone Marrow yang bukan sahaja tampil unik penyediaannya malah keenakannya tidak dapat digambarkan!

dav

Bukan itu sahaja, jika hotel lain menyediakan kambing panggang dewasa, berlainan dengan Grand Millennium yang menawarkan Oven Roasted Whole Baby Lamb. Dagingnya yang lembut memang tak cukup sepinggan!

Selain Cef Eksekutif, turut terlibat dalam penyediaan juadah berbuka puasa di Grand Millennium ini adalah Cef Ali berasal dari Melaka, pakar dalam Masakan Melayu, pakar masakan India datang dari New Delhi iaitu Cef Makhan Singh, pakar masakan Barat dari Sabah, Ekesekutif Cef Sous Unaver Unabia dan pakar dalam pastri, Cef Joas Kam yang berasal dari Melaka.

“Tahun ini, Team kami sungguh gembira dapat menyediakan juadah masakan Malaysia mengguna resipi asal dari Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kelantan, Pahang dan banyak lagi. Pengunjung yang datang berbuka di sini boleh menikmati kesemua juadah ini bersama-sama insan tersayang dalam suasana tenang.”

-Eksekutif Cef, Laurent Lherisson

Selain juadah-juadah utama, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan pemanis mulut yang disediakan seperti aneka kek, aneka kuih-muih, aneka puding, aneka bubur, aneka kerabu, tapai pulut dan banyak lagi.

Antara pemanis mulut yang menambat perhatian adalah kek Coklat Rasberri, Kek Teh Hijau Kacang Merah,  Kek Mangga Keju yang memang enak rasanya.

IMG_20180409_183457

Bagi yang inginkan suasana eksekutif sewaktu berbuka puasa, boleh berbuat demikian di Semi Private Dining Area. Menariknya, di setiap meja di sini, set Dome diletakkan di atasnya dengan didalamnya tersedia hidangan istimewa yang tiada pada hidangan bufet. Biasanya ia lebih sesuai kepada mereka yang datang dalam kumpulan besar antara lapan hingga 10 orang.

Gulai daging salai, kawah kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging & sotong masak hitam (2)

Hanya dengan bayaran sebanyak RM168 nett, mereka tidak perlu berbaris panjang untuk mengambi hidangan bufet apabila tiba waktu berbuka.

Ballroom Millennium pula boleh digunakan oleh mereka yang datang dalam kumpulan besar melebihi 10 orang dan ingin merasai pengalaman menikmati juadah yang berlainan yang disediakan oleh cef-cef yang mahir dalam penyediaan makan malam istimewa, majlis rumah terbuka dan program korporat. Pakej bermula pada harga RM128 seorang manakala korporat bermula paa RM180 seorang.

Harga bufet:

  • RM158 bersih
  • Bermula pukul 7 malam hingga 10 malam

Untuk menempah, hubungi:

-03-2117 4163 atau emel: mill@millenniumhotels.com

-03-2117 4306 atau emel:sales.gmkl@millenniumhotels.com (untuk korporat)

Ikan Trout Fjord Norway Pilihan Sihat Sajian Berbuka

Ikan adalah sumber protein terbaik terutamanya kanak-kanak kerana ia membantu dalam perkembangan otak mereka.

Sebab itu ikan sering menjadi hidangan utama dalam sajian seharian.

Antara ikan yang terbaik adalah Trout Fjord Norway. Ia mempunyai protein yang tinggi, penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3.

hdr

Sebab itu ia wajar diambil dengan kerap lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan ini. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.
IMG_20180515_121543

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah:

“Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.”

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway dengan manampilkan hidangan lazat dalam masa yang singkat.

Ikan Trout Fjord Norway telah menjadi pilihan ikan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan yang dijalankan oleh Majlis Makanan Laut Norway menunjukkan bahawa 3 dari 4 rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka, dan 1 dari 2 rakyat Malaysia lebih suka membeli Ikan Trout Fjord dari Norway.”

-Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara

Kini , Ikan Trout Fjord Norway banyak terdapat di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia.

Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih.

Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon.

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Norway adalah perintis yang terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin.

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga ini dari laut dalam setiap aspek.

Mengenai Majlis Hidupan Laut Norway

Majlis Hidupan Laut Norway (NSC) dimiliki oleh Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Perikanan. Industri makanan laut Norway membiayai aktiviti melalui yuran yang dikenakan ke atas semua makanan laut Norway yang dieksport. NSC adalah badan yang meluluskan pengeksportan makanan laut Norway.

Melalui ibu pejabat di Tromsø, NSC mengembangkan kehadiran di pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan nilai sumber makanan laut Norway. NSC mengawasi pentadbiran dan penggunaan tanda dagangan “Makanan Laut dari Norway”, yang mempunyai nilai yang sama bagi industri makanan laut Norway. NSC bekerjasama dengan pemain industri untuk meningkatkan permintaan dan pengunaan makanan laut dari Norway. Untuk maklumat lanjut, sila lawathttps://en.seafood.no/

Tanda Dagangan “Makanan Laut dari Norway”

Makanan laut akan sentiasa menjadi sebahagian penting dalam diet kita. Walau bagaimanapun, pengguna hari ini semakin tertumpu kepada asal usul makanan, bagaimana ia dihasilkan dan memenuhi keperluan kelestarian. Kejayaan Norway dibina di atas industri makanan lautnya dan menguruskan sumber lautnya dengan cara yang mampan.

Tanda dagangan baru “Makanan Laut dari Norway” menangani perkara-perkara ini, yang berasaskan isu yang tulus terhadap alam sekitar. Tanda dagangan ini adalah simbol asal dan kualiti untuk semua makanan laut Norway, samada hasil ternakan atau tangkapan liar di perairan dingin dan sejuk di Norway. Jangan ragu lagi: Tempat asal penting sekali.