Jalan Jalan Japan@M3 Mall Tawar Barangan Pre-loved Yang Berkualiti Pada Harga Murah

Jangan pendang rendah pada barangan pre-loved..

Ini kerana barangan yang ditawarkan di outlet Jalan Jalan Japan ini masih kelihatan cantik malah ada yang nampak baru dengan kualiti yang elok.

IMG_20190504_140359

Itu yang dapat penulis lihat sewaktu mengunjungi outlet terbaharu Jalan Jalan Japan di pusat beli-belah M3 Mall, Jalan Madrasah, Setapak yang dibuka khas selama 4 jam sahaja kepada beberapa penulis blog dan Rakan Jalan Jalan Japan sempena ‘Guest Shopper Party’.

IMG_20190504_140446

Outlet ke-4 ini mempunyai keluasan ruang yang besar dan mampu menempatkan lebih daripada 100 orang dalam satu-satu masa. Barang-barang jualan disusun dengan kemas pada rak-rak yang disediakan mengikut kategori masing-masing.Harga barangan pula  bermula serendah RM3 dan ke atas.

 

IMG_20190504_140532

IMG_20190504_151530

Antara barangan yang ditawarkan adalah pakaian dewasa lelaki dan perempuan, pakaian kana-kanak, pakaian musim sejuk, jaket jeans, permainan kanak-kanak, peralatan hiasan rumah, pinggan mangkuk, topi, peralatan golf, perabot, anak patung pelbagai saiz, bagasi, beg tangan perempuan, beg sandang dan bermacam-macam lagi sehingga rambang mata dibuatnya!

IMG_20190504_140611

Koleksi ‘rare’ juga ditawarkan di outlet Jalan Jalan Japan ini, sesuai bagi ‘collector’ barang-barang Jepun khasnya yang sukar dicari.

Memang susah buat pilihan kerana harga yang ditawarkan murah, sesuai dengan bajet anda. Jangan hairan jika anda syok membeli hingga tidak sedar waktu berlalu, tau-tau sahaja sudah lebih 3 jam anda berada di outlet Jalan Jalan Japan.

Bakal dibuka pada orang ramai 18 Mei, 10 pagi  nanti, ia pastinya menarik perhatian masyarakat setempat memandangkan lokasi pusat beli-belah ini yang berdekatan dengan kawasan pendudukan padat. Apatah lagi, pusat beli-belah ini sudah mempunyai pelanggan tetap sejak ia dibuka tahun lepas.

Bagi penduduk sekitar Setapak, Gombak dan berdekatan, bolehlah berkunjung ke outlet Jalan Jalan Japan ini dan membeli barang-barang sempena sambutan hari raya tidak lama lagi.

Dan jika ada yang sudahpun membuat perancangan untuk ‘terbang’ ke luar negara dan masih belum mencari pakaian yang sesuai untuk pengembaraab anda, bolehlah mencarinya di Jalan Jalan Japan memandangkan ia boleh didapati pada harga yang murah. Tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli pakaian yang anda jarang gunakan, bukan sahaja cantik malah berbaloi untuk ‘OOTD’ anda nanti.

Outlet Jalan Jalan Japan:

  1. Seremban Superstore Centerpoint
  2. USJ Superstore, One City Skypark USJ
  3. KL Superstore 1 Shamelin Mall, Cheras

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum: 10 pagi hingga 10 malam

Butik Tateh Perkenal Koleksi Raya di ‘Tateh Fashion Show 2018’

Cantik dan comel saja baju-baju bayi dan kanak-kanak Butik Tateh yang digayakan sewaktu Peragaan Fesyen Tateh tempohari. Baju untuk ibu mengandung pun elegen dan nampak eksklusif, tak nampak macam baju mengandung. Macam ni bolehlah tampil bergaya meskipun sedang sarat mengandung. Ikutkan hati memang rasa macam nak beli je semuanya!

IMG-20180408-WA0055

Ibu-ibu pastinya kenal sangat dengan Butik Tateh ini. Menawarkan rangkaian kelengkapan ibu berpantang, produk barangan dan pakaian bayi serta kanak-kanak, aksesori dan bermacam-macam lagi, ia kini mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada akhir Mac lalu, buat julung kalinya Butik Tateh telah mengadakan pertunjukan peragaan fesyen ‘Tateh Fashion Show”. Bertempat di Bangi, ia diadakan untuk meraikan pelanggan setia Butik Tateh sejak ia mula dibuka pada tahun 2012.

Ia dihadiri oleh Mum Blogger dan pelanggan Butik Tateh yang membelanjakan sebanyak RM1,000 dan ke atas di mana-mana cawangan Butik Tateh.

Dalam peragaan fesyen itu, Butik Tateh telah memperkenalkan:

  • Koleksi Tateh Raya Collection Girls & Boys- pakaian raya untuk kanak-kanak
  • Koleksi Tateh Tropical Raya -pakaian untuk adik-beradik
  • Jenama 40 Weeks-baju raya khas untuk ibu mengandung
  • Jenama Eiman Kurta-pilihan baju raya kurta untuk kanak-kanak
  • Jenama Fathiyah Dream-koleksi baju kurung dan kebaya untuk kanak-kanak
  • Jenama Storksak Babymel-beg Diaper Dewasa
  • Jenama Zip Zoe Kids Bag-beg

IMG-20180408-WA0008

Meskipun baru pertama kali diadakan, “Tateh Fashion Show” ini telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai pihak yang sudi menjadi penaja antaranya yang utama adalah Babymel London, Storksak, Zip Zoe, 40 Weeks, Eiman Kurta dan Fathiyah Dream.

Selain itu, pertunjukan fesyen ini juga menerima penajaan daripada Mak Yang, Cik Gebu, Voovoo (como tomo), Ku-ku Duckbill & Otomo, Kolok Baby, Ibu Sue, Pump It, Fizah Shower Baby Headband, Lazuli World, Sunny Beam, Mimosa, Gabag, Tropika, Ning Salmah, Bablicious, Ajwa Bakery, Sofisofian Gift, El Zahra Kids dan juga Olemera.

Bagi yang ingin mendapatkan pakaian koleksi raya Tateh, bolehlah berkunjung ke Butik Tateh yang berdekatan atau layari www.tateh.com.my.