Amalkan Pengambilan Anlene Untuk Hidup Lebih Bermakna

Dah masuk umur 40-an, semua badan rasa tak selesa, serba sakit dan lenguh. Tumit kaki pun mula sakit bila jalan jauh, urat dan sendi selalu sakit-sakit. Nampak gaya memang kena tukar cara hidup kepada yang lebih sihat. 

dav

Sebab itu saya mula amalkan ambil susu Anlene dalam pemakanan seharian sekarang lebih-lebih lagi kerja yang memang selalu on-the-go, ke sana sini, turun naik pengangkutan awam sepanjang masa.

Apatah lagi adanya Anlene terbaru yang kini mempunyai lebih 50 peratus kandungan nutrien seperti kalsium, magnesium, zink serta vitamin B6 dan vitamin D di dalamnya.

Dengan adanya susu kotak Anlene yang datang dalam pek kecil, ia muat untuk dimasukkan ke dalam tas tangan, maka saya tidak perlu lagi perlu membancuh susu setiap pagi malah boleh meminumnya bila-bila masa di mana sahaja.

dav

Memang pantang bila berjumpa trak susu Anlene bila terserempak. Sanggup beratur berjam semata-mata ingin menikmati susu segar dan susu perisa coklat Anlene.

Jadi untuk hidup yang lebih bermakna, kekal aktif dan kekal lincah, pastikan mengambil Anlene setiap hari.

MILO Lancar Inisiatif “MILO Aktif Negaraku”

Siapa yang tak kenal jenama hebat ini?

Selain telah membantu 5 juta rakyat Malaysia menjalani gaya hidup aktif, MILO kini meningkatkan sifat kesukanan melalui teknologi canggih

3 - (L-R) MILO football freestyler; MILO Champions Clinic Coach Chiew Chun Yong; Alois Hofbauer, Nestlé Malaysia CEO; Philomena Tan, Nestlé Malaysia Business Executive Officer (MILO);
MILO®, telah melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® dengan tekad untuk membantu 5 juta rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan ‘Good Food, Good Life’ kepada semua rakyat Malaysia.

“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat.”

-Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Bagi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk :

  • MILO® Champions Clinic
  • MILO® ActivJam Senamrobik
  • MILO® Hidup Bola
  • Hari Sarapan Malaysia MILO
  • pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara.

Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia.”

-Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka.

MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.

MILO® Champions Clinic:

-Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!

Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai sukan- sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia

Mengenai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL)

Baru-baru ini, MILO® Activ-Go® telah memperoleh Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL). HCL merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, dan logo ini hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini mudah dikenal pasti kerana ia dipamerkan di hadapan bungkusan makanan atau minuman, sekaligus dapat membantu pengguna membuat pilihan produk makanan yang lebih sihat.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan

Beban kerja yang banyak dan gaya hidup yang semakin mencabar antara penyebab badan mudah letih, lesu serta tidak bertenaga.

Sudah tiba masanya untuk anda menambah tenaga dan kualiti hidup ke dalam regim penjagaan kesihatan harian menerusi rangkaian vitamin dan mineral yang mudah larut daripada Guardian.

Perkenalkan!

GDN_03

Suplemen yang berguna dan mudah diambil, iaitu tablet Vitamin C + Zink serta Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent ini diperkenalkan oleh Guardian. Ia mudah larut untuk menghasilkan segelas minuman segar yang mampu membantu meningkatkan tahap ketahanan dan tenaga tubuh badan anda.

Mulakan Pagi Anda dengan Penuh Tenaga!

Menerusi jaminan produk buatan Jerman yang berkualiti tinggi, Tablet Vitamin C + Zink dan Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Guardian larut dengan mudah di dalam air sejuk. Ia menawarkan minuman yang kaya dengan nutrien berperisa oren yang menyegarkan untuk dinikmati pada waktu pagi.

Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablet’ mengandungi Vitamin C dan Zink. Vitamin C penting untuk penyelenggaraan tubuh secara umumnya. Produk ini juga mengandungi diformulasi Dual Action yang mengandungi 10mg zink. Zink ialah sejenis mineral penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik.

Pengambilan Harian yang Disarankan (RDA) untuk Vitamin C ialah 90mg . Vitamin C ialah vitamin yang larut di dalam air kerana ia mudah diuraikan, dikumuh dan tidak disimpan oleh tubuh manusia. Jadi, anda perlu menambah bekalan vitamin C yang larut air ke dalam tubuh pada setiap hari.

Sediakan ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ di dalam beg atau di tempat kerja untuk meningkatkan ketahanan tubuh setiap hari dan mengelakkan anda daripada jatuh sakit.

Setiap ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ mengandungi 1,000mg vitamin C dan 10mg Zink, cukup untuk keperluan harian anda.

Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ padat dengan tenaga melalui gabungan lima vitamin B yang penting – B1, B2, B3, B6, B12, Vitamin C dan mineral. Ia membantu anda supaya kekal bertenaga untuk menjalani gaya hidup yang sibuk pada setiap hari.

Setiap pengambilan ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ mengandungi 90.01mg vitamin B-complex dan 500mg vitamin C.

Jangan bimbang kerana, kedua-dua produk ini dirumus tanpa kanji, yis, gandum, jagung, soya, tenusu atau bahan pengawet tambahan untuk memastikannya selamat dimakan.

Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline berkata,

“Produk-produk jenama Guardian diinovasikan untuk memberi lebih kebaikan dan kemudahan kepada para pelanggan kami. Sebab itulah suplemen-suplemen kami ini dirumus dalam bentuk tablet yang mudah larut bagi membolehkan pelanggan kami menikmati manfaat kesihatan dengan lebih mudah dan lebih sedap kerana ia boleh dilarutkan ke dalam air sejuk. Tablet-tablet ini juga menawarkan cara pengambilan suplemen yang lebih efisien kerana ia boleh diserap dengan lebih pantas dan sekata.” 

Harga dan Cara Mendapatkannya

‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di https://online.guardian.com.my pada harga runcit yang disyorkan, RM16.50.

Untuk lebih nilai untuk wang anda, ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) juga hadir dalam satu set kotak dengan 30 tablet untuk pengambilan selama sebulan pada harga runcit RM33.90. ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ (15 biji tablet) pula ditawarkan pada harga runcit RM25.50.

Mengenai Dairy Farm

Continue reading “GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan”